Anda di halaman 1dari 17

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM BERKREDIT BERASASKAN KONTRAK PEMBELAJARAN

1.0

KONSEP KOKURIKULUM UKM

Kokurikulum adalah aktiviti pemacu kendiri (self-driven) pelajar bermatlamat ke arah pemerolehan pengetahuan dan kemahiran insaniah (soft-skills). Aktiviti atau program ini dijalankan di pelbagai pusat pembelajaran (learning centres) yang dipilih mengikut minat dan kecenderungan bagi mengasah bakat dan menggarap kemahiran dalam suasana pembelajaran yang fleksibel dan menyenorokkan. Penyertaan dan penghayatan melalui pembelajaran pengalaman (experiential learning) menerusi aktiviti yang bersifat autentik menjadikan ko-kurikulum sebagai wadah pelengkap kepada pengalaman pembelajaran penuh (total learning experience) selaras dengan matlamat Pusat Perkembangan Pelajar dan aspirasi UKM.

2.0

MATLAMAT KOKURIKULUM PELAJAR

Aktiviti kokurikulum di UKM menjadi pelengkap kepada kurikulum akademik untuk membentuk dan melahirkan graduan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui pengalaman kehidupan dalam berbagai konteks dan pemupukan bakat.

Selepas melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum, pelajar akan dapat menunjukkan 8 domain hasil pembelajaran berikut:

BIL 1

HASIL PEMBELAJARAN Kemahiran dan kebertanggungjawaban sosial yang boleh dilihat melalui kemahiran berikut: Tingkah laku bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain Kepekaan kepada alam sekitar Kepekaan dan kebertanggungjawapan terhadap situasi sosial seperti perpaduan dan kemiskinan.

1|P ag e

Kemahiran Komunikasi yang boleh dilihat melalui kebolehan:

Menunjukkan kemahiran bukan lisan yang berkesan (gerak tubuh, nada suara)

Menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan Menunjukkan kebolehan berinteraksi secara berkesan

Kemahiran Pengurusan Maklumat & Pembelajaran Sepanjang Hayat yang boleh dilihat melalui kemahiran berikut: Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran Meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara kendiri Mengumpul dan mengurus maklumat secara kendiri

Nilai, Sikap, Etika & Profesionalisme yang boleh dilihat melalui kemahiran berikut: Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan etika kerjaya Melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah Menunjukkan sikap kesukarelawanan

Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah & Pendekatan Saintifik yang boleh dilihat melalui kemahiran berikut: Mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat Mengenal pasti dan mensintesiskan masalah dengan tepat Menilai pelebagai pilihan dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat

Kepimpinan & Kerja Berpasukan yang boleh dilihat melalui kemahiran berikut: Menjadi pemimpin atau pengikut sesuai dengan konteks Membina kerja berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati Membantu rakan-rakan secara proaktif

2|P ag e

Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan yang boleh dilihat melalui kemahiran berikut: Mencambahkan idea/cadangan/perancangan setelah meneliti pelbagai pilihan Menetapkan matlamat masa depan dengan menjajarkan perancangan Mempamerkan kemampuan untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti secara sistematik Menyerahkan/ menyahkan autoriti dan kebertanggungjawaban kepada individu lain

Kemahiran Kreatif & Inovatif yang boleh dilihat melalui kemahiran berikut: Sentiasa meneroka idea baru Melahirkan idea kreatif/berinovasi yang menambah nilai Sentiasa merentas halangan dan merebut peluang

Pencapaian hasil pembalajaran di atas dijangka akan dapat melahirkan graduan yang dapat mengadaptasi pengalaman kehidupan dalam pelbagai konteks dan yang berdaya saing dipasaran kebangsaan dan antarabangsa.

3.0

KONTRAK PEMBELAJARAN (Learning Contract)


Segala perancangan dan persetujuan oleh pelajar adalah melalui kontrak pembelajaran yang berasaskan saling mempercayai (honour).

Fakulti, pusat, institut, kolej dan unit bertindak sebagai pusat pembelajaran dengan menyediakan penyelia yang komited dan berpengalaman. Pusat-pusat ini perlu mengenalpasti kegiatan yang boleh diusahakan oleh pelajar dan menyediakan penyelia.

Kontrak Pembelajaran mengandungi dua bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi butiran seperti berikut:

3|P ag e

BIL 1 Nama Aktiviti/Projek

BUTIRAN

Sinopsis

Hasil Pembelajaran

Strategi mencapai hasil pembelajaran (termasuk mendapatkan maklum balas penyelia/mentor)

Pembuktian Pencapaian Hasil Pembelajaran (Laporan, portfolio, jurnal, pengiktirafan dan pemerhatian penyelia)

Jumlah Jam

Tarikh Mula/tamat Aktiviti/Projek

Tempat Aktiviti/Projek

Nama Penyelia/Mentor

10

Senarai pelajar

11

Penilaian oleh penyelia/mentor

Bahagian B mengandungi penilaian, pengesahan PPP dan tanda tangan pelajar dan penyelia.

Contoh kontrak pembelajaran disertakan sebagai Lampiran 1

4.0

PUSAT PEMBELAJARAN (Learning Centres)


Aktiviti kokurikulum boleh dijalankan di pusat-pusat pembelajaran. Pusat pembelajaran yang dikenalpasi adalah seperti berikut;

4|P ag e

BIL 1 Fakulti dan Institut

BUTIRAN

Kolej kediaman

Pusat-Pusat: a. PERMATApintar b. Pusat Teknologi Maklumat (PTM) c. Pusat Kebudayaan d. Pusat Sukan e. Pusat Islam f. Pusat Kesihatan g. Pusat Keusahawanan dan Pembangunan IKS h. Pusat Inovasi dan Kolaborasi

Persatuan-Persatuan dan Kelab-Kelab Pelajar (kecuali yang berteraskan agama)

Hospital UKM

Perpustakaan

Pejabat Jaringan Industri dan Masyarakat

Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Jabatan Pengurusan Pembangunan

10

Pejabat Keselamatan

11

Badan-badan Sukarela Luar dan NGO (yang ada MoU dengan UKM)

12

Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) atau mana-mana Pusat tanggungjawab (PTJ)

5|P ag e

5.0

PRINSIP PELAKSANAAN KOKURIKULUM

Perlaksanaan aktiviti kokurikulum adalah berasaskan kontrak pembelajaran yang berteraskan perkara-perkara berikut:

BIL 1

BUTIRAN Aktiviti tidak kurang dari lapan (8) kredit (320 notional hours) seperti ditetapkan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)

Semua aktiviti/projek kokurikulum berasaskan konsep pemacu kendiri (self driven)

Pelajar

boleh

menentukan

jenis-jenis

aktiviti/projek

berdasarkan

pembelajaran melalui pengalaman, minat dan kecenderungan individu, pembelajaran berasaskan masalah dan isu semasa.

Pelajar bertanggunjawab memilih, merancang dan melaksanakan semua aktiviti/projek yang selari dengan hasil pembelajaran yang dicatatkan dalam kontrak pembelajaran serta memilih penyelia dalam atau luar yang sesuai bagi menyelia, memantau dan menilai hasil pembelajaran.

Pelajar bertanggungjawab mencapai semua hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Pelajar bertanggungjawab menentukan beban kredit yang mampu ditanggungnya dan digalakkan melakukan aktiviti kokurikulum di luar semester akademik.

Tempoh maksimum bagi menyelesai lapan (8) kredit (320 notional hours) kokurikulum adalah sepanjang tempoh pengajian mengikut program pengajian pelajar.

Pelajar boleh mengetahui status pencapaian hasil pembelajaran dan jumlah jam penglibatan bagi setiap projek/aktiviti yang telah dijalankan secara atas talian.

6|P ag e

Pelajar mesti mencapai kesemua hasil pembelajaran sebelum tamat pengajian.

10

Pelajar

mesti

mendaftar

kod

kontrak

pembelajaran

di

Pusat

Perkembangan Pelajar (PPP) dan menjalankan aktiviti di pusat-pusat pembelajaran yang dipilih oleh pelajar sendiri. Pencapaian hasil pembelajaran adalah secara terkumpul dan berterusan.

11

Pelajar

boleh

membatalkan/menukar

aktiviti/projek

yang

sedang

dijalankan dengan memaklum kepada Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) /penyelia.

12

Pelajar boleh mendaftar aktiviti/projek baru di Pusat Perkembangan Pelajar (PPP).

13

Nilai kredit aktiviti/projek yang diambil oleh pelajar akan dianggap sebagai beban tugas pensyarah yang dipilih sebagai penyelia dan disahkan oleh PPP

6.0

PENILAIAN

BIL 1

BUTIRAN
Pelajar menentukan hasil pembelajaran yang hendak dicapai atas persetujuan bersama antara pelajar dan penyelia. Penilaian akan dibuat oleh penyelia yang dipilih oleh pelajar sendiri dan disahkan oleh PPP.

2 3 4

Penilaian dilakukan berasaskan aktiviti/ projek yang berpandukan rubrik pencapaian hasil pembelajaran yg ditetapkan Pelajar boleh memperbaiki pencapaian hasil pembelajaran yang sedia ada melalui aktiviti/projek seterusnya. Markah terakhir kokurikulum berasaskan semua aktiviti/projek terkumpul.

7|P ag e

Contoh 1

SENARAI AKTIVITI/ PROJEK KOKURIKULUM BERKREDIT UKM

A) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22.

FAKULTI ROBOCON Shell Eco-Challenge Chem E-Car Crystal Projek Robot Soccer UKM Hari Radiographer Se-Malaysia Capacity Building Green Lung Sinar Bakti Kem Kesihatan Permata Khidmat Masyarakat Pantai Remis MASO Camp Operasi Bersepadu Malaria 2010 Operasi Khidmat Masyarakat Optometri Dialog/Diskusi Ilmiah Pengenalan kepada Mooting ImagineCup Program Capacity Building Aktiviti Pemberhentian Merokok Pasukan Green Lung Bekerjasama sebagai Ahli Profesional Kesihatan I Kem Pengamatan Alam Tumbuhan Ubatan MASO Health Camp Aplikasi Kejuruteraan Kimia dan Biokimia Projek Reka Bentuk Kejuruteraan

B) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

INSTITUT/ PUSAT Idea Challenge/Idea Bank Asas Keusahawanan Bumiputera Projek Pembangunan Usahawan Setempat SIFE Modul 1 Simposium Keusahawanan K-Shop Pesta Gala ICT & Inovasi Majlis Perwakilan Pelajar Pesta Konvokesyen Kampus Lestari Karnival Alam Sekitar Lestari Garden of Eden Project Silang Budaya-NCWO Perayaan 1 Malaysia Festival 1 Malaysia Dana Wakaf UKM

8|P ag e

17. Kem Kesihatan Permata 18. Pemudah Cara MMP

C) KOLEJ 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. Majlis Eksekutif Festival Kajai Festival Sanjungan Satria Pidato Bahasa Malaysia Public Speaking Debat Bahasa Malaysia English Debate English Theater Creative Writing Mobility Outbound Hari Keterampilan Mahasiswa Speech Festival Pertandingan Pidato Pameran Promosi Mobiliti JAKSA Malam Anugerah Pelajar KDO Aminuddin Bakis Dinner Inspiration Malam Anugerah Pelajar KUO Malam Anugerah KBH Malam Integrasi Highlanders Karnival Kepimpinan Highlanders Malam Anugerah Graduan KRK Malam Anugerah Pelajar KTHO Malam Anugerah Mahasiswa KKM Karnival Kepimpinan Gemilang KKM Malam Resepsi Gemilang Zaba Generasi Hebat Bicara Wanita III Malam Anugerah KTSN Ihya Ramadhan Bersamamu Siswa Zaba (BERSZA) Sukarelawan Perpustakaan Tun Syed Nasir Pesta Ponggal 1 Malaysia

D) PROGRAM SUKAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Badminton Bola Baling (L) Bola Baling (P) Bola Jaring Bola Keranjang Bola Sepak Bola Tampar Dewan

9|P ag e

8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52.

Bola Tampar (W) Bola Tampar (L) Bola Tampar (Pantai) Bola Tampar (Pantai) Boling Padang Catur Dart Futsal Hoki Kecergasan (Senamrobik) Kriket (L)/(W) Kriket (L)/(W) Memanah Olahraga (Balapan) Olahraga (Padang) Olahraga (Lompatan) Pencak Silat (Seni) Pencak Silat (Olahraga) Ping Pong Ragbi Rekreasi Sepak Takraw (gelanggang) Sepak Takraw (Bulatan) Skuasy Softball Taekwondo Tenis Wood Ball Golf Sukarelawan Sukan Atlet Sukan (SUKEM) Atlet Sukan (MASUM) Program Gerak Sihat (2K) Kejohanan Bola Tampar Dewan Terbuka Kejohanan Explore (Berbasikal & Rekreasi) Kursus Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 Kursus Pengurusan Peralatan Sukan Kursus Asas Kejurulatihan Sukan Kursus Instructor Senamrobik Sukarelawan Paralimpik Sukarelawan Kej. Kriket Undangan Univ. Sukarelawan Kej. Bola Sepak Liga Universiti Sukarelawan Sukan (Program akan datang) Ekspedisi Basikal Jelajah Bangi-P.Dickson Program Aktiviti Pelajar Robot Soccer UKM

10 | P a g e

E) PROGRAM KESENIAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. Seni Tari Kontemporari Seni Tari Rakyat Kampur KL Seni Tari Rakyat Seni Tari Gamelan Seni Tari Klasik India Seni Tari Rakyat Cina Seni Batik Seni foto Seni Lukis dan Catan Seni Khat Seni Arca Teater Teknikal Teater Seni Lakon Teater Penulisan Skrip Teater Bangsawan Seni Silat Gayung Malaysia Seni Silat Cekak Hanafi Seni Silat Gayung Fatani Muzik Moden Muzik Asli Gamelan Set 1 Gamelan Set 2 Gamelan Set 3 Gamelan Set 4 Angklung / Muzik Klasik Caklempong Kompang Kertuk dan Rebana Ubi Gendang Silat Dikir Barat Nasyid Koir Set 1 Koir Set 2 Brass Band Set 1 Brass Band Set 2 Wayang Kulit Keroncong Pengurusan Seni Bengkel Seni Pertandingan Seni/FETKUM Persembahan Kebudayaan Penulisan Skrip Pameran Seni Rupa Mencipta & Mengubah Lagu Teater Tautan Budaya

11 | P a g e

48. 49. 50.

Silat Cekak Ustaz Hanafi I Sihat 1 Malaysia Gancong Pekan 2010 Sihat 1 Malaysia Pasir Gudang 2010

F) PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. Pengurusan Masjid Persatuan Pelajar Khidmat Masyarakat Pengurusan Konflik & Perundingan Amalan Perhubungan Awam Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Bantuan Bencana Belia Perkasa Tautan Kasih Bersama PITRAH Bakti Siswa Titian Kasih Bersama Warga Emas Generasi Prihatin Homestay Desa Murni Anak Angkat RISDA CIMB-UKM The Green Rose Sinar Bakti Khidmat Komuniti Ledang 2010

G) PROGRAM BADAN BERUNIFORM 1. 2. 3. 4. PALAPES SUKSIS SISPA BSMM

12 | P a g e

Contoh 2 Nama Aktiviti/Projek: Festival Seni UKM

Sinopsis
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan Kompetensi Generik Pelajar dalam bidang Seni Tari, Seni Teater, Seni Rupa, Seni Beladiri, Seni Muzik dan Pengurusan Seni melalui penyertaan berasaskan pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Aktiviti ini memberi pengetahuan yang lebih mendalam perkembangan seni di Malaysia. Aktiviti ini menumpukan penguasaan teknik dan disiplin serta meningkatkan pengalaman dengan lebih jelas dalam bidang seni yang diceburi. Aktiviti ini akhirnya dapat meningkatkan kefahaman tentang seni bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

13 | P a g e

Nama Aktiviti/Projek: CIMB-UKM The Green Rose Project Sinopsis


Perubahan iklim merupakan cabaran persekitaran yang paling penting yang dihadapi umat manusia sejak kebelakangan ini. Kegagalan untuk menghadapinya cukup memberi kesan bagi semua penduduk di dunia, menurut United Nations Human Development Report 2007. Dalam tempoh penerbitan laporan ini, perubahan iklim telah mula berlaku dan menampakkan kesannya seperti, pencairan ais di Kutub Utara dan glasier di Himalaya yang melebihi tahap yang diramalkan oleh para saintis. Di Malaysia telah kelihatan seperti dengan berlakunya banjir besar akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, pada peringkat kebangsaan, Perdana Menteri, YAB Dato Sri Najib Tun Razak, telah menyatakan bahawa Malaysia akan bersama-sama mengambil tindakan untuk mengatasi masalah perubahan iklim ini. Walaupun pendekatan top- down sangat penting, namun demi kejayaan yang lebih besar, ia perlu disokong oleh inisiatif bawahan di peringkat masyarakat dan juga, individu khususnya. Projek ini adalah sebahagian pada peringkat di mana inisiatif perubahan iklim boleh dilaksanakan di peringkat masyarakat. Projek ini adalah bersifat perlaksanaan modular yang menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan perubahan iklim. Hasil utama projek ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan kanak-kanak di sekolah rendah dan masyarakat umum untuk menyumbang kepada tindakan yang terupaya untuk masalah perubahan iklim ini. Projek ini tertumpu kepada langkah mengurangkan jejak karbon di sesuatu tempat. Projek ini adalah usaha dan komitmen UKM dan CIMB Bank dalam sumbangan menangani isu pemanasan global serta mengembangkan budaya hijau dan amalannya, bermula dari peringkat kanak-kanak.

Pelajar UKM akan dilatih sebagai fasilitator dan pemimpin kepada isu perubahan iklim ini, dan kemudiannya akan melaksanakan projek tersebut seperti yang tertera.

14 | P a g e

Nama Aktiviti/Projek:
Khidmat bakti di rumah orang tua Negeri Sembilan

Sinopsis
Projek ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (PEMANIS), UKM. Projek ini terbuka untuk semua ahli persatuan yang berminat untuk menyertainya. Setiap ahli hendaklah melaksanakan tanggungjawab mengikut peranan dan kepakaran masing-masing bagi menjayakan projek ini. Projek ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada setiap peserta tentang kehidupan orang tua dan memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga, fikiran atau wang ringgit.

15 | P a g e

Nama Aktiviti/Projek: BSMM1 Khemah Tahunan

Sinopsis Khemah Tahunan dianjurkan oleh BSMM Cabang UKM pada setiap tahun bertujuan membentuk ahli menjadi modal insan berinovasi dan kebolehpasaran selaras dengan visi dan misi UKM yang mempunyai kemahiran generik serta menguasai kemahiran generik merupakan hasil pembelajaran berbentuk tingkah laku yang diukur melalui sistem dalam talian yang dibina di UKM.

16 | P a g e

Nama Aktiviti/Projek: BSMM2 Minggu Menderma Darah (MMD)

Sinopsis Minggu Menderma Darah (MMD) dianjurkan oleh BSMM Cabang UKM dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) pada setiap tahun bertujuan menampung bekalan darah di setiap hospital bagi kes-kes pembedahan, kemalangan, tumpah darah dan demam denggi.

Disediakan oleh Pusat Perkembangan Pelajar UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Tarikh: 4 Januari 2011

17 | P a g e