Anda di halaman 1dari 36

PRA 3102

TAJUK TUGASAN: Bagi pelajar yang mengajar di kelas prasekolahsedia ada anda dikehendaki merancang dan membina alat untuk aktiviti-aktiviti p&p bagi mengaplikasikan pendekatan pendekatan berikut dalam aktiviti p&p di kelas prasekolah anda: Belajar melalui bermain Bertema Bersepadu Pendekatan Projek

Dokementasikan aktiviti yang telah anda laksanakan. Bagi pelajar yang tidak mengajar di kelas prasekolah anda di kehendaki memilih kelas prasekolah di sekolah anda atau di sekolah yang berhampiran untuk melaksanakan tugasan di atas.

Page 1

PRA 3102

ISI KANDUNGAN Soalan Isi Kandungan Surat Akuan Biodata Diri Pengenalan Isi isi Kesimpulan Refleksi individu Bibliografi Borang Kolaborasi Lampiran

MUKA SURAT 1 2 3 4 5-6 7-31 32 33 34 35 36

Page 2

PRA 3102

SURAT AKUAN

Saya seperti nama di bawah mengesahkan dan mengakui bahawa segala karya dan hasil kerja kursus ini adalah hasil karya dan titik peluh saya sendiri. Kerja kursus ini tidak disalin atau diambil dari pihak lain yang berkenaan.Namun segala nota dan ringkasan yang terdapat adalah diambil dari sumber yang telah dinyatakan pada bahagian bibliografi.

............................................ Nama No. K/P Kumpulan : Noor Aslina binti Arshad : 680101025410 : Pra b

Page 3

PRA 3102

BIODATA DIRI

Nama No KP Tarikh Lahir Umur Alamat

: Noor Aslina binti Arshad : 680101025410 : 01 Januari 1968 : 43 Tahun : No 139, Taman Suria 1, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

Kelayakan Akademik Kelayakan Ikhtisas Institusi Perguruan Pengkhususan Pengalaman Mengajar Sekolah Berkhidmat

: STPM : Sijil perguruan : Maktab Perguruan Kinta, Ipoh : PRA / PSR ( 1992 1994 ) : 16 Tahun : Sek. Keb. Gelong ( 1995 2002 ) Sek. Keb. Seri Banai ( 2003 )

Nama Suami Nama Anak

: kholib bin Hamid ; Amri bin Kholib ( 16 Tahun ) Khairul Alif bin Kholib ( 8 Tahun )

Page 4

PRA 3102

PENGENALAN Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010, Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak kanak berumur 4+ hingga 5+ tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak kanak agar mereka Berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menandatangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. 4 kata kekunci :y y y y Menyuburkan ( Enriching ) Aktif Penglibatan ( Engaging ) Selamat ( Safe ) Seronok ( Fun )

Kanak kanak prasekolah berada di peringkat tahap perkembangan praoperasi. Dalam tahap perkembangan ini biasanay mereka belajar dengan aktif dan memerlukan pengalaman yang berterusan serta penglibatan secara langsung yang akan membantu proses perkembangan bahasa, kognitif, social dan fizikal mereka.

Pada peringkat ini kanak kanak berupaya menggunakan symbol (imej) atau perkataan serta mempunyai perspesi secara logic. Mereka juga bersifat egosentrik iaitu melihat persekitaran mengikut persepsi mereka sendiri. Pengalaman pembelajaran melalui kompenan deria iaitu penglihatan , pendengaran, bau, sentuh dan rasa, memalalui pendekatan belajar melalui bermain dan belajar melalui pengalaman, membantu proses pembelajaran yang lebih optimum dan menjadikan pembelajaran itu berkesan dan bermakna.

Page 5

PRA 3102

Seterusnya pendekatan pengajaran dan pembelajaran merangkumi pendekatan bertema, bersepadu, projek dan pendekatan pendekaatan lain sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Standard pengajaran dan pembelajaran ke dua menerangkan apa yang perlu diketahui dan dilakukan oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak kanak ( develop mentally appropriate ) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada kanak kanak. Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan mengikut kesesuaian Standard Kandungan dan Standard Pembalajaran yang hendak dicapai.

Page 6

PRA 3102

PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN Kanak kanak belajar melalui bermain. Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Menseimbangkan belajar dan bermain ataupun membuat kerja, menjadi rangka kerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak kanak. Pemahaman guru berkenaan teori perkembangan dan pembelajaran serta interaksi kanak kanak dengan guru dan rakan dapat membantu merancang pembelajaran melalui bermain. Bermain adalah proses pembelajaran kanak kanak untuk memahami sesuatu konsep. Melalui penerokaan dan membina semula konsep menerusi bermain dapat mengukuhkan kefahaman kanak kanak terhadap konsep yang ingin diketahui. Di dalam kelas prasekolah untuk kanak kanak berusia 4+ hingga 5+ tahun kanak kanak bermain untuk membina konsep. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu menyediakan main corak konstruktif selain dari bersosial. Kanak kanak berhadapan dengan masalah untuk mengenal pasti persamaan antara objek dan peristiwa, membanding dan membezakan, contohnya untuk meletakkan sekeping jigsaw puzzle di atas papan jigsaw puzzle, kanak kanak perlu membina persamaan dn ruang jigsaw puzzle. Contoh yang lain seorang kanak kanak meletakkan segelas air sirap di atas meja kemudian bermain di sudut pembelajaran. Apabila datang semula di meja terdapat 2 gelas air sirap. Dia tentu akan tertanya yang manakah gelas miliknya. Keadaan ini menyebabkan dia perlu membina persamaan antara gelas kepunyaannya sebelum ini dan gelas yang baru dilihatnya Terdapat 2 jenis persamaan iaitu pengenalan ( identity ) dan kesetaraan (equivalence). Pengalaman melibatkan antara dua penglihatan terhadap objek yang sama. Manakala kesetaraan melibatkan persamaan dua atau lebih objek. Pengenalan dapat dilihat menerusi contoh kanak kanak dengan gelas air minuman. Dia tidak dapat membezakan gelas miliknya. Manakala kesetaraan dapat di lihat menerusi contoh kanak kanak dan jigsaw puzzle. Kanak kanak terpaksa membanding beza dua objek untuk disesuaikan. Kesimpulannya persamaan terbina sama ada antara dua penglihatan objek atau peristiwa antara objek yang berbeza atau peristiwa. Hal ini penting untuk
Page 7

PRA 3102

memahami penemuan oleh kanak kanak sewaktu percubaannya menyelesaikan masalah. Perubahan adalah sesuatu yang kanak kanak mahukan. Setiap perubahan melibatkan tempat permulaan dan tempat akhir. Perubahan berlaku di antara tempat permulaan dan akhiran. Asas penting dalam aktiviti bermain ialah:y y Permainan deria motor yang melibatkan motor kasar dan motor halus. Permainan simbolik iaitu fantasia ataupun dengan menggunakan objek tertentu seperti melakonkan watak dalam cerita yang dipilih oleh guru ataupun kanak kanak. y Permainana konstruktif yang melibatkan kanak kanak membentuk sesuatu kraftangan atau seni daripada pelbagai bentuk permainan yang dijalankan di dalam ataupun di luar kelas. Bermain di kelas prasekolah boleh dibahagikan kepada:y Main pilihan sendiri iaitu guru menyediakan peralatan permainan di sudut sudut tertentu untuk dipilih oleh murid. Biasanya aktiviti ini dijalankan semasa rutin atau sementara menunggu aktiviti pembelajaran bermula. y Main terancang iaitu guru merancang pembelajaran dengan memasukkan unsur main dalam aktiviti pembelajaran . Bahan dan peralatan boleh digunakan sebagai alat bantu yang mengukuhkan sesuatu konsep yang dilakukan menerusi main. Terdapat 4 jenis main iaitu y Permainan Solitary iaitu kanak kanak bermain bersendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain atau secara bebas. Permainan ini dianggap kebudak budakan dan tidak matang tetapi pengkaji percaya, jenis permainan ini boleh dijadikan pengalaman yang matang dan menggembirakan. y Permainan Parallel iaitu kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampiran dengan kanak kanak lain. Misalnya 2 orang kanak kanak mungkin bermain benda yang sama tetapi tidak bermain bersama sama.
Page 8

PRA 3102

Permainan associative iaitu seorang kanak kanak bersama kanak kanak lain terlibat delam aktiviti yang sama tetapi tidak ada kerjasama ataupun ,menjadikan minatsendiri kepada minat kumpulan contohnyabeberapa orang kanak kanak mahu menjadi emak, ayah dalam kumpulan tersebut. Guru perlu campur tangan dan member cadangan.

Permainan Cooperative iaitu seorang kanak kanak bermain bersama kanak kanak lain. Mereka saling lengkap melengkapi. Ada kerjasama dan tolak ansur. Minat sendiri dapat dijadikan minat kumpulan. Kurang campur tangan guru.

PENDEKAATAN BERTEMA Menurut Kostelnik (1989), theme teaching involves offering children an array of activities buil around a central idea. Manchedo (1989 ) menyokong pendapat ini iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum. Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupu unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintergrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik topik tertentu dalam ruang lingkup yang luas.Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan rangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat peringkat mengikut tahap umur kanak kanak. Selain dari itu, peluang lebih terbuka untuk kanak kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengayaan dan pembelajaran., pengalaman guru dan juga pengalaman kanak kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.
Page 9

PRA 3102

Pendekatan ini melibatkan bidang bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada kedua duanya iaitu guru dan kanak kanak: y Kanak kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Disamping itu, kanak kanak dapat juga belajar melalui pengalaman yang dilalui sendiri. y Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama. y Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti. y Selain daripada menambah pengetahuan kognitif kanak kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan, berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak kanak. y Pendekatan bertema yang member kanak kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran social serta pemahaman berkenaan peranan social dan tanggungjawab ssebagai ahli kumpulan.

Page 10

PRA 3102

PENDEKATAN BERSEPADU Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan lebih daripada satu kompenan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu penggabungjalinan. Pendekatan bersepadu membantu kanak kanak memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah pisah. Aspek yang disepadukan ialah kesepaduan antara tunjang, kesepaduan antara teori dan amali, kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni,kesepaduan antara pelbagai kaedah atau teknik, kesepaduan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru, kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan kanak kanak dan kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas. Kepentingan dan tujuan pendekatan bersepadu ialah mendalami atau meneroka sesuatu topik dalam skop yang lebih menyeluruh. Mempunyai lebih banyak pilihan aktiviti yang sesuai dengan minat dan keupayaanya dan menimbulkan kepuasan belajar. Pembelajaran lebih aktif, menggembirakan dan bermakna dan meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti. Mengembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi serta mengamalkan nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur dan rajin.

PENDEKATAN PROJEK Pendekatan projek menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif kanak kanak dalam pembelajaran. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak kanak adalah pembinaan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran. Pegangan pendekatan ini dipengaruhi teori konstruktivitis. Pembelajaran kemahiran yang diperolehi menerusi pengetahuan yang dibina oleh kanak kanak adalah mengikut inisiatif dan minat kanak kanak. Kanak kanak membina pengetahuan menerusi penyelesaian masalah yang perlu pengalaman. Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006) Pendekatan ini ditentukan oleh guru atau inisiatif kanak kanak. Penyelisikan yang mendalam berfokus topic yang dipilihnbagi mendapatkan jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh
Page 11

PRA 3102

kanak kanak. Hala tuju pembelajaran mengikut minat kanak kanak dan guru adalah sebagai pemudah cara ataupun pembimbing. Pendekatan projek boleh dijalankan dalam jangka masa panjang dan pendek. Jangka masa itu diperlukan kerana setiap topik yang dipilih akan dikaji kerana mendalam. Perincian sesuatu perkara yang dikaji adalah berkaitan dengan topik. Guru boleh memberhentikan aktiviti dan menyambung semula pada waktu pembelajaran akan datang. Aktiviti projek untuk jangka masa panjang melibatkan suatu rancangan jangka panjang. Guru sebagai pemudah bicara membantu kanak kanak memberi pandangan sama ada sesuatu perancangan pada projek perlu memakan masa yang panjang atau pendek.

Page 12

PRA 3102

PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

Kelas Tarikh Masa Bilangan kanak kanak Tajuk / Tema Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran

: Prasekolah Az Zahrah : 27 Februari 2011 ( Ahad ) : 8:30pagi 9:30pagi ( 60 minit ) : 25 orang : Makanan : Sains & Teknologi : ( ST 6.2 ) Membandingkan kuantiti objek : ( ST 6.2.1 ) Membanding dua kumpulan objek untuk menyatakan sama banyak, lebih banyak dan kurang

Kesepaduan Tunjang Objektif Pembalajaran

: ( BM 2.1.4 ) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila : Selepas proses pengajaran & pembelajaran kanak kanak dapat membuat perbandingan dua kumpulan objek dengan mengatakan sama banyak, lebih banyak dan kurang

Pengetahuan Sedia Ada Kemahiran Berfikir

: Kanak kanak tahu membilang 1 hingga 20 : Menjawab soalan kuiz yang berkaitan konsep kurang, lebih banyak dan sama banyak

Penerapan Nilai Bahan Bantu Mengajar Fokus MI Kosa Kata

: Berhemah, bersabar dan berdisiplin : gula gula, tikar, guli dan sumi : Kecerdasan Logik Matematik : Sama banyak, kurang lebih, kuiz dan jawab soalan

Page 13

PRA 3102

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P & P

CATATAN / BBM

Set induksi ( 5 minit )

Memperkenalkan konsep banyak, kurang dan sama banyak

-Guru serakkan gula gula di atas tikar dan meminta kanak kanak mengambilnya.

Gula gula Tikar Kanak kanak

-Kanak kanak mengambil gula gula secara berhemah. -Guru minta kanak kanak mengira bilangan gula gula yang berjaya diambil. -Kanak kanak mengira dan memberitahu jumlah gula gula tersebut. -Guru memanggil 2 orang kanak kanak ke hadapan dan bandingkan gula gula yang diambilnya( seorang ada banyak gula gula dan seorang ada kurang gula gula ) -Guru menyoal:1. Gula gula siapa yang kurang? 2. Berapakah bilangan gula gula? 3. Gula gula siapa yang banyak? 4. Berapakah bilangan gula gula? -Guru memanggil 2 orang kanak kanak lagi ke hadapan untuk

Page 14

PRA 3102

banding gula gula yang diperolehi ( kedua dua ada sama banyak gula gula ) -Guru menyoal:1. Berapakah bilangan gula gula mereka? 2. Gula gula siapakah yang sama banyak?

Adam

Adib

Ridzwan

Latif

Langkah 1 ( 10 minit )

Membimbing kanak kanak menyebut perkataan kurang, banyak dan sama banyak

-Guru Membimbing kanak kanak menyebut :- contoh 1.Adib ada banyak gula gula. 2.Adam ada kurang gula gula 3.Gula gula Latif dan Ridzwan sama banyak.

Gula gula

Langkah 2 ( 15 minit )

Mengukuhkan pemahaman konsep banyak, kurang dan sama banyak.

-Guru menyediakan sebungkus ( 50 biji )jeli sumi.

Jeli sumi

-Memanggil 2 orang kanak kanak makan sumi mengikut kemampuan masing masing. -Didapati Nasyifa makan 5 biji

Page 15

PRA 3102

sumi dan Syafiqah makan 7 biji sumi. -Guru menyoal kanak kanak siapa makan banyak dan siapa makan kurang sumi? -Kanak kanak menjawab: 1.Nasyifa makan kurang sumi. 2.Syafiqah makan banyak sumi.

Langkah 3 ( 15 minit )

Permainan tuju guli dan bersoaljawab

-Guru meletakkan beberapa biji guli dalam bulatan.

Guli

-Memanggil 5 orang kanak kanak menuju guli dalam bulatan. -Setiap kanak kanak mendapat guli yang dituju dengan jumlah berbeza. -Guru meminta kanak kanak lain membilang jumlah guli yang diperolehi oleh kawan mereka. -Guru menyoal secara individu dan kanak kanak tersebut menjawab soalan serta diikuti kelas.

Langkah 4 ( 10 minit )

Menjawab soalan kuiz dan kanak kanak yang berjaya diberi ganjaran.

-Guru menyediakan beberapa soalan dan kanak kanak menjawab untuk pertandingan kuiz secara individu. Contoh:a)Abang beli 5 batang pen.

Gula gula Sumi jeli

Page 16

PRA 3102

Kakak beli 3 batang pen. Emak beli 4 batang pen. Ayah beli 4 batang pen. 1.Siapa ada banyak pen? Abang ada banyak pen 2.Abang ada berapa batang pen? Abang ada 5 batang pen. 3.Siapa yang kurang pen? Kakak ada kurang pen. 4.Kakak ada berapa batang pen? Kakak ada 3 batang pen. 5.Siapa ada pen yang sama banyak? Emak dan ayah ada pen sama banyak. 6.Emak dan ayah ada berapa batang pen? Mereka ada 4 batang pen. -Kanak kanak berjaya menjawab soalan kuiz diberi ganjaran.

Penutup ( 5 minit )

Menggulung pelajaran dipelajari

-Guru meminta kanak kanak memberitahu apa dipelajari hari ini. -Kanak kanak menyatakan kurang, banyak dan sama banyak.

REFLEKSI: Kanak kanak gembira melakukan aktiviti yang disediakan. Mereka boleh membezakan kuantiti kurang, banyak dan sama banyak. 4/25 orang kanak kanak perlu dibimbing secara individu untuk membezakan kuantiti kurang, banyak dan sama banyak yang dibantu oleh pembantu pengurusan murid.

Page 17

PRA 3102

PENDEKATAN BERTEMA Kelas Tarikh Masa Bilangan kanak kanak Tajuk / Tema Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Kesepaduan Tunjang : Prasekolah Az Zahrah : 10 Mac 2011 ( Khamis ) : 10.50 pagi 11.50 pagi ( 60 minit ) : 25 orang : Anggota Badan : Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan : ( PFK 1.1 ) Melakukan kemahiran motor halus : ( PFK 1.1.15 ) Menggunting menghasilkan satu bentuk. : ( ST 11.1.3 ) Meletakkan objek kepada kedudukan di arah. : ( KTI 1.1.5 ) Mewarna dalam ruang tertentu. : ( ST 11.2.2 ) Mengecam bentuk segi tiga, segi empat sama, segi empat tepat dan bulat. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran kanak kanak dapat : 1. Menggunting bentuk dan melekat dengan betul 2. Mengetahui kedudukan anggota badan 3. Melekat bentuk ( bahagian anggota badan ) pada kedudukan yang betul. Kemahiran Berfikir Penerapan Nilai Bahan Bantu Mengajar Fokus MI : Menyatakan fungsi setiap anggota badan : Bekerjasama, bersabar, berdisiplin, berhati hati : Gunting, gam, lembaran kerja, krayon. : Kecerdasan Intrapersonal

Page 18

PRA 3102

Kosa Kata

: Tampal, gunting, segi tiga, segi empat sama , segi empat tepat, bulat

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN/ BBM

Set induksi ( 5 minit )

Memperkenalkan nama bentuk asas seperti segi tiga, bulat, segi empat sama dan segi empat tepat

-Guru menunjukkan bentuk

Model bentuk

bentuk asas berikut dan meminta segi empat kanak kanak menyebut nama bentuk bentuk tersebut. sama,segi empat tepat, segi tiga dan bulat

-Kanak kanak menyebut nama bentuk bentuk itu berdasarkan pengetahuan sedia ada. -Guru menyoal benda yang mempunyai bentuk seperti itu contoh segi tiga seperti topi, Segi empat sama seperti meja. -Kanak kanak menyebut nama benda yang sama mempunyai bentuk asas tersebut.

Langkah 1 ( 15 minit )

Mewarna lakaran bentuk bentuk asas

-Kanak kanak dibahagikan kepada 5 kumpulan. -Guru memberi kertas yang dilakarkan bentuk bentuk tersebut. -Setiap kumpulan perlu bekerjasama mewarna lakaran

Kertas lakaran bentuk bentuk asas, krayon

Page 19

PRA 3102

bentuk itu.

Langkah 2 ( 10 minit )

Menggunting lakaran bentuk bentuk asas

-Guru meminta setiap ahli kumpulan menggunting lakaran bentuk itu. -Kanak kanak menggunting dengan berhati hati

gunting

Langkah 4 ( 15 minit )

Menampal bentuk bentuk asas menjadi anggota badan

-Guru menerangkan cara melakukan tugasan. -Kanak kanak mendengar dengan teliti. -Kanak kanak menampal bentuk bentuk asas pada bahagian yang betul di atas manila kad sambil dibimbing guru dan ppm.

Manila kad, gam

Langkah 5 ( 10 minit )

Menjawab soalan

-Kanak kanak menunjukkan hasil kerja. -Guru menyoal kanak kanak bahagian anggota badan dan fungsinya berpandu hasil kerja -Kanak kanak menjawab soalan

Hasil kerja

Page 20

PRA 3102

guru contoh: 1. Apa guna tangan? tangan untuk memegang 2.Apa guna kaki ? kaki untuk bergerak 3.Apa guna kepala? kepala untuk berfikir 4.Apa nama bahagian ini

Penutup ( 5 minit )

Pamerkan hasil kerja

-Guru mempamerkan hasil kerja kanak kanak dengan menampal di sudut kreativiti dan estetika.

REFLEKSI : Kanak kanak berminat melakukan aktiviti bersama rakan. Mereka boleh menyebut nama bahagian anggota badan dan fungsinya. Ini menunjukkan mereka faham pembelajaran hari ini. Walau bagaimana pun 4/25 masih kurang faham dan bimbingan diberikan oleh guru, ppm dan rakan sebaya.

Page 21

PRA 3102

PENDEKATAN BERSEPADU Kelas Tarikh Masa Bilangan kanak kanak Tajuk/Tema Tunjang Utama Standard Kandungan Standard Pembelajaran Kesepaduan Tunjang :Prasekolah Az Zahrah :29 Mac 2011 ( Selasa ) :8.30pagi 9.00 pagi ( 30 minit ) : 25 orang :Lompat Getah : Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan :(PFK 1.1) Melakukan kemahiran motor halus :(PFK 1.1.10)Menggunakan tangan untuk memintal : (BM 1.1.7) Mendengar arahan dan memberi respons : (BM 2.1.6 ) Memberikan arahan kepada rakan secara bertatasusila. : (ST 7.3.1 ) Membilang terus dari 10 20 Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran kanak kanak dapat menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar berdasarkan aktiviti dilakukan. Pengetahuan Sedia Ada Kemahiran Berfikir : Kanak kanak pernah bermain lompat getah : Membilang setiap gelang getah berwarna dan menyatakan bilangan kepada guru. Penerapan Nilai Bahan Bantu Mengajar :Bekerjasama, bersabar, berdisiplin : Wisel,Gelang getah, pelbagai warna, pembaris 1 meter, pen marker, kertas A4. Fokus MI : Kecerdasan Logik Matematik

Page 22

PRA 3102

Kosa Kata

: Wisel, getah, merah, hijau, kuning, gelang, rantai, pembaris, pen marker dan kertas A4

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P & P

CATATAN/ BBM

Set induksi ( 3 minit )

Meneka objek dalam kotak

-Kanak kanak berbaris dan di bawa keluar ke padang oleh guru. -Kanak kanak membuat bulatan besar melakukan aktiviti memanaskan badan (regangan) -Menunjukkan sebuah bekas berisi gelang getah pelbagai warna. -Meminta kanak kanak meneka apa di bawa oleh guru dan kegunaannya.( memberi klu )

Bekas plastik, gelang getah 3 warna

Langkah 1 ( 3 minit )

Mengelas dan mengasingkan gelang getah mengikut warna merah,kuning dan hijau.

-Kanak kanak dibahagikan kepada 4 kumpulan. -Setiap kumpulan diberi gelang getah pelbagai warna. -Kanak kanak perlu mengelas dan mengasingkan gelang getah mengikut warna ditetapkan guru. -Setiap gelang getah dimasukkan ke dalam bekas mengikut warna yang sama ( bekas dan gelang

3 bekas plastik dilabel ikut warna,merah, hijau,kuning

Page 23

PRA 3102

getah ).

Langkah 2 ( 5 minit )

Membilang dan menyatakan jumlah gelang getah

-Guru memanggil beberapa orang kanak kanak . -Kanak kanak membilang setiap gelang getah tersebut mengikut warna dan menyatakan kepada guru jumlah tersebut dengan diikuti kanak kanak lain.

Gelang getah merah, kuning, hijau

Langkah 3 ( 2 minit )

Menulis angka mengikut jumlah gelang getah

-Beberapa orang kanak kanak diminta menulis jumlah gelang getah di atas kertas disediakan. -Kanak kanak menulis angka pada setiap kumpulan gelang getah

Kertas A4 Pen marker

Langkah 4 ( 5 minit )

Menyambung gelang getah menjadi rantai

-Kanak kanak diminta menyambung gelang getah menjadi rantai berselang warna mengikut kumpulan (4 kumpulan)

Page 24

PRA 3102

Langkah 5 ( 2 minit )

Mengukur rantai gelang getah

-Kanak kanak dibimbing cara mengukur rantai gelang getah sepanjang 2 meter ( 2 kali panjang pembaris )

Pembaris panjang (meter)

Langkah 6 ( 8 minit )

Permainan kecil (lompat getah)

-Kanak kanak berbaris mengikut kumpulan masing-masing. -Minta 2 orang kanak kanak memegang pintalan getah itu.

-Jarak antara kanak kanak dengan rantai getah 3 meter. -Kanak kanak berlari ke arah rantai getah dan melompat ikut giliran pada paras buku lali dan lutut serta mendarat ke dua belah kaki menggunakan laluan yang betul. Aktiviti diulang beberapa kali

Penutup ( 2 minit )

Bersoaljawab mengenai aktiviti

-Kanak kanak membuat bulatan besar sambil memegang tangan.

Page 25

PRA 3102

dilakukan dan kepentingan bersenam

-Kanak kanak menarik nafas dan tangan diangkat ke atas, menghembus nafas dan tangan di bawah. -Guru bersoaljawab dengan kanak kanak tentang aktiviti hari ini dan member nasihat agar menjaga kesihatan dengan caara bersenam. -Kanak kanak berbaris masuk ke kelas.

REFLEKSI: Kanak kanak gembira melakukan aktiviti yang disepadukan kerana banyak kemahiran dapat dilakukan walaupun masa terhad. Mereka tahu kepentingan bersenam dalam kehidupan harian untuk kesihatan diri. Semua kanak kanak melakukan aktiviti yang dirancang ini.

Page 26

PRA 3102

PENDEKATAN PROJEK Kelas Tarikh Masa Bilangan kanak kanak Tajuk/Tema Tunjang Utama Standard Kandungan :Prasekolah Az Zahrah :18 Mei 2011 ( Rabu ) : 9.00 pagi 10.00 pagi ( 60 minit ) : 25 0rang : Makanan : Sains & Teknologi : (ST 2.1 ) Membuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena alam di persekitaran. Standard Pembelajaran : ( ST 2.1.8 ) Memerhati dan merekod pemerhatian dalam tulisan yang mudah dengan bimbingan. Kesepaduan Tunjang Objektif Pembelajaran : ( BM 1.1.7) Mendengar arahan dan memberi respons. : Pada akhir pengajaran kanak kanak dapat mengetahui bahan yang larut dan tidak larut dalam air. Pengetahuan Sedia Ada Kemahiran Berfikir Penerapan nilai Bahan Bantu Mengajar : Kanak kanak pernah membuat air susu tepung : Bahan yang hancur larut dan tidak hancur tidak larut. : Berdisiplin, bersabar : Gula, garam, kopi, tepung, kacang tanah, beras,biskut, balang lutsinar, air, sudu, carta dan lembaran kerja Fokus MI Kosa Kata : kecerdasan linguistik / bahasa : Larut, tidak larut, kacau, masukan,carta dan bahan

Page 27

PRA 3102

LANGKAH/ MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P& P

CATATAN / BBM

Set Induksi ( 5 minit )

Mempamerkan dan berbincang kegunaan gula, kopi, garam, tepung, biskut, kacang tanah dan beras

-Guru menunjukkan setiap bahan yang ingin dibuat uji kaji. -Menyoal kanak kanak tentang kegunaan bahan tersebut. -Kanak kanak menyatakan nama bahan itu. -Membenarkan kanak kanak menyentuh bahan ini.

Gula, garam, kopi, tepung, beras, kacang tanah, biskut

Langkah 1 ( 5 minit )

Gula larut di dalam air

-Bersoaljawab mengenai gula dimasukkan ke dalam air. -Kanak kanak menjawab gula akan hilang -Guru meminta seorang kanak kanak meletakkan satu sudu gula ke dalam balang lutsinar itu lalu mengacau. -Guru bertanya kanak kanak apa yang terjadi kepada gula itu? (gula tiada dalam balang) -Guru memberitahu kanak kanak gula telah larut dalam air. -Guru bertanyakan kepada kanak kanak adakah bahan lain juga larut dalam air seperti gula?

balang lutsinar, air, sudu, gula

Page 28

PRA 3102

Langkah 2 ( 10 minit )

Garam larut di dalam air

-Guru menunjukkan garam, tepung, kopi, kacang tanah, beras,gula dan biskut -Guru memanggil seorang kanak kanak meletakkan satu sudu garam ke dalam balang lutsinar dan kanak kanak lain dipanggil untuk menuang air ke dalam balang tersebut serta kacau air dan garam itu. -Kanak kanak diminta perhatikan apa terjadi dan memberitahu guru. Adakah garam sudah larut dalam air?

Garam, balang lutsinar , sudu dan air

Langkah 3 ( 10 minit )

Menandakan / pada carta berdasarkan eksperimen bahan sama ada larut atau tidak larut.

-Guru memanggil nama kanak kanak untuk menanda / pada carta yang disediakan oleh guru bagi setiap bahan yang di buat eksperimen berkenaan larut atau tidak larut. -Eksperimen dilakukan bagi setiap bahan yang disediakan sambil menanda / pada carta yang disediakan.

Carta bahan larut @ tidak larut

Page 29

PRA 3102

Langkah 4 ( 10 minit )

Menyiapkan lembaran kerja dengan menanda / pada setiap bahan larut atau tidak larut

-kanak kanak diberi lembaran kerja (carta) untuk menanda/ pada bahan larut atau tidak larut secara individu. ( mengikut pengalaman eksperimen larut atau tidak larut )

Lembaran kerja

Langkah 5 ( 15 minit )

Permainan Melarut

-Guru menerangkan peraturan permainan melarut kepada kanak kanak. -Semua kanak kanak berdiri dalam satu ruang yang disediakan -Guru sebut kacau, kanak kanak bergerak secara rawak. -Guru sebut gula, kanak kanak keluar dari kawasan tersebut. -Apabila disebut beras,kanak kanak duduk dalam kawasan tersebut kerana beras tidak larut. -Permainan diteruskan dengan guru menyebut garam, gula, tepung, kacang tanah, biskut

Page 30

PRA 3102

Penutup ( 5 minit )

Bersoaljawab -Guru memberi beberapa soalan mengenai bahan larut seperti: dan tidak larut 1.Hari ini kanak kanak belajar apa? Kami belajar bahan yang boleh larut dan tidak larut. 2.Sebab apa ada bahan larut? Sebab bahan itu hancur dalam air. 3.Sebutkan bahan yang larut? Gula, garam, kopi 4.Sebutkan bahan tidak larut? Kacang tanah, biskut,beras .

REFLEKSI: Kanak kanak tahu ada bahan yang boleh larut dan tidak larut. Bahan itu larut kerana telah hancur dalam air dan tidak larut kerana tidak boleh hancur dalam air, Di dapati semua kanak kanak gembira melakukan aktiviti eksperimen kerana mereka dapat melakukan sendiri dan dapat lihat hasil dengan serta merta.Pembelajaran dengan deria dan pengalaman memudahkan pemahaman dalam tunjang tersebut.

Page 31

PRA 3102

KESIMPULAN Seorang pendidik awal kanak kanak perlu memahami dan tahu bagaimana sesebuah kurikulum itu dibina, terutama bagi kanak kanak. Asas penggubalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah berdasarkan kepada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Model Konseptual. Cabaran yang dihadapi oleh seorang guru adalah bagaimana untuk mengimbangkan antara kehendak kandungan kurikulum dengan pekembangan kanak kanak itu sendiri. Sebuah kurikulum yang baik haruslah member peluang kepada kanak kanak untuk berkembang secara JERIS serta meningkatkan potensi mereka. Kurikulum jjuga haruslah merentasi bidang bidang pembelajaran di mana ada kesesuaian social, penglibatan intelek dan member makna kepada diri kanak kanak tersebut. Kurikulum bersepadu member perkaitan mental yang bermakna kepada kanak kanak di mana mereka dapat mendiskriminasikan antara yang sebenar den sebaliknya. Maka terpulanglah kepada guru, bagaimana mereka menginterpretasikan hasil hasil pembelajaran kepada aktiviti yang bermakna.

Page 32

PRA 3102

REFLEKSI INDIVIDU

Tugasan ini telah memberi pemahaman yang mendalam kepada diri saya bahawa setiap pendekatan itu mempunyai kepentingan atau keberkesanan dalam

menyepadukan

dengan rancangan pelajaran harian. Setiap pendekatan ada

kesesuaian dengan aktiviti aktiviti tertentu yang dirancang oleh guru. Dengan perancangan yang teliti memudahkan seorang guru itu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan membantu proses pengembangan bahasa, kognitif, sosial dan fizikal kanak kanak. Justeru itu akan tercapailah objektif KSPK berdasarkan Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Model konseptual.

Page 33

PRA 3102

BIBLIOGRAFI Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2010 ) Kurikulum Standard Pendidikan Prasekolah Malaysia .PPK Ijazah Sarjana Muda Perguruan Jun ( 2011 ) Pengajian Kurikulum Dan Model Prasekolah Pra 3102. Cyberjaya. KPM http://Tadikaintanbestari.blogspot.com/2011/03/kurikulum-standard-prasekolah.html http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatan-bertema.html http://kheru2006.webs.com/prasekolah/konsep-pp-prasekolah.htm http://www.ppdtimurlaut.edu.my/pengurusansekolah/index.php? www.slideshare.net/kurikulum-standard-prasekolah-unitedstatesptgNo44.peruntukanmasa http://ctfazira.blogspot.com/2011/01/contoh-rph-kspk.html? http://www,scribd.com/com/doc/4853332/contoh-web-Tema-RPH-RH-slotprasekolah http://prasekolahpetalingperdana.blogspot.com/2010/02/contoh-jadual-waktu-danrancangan.html Bahagian Pembangunan Kurikulum ( 2010 ) Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bertema.KPM Bahagian Pembangunan Kurikulum ( 2010 )Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Modul Aktiviti Luar. KPM

Page 34

PRA 3102

BORANG KOLABORASI Nama Kursus Kumpulan Nama Pensyarah : Noor Aslina binti Arshad : Program Pensiswazahan Guru : Pra b : En. Saifudin Azam Shah bin Ahmad

Tarikh

Perkara Yang Dibincangkan

Komen

T/ Tangan

Page 35

PRA 3102

Page 36