Anda di halaman 1dari 37

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak sepanjang saya melaksanakan tugasan ini. Pelbagai cabaran dan halangan telah saya tempuhi. Tanpa bantuan dari sesiapa, sukar untuk saya melaksanakan tugasan ini. Disini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Perkembangan Kanak-kanak (PKK) iaitu Dr. Siti Hajar binti Man dan semua yang terlibat dalam membantu menyiapkan tugasan kerana telah memberikan segala tunjuk ajar bagi menyempurnakan tugasan. Pensyarah pembimbing tidak lokek untuk membantu saya dan rakan-rakan lain supaya menghasilkan tugasan yang terbaik. Sikap ini telah membuatkan kami bersemangat untuk melaksanakan tugasan ini. Tanpa beliau, tidak mungkin saya dan rakan-rakan dapat menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin. Ribuan terima kasih juga ingin saya sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan PISMP Pendidikan Khas dan rakan-rakan yang lain. Mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan dalam menyiapkan tugasan ini. Kerjasama antara sesama kami juga telah banyak membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Ibu bapa saya juga merupakan inspirasi dan telah banyak memberi dorongan dan bantuan terutamanya dari segi kewangan untuk tugasan ini. Akhir kata, saya ucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana telah membantu menyiapkan amanah yang diberikan ini. Sekian, terima kasih.

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

PENDAHULUAN

Kerja Khusus ini telah diberikan pada 1 Februari 2010 dan akan dikumpul pada tarikh 1 Mac 2010. Kerja Khusus ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran tentang perkembangan kanak-kanak. Seperti yang telah sedia maklum, semasa di sekolah nanti guru pelatih akan berhadapan dengan murid-murid dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun. Jadi, subjek dan kerja khusus ini semenangnya akan membantu bakal guru menghadapi cabaran pada hari kelak. Dalam kerja khusus in kami dikehendaki mengarang esei ilmiah berkenaan perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosio emosi dan kendiri kanak-kanak peringkat umur antara 2 hingga 12 tahun. Jadi saya telah memilih untuk membuat esei berkenaan sosio-emosi dan kendiri kanak-kanak. Subjek perkembangan kanak-kanak ini sememangnya sangat berguna untuk bakal guru seperti saya dan rakan-rakan, ini kerana bakal murid-murid kami ialah kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun, jadi sudah semestinya bakal guru perlu menguasai aspek perkembangan kanak-kanak. Dengan subjek ini, bakal guru boleh mendapat pengetahuan, merancang, menyampai, dan menilai pengajarannya kelak dengan lebih berkesan. Bukan itu sahaja malah kerja khusus seperti ini juga akan melatih guru pelatih untuk berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan mengasah kognitif untuk berfikir dengan pemikiran tahap tinggi. Jadi, saya berharap pensyarah pembimbing saya, Dr. Siti Hajar binti Man berpuas hati dengan hasil kerja saya. Saya juga berharap kerja khusus ini akan membantu saya dalam menghadapi hari kelak sebagai bakal pendidik.

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Konsep Asas Perkembangan

Perkembangan manusia sering dikaitkan dari sudut fizikal, kognitif, sosial, emosi atau moral. Woolfolk dan Margetts(2007) mentafsirkan perkembangan fizikal sebagai perubahan di dalam badan, perkembangan kognitif sebagai perubahan dalam pemikiran, perkembangan sosial sebagai perubahan dalam hubungan dengan individu lain dan perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman, ekspresi serta pengurusan emosi. Perkembangan ialah perubahan dalam seseorang individu yang bersifat kualitatif. Ia merupakan satu proses yang berterusan bermula dari percambahan hingga akhir hayat. Proses ini tidak jelas dilihat dan diukur kerana ia melibatkan perubahan dari segi fungsi yang bermaksud kanak-kanak sudah boleh berinteraksi dengan persekitaran melalui bahasa. Ini bermakna proses perkembangan telah berlaku dan ia di pengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Perkembangan merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral. Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu. Misalnya seseorang kanak-kanak akan mula mengenal ibu-bapa, orang terdekat dan persekitarannya, berinteraksi dengan ibu dan bapa, memahami perasaan dan emosi ibu dan bapa dan seterusnya berlaku perkembangan dalam kehidupan bersosial dan perkembangan sosio emosi. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu. Kematangan ini merujuk kepada perubahan semulajadi yang ditentukan oleh genetik.

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Prinsip Asas Perkembangan

Dalam prinsip perkembangan kanak-kanak, terdapat beberapa peringkat iaitu proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan ini bermula daripada konkrit kepada abstrak dan proses ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa. Peringkat yang kedua ialah perubahan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan ini berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus. Peringkat yang seterusnya ialah pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran yang sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru kelak. Peringkat keempat berkaitan dengan corak dan aturan perkembangan yang hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Misalannya, sesetengah kanak-kanak boleh berjalan pada umur sepuluh bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada lapan belas bulan. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang kita dapat lihat di dalam sesebuah bilik darjah. Terakhir ialah perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada di dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Perkembangan ini

biasanya dipengaruhi oleh baka dan persekitaran tetapi terus berlaku sepanjang hayat. Sebaliknya, pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada di dalam dirinya.

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAKKANAK


Teori perkembangan manusia dihuraikan bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri

perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Menyentuh pengaruh genetik(baka) ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia yang telah dipelapori oleh Gregor Mendel(1822-1889) di Austria, beliau telah menjalankan kajian pengaruh genetik terhadap perubahan warna bunga kacang hijau di kebunnya, dan menemui faktor baka dalam sel gamet yang didapati memainkan peranan penting sebagai penentu ciri-ciri anaknya. Faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. la terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma(jantan) dan juga sel ovum(betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasang kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma(garnet jantan) dengan sel ovum (garnet betina) bersama membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Percantuman ini merupakan salah satu di antara lebih daripada 6x109 jenis kemungkinan percantumannya. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang bakal dilahirkan. Selain itu, faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran. Dalam faktor persekitaran, terdapat beberapa pecahan antaranya keluarga, rakan sebaya serta kebudayaan dan kepercayaan masyarakat. Aspek keluarga merupakan faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.
5

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Kedua, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum serta kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Selain itu, faktor lain yang turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah kebudayaan dan masyarakat. Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu serta perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. Bukan itu sahaja, masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Selain itu juga, masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan.Terdapat tiga lagi faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu perbezaan dari segi fizikal, mental dan emosi. Perbezaan dari segi fizikal bagi setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar mempunyai ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi atau rendah, berat atau ringan bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Perbezaan yang kedua ialah dari segi mental(kognitif) dan menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Perbezaan yang terakhir ialah dari segi emosi. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
6

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI


Terdapat banyak takrifan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh terkemuka untuk mentakrifkan dan mendefinisikan perkataan sosio emosi. Perkataan sosio emosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mentakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budaya. Menurut Rohani Abdullah, proses ini melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979). Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang membawa maksud untuk keluar. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh didefinisikan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan dan emosi. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain. Oleh itu, sosio emosi dalam kalangan kanakkanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri kanak-kanak dalam masyarakat dan komuniti.

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Seterusnya, perkembangan sosio emosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid atau kanak-kanak. Perkembangan sosio emosi bermula dengan kebolehan kanak-kanak memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan kanak-kanak memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni. Komponen perkembangan sosio emosi memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, komponen ini perlu disepadukan melalui aktiviti pembelajaran komponen lain. Emosi juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Terdapat perkara atau benda yang dialami seseorang yang mendatangkan rasa senang dan ada yang mendatangkan rasa tidak menyenangkan. Kadangkala perasaan senang dan tidak senang ini akan menjadi matlamat yang hendak dicapai oleh seseorang. Contohnya dengan perasaan yang tidak senang untuk menghadapi peperiksaan bagi kanak-kanak sekolah rendah misalnya maka dia akan cuba untuk belajar dengan tekun supaya tidak menghadapi kesukaran ketika menjawab peperiksaan kelak. Jadi, ketidak senangan emosi itu akan membantu kanak-kanak itu mencapai matlamatnya untuk berjaya. Lazimnya, apabila sesuatu pengalaman emosi itu menambahkan keseronokan kepada pengalaman kanak-kanak dari sehari ke sehari ianya akan menjadi penggerak kepada

tindakan dan memberi makna kepada bentuk tindakan yang diambil kanak-kanak itu. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia enam tahun yang baru memasuki alam pra sekolah akan merasa takut pada hari pertamanya di sekolah. Namun, pada hari kedua dan seterusnya dia akan merasa seronok dengan kenalan yang baru dan suasana yang baru. Ditambah lagi apabila dia berjaya melakukan sesuatu gurunya akan memberi ganjaran tidak kira dalam bentuk pujian mahupun benda. Maka pengalaman itu akan dijadikan penggerak kepada tindakan yang akan diambil kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu sudah tentu akan bertambah riang dan merasa gembira untuk ke sekolah kerana pengalamannya membuatkan dia merasa dia perlu mengambil tindakan itu.
8

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Jadi ini, menunjukkan pengalaman juga membantu perkembangan sosio emosi kanakkanak. Emosi juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku kanak-kanak terhadap alam

sekelilingnya dan seterusnya menentukan corak penyesuaian yang akan diambil. Sekiranya kanak-kanak itu sedang mengalami emosi yang negatif iaitu marah maka ianya akan murung dan tidak selesa untuk bermain dengan rakan-rakannya yang lain pada ketika itu dan mungkin kanak-kanak itu akan cuba untuk meredakan kemarahan yang dialaminya dengan menonton televisyen di rumah. Untuk pengetahuan umum, kebolehan untuk menunjukkan emosi telah sedia ada pada bayi yang baru dilahirkan. Keupayaan ini merupakan satu daripada proses perkembangan yang tidak perlu diajar ataupun dipelajari. Emosi yang ditunjukkan oleh bayi yang baru dilahirkan merupakan tindak balas kepada sesuatu keadaan. Contohnya, ketika bayi berasa lapar ataupun tidak selesa. Emosi ini diluahkan secara sepenuhnya dan tidak ada pengelasan emosi yang nyata pada peringkat ini. Apabila umur kanak-kanak itu semakin meningkat, mereka akan semakin matang dalam meluahkan emosinya. Senario ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh keupayaan menggunakan bahasa untuk menyatakan emosi yang dirasai berbanding penggunaan pergerakan badan atau juga dkenali sebagai bahasa tubuh. Pernyataan emosi kanak-kanak berubah dari semasa ke semasa. Semakin umur kanakkanak meningkat, kanak-kanak akan semakin berkebolehan untuk menyatakan emosinya dengan cara yang lebih halus. Cara kanak-kanak meluahkan emosi berubah daripada pernyataan fizikal, misalannya, kanak-kanak akan memukul kawan mereka apabila mereka berasa marah. Terdapat tiga jenis perkembangan emosi kanak-kanak iaitu perkembangan luahan emosi diskrit, emosi kesedaran kendiri dan yang terakhir ialah bertindak balas terhadap emosi. Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat dikesan melalui air muka. Contohnya, suka, takut, marah, sedih atau suka, terkejut dan juga minat. Selain itu, nada perasaan emosi timbul pada peringkat awal semasa bayi. Ketika lahir, emosi bayi berhubung dengan perasaan yang menyenangkan dan yang tidak menyenangkan seperti yang digambarkan melalui tindakan menangis apabila berasa sakit, kembung perut ataupun lapar.

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Apabila bayi berasa sesuatu yang tidak menyenangkan, tindak balas terhadap emosi ini akan diluahkan melalui gerak badan seperti bayi akan menendang sambil menjerit apabila sedang menangis. Pada masa bayi berumur kurang 3 bulan, emosi yang dialaminya merupakan tindak balas terhadap emosi yang dirasai. Dalam usia yang sama, emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan. Pada masa usianya 18 bulan pula rasa cemburu mulai timbul. Contohnya, apabila ibu seorang bayi itu mendukung bayi yang lain maka bayi itu akan menangis dan mempamerkan rasa tidak puas hati dan cemburu melalui gerak badannya sehinggalah ibunya mendukungnya. Manakala pada umur 24 bulan, emosi yang baru iaitu keriangan mulai timbul dalam diri. Seterusnya, emosi kesedaran kendiri. Emosi ini mula wujud ketika konsep kendiri wujud. Pada umur 18 hingga 36 bulan iaitu dalam lingkungan setahun hingga 3 tahun kanak-kanak mula mempamerkan emosi malu, bersalah, dengki dan bangga. Kanak-kanak mempunyai perasaan malu dan bersalah sekiranya ditegur oleh ibu- bapa atau penjaga. Tetapi, kanakkanak akan berasa bangga sekiranya ibu-bapa mereka memuji. Begitu juga dengan perasaan dengki atau cemburu jelas kelihatan pada usia tiga tahun apabila ibu-bapa menunjukkan sifat sayang pada anak yang lain. Selain itu, kanak-kanak pada seusia ini juga sudah pandai menggunakan nama sendiri atau kata ganti nama untuk melabel diri mereka. Contohnya kanak-kanak sudah pandai menggelarkan dirinya adik, abang atau kakak sekiranya kanak-kanak itu mempunyai adik yang lebih muda usianya. Kanak-kanak pada usia ini juga sudah boleh mengkategori ciri-ciri kendiri yang mudah dalam hidup ini untuk orang lain seperti baik, jahat, cantik dan buruk. Malah, mereka akan mula menjalin persahabatan dengan kanak-kanak lain. Apabila kanak-kanak ini memasuki alam baru iaitu alam pra sekolah pada lingkungan umur 3 tahun hingga enam tahun perasaan cemburu dan dengki tetap akan wujud. Bukan sahaja di rumah senario ini terjadi, malah di sekolah juga kanak-kanak akan berasa dengki dan cemburu terhadap kawan-kawan dan ini merupakan senario yang biasa kerana kanak-kanak pada peringkat ini masih memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa dan guru. Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensitif pada pujian dan kritikan orang lain, (Lewis, 1995; Alessandri & Sullivan, 1992). Berdasarkan kenyataan itu, sekiranya kanak-kanak selalu diberi pujian, mereka akan berasa bangga dan yakin terhadap kebolehan mereka sendiri. Sebaliknya, sekiranya mereka dimarah kerana salah laku, mereka akan berasa bersalah walaupun perkara itu satu kemalangan atau dilakukan secara tidak sengaja.
10

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Pada tahap, dikenali dengan peringkat awal kanak-kanak, mereka sudah mula menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sebaya, ibu bapa dan persekitaran mereka contohnya sekolah. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mengetahui tentang apabila ibu mereka marah akan sesuatu perkara mereka kemungkinan tidak akan melakukan perkara itu lagi. Ini kerana mereka sudah boleh menyesuaikan diri dengan cara ibu dan bapa ataupun pengasuh dan juga guru. Selain itu, aktiviti bukan sosial juga semakin berkurang kerana mereka akan mula mencari kawan dan aktiviti sosial akan bertambah. Contohnya pada waktu petang kanak-kanak ini akan merasa gelisah sekiranya ibu dan bapa mereka tidak membenarkan mereka keluar bermain pada waktu petang. Ini menunjukkan perkembangan sosio emosi semakin berkembang. Mereka sudah mula untuk menjalinkan hubungan sosial dengan rakan-rakan contohnya ketika bermain. Malahan pada tahap ini, mereka juga memilih rakan bermain daripada kalangan jantina yang sama juga akan bertambah. Bandura (1986;1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkah laku emosi yang diperhatikan pada individu lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dilakukan dahulu. Selain itu, cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan masyarakat tentang sesuatu yang mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah dan cepat. Peringkat yang terakhir ialah bertindak balas kepada emosi. Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. Kanak-kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang sedih (Eisenberg & Fabes, 1998). Kanak-kanak yang seusia ini perkembangan empatinya bergantung pada perkembangan intelektual dan bahasa. Perkembangan ini juga disokong oleh personaliti dan pengalaman sosial mereka. Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat empati. Empati bermaksud memahami dan mengesan emosi dan pandangan orang lain serta mengambil berat terhadap masalah atau emosi yang sedang dialami. Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menggunakan bahasa untuk menunjukkan empati. Apabila kemahiran sosial atau empati semakin berkembang maka sudah tentu kemahiran penyelesaian masalah sosial akan bertambah baik. Ini kerana mereka sudah boleh mengambil berat tentang emosi orang lain. Bahkan pada tahap ini, mereka sudah boleh melabel emosi dengan tepat terhadap diri sendiri dan orang lain dan perkaitannya emosi dengan situasi tertentu. Selain itu orang terdekat di sekeliling mereka juga boleh membantu
11

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

dalam proses meningkatkan empati. Contohnya, membantu kanak-kanak mengawal perasaan marah apabila kanak-kanak lain ingin berkongsi alat permainan. Pada peringkat ini juga seperti yang telah dinyatakan interaksi dengan rakan sebaya menjadi lebih pro-sosial dan agresif fizikal berkurang. Seterusnya, mereka juga boleh memahami yang setiap individu menginterprestasi maklumat dengan perspektif berbeza. Manakala, pada peringkat umur 7 hingga 8 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Mereka mula belajar memahami dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Apabila kanak-kanak sudah memahami dan berinteraksi dengan rakan sebaya secara tidak langsung mereka akan sedar tentang cara mengawal dan mengurus emosi berdasarkan keperluan sosial. Kanak-kanak ini juga suka melakukan perkara yang dapat menarik perhatian orang lain. Mereka suka apabila diberi pujian dan apabila mereka mendapat pujian setelah melakukan sesautu maka mereka akan cuba untuk melakukannya lagi dan berusaha supaya orang lain turut member pujian terhadap usaha mereka. Mereka juga sedar bahawa satu emosi boleh kekal lama selepas perkara itu berlaku. Contohnya emosi sedih. Apabila sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku misalnya kehilangan orang yang disayangi maka emosi sedih itu akan kekal lama walaupun perkara atau kejadian itu sebenarnya telah lama terjadi. Ketika berumur 9 hingga 12 tahun iaitu peringkat akhir kanak-kanak, mereka menghadapi dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai norma ibu-bapa mereka. Pada lingkungan umur ini sudah mula berfikir dengan lebih kompleks

daripada sebelumnya. Contohnya mereka sudah berkebolehan untuk memahami emosi-emosi yang lebih kompleks seperti bangga diri dan malu. Mereka sudah boleh menilai sama ada kerja atau aktiviti yang mereka lakukan itu sesuai atau tidak dengan jantina mereka. Pada tahap ini kanak-kanak lebih pandai untuk memilih persahabatan dan persahabatan adalah berdasarkan sikap saling mempercayai. Malahan, pada lingkungan umur berkenaan mereka sudah boleh membezakan kerja yang boleh dilakukan oleh lelaki atau perempuan. Pada masa ini mereka lebih banyak masa dengan rakan sebaya berbanding dengan keluarga. Ini kerana mereka merasakan rakan mereka lebih memahami apa yang mereka rasakan dan mereka juga meletakkan kesetiaan dan sudah tentu kepercayaan yang tinggi dalam hubungan persahabatan. Bahkan, akan wujud kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada rakan sebaya. Seterusnya, mereka akan mengalami emosi yang menfokuskan terhadap tubuh badan. Mereka bimbang dengan apa yang orang sekeliling fikirkan tentang diri mereka dan keinginan yang tinggi untuk tidak terlaku rapat dengan keluarga dan sangat sensitif terhadap tubuh badan.

12

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Menurut Lefrancois (2001), emosi adalah perasaan atau komponen kesan dalam tingkah laku manusia. Manakala Santrock (1998), mendefinisikan emosi sebagai perasaan atau kesan yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi (physiological arousal) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum atau menyeringai. Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif. Emosi yang tergolong dalam kategori yang positif adalah rasa gembira, seronok, ghairah dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas, marah, sedih, rasa bersalah dan sebagainya. Kanak-kanak boleh dikatakan sering mengalami kedua-dua emosi ini serentak. Menurut Lefrancois (2001), Perkembangan emosi kanak-kanak melibatkan tiga jenis keupayaan iaitu pentafsiran emosi, pengaturan emosi dan pemaparan emosi. Pertama, pentafsiran emosi atau interpreting emotion. Menurut beliau bayi yang memasuki usia 2 tahun menunjukkan beberapa tingkah laku yang menandakan mereka boleh memahami perasaan orang lain dan sedar bahawa tingkah laku mereka boleh mempengaruhi perasaan orang lain. Selain itu, apabila usia semakin meningkat keupayaan mentafsir emosi akan semakin berkembang. Manakala, kanak-kanak yang berusia 3 tahun tidak mengalami banyak masalah dalam mentafsir emosi seperti dalam watak-watak dalam cerita bergambar yang dilihat olehnya melalui pemerhatian atau diperdengarkan kepadanya. Pada peringkat ini kanak-kanak mentafsir emosi seseorang berdasarkan apa yang dilihat dan didengar oleh mereka. Apabila kanak-kanak mula memasuki pra sekolah, keupayaan mereka mentafsir emosi orang lain akan bertambah tepat. Kanak-kanak yang berusia 3 hingga 5 tahun dapat mengenal emosi yang dibuat-buat dengan mudah. Pada umur 3 hingga 5 tahun, kanak-kanak sudah dapat memahami bahawa tingkah laku mungkin tidak selaras atau berbeza dengan perasaan dan motif yang dimiliki olehnya, seseorang mungkin tersenyum tetapi tidak bermakna ia sedang berasa gembira, (Jas Laile Suzana, 2000).

Kedua ialah pengaturan emosi atau regulating emotion. Keupayaan mengatur atau mengawal emosi kanak-kanak dapat dilihat semenjak mereka masih bayi dan peringkat awal kanak-kanak lagi. Misalnya, seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun akan menutup mata, menghisap ibu jari atau membenamkan mukanya ke dada ibunya jika merasa takut atau terancam dengan sesuatu. Kanak-kanak pra sekolah yang mengalami perkembangan kognitif dan kemahiran sosial yang pesat semakin cekap dalam mengelakkan situasi yang boleh menimbulkan emosi yang negatif serta mencari atau mengekalkan emosi yang menyenangkan
13

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

supaya mereka berasa selesa. Jadi, kawalan emosi adalah berorientasikan situasi dan tingkah laku dan bukannya berorientasi kognitif atau pemikiran.

Ketiga pula ialah pemaparan emosi atau displaying emotion. Menurut Saami (1999), kanak-kanak menggunakan dua peraturan untuk memaparkan emosi iaitu, peraturan pemaparan pro sosial pro social airplay rules dan peraturan pemaparan kendiri self-

protective display rules. Peraturan pemaparan pro sosial ini menghasilkan tingkah laku yang digunakan untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain. Tingkah laku yang mewakili peraturan perlindungan kendiri pula terhasil daripada keinginan si pelaku untuk tidak menerima kesan yang tidak diingini daripada sesuatu situasi atau peristiwa. Kanak-kanak didapati mempunyai keupayaan untuk menggunakan kedua-dua peraturan ini dalam memaparkan tingkah laku emosi mereka. Jadi dapat disimpulkan daripada kajian yang telah dijalankan daripada tokoh ini bahawa sosio emosi telah wujud sejak bayi itu dilahirkan dan ianya akan berkembang apabila umur semakin bertambah.

TEORI PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI


1.0 TEORI PELAZIMAN TINGKAH LAKU DAN PEMBELAJARAN EMOSI : J.B WATSON J.B Watson (1878 1958), ialah seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat dan merupakan orang yang pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia. Kajiannya banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Yang terkenalnya ialah kajian beliau tentang emosi kanak-kanak dengan menggunakan Model Pelaziman Klasik. Menurut Watson, tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim conditioned refleks iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Dengan erti kata lain, semua pembelajaran adalah pelaziman klasik. Watson berpendapat gerakan-gerakan refleks yang mudah, misalnya berkelip mata, bersin apabila hidung gatal dan gerakan yang berlaku secara semulajadi dan ianya adalah tingkah laku yang diwarisi dan tidak perlu dipelajari. Manakala, untuk mengatasi situasi-situasi baru yang lebih kompleks dan rumit, manusia perlu membina atau menggabungkan beberapa gerakan refleks yang berkaitan melalui proses pelaziman, iaitu mengaitkan pelbagai rangsangan baru, termasuk rangsangan yang asal, dengan gerakan-gerakan refleks itu, untuk menghasilkan gerak balas terlazim yang baru.
14

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Watson turut menjelaskan jenis pembelajaran ini berlaku adalah berdasarkan kepada dua prinsip yang utama, iaitu prinsip kekerapan dan prinsip tempoh kebaruan. Prinsip kekerapan menyatakan bahawa lebih kerap gerak balas terhadap rangsangan tertentu berlaku, lebih besar kemungkinan gerak balas yang sama akan berlaku apabila rangsangan itu wujud semula pada masa akan datang. Manakala tempoh kebaruan menyatakan bahawa semakin lebih tempoh baru yang kita gunakan terhadap sesuatu gerak balas maka semakin besar kemungkinan kita akan bergerak balas secara sama terhadap rangsangan itu, jika ia muncul lagi. Watson juga berpendapat bagaimana cara pembelajaran itu berlaku boleh dihuraikan dengan menggunakan proses pelaziman klasik dan prinsip yang dibincangkan. Selain daripada tingkah laku, Watson juga menjalankan kajian tentang pembelajaran emosi manusia. Mengikut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Seperti yang telah dinyatakan, emosi manusia dan perubahannya adalah dipelajari melalui proses pelaziman. Untuk membuktikan hipotesisnya itu Watson menggunakan seorang bayi berumur 9 bulan yang bernama Albert dan seekor tikus putih yang jinak. Sebelum menjalankan eksperimen itu, beliau telah mengenal pasti dua perkara yang penting melalui pemerhatian yang dijalankan iaitu pertama, Albert pada mulanya tidak takut berdamping dengan tikus putih yang jinak dan kedua ialah Albert dan kanak-kanak yang lain berasa takut pada bunyi dentuman yang kuat. Dalam eksperimen itu, Watson cuba untuk membuktikan bahawa Albert boleh diajar melalui proses pelaziman, supaya takut pada tikus putih itu. Langkah eksperimen yang pertama ialah seekor tikus putih ditunjukkan kepada Albert dan Albert menunjukkan minat pada tikus putih berkenaan. Kedua, sebaik sahaja tikus putih itu ditunjukkan kepada Albert pada kali kedua, satu dentuman yang kuat dibunyikan dari belakang. Albert dengan serta merta terperanjat dan menunjukkan reaksi takut. Ketiga, langkah kedua diulang iaitu tikus putih dan dentuman kuat adalah rangsangan terlazim manakala reaksi takut ialah gerak balas tidak lazim. Keempat, jika tikus putih itu ditunjukkan sahaja Albert menunjukkan reaksi takut. Jadi pada langkah ini tikus putih itu ialah rangsangan terlazim dan reaksi takut ialah gerak balas terlazim. Berdasarkan hasil kajiannya, Watson merumuskan bahawa Albert telah menghubung kaitkan dentuman kuat dengan tikus putih yang dilihatnya. Dengan proses pelaziman itu Albert telah belajar tingkah laku takut.

15

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

2.0 TEORI PERKEMBANGAN EMOSI FIZIKAL : SIGMUND FREUD

Sigmund Freud (1856 1939), ahli psikologi dan psikiatris Chechoslovakia terkenal dengan kajian sosio emosi yang mempengaruhi personaliti manusia. Freud berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Kajian beliau membolehkannya membahagikan perkembangan emosi setiap individu kepada lima peringkat mengikut peringkat pertambahan umur yang selaras dengan perkembangan fizikal, di samping perkembangan sosial.

Peringkat 1 Oral (Gigit dan hisap)

Umur (Tahun) 0-1

Ciri-ciri perkembangan emosi-fizikal manusia y Memperoleh kepuasan dan belajar daripada menghisap, menggigit dan menelan selepas 8 bulan. y Personaliti mula dibentuk dengan pengalaman yang dialami. y Mula timbul niat untuk memiliki harta benda. y Kanak-kanak tidak suka menggigit dan makan akan memperoleh

personaliti agresif dan suka ejek orang lain. 2 Anal (Dubur) y 1 - 3 y Memperoleh kepuasan daripada

aktiviti pembuangan najis. Belajar kawalan buang air besar dan kecil dengan tujuan mendapat perhatian. y Boleh membentuk sifat bersih,

kemas dan berjimat cermat jika dipupuk dengan cara yang betul y Membentuk personaliti jenis

pemarah jika diberi latihan tandas yang tegas.


16

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Nilai bertolak ansur akan dipupuk jika diberi latihan tandas yang positif.

3 Phallic (Falik)

36

Memperoleh keseronokan daripada organ kejantinaan.

Konflik Oedipus: anak lelaki lebih tertarik kepada ibu.

Konflik Elektra: anak perempuan lebih tertarik kepada ayah.

Mula gunakan helah bela diri untuk tujuan tertentu.

Proses identifikasi dengan ibu bapa mula berlaku.

Timbul keinginan meniru pekerjaan dan tingkag laku diamalkan oleh ibu bapa dan orang terdekat.

4 Latency (Pendaman)

6 12

Kanak-kanak mula mengambil tahu tentang rakan sebaya.

Mula moral

belajar

menyerapkan nilai

Mengalir perasaan kasih sayang kepada orang lain.

Mula

menjauhkan

diri

daripada

anggota keluarga dan mengalirkan perasaan sentimen kepada orang lain. 5 Genital (Kejantinaan) y 12 19 y Mula menaruh minat pada rakan sebaya berlainan jantina Id didorong oleh tenaga libido yang memotovasikan tingkah lakunya. y
17

Mula bersosialisasi dengan rakan

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

sebaya dan suka melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. y Mula memilih kerjaya yang ingin diceburi sekolah y Mula berfikir tentang perkahwinan. selepas tamat alam

Jadual: Ciri-ciri Perkembangan Emosi-Fizikal Manusia. 3.0 TEORI PSIKODINAMIK Selain teori perkembangan emosi- fizikal Freud juga berpendapat perkembangan personaliti manusia terdiri daripada tiga komponen, iaitu id, ego, dan superego. Id merupakan komponen personaliti tidak sedar yang berfungsi sebagai stor penyimpanan untuk keinginan manusia dan didorong oleh tenaga libido yang memotivasi tingkah laku. Ego pula mula wujud apabila bayi berusia 6 bulan, merupakan komponen personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan logik yang tersusun serta berfungsi mengawal id supaya keinginannya tidak melanggar nilai dan norma masyarakat. Manakala, superego merupakan komponen personaliti yang berkembang daripada didikan moral dan agama. Mengikut Freud lagi, superego berfungsi sebagai pengantar maklumat nilai moral kepada ego untuk bertindak dan mengawal id. Beliau berpendapat bahawa minda manusia mengandungi kesedaran di dalam tiga peringkat alam, iaitu peringkat alam sedar, prasedar dan tidak sedar. Freud membandingkan peringkat berikut dengan sebahagian aisberg, di mana peringkat alam sedar ialah bahagian aisberg di atas muka air, manakala peringkat alam prasedar dan tidak sedar adalah di bahagian bawah muka air. Freud juga percaya yang tingkah laku manusia yang eksplisit merupakan hasil sesuatu siri konflik di antara id, ego dan superego yang beroperasi di dalam tiga peringkat alam kesedaran. Misalnya, id serupa dengan nafsu. Nafsu untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Ego pula serupa dengan hati dan superego adalah serupa dengan akal dan ini akan menghalang kelakuan id yang tidak bermoral.

18

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Konflik yang berikut jika dibiarkan berpanjangan akan membawa kepada perasaan ketegangan dan ketidak selesaan yang akan menghasilkan tingkah laku bermasalah kerana fikiran terganggu. Bagaimanapun, mengikut Freud untuk menyelesaikan masalah konflik di antara id, ego dan superego, manusia biasanya menggunakan mekanisme helah bela diri seperti rasionalisasi, sublimasi pemindahan, projeksi, introjeksi, pembentukan reaksi, kompensasi, fantasi, represi, penafian, agresi, regresi dan lain-lain. Pelbagai helah diri ini merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang. Terdapat ciri-ciri mekanisme helah bela diri. Ciri yang pertama ialah aktiviti tidak sedar yang dilakukan oleh ego dengan tujuan melindungi diri daripada ingatan, fikiran atau situasi yang merunsingkan. Kedua, pemikiran atau tingkah laku yang digunakan secara tidak sedar untuk menangani kebimbangan atau ancaman terhadap penghargaan kendirinya. Ketiga, diwujudkan untuk menangani desakan konflik di antara id, ego dan superego, iaitu membolehkan individu untuk menangani kebimbangan yang timbul. Keempat pula ialah ianya merupakan cara atau taktik seseorang memberi alasan tentang sesuatu tindakannya, sedangkan alasan yang diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya. Ciri yang terakhir ialah sebagai perlindungan atau pembelaan diri terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukannya. Terdapat dua jenis helah bela diri, iaitu helah bela diri aktif dan helah bela diri pasif. Terdapat lapan jenis helah bela diri aktif. Pertama ialah sublimasi. Sublimasi ialah cara yang mana seseorang menyalurkan kekecewaan, kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti lain yang sihat. Kedua ialah rasionalisasi iaitu penjelasan yang diberi oleh seseorang terhadap tingkah lakunya dengan tujuan menyembunyikan tujuan yang sebenar demi menjaga ego atau harga dirinya. Ketiga ialah pemindahan. Pemindahan ialah memindahkan perasaan yang kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek lain yang boleh menerimanya. Selain itu, terdapat juga projeksi yang bermaksud membalikkan konflik atau kelemahan dalam diri kepada orang lain. Seterusnya, introjeksi iaitu menyerapkan ke dalam dirinya dengan menyamakan ciri-ciri orang lain yang disukai atau disanjungi. Keenam ialah pembentukan reaksi iaitu menafikan sesuatu keinginan yang telah disembunyikan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan. Ketujuh, ialah kompensasi iaitu melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan tujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak dapat dilakukan. Terakhir ialah fantasi, membentuk khayalan atau angan-angan dengan tujuan mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak diingini.
19

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Selain helah bela diri aktif terdapat juga helah bela diri pasif. Di dalamnya terdapat empat jenis helah bela diri pasif. Pertama ialah represi. Represi ialah mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam minda dengan cara melupakannya. Kedua ialah penafian iaitu meyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak akan berlaku atau tidak ada. Ketiga ialah agresi iaitu tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan atau ancaman. Terakhir ialah regresi iaitu pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku yang kurang matang seperti menangis.

4.0 TEORI PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI : ERIKSON Erik H. Erikson (1902 1994) dilahirkan di Frankfurt, Jerman. Erikson telah mengemukakan Teori Perkembangan Sosio Emosi. Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu lain di persekitaran kanak-kanak. Menurutnya lagi, personaliti seorang kanakkanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial. Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial. Setiap peringkat itu berkait antara satu dengan yang lain. Erikson juga mencadangkan individu perlu berhadapan dengn krisis perkembangan dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat terdapat matlamat yang perlu dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembagan akan membawa akibat kepada imej individu. Teori perkembangan sosio emosi Erikson ini berlandaskan lima prinsip utama iaitu setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama. Kedua, perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap keperluan asasnya. Ketiga, perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu. Seterusnya, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap yang selanjutnya. Prinsip yang terakhir ialah kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. Terdapat lapan peringkat perkembangan dalam teori sosio emosi Erikson. Peringkat yang pertama ialah asas kepercayaan lawan atas ketidakpercayaan (dari lahir hingga satu tahun). Cabaran pertama dalam peringkat ini adalah untuk membina asas kepercayaan dengan persekitaran. Pada tahap ini bayi mula membentuk perasaan percaya atau tidak percaya. Bagi seorang bayi asas kepercayaan ini akan timbul sekiranya dia mendapat jagaan yang sempurna dan sepatutnya daripada penjaga terutama ibu.

20

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Menurut teori ini sekiranya seorang bayi tidak diberi penjagaan yang sepatutnya atau ibu dan bapa lambat dalam memenuhi permintaannya, tidak mencukupi malahan tidak berterusan seperti lambat menukar lampin, tidak menjaga penyusuannya atau tidak dibelai apabila perlu, maka Erikson percaya bayi tersebut akan timbul rasa tidak percaya kepada orang lain yang akan membawa kepada ketakutan dan berprasangka. Bukan itu sahaja, malahan bayi itu akan selalu berasa bimbang dan curiga terhadap orang-orang di sekitarnya. Oleh itu, cara asuhan ibu dan bapa mempengaruhi kepercayaan kanak-kanak. Walaupun begitu, ibu dan bapa tidak perlu memberi asuhan yang terlampau sempurna seperti menurut segala kehendak anak-anak. Keadaan ini pula akan menyebabkan bayi cenderung untuk sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan terlalu mempercayai orang-orang di sekelilingnya. Menurut Erikson lagi, asuhan yang seimbang dan tekal akan menanam perasaan percayakan diri sendiri dan ketahanan dalam menghadapi cabaran hidup apabila dewasa kelak. Peringkat yang kedua ialah autonomi lawan keraguan (satu hingga tiga tahun). Pada peringkat ini kanak-kanak cuba untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan iaitu dia ingin mempunyai autonomi ke atas perlakuannya. Mereka sudah mula mencuba melakukan sesuatu perkara sendiri. Contohnya, ingin makan dan minum dengan sendiri dan sudah boleh dilatih ke bilik air pada peringkat ini. Pada tahap ini, kanak-kanak mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu secara bebas tanpa bergantung kepada orang lain. Ini adalah permulaan pada pembentukan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk berdikari dan meneroka perlakuan fizikal akan merasa mempunyai autonomi. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan mula merasa ragu terhadap kebolehan diri. Kawalan yang ketat dan kerap memberi dendaan terhadap kesalahan yang dilakukan akan menjadikan kanak-kanak tersebut takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Peringkat yang seterusnya ialah inisiatif lawan rasa bersalah (empat hingga lima tahun). Kanak-kanak pada peringkat ini terdedah kepada persekitaran. Mereka akan meneroka persekitran dan mencuba kemahiran-kemahiran baru. Pada peringkat ini mereka mula berinteraksi dan mengambil banyak inisiatif untuk melakukan sesuatu bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Mereka akan suka bertanya dan meminta penjelasan tentang peristiwa dan situasi yang dilalui.

21

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Pada tahap ini juga kanak-kanak akan cuba untuk lebih berdikari. Adakalanya mereka akan cuba melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan usia mereka. Contohnya, ingin menolong ibu mereka memasak di dapur bagi kanak-kanak perempuan, membantu ayah melakukan kerjanya bagi kanak-kanak lelaki. Jadi ibu dan bapa perlu memberikan peluang yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Sokongan dan peluang yang diberi oleh orang dewasa akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak. Ibu dan bapa perlu juga menghargai hasil kerja anak-anak mereka. Sekiranya ibu dan bapa suka mengkritik atau mengenakan denda pada tingkah laku kanakkanak yang disebabkan oleh perasaan ingin tahu akan menimbulkan perasaan bersalah pada diri kanak-kanak tersebut. Ini akan menjadikan mereka kurang inisiatif untuk mencuba sesuatu aktiviti. Situasi yang sebegini akan menyebabkan kanak-kanak ini mengasingkan diri dan akan menimbulkan rasa takut serta kurang yakin untuk mencuba sesuatu kemahiran yang baru. Peringkat yang keempat ialah industri lawan rasa rendah diri (enam hingga sebelas tahun). Pada pringkat ini, kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan sekolah rendah. Guru dan rakan sebaya akan mempunyai pengaruh yang besar ke atas perkembangan kanak-kanak pada perinkgat ini. Pemikiran mereka mula mencapai operasi konkrit dan mereka berupaya membuat transformasi dan pertalian antara dua situasi yang berkaitan dan mereka juga akan mula berfikir dengan logik. Tugasan utama dalam peringkat ini adalah untuk menimbulkan rasa kompetensi dan industri. Istilah industri membawa kepada kejayaan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak diajar sesuatu kemahiran dan tugasan, mereka akan cuba melakukannya dengan penuh minat. Kemahiran yang diperolehi dalam peringkat ini berkisar kepada kemahiran yang diperolehi dalam alam persekolahan. Guru dan ibu serta bapa perlu sentiasa membantu dan membimbing kanak-kanak dalam mencapai kemahiran-kemahiran yang mereka patut capai pada peringkat ini. Kanak-kanak yang berjaya dalam peringkat ini akan memperoleh rasa yakin pada kebolehan diri sendiri. Jadi mereka akan berusaha dan mampu memperoleh kemahiran yang diajar. Sebaliknya, kanak-kanak yang sentiasa dimarahi dan dikritik pada peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka.

22

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Peringkat yang kelima ialah identiti lawan kekeliruan identiti (dua belas hingga lapan belas tahun). Menurut Erikson, pada peringkat ini, remaja akan mencari identiti diri dan cuba mencari jawapan kepada persoalan siapa saya?. Remaja pada peringkat ini mula membina personaliti diri. Mereka ingin memahami diri sendiri dan bagaimana mereka harus menyeimbangi kehendak diri sendiri dengan kehendak orang di persekitarannya iaitu ibu dan bapa, guru dan rakan sebaya. Dalam mencari identiti diri mereka akan meniru identiti orang lain di persekitaran. Menurut Erikson, remaja yang berjaya melepasi krisis di peringkat ini akan berjaya membina identiti diri dan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Manakala mereka yang gagal akan mengalami kecelaruan identiti, rasa tidak selamat dan ragu-ragu tentang peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat. Peringkat yang berikutnya ialah keintiman lawan keasingan (lapan belas tahun hingga tiga puluh lima tahun). Pada peringkat ini krisis utama adalah untuk membentuk hubungan intim melalui perkahwinan serta membina kehidupan berkeluarga. Mereka akan mula memikirkan soal teman hidup, percintaan yang membawa kepada perkahwinan dan lain-lain. Individu pada peringkat ini juga sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain seperti isteri dan anakanak tanpa hilang identiti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain. Peringkat yang ketujuh ialah generativiti lawan kekakuan (tiga puluh lima tahun hingga enam puluh lima tahun). Individu yang berjaya pada peringkat ini dilihat sebagai seorang yang kreatif dan produktif. Mereka berjaya membina kerjaya yang mantap di samping keluarga yang bahagia. Individu ini berupaya menjaga anak-anak dengan baik dan membina hubungan yang mesra dengan pasangannya. Mereka juga boleh member sumbangan kepada masyarakat dan generasi yang akan datang. Kehidupan mereka akan menjadi lebih bermakna sekiranya anakanak mereka dapat dididik menjadi nisan yang berguna dan menghormati ibu dan bapa. Mereka yang gagal pula akan lebih bersikap mementingkan diri sendiri. Peringkat yang terakhir ialah integriti lawan kekecewaan (enam puluh lima tahun ke atas). Peringkat ini merupakan peringkat yang paling akhir dalam kehidupan seseorang individu. Pada peringkat ini seseorang individu telah melalui pengalaman dan cabaran dalam sepanjang hidupnya. Pada peringkat ini juga mereka akan mula memikirkan kembali apa yang telah berlaku dalam kehidupannya selama ini. Individu yang berjaya melepasi segala krisis perkembangan akan bangga dengan segala pencapaian dan kejayaan yang diperolehi. Kegagalan melepasi krisis perkembangan akan membawa kedukaan dan kekecewaan di hari tua.
23

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

5.0 TEORI KECERDASAN EMOSI Salah satu teori perkembangan sosio emosi yang terkenal ialah teori kecerdasan emosi. Teori ini adalah berlandaskan andaian bahawa emosi yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu situasi persekitaran, keadaan fisiologikal dan proses kognitifnya. Walau bagaimanapun, proses kognitif merupakan faktor yang menentukan sifat emosi seseorang. Teori ini menegaskan bahawa emosi adalah dikawal dan diadaptasikan dalam proses kognitif yang utama. Mengikut S. Schachter and J. Singer (1962), emosi yang dibentuk adalah berlandaskan dua faktor yang saling berkait. Kedua-dua faktor ini ialah stimuli yang menimbulkan perubahan kognitif fisiologikal seseorang individu yang merupakan faktor yang menghasilkan emosi. Kedua, pentafsiran individu terhadap perubahan perasaan diri, iaitu kesedaran keadaan emosi diri, merupakan faktor yang menentukan konotasi emosi. Maka, emosi yang dihasilkan bukan sahaja ditentukan semata-mata oleh stimuli luaran dan perubahan fisiologikal dalaman, tetapi juga hasil interaksi di antara proses kognitif dengan perubahan fisiologikal dalaman individu. Beliau juga berpendapat bahawa faktor proses kognitif membawa pengaruh yang besar kepada pengalaman emosi seseorang. Oleh kerana kadar perkembangan kognitif individu adalah berbeza di antara satu sama lain, maka wujud pula kecerdasan emosi yang berbeza. Ini bermaksud, setiap individu mempunyai kecerdasan emosi dan darjah emosi yang berbeza dengan individu yang lain. Jadi begitulah juga dengan emosi kanak-kanak berbeza antara satu sama lain.Terdapat lima kepentingan kecerdasan emosi. Pertamanya ialah kanak-kanak itu akan memahami emosi diri sendiri. Keduanya, dapat menguruskan emosi dengan lebih baik. Ketiga, memanfaatkan emosi. Keempat, kanak-kanak itu akan dapat membaca emosi dan yang kelima ialah dapat menguruskan hubungan. Kepentingan yang pertama ialah memahami emosi diri sendiri. Sekiranya kanak-kanak itu mampu memahami emosi diri sendiri maka kanak-kanak itu dapat mengenal pasti emosi yang mereka rasai. Contohnya kanak-kanak akan mengenali diri mereka sekiranya mereka berasa marah, kecewa dan gembira. Mereka akan dapat membezakan dan menamakan emosi yang mereka alami. Selain itu, kanak-kanak juga akan lebih memahami sebab-sebab yang membangkitkan perasaan atau emosi yang mereka alami. Contohnya kanak-kanak memahami apa itu kecewa, dan kanak-kanak itu juga tahu dia merasa kecewa kerana gagal dalam peperiksaan. Seterusnya, kanak-kanak akan dapat mengenal pasti perbezaan di antara perasaan dan tindakan yang rasional.
24

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Kepentingan yang kedua ialah mengurus emosi. Sekiranya kanak-kanak itu tahu untuk menguruskan emosinya maka kanak-kanak itu akan dapat memahami yang sikap toleransi adalah yang paling berkesan terhadap kecewa dan juga dapat menguruskan emosi marahnya dengan lebih baik. Jika di sekolah pula jika kanak-kanak itu dapat menguruskan emosi maka masalah disiplin bilik darjah akan dapat dikurangkan dan ini akan menjadikan kanak-kanak dapat mengawal perasaan marah dengan lebih berkesan tanpa perlu bertindak dengan tidak rasional. Contohnya, jika kanak-kanak itu tidak dapat mengawal kemarahan maka akan tercetus pergaduhan dan perkelahian antara sesame mereka ataupun akan timbul perasaan tidak puas hati terhadap guru mahupun rakan. Bukan itu sahaja, malahan tingkah laku yang agresif juga dapat dikurangkan sekiranya kanak-kanak itu pandai menguruskan emosi. Jika emosi dapat diuruskan dengan baik maka perasaan positif terhadap diri sendiri, sekolah dan keluarga juga dapat ditingkatkan dan sekaligus kerunsingan sosial dan kesepian dapat dikurangkan. Kanak-kanak yang dapat menguruskan emosinya dengan baik akan mempunyai ramai kawan, selalu gembira dan mempunyai ramai rakan. Jadi kanak-kanak sedemikian tidak akan mengalami masalah emosi seperti kemurungan dan kebosanan. Kepentingan yang ketiga ialah memanfaatkan emosi. Sekiranya emosi itu dimanfaatkan maka pelajar atau kanak-kanak akan lebih bertanggungjawab. Kanak-kanak juga akan berupaya menumpukan perhatian dengan lebih teliti terhadap tugasannya. Ini dapat kita kita sekiranya emosi itu dimanfaatkan maka pelajar atau kanak-kanak itu tidak akan menghadapi masalah untuk melaksanakan amanah atau tugasan yang telah dipertanggungjawabkan. Contohnya kerja rumah yang diberikan oleh guru atau ibu-bapa akan disempurnakan kerana kanak-kanak itu tahu untuk memanfaatkan emosi. Jadi, sudah tentu kanak-kanak itu tidak mahu orang lain berasa marah kepadanya jika dia tidak menyempurnakan tugasan yang diberikan. Tindak balas yang dizahirkan juga akan lebih rasional dan berdaya serta kanak-kanak akan dapat mengawal diri dengan lebih berkesan. Kepentingan yang seterusnya ialah empati iaitu membaca emosi. Kanak-kanak akan ada peningkatan untuk menerima perasaan orang lain dan sifat yang lebih sensitif terhadap perasaan orang lain. Jadi mereka akan menjaga perasaan orang lain dan menghormati perasaan dan emosi individu lain. Malah mereka juga akan sedia untuk mendengar kata orang lain kerana mereka sudah boleh membaca dan menghormati perasaan orang lain.

25

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Kepentingan yang terakhir ialah mengurus hubungan. Dengan kepentingan ini kebolehan bertambah dalam daya menganalisis dan memahami hubungan antara orang. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga akan dapat menyelesaikan konflik dan dapat berunding perselisihan dengan lebih berkesan jika kanak-kanak dapat menguruskan hubungan. Jika hubungan dapat diuruskan interaksi dengan rakan sebaya akan lebih mesra dan timbang rasa dapat dipertingkatkan. Selain itu, dengan kecerdasan emosi juga kanak-kanak dapat menguruskan emosi. Kanak-kanak akan mampu untuk menguruskan emosi marah. Seperti yang kita sedia maklum, marah adalah emosi yang negatif yang mampu membawa kepada keburukan seperti pergaduhan. Sekiranya kanak-kanak merasa marah maka kanak-kanak itu perlu ditenangkan. Kanakkanak itu seharusnya perlu disejukkan perasaan dan emosinya dengan melakukan aktiviti yang kanak-kanak itu suka. Contohnya jika kanak-kanak merasa marah maka orang yang terdekat dengannya boleh membawa kanak-kanak itu pergi bersiar, menonton wayang atau membelikan kanak-kanak itu coklat atau ais krim. Kanak-kanak sememangnya gemar akan coklat dan ais krim. Coklat dan ais krim juga mampu menceriakan kanak-kanak atau individu yang menikmatinya. Cara yang dilakukan ini bertujuan untuk mengurangkan kemarahan yang dialaminya. Walau bagaimanapun, emosi marah ini tidak sepatutnya dipendam tetapi perlu juga dizahirkan tetapi perlulah dengan sikap yang lebih rasional. Keduanya, dengan menguruskan emosi kebimbangan akan dapat diatasi atau dikurangkan. Kebimbangan merupakan pemikiran berulang-ulang ke atas sesuatu peristiwa yang kurang baik. Serta kurang keyakinan untuk memulihkannya. Namun begitu, emosi bimbang ini akan membuatkan kanak-kanak itu berusaha untuk menyelesaikan apa yang berada di mindanya. Contohnya, jika kanak-kanak itu bimbang ibunya marah jika dia bermain sesuatu yang kotor, maka kanak-kanak itu akan berusaha untuk tidak bermain benda yang kotor. Sebaliknya, jika kebimbangan itu tidak diatasi atau dibiarkan maka akan wujud kegelisahan yang kronik. Ketiga, dengan kecerdasan emosi kanak-kanak akan mampu menguruskan kesedihan. Kesedihan itu juga mampu membuatkan kanak-kanak itu murung. Tetapi, kesedihan dapat dikurangkan dengan melakukan aktiviti yang menggembirakan supaya kanak-kanak itu tidak merasa tertekan dengan perasaaan dan emosi yang sedih itu. Contohnya, sekiranya kanakkanak itu sedih kerana tidak dapat pergi bercuti maka ibu-bapa perlu memujuk anak mereka dengan melakukan sesuatu yang mereka sukai, seperti membawa mereka menonton wayang dan menonton televisyen rancangan yang mereka gemari.

26

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Terdapat juga empati dengan kecerdasan emosi. Mengikut kajian empati dibina atas kesedaran diri. Sekiranya seorang kanak-kanak itu mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi maka empatinya juga akan bertambah. Ini bermakna kanak-kanak itu akan lebih memahami emosi orang lain dan dapat membaca emosi individu lain. Contohnya kanak-kanak itu akan dapat memahami emosi orang lain daripada mimik muka, suara dan gerak geri. Mengikut kajian kanak-kanak atau individu yang mempunyai perasaan kasih sayang dan perikemanusiaan adalah berhubungan dengan empati. Kanak-kanak jenis ini tidak akan teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Sebaliknya, jika kanak-kanak itu tidak mempunyai empati dalam diri maka dia akan menimbulkan masalah sosial dan aktiviti yang tidak bermoral. Pengurusan hubungan dengan orang lain memerlukan kemahiran pengurusan emosi yang banyak bergantung kepada empati. Jika kanak-kanak itu ingin memahami perasaan dan emosi orang lain maka dia perlu mengenali dirinya sendiri maka barulah empati itu akan wujud dalam diri kanak-kanak itu. Kanak-kanak juga tidak lepas daripada merasa stress atau ketegangan dalam kehidupan mereka. Ketegangan boleh dirujuk sebagai sebarang situasi yang mengancam kestabilan atau keharmonian emosi mereka. Jadi dengan adanya ketegangan ini maka kanak-kanak akan belajar cara untuk menangani ketegangan dalam kehidupan mereka. Mengikut kajian terdapat berbagai-bagai jenis ketegangan, antaranya ialah kekecewaan, konflik, perubahan dan tekanan. Terdapat dua cara untuk menangani ketegangan atau stress dalam kehidupan. Pertama ialah dengan usaha konstruktif dan keduanya dengan menggunakan usaha defensif. Usaha konstruktif ialah dengan berfikir secara rasional dan mengambil tindakan yang berpadanan dan sesuai untuk menghadapi ketegangan ini. Misalnya, kanak-kanak yang gagal dalam peperiksaan akan mengambil inisiatif untuk menambahkan masa ulangkaji pelajaran dan bukannya merungut sahaja dengan kegagalan itu. Defensif pula ialah tindak balas yang negatif terhadap ketegangan. Contohnya pelajar atau kanak-kanak yang tidak bahagia dengan kehidupan mereka akan menipu diri sendiri dengan berfantasi yang kehidupan yang dilalui adalah sangat gembira dan sesuatu yang menyeronokkan. Jadi kejayaan untuk menangani ketegangan bergantung kepada perkembangan dan kebijaksanaan penggunaan kecerdasan emosi individu.

27

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

5.0

TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET

Dalam teori ini, Piaget mengkaji pemikiran kanak-kanak menaakul dan memberi hujah terhadap persoalan melibatkan moral. Beliau merumuskan kanak-kanak melalui tiga peringkat utama pemikiran moral. Peringkat pertama ialah antara umur empat hingga tujuh tahun. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat moral Heteronomus. Ianya adalah perinkgat pertama perkembangan moral. Kanak-kanak melihat peraturan sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Mereka menilai sesuatu tindakan melalui akibat. Contohnya, mereka mengemaskan barang mainan sebab takut dimarahi. Mereka sukar mengubah sesuatu peraturan dan mementingkan akibat yang akan diterima daripada sesuatu perbuatan. Peringkat kedua ialah antara umur tujuh hingga sepuluh tahun. Peringkat ini ialah peringkat transisi. Peringkat ini mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada ciri-ciri peringkat seterusnya. Peringkat yang terakhir ialah pada umur sepuluh tahun dan ke atas. Peringkat ini pula disebut sebagai peringkat moral Autonomus. Pada peringkat ini mereka mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta oleh manusia dan bukan sesuatu yang mutlak. Mereka mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat. Selain itu, mereka juga boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkah laku.

28

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.


Sekolah dan belajar adalah dua perkataan yang tidak dapat dipisahkan daripada murid dan kehidupan di sekolah. Selain daripada di rumah kanak-kanak sememangnya banyak menghabiskan masa di sekolah. Jadi sudah tentu aktivti di sekolah akan mempengaruhi dan memberi kesan ke atas perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Salah satu aktivti yang mampu membantu perkembangan kanak-kanak ialah proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jika di sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran sudah tentu di antara guru dan murid. Guru adalah salah satu agen yang mampu membantu perkembangan sosio emosi kanak-kanak di sekolah dalam proses pengajran dan pembelajaran. Pertama, guru boleh membantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang dan akan hadapi. Guru boleh melakukan perbincangan secara terbuka dengan murid tentang permasalahan emosi mereka seperti perasaan cemburu terhadap adik- beradik dan rakan, ejekan, prejudis, pilih kasih, terpinggir dan lain-lain. Dengan melakukan perbincangan secara terbuka ini akan membuatkan murid-murid merasakan mereka mempunyai tempat untuk bercerita tentang emosi yang tidak mereka senangi. Jadi secara tidak langsung guru boleh membantu murid-murid membuat penilaian dan pertimbgan terhadap permasalahan yang dihadapi. Guru boleh memberi nasihat, dorongan dan motivasi kepada murid-murid apabila mengetahui permasalahan yang dihadapi dan yang membelenggu murid-muridnya. Bukan itu sahaja bahkan guru juga boleh menggalakkan murid menulis dan mencoretkan emosi mereka sebagai luahan emosi dan apa yang dituliskan itu adalah rahsia. Ini akan membantu murid membina asas kepercayaan terhadap individu lain. Kedua, guru boleh membantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang lain. Guru meminta murid menerangkan perasaan dan perspektif orang lain terhadap sesuatu isu atau situasi. Selain itu guru juga boleh melakukan stimulasi atau main peranan. Murid-murid membawa peranan yang lain dari watak dirinya supaya dapat memahami dan menilai perasaan orang lain. Dengan aktiviti stimulsi itu secara tidak langsung murid akan cuba untuk menghayati watak yang diberi. Jadi murid akan turut merasai emosi orang lain apabila berhadapan dengan situasi itu. Contohnya, mengambil murid yang berkebolehan dalam berkata-kata dan menyuruhnya berlakon menjadi seorang murid yang tidak mempunyai kebolehan yang baik dalam aspek percakapan. Jadi, murid tersebut akan berlakon menjadi murid yang berbeza
29

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

dengan karektornya dan rakan-rakan murid itu akan mengejeknya dan memandang sinis kepada murid itu. Dengan ini, secara tidak langsung murid itu dapat menilai perasaan orang lain yang tidak mempunyai kebolehan dan bakat sepertinya diperlakukan sedemikan rupa. Jadi apabila murid berkenaan turut merasai emosi watak yang dilakonkan itu maka murid itu akan mendapat pengalaman dan ilmu yang baru. Oleh itu, kemahiran memahami dan menghormati emosi orang lain dapat dipertingkatkan. Seterusnya, dengan proses pengajaran dan pembelajaran ini guru boleh membantu murid membuat hubung kait antara nilai yang dinyatakan dengan tingkah laku yang dibuat. Contohnya beri kesedaran kepada murid tentang ketidakseragaman antara tingkah laku mereka dengan nilai yang mereka sebut. Guru menyuruh murid mengenal pasti ketidakseragaman yang wujud pada orang lain dahulu sebelum merujuk kepada diri mereka sendiri. Misalnya murid tahu bahawa guru akan marah dan kelakuan itu adalah tidak sopan jika mereka bercakap ketika guru sedang mengajar, tetapi murid tetap bersembang ketika guru sedang mengajar. Ini menunjukkan ketidakseragaman antara tingkah laku dengan nilai yang mereka sebutkan. Keempat ialah guru memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid saling mendengar antara satu dengan yang lain. Keadaan ini tidak hanya berlaku ketika guru mengajar tatapi juga ketika perbincangan antara kumpulan. Dalam aktiviti kumpulan atau semasa pembentangan pastikan murid-murid lain turut mendengar jawapan dan hujah daripada rakan yang membentang. Keadaan ini akan melatih murid supaya menghormati pandangan dan pemikiran daripada orang lain. Selain iu guru juga boleh memberi peneguhan kepada mereka yang mendengar dengan baik supaya ianya akan meransang perkembangan sosio emosi murid berkenaan dan secara tidak langsung menyedarkan murid yang tidak memberi tumpuan. Kelima ialah memastikan murid menunjukkan kesedaran terhadap isu-isu semasa yang melibatkan moral dan nilai-nilai murni sejagat. Contohnya mengadakan perbincangan dan membuat tindakan terhadap isu-isu semasayang melibatkan nilai-nilai moral dan emosi. Guru juga perlu memberi layanan yang sama rata kepada murid-murid di dalam kelas. Dalam erti kata lain tidak akan sikap pilih kasih antara murid. Elakkan daripada melakukan perbandingan antara murid tetapi fokuskan kepada pencapaian individu serta guru juga perlu mengelakkan dari menjatuhkan hukuman berdasarkan khabar angin sahaja dan bukannya berdasarkan bukti yang nyata. Ini secara tidak langsung mengajar murid-murid sikap penyayang. Selain itu, memastikan murid dapat membezakan antara undang-undang yang
30

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

menjaga keselamatan dengan undang-undang yang melibatkan nilai-nilai yang murni. Contohnya undang-undang di jalan raya lebih memberi fokus kepada keselamatan berbanding undang-undang di sekolah yang melibatkan nilai-nilai murni seperti melahirkan murid yang peka terhadap kebersihan. Implikasi yang seterusnya ialah membincangkan strategi-strategi mengawal emosi. Misalnya membincangkan akternatif-alternatif yang boleh digunakan untuk mengawal emosi seperti berhenti sejenak, tinggalkan tempat kejadian atau membuat rasionalisasi. Guru juga boleh menjadi model kepada murid. Guru boleh berkongsi pengalaman diri sendiri tentang bagaimana mengawal rasa marah, kecewa dan gelisah. Berkongsi pengalaman dengan murid dan cuba untuk memahami dan salami emosi yang dialami oleh murid. Seperti yang kita tahu pada peringkat kanak-kanak atau murid sekolah rendah mereka sangat mempercayai guru. Apa sahaja yang dikatakan oleh guru adalah benar. Jadi dengan itu guru perlu berusaha untuk memahami dan mengenali emosi murid supaya kita akan dapat membantu murid kita berkembang. Implikasi yang berikutnya ialah membantu murid mengenal perbezaan budaya dalam ekspresi emosi. Guru beri peluang kepada pelajar untuk membincangkan emosi-emosi yang terdapat dalam keluarga masing-masing. Beri kesedaran kepada pelajar supaya peka terhadap emosi orang lain kerana terdapat perbezaan emosi antara individu yang lahir daripada berbagai-bagai corak kehidupan. Contohnya cara hidup Ahmad dan Swe Fong mungkin berbeza kerana mereka lahir dalam keluarga yang berbeza dan budaya yang berbeza. Jadi murid-murid perlu diserapkan dengan prinsip yang tidak semua individu di dunia ini yang merasai apa yang kita rasai dan lalui. Jadi sudah tentu corak kehidupan, emosi, tingkah laku dan budayanya akan berbeza. Selain itu, guru juga perlu menggunakan percakapan yang sesuai. Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid adalah diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bererti, untuk mewujudkan interaksi dua hala selain menggunakan kaedah penyoalan, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas kepada mereka dengan menggunakan teknik ganjaran iaitu memuji dan menrima pendapat mereka dengan hati yang terbuka.

31

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Guru juga boleh membantu murid mengurus emosi diri dengan mengamalkan sikap kepimpinan demokratik. Kepimpinan guru yang bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio emosi yang sihat, mesra dan harmonis di atara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antara satu sama lain. Satu lagi strategi yang boleh gi memusatkan murid ini ialah strategi yang digunakan untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Ini bermakna kaedah menerang, syarahan atau demonstrasi guru harus dikurangkan kepada peringkat yang minimum. Apabila murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, interaksi di antara murid akan dibentuk secara tidak langsung. Seperti yang kita tahu alat bantu mengajar sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat murid telah dapat dibangkitkan, mereka akan berusaha belajar dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar merupakan suatu media yang boleh suatu media yang boleh mengaitkan perhubungan guru dengan murid-murid, dan secara tidak langsung interaksi di antara mereka akan dibentuk melalui penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai. Di sekolah, suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah perlu diwujudkan. Suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah dapat diwujudkan dengan menyusun keadaan fizikalnya. Ini dapat dilakukan dengan menyusun tempat duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan. Jika suasana dalam bilik darjah kondusif maka emosi murid akan berkembang dengan baik kerana mereka akan berasa selesa dengan keadaan itu. Proses pengajaran yang disebutkan di atas adalah pembelajaran dan pengajaran secara formal. Terdapat juga pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dengan cara tidak formal. Contohnya di rumah dan melalui masyarakat. Ibu dan bapa serta masyarakat sebenarnya turut sama mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan kanak-kanak tetapi ianya adalah dalam keadaan tidak formal. Kanak-kanak tidak hanya belajar sesuatu perkara di rumah tetapi mereka juga belajar sesuatu melalui pengalaman dan pemerhatian.

32

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Contohnya apabila berada di rumah orang yang paling hampir dengan kanak-kanak ialah ibu bapa dan adik-beradik. Kanak-kanak yang berusia bawah daripada lima tahun tidak perlu lagi untuk pergi ke sekolah jadi proses pengajaran dan pembelajaran mereka melalui orang yang terdekat dengan mereka. Kanak-kanak yang seusia berikut perlulah diberi perhatian terhadap persekitaran mereka kerana mereka ingin mencuba dan berdikari. Ibu dan bapa boleh mula mengajar mereka tentang cara makan yang betul dan boleh melatih mereka untuk pergi ke bilik air sendiri. Kanak-kanak ini juga boleh belajar dengan pemerhatian mereka. Contohnya bagaimana ibu dan adik-beradik yang lain makan. Jika ingin mandi dan membuang air ke mana harus dituju. Jadi ini juga proses pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak juga belajar melalui bermain. Contohnya jika kanak-kanak itu keluar bermain dengan rakan-rakan mereka secara tidak langsung mereka akan belajar. Kanak-kanak yang keluar bermain mungkin apabila pulang ke rumah akan mengajukan soalan kepada keluarga mereka kenapa kawan-kawan yang lain tidak suka bermain dengannya. Jadi keluarga boleh memberi penerangan yang ringkas dan mudah kepada kanak-kanak berkenaan supaya dia faham apa yang cuba disampaikan kepadanya. Misalnya keluarga boleh berkata bahawa dia perlu senyum dan cuba untuk memulakan perbualan dengan rakan-rakannya. Selain itu, masyarakat dan keluarga juga boleh memberi rangsangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya memberi sokongan terhadap bakat dan kejayaan mereka. Seterusnya media massa juga boleh dijadikan alat dalam proses ini untuk

perkembangan sosio emosi. Sebagai contoh dengan pembacaan surat khabar dan buku cerita misalnya kanak-kanak akan tetap melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, melalui televisyen juga proses ini boleh terjadi. Contohnya melalui drama dan filem mereka akan belajar sesuatu tentang kehidupan dan jenis-jenis emosi yang ada dalam diri manusia. Melalui cerita yang dipaparkan di televisyen itu kanak-kanak akan mendapat gambaran seperti kawan-kawan tidak suka jika dirinya ditipu. Oleh itu ketika berkawan mereka akan mengelakkan menipu kerana mereka mendapat gambaran melalui paparan cerita yang menipu itu akan menjejaskan persahabatan. Jadi kesimpulannya proses pengajaran dan pembelajaran ini tidak hanya terhad ketika di sekolah dan melalui guru sahaja. Ianya kini meliputi semua aspek dan tidak kira di mana-mana ianya boleh berlaku. Ianya juga mampu merentasi sempadan kerana kita kini mempunyai teknologi yang canggih dan terkini.

33

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

RUMUSAN DAN CADANGAN


Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif iaitu tidak dapat diukur dengan mata kasar tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma dalam kehidupan manusia. Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan mengenai perkembangan kanak-kanak dari aspek sosio emosi saya dapat merumuskan bahawa komponen perkembangan sosio emosi memberi fokus kepada penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan kanak-kanak belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak. Perkembangan sosio emosi bermula dengan kebolehan kanak-kanak memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan kanak-kanak memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni. Keupayaan ini akan membantu kanak-kanak untuk bersosial dengan individu lain apabila mereka melangkah ke alam baru iaitu alam persekolahan. Komponen ini juga memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Dalam kajian yang dijalankan saya juga turut mengkaji teori-teori yang berkaitan dengan perkembangan sosio emosi khususnya. Teori yang pertama ialah teori Pelaziman Tingkah Laku dan Pembelajaran Emosi oleh tokoh J.B Watson. Dalam teori ini dapat disimpulkan bahawa kanak-kanak akan belajar menyesuaikan diri dan emosi mereka dengan sesuatu keadaan yang baru melalui proses pelaziman. Teori yang kedua ialah Teori Perkembangan Emosi Fizikal oleh Sigmund Freud. Dalam teori ini, Freud berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Selain itu, Freud juga

mengemukakan satu lagi teori iaitu teori Psikodinamik. Dalam teori ini Freud percaya bahawa emosi manusia dibentuk sejak dilahirkan dan akan berkembang. Melalui teori yang dikemukakan oleh Freud dapat saya simpulkan di sini bahawa dalam membentuk

perkembangan sosio emosi kanak-kanak, cara didikan dan layanan yang diterima oleh kanakkanak semenjak kecil sangat mempengaruhi perkembangan sosio emosi mereka dan
34

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

perkembangan fizikalnya kerana ianya saling berkaitan dalam teori ini. Oleh yang demikian pada peringkat kanak-kanak ini perhatian dan didikan yang diberikan oleh ibu dan bapa serta orang di sekelilingnya akan mencorak emosi dan cara bersosial kanak-kanak. Jika ibu dan bapa kanak-kanak itu selalu menunjukkan contoh teladan yang baik dan memberi gambaran sebenar tentang kehidupan bersosial dan cara menguruskan emosi dengan baik maka kanak-kanak akan mencontohi apa yang dipaparkan kepada mereka. Seterusnya saya turut mengkaji teori daripada Erikson iatu Teori Perkembangan Sosio Emosi. Erikson merupakan orang pertama yang mengenal pasti perkembangan sebagai tugas berterusan sepanjang hayat. Teori ini pula menyatakan yang perkembangan sosio emosi terdiri daripada lapan peringkat, mulai daripada bayi hingga peringkat tua. Dalam teori ini Erikson menekankan tentang kepentingan hubungan sosial dengan individu lain di persekitaran kanakkanak. Jika kanak-kanak dapat bersosial dengan baik maka ini akan membantu mereka berkembang menjadi individu yang berkeupayaan dan harmonis. Ianya juga sesuai dengan perkembangan semasa, kefahaman dalam perkembangan sosio emosi ini akan turut sama membantu kanak-kanak dalam menangani masalah-masalah sosial dan emosi yang semakin meruncing dalam rentak kehidupan mereka. Sebagai ibu bapa dan masyarakat yang prihatin kita mestilah sentiasa menggalakkan kanak-kanak menyertai aktivti-aktiviti sosial yang dijalankan di sekolah mahupun di kawasan tempat tinggal mereka. Aktiviti-aktiviti sosial ini akan mampu meransang kanak-kanak untuk berinteraksi dengan baik dan akan melahirkan kanakkanak yang berjiwa prihatin. Teori yang kelima saya kaji ialah Teori Kecerdasan Emosi. Teori ini berpendapat yang perkembangan kognitif mempengaruhi perkembangan sosio emosi kanak-kanak. Sekiranya ibu dan bapa serta guru inginkan perkembangan sosio emosi yang sihat untuk kanak-kanak maka mereka juga perlu memberi penekanan kepada perkembangan kognitif. Kognitif sememangnya tidak dapat dinafikan akan mempengaruhi emosi kanak-kanak. Sekiranya kognitif kanak-kanak itu meransangnya untuk marah maka emosinya akan teransang untuk marah. Oleh yang demikian, pengaruh ibu bapa serta peranan guru dan masyarakat dapat membantu kanakkanak ini menangani emosi yang negatif dengan melatih kanak-kanak untuk berfikir secara rasional. Kanak-kanak yang selalu berhadapan dengan gaya pemikiran yang terburu-buru akan cenderung untuk mengikut jejak langkah itu. Untuk mengelakkan kejadian itu maka ibu bapa khususnya perlulah berfikir dengan matang untuk menangani masalah kerana itu akan menjadi ikutan kanak-kanak apabila mereka berhadapan dengan masalah.

35

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

Teori yang terakhir saya kaji dalam perkembangan sosio emosi ialah Teori Perkembangan Moral Piaget. Hasil daripada kajian ke atas teori ini dapat dirumuskan bahawa pemikiran, tingkah laku, perasaan, emosi dan personaliti seseorang berkait dalam penilaian moral individu. Ianya juga melibatkan perubahan pemikiran, perasaan, emosi dan tingkah laku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Jika kanak-kanak itu mempunyai moral dan kesedaran tentang kehidupan bersosial maka ianya secara tidak langsung akan memahami kesusahan dan kesulitan orang lain dan bersedia untuk menghulurkan bantuan kerana kanak-kanak itu memahami erti bantu-membantu dalam kehidupan bersosial. Untuk menghasilkan kanak-kanak begini kita perlu menitik beratkan intrapersonal dan interpersonal yang akan melibatkan interaksi sosial dengan orang di sekitarnya. Interaksi sosial akan membantu kanak-kanak memahami emosi orang lain kerana minda mereka akan berkembang sekiranya mereka mempunyai banyak pengalaman dan ramai kawan. Semakin ramai kawan maka semakin mudah mereka memahami emosi orang lain kerana emosi individu adalah berbeza antara satu sama lain. Konklusinya, perkembangan sosio emosi yang berkembang dengan baik meliputi cara kanak-kanak mengendalikan emosi diri mereka dan juga persekitaran mereka. Kanak-kanak yang dapat mengawal emosi akan dapat menghadapi masalah, cabaran dan dugaan dengan tenang dan positif. Mereka juga akan berusaha untuk menjaga perhubungan dengan orang lain dan boleh bersosial dengan baik. Elemen seperti kognitif, moral, fizikal sangat penting untuk membantu perkembangan sosio emosi. Selain itu ibu, bapa, guru dan masyarakat turut membantu dalam perkembangan ini di samping elemen-elemen sokongan yang lain seperti media massa dan teknologi. Tidak dapat disanggah bahawa perkembangan sosio emosi akan mempengaruhi cara dan rentak kehidupan kanak-kanak. Secara keseluruhannya, pelbagai strategi yang proaktif mampu mengubah situasi yang negatif kepada sesuatu yang lebih positif, contohnya, dengan kanak-kanak yang lebih berusia, ibu dan bapa serta guru boleh menerangkan atau berbincang dengan mereka tentang apa yang mereka rasai dan apa yang mereka inginkan dalam kehidupan supaya mereka berasa diri mereka disayangi dan dihargai, jadi ini akan melahirkan kanak-kanak yang beremosi stabil dan boleh bersosial dengan baik.

36

NUR BAHIRAH BINTI MOHD RUSHDI PISMP PENDIDIKAN KHAS

PENUTUP

Setelah saya berjaya menyiapkan tugasan ini saya berpendapat bahawa Kerja Khusus seperti ini banyak memberi manfaat serta input yang berguna kepada guru-guru pelatih. Kerja Khusus ini secara tidak langsung telah melatih guru-guru pelatih supaya mahir dalam penyediaan esei ilmiah dan mengetahui maklumat-maklumat yang perlu dimasukkan dalam esei supaya esei itu lebih konkrit dan lebih ilmiah isinya. Tugasan ini juga melatih guru pelatih membaca buku-buku ilmiah dan dapat memantapkan pengetahuan mengenai subjek yang dipelajari. Ini juga menambahkan pemahaman mengenai tajuk yang kurang difahami sebelumnya. Ia juga turut meransang guru pelatih supaya peka terhadap perkembangan kanak-kanak kerana kelak mereka akan berhadapan dengan murid yang berumur tujuh hingga dua belas tahun. Selain itu, Kerja Khusus ini turut melatih guru-guru pelatih berfikir secara kreatif dan kritis untuk melahirkan guru pelatih yang cemerlang dan gemilang. Sekian.

37