Anda di halaman 1dari 6

KETUA BIMBINGAN DAN KAUNSELING (Guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus.

Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang sudah mendapat latihan secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Darul Aman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, dan universiti-universiti di luar dan di dalam negeri yang lain).

Tugas Ketua Bimbingan dan Kaunseling

1. Inventori Individu Dan Rekod a. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar b. Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar. c. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling. d. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar. e. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan. f. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.

2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat. a. Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah. b. Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi. c. Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang permohonan dengan tepat. d. Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau tempat pekerjaan lain. e. Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat. f. Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya merokok dan inhalen.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok a. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar. b. Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa. c. Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV dan STPM. d. Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.

4. Perkhidmatan Kaunseling a. Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai: o Pencapaian akademik yang tidak memuaskan. o Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain. o Kerjaya, pelajaran dan peribadi. o Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum. o Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan bahan inhalen. b. Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling boleh mengendalikannya. c. Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.

5. Perkhidmatan Penempatan a. Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya pilihan dan kemampuan. b. Penempatan pekerjaan: 1. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan). 2. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).

3. Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan.

6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen a. Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen. b. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan. c. Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.

7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan a. Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta. b. Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah. c. Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar. d. Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah. e. Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar. f. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos a. Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain. b. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. c. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah. d. Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.

9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa a. Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran. b. Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan. c. Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru. d. Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. e. Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.

10. Perkhidmatan Penilaian a. Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar. b. Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi a. Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerjakerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.

GURU PENOLONG BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Dalam konteks ini bermaksud guru-guru yang membantu secara khusus perlaksanaan program atau aktiviti bimbingan di sekolah. Mereka ini sebagai staf yang menjadi pembantu kepada guru kanan bimbingan dan kaunseling.

Tugas Guru Penolong Bimbingan dan Kaunseling

1. Membantu dalam mengendalikan inventori, individu dan rekod. 2. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat. 3. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok. 4. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling. 5. Membantu dalam perkhidmatan penempatan. 6. Membantu dalam perkhidmatan mencegah penggunaan dadah dan inhalen. 7. Membantu dalam perkhidmatan konsultasi dan rujukan. 8. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos. 9. Membantu dalam perkhidmatan penilaian. 10. Membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan. 11. Membantu menghasilkan dan mengurus bahan cetak dan bukan cetak bimbingan seperti poster, risalah, dokumen, berita, slaid dan pita video.

GURU-GURU LAIN (MATA PELAJARAN & KELAS)

Tugas Guru-guru lain dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling :

1. 2. 3. 4.

Membantu mengenal pasti pelajar-pelajar berisiko untuk intervensi kaunseling. Membantu mengumpul data mengenai profil pelajar. Membantu memberi bimbingan 'tunjuk ajar'. Membantu memberi maklumat kerjaya, pendidikan pencegahan dadah, latihan dan maklumat semasa. 5. Membantu melaksanakan program dan aktiviti pelajar.

6. Membantu pelajar bermasalah melalui konsultasi dengan guru bimbingan dan kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai