Anda di halaman 1dari 2

Dekadensi Moral Remaja Peredaran masa membawa seribu satu perubahan.

Remaja merupakan golongan yang paling cepat menerima kesannya. Malangnya, sesetengah ramaja menerima perubahan yang telah jauh menyimpang dari ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Merempit, clubbing, seks bebas, merokok, pergaulan tanpa batas, dan bermacammacam lagi masalah yang takkan habis disebut Walaupun diberi masa tiga hari tiga malam. Saya yakin semua orang sedar akan masalah ini, namun berapa ramaikah yang berfikir mengenainya dan berapa sikit yang bertindak untuk membendung? Salah siapakah kemelut ini?? Ibu bapa, rakan-rakan, persekitaran, dan media massa menjadi fokus utama analisis kita. Ibu bapa sebagai pendidik utama dalam kehidupan seharian anak-anak sering terlepas pandang akan aktiviti dan tingkah laku anak-anak mereka. Benar, memang ada segelintir ibu bapa yang tidak memberi contoh yang baik kepada anakanak namun ibu bapa yang memimpin anak-anak menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia jauh lebih ramai. Didikan dari kecil merupakan langkah yang sangat penting. Perlukah ibu bapa bersikap tegas dan terlalu melindungi atau over protective dan mengongkong? Tidak, malah tindakan ini akan mengundang bahaya. Seandainya anak-anak terlalu disorok dari dunia liar, apabila mereka membesar remaja, intuisi dan keinginan untuk mencuba perkara baru akan membuka-buak dalam diri dan disinilah titik tolak permasalahan keruntuhan moral remaja. Ibu bapa mestilah peka dengan tingkah laku anak remaja mereka. Tidak semua remaja mampu menerima teguran secara terus, dan tidak semua ibu bapa bijak berkias, ibu bapa mestilah mencari cara yang betul untuk menimbulkan rasa bertanggungjawab dalam diri anak-anak. Teguran dan nasihat yang baik dengan pendekatan yang betul pasti dapat mengekang dan menyelamatkan anak-anak dari keruntuhan akhlak. Didikan agama yang mantap dari ibu bapa merupakan satu-satunya penyelesaian mutlak

dalam permasalahan ini. Sudah lengkap ajaran Islam yang merangkumi setiap penjuru kehidupan manusia dari lahirnya ke dunia hinggalah ke nafas terakhir yang dihembus. Rakan dan kenalan menjadi penyumbang kedua terbesar dalam dekadensi moral remaja. Kenapa? Purata waktu yang diluangkan oleh remaja bersama rakan adalah dua kali ganda lebih lama berbanding bersama keluarga. Remaja akan cenderung untuk mengadaptasi tingkah laku mereka untuk mengikut rakan-rakan dan untuk mendapat perhatian mereka. Tidak salah perubahan itu selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Janganlah diikut perangai yang tidak elok seperti meninggalkan solat, bertatu, bertindik, meminum arak dan berpakaian tidak sopan. Tidak salah juga untuk bergaul dengan orang yang melakukan perkara tersebut tetapi remaja yang mumayiz mestilah pintar menjaga nafsu dan mengawal diri supaya tidak terikut sama.

Anda mungkin juga menyukai