Anda di halaman 1dari 4

MATLAMAT

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat: i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal; ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi; iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan

menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan

penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Kemahiran Mendengar Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Kemahiran Menulis Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa

memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.

MATLAMAT
Kurikulum Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang setia pada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

OBJEKTIF
Kurikulum Kajian Tempatan Sekolah Rendah membolehkan murid : i. Mengetahui dan memahami peranan, tanggungjawab dan hak sebagai anggota dalam keluarga dan masyarakat ; ii. iii. iv. Memahami dan menghargai keadaan fizikal setempat dan negara ; Mengenali dan memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan negara ; Memahami dan menyedari perkembangan dan perubahan masyarakat setempat dan negara; v. vi. Mencintai dan menghargai alam sekitar; Mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan mereka dalam memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan ; vii. viii. ix. x. Memahami dan menghargai sejarah negara ; Menguasai kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran berfikir; Menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik; dan Mensyukuri segala nikmat tuhan.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh: i. ii. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.