Anda di halaman 1dari 1

ANAK ITIK YANG HODOH Di sebuah taman, tinggal seekor ibu itik bersama anak-anaknya.

Ia mempunyai seekor anak yang berlainan rupa. Anak itik tersebut aga hodoh dan lebih besar daripada anak-anak itik yang lain. Rupanya sungguh hodoh, fikir ibu itik. Hari ini cuaca sungguh baik. Mari kita pergi berenang, kata ibu itik kepada anak-anaknya. Jangan berenang jauh dari ibu dan berhati-hati dengan kucing. Haiwan-haiwan lain di taman itu sering mentertawakan anak itik yang hodoh itu. Jangan dating dekat kami! Rupa kamu sungguh hodoh! kata mereka. Anak itik berasa sungguh sedih kerana semua haiwan tidak suka kepadanya. Ibunya juga tidak mempedulikannya. Lebih baik aku lari dari sini, fikir anak itik. Pada malam itu, anak itik melarikan diri. Akhirnnya ia sampai di sebuah rumah ladang yang besar. Di situ terdapat seekor kucing dan seekor ibu ayam. Adakah kamu boleh tangkap tikus ? tanya kucing. Adakah kamu boleh bertelur? tanya ibu ayam pula. Tidak! jawab anak itik. Kalau begitu,kamu tidak boleh tinggal di sini, kata kucing dan ibu ayam. Anak itik terpasa pergi dari situ. Ia tidak ada tempat untuk berlindung. Ketika hujan, ia basah kuyup dan kesejukan. Apabila letuh, ia tidur di bawah pokok. Seorang petani menjumpai anak itik. Dia membawa anak itik pulang. Namun,anak lelaki petani tidak menyukai anak itik. Dia menghalau anak itik. Anak itik lari membawa diri. Ketika musim panas, anak itik menjadi semakin besar dan kuat. Ia bertukar menjadi seekor angsa putih yang cantik. Ia boleh terbang dan berenang bersama angsa putih yang lain. Akhirnya ia menemui keluarga asalnya dan hidup gembira.

Anda mungkin juga menyukai