Anda di halaman 1dari 24

Perihal Perlakuan yang tidak sesuai

Maladaptif ( Maladapted Behaviour )

Sesuatu tingkah laku yang ditegah atau tidak sesuai di dalam sesuatu masyarakat
(maladjusted person).

Maladaptif

Boleh dipelajari dan dibuang

spesifik pada satu budaya, masa, kelas sosial dan situasi

Masa atau zaman

Proses Kaunseling Behavioris


Kaunselor mesti berkemahiran :

Mendengar dengan tepat

Bersikap menerima

Menghargai klien

Memahami keunikan klien

Tugas-tugas Kaunselor
1. Menggalak dan membantu kliennya membuat perubahan. 2. Dari segi sahsiah, kaunselor perlu mempunyai ciriciri mesra, ingin memahami, sedia menolong dan ikhlas. 3. Membantu klien bersama-sama menganalisis tingkah lakunya 4. Mentakrif masalah, dan seterusnya memilih satu matlamat yang ingin dicapai

Strategi Membantu Klien

Role play

Peneguhan Kendiri

Latihan Asertif

Pemantauan Kendiri

Token Ekonomi

Pengurusan Kendiri

Role Play
Suatu lakonan dan latihan yang dibimbing oleh kaunselor untuk tujuan khusus . Teknik terbaik untuk meluaskan kesedaran klien dan menunjukkan pelbagai alternatif untuk mengubah tingkah laku .

Batasan Penggunaan Role Play


Bergantung kepada kemahiran dan kesungguhan kaunselor mentadbirkan caranya. Bergantung juga kepada kehendak klien sendiri untuk mengalami, mendengar dan merasakan tingkah laku baru yang mungkin sebelum ini sukar untuk dilakukan .

Latihan Asertif

Suatu teknik untuk Menambahkan keyakinan diri klien apabila berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman pada dirinya.

Matlamat Asas Latihan Asertif


1. Memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki secara langsung tanpa memberi kecederaan fizikal dan emosi terhadap orang lain . 2. Mengajar klien yang pasif menjadi lebih produktif 3. klien mereka perlu membina kemahiran asertif untuk meningkatkan kebolehan pengurusan diri dan penyelesaian masalah.

Cara-cara pelaksanaan Latihan Asertif


role-play dan melakonkan situasi-situasi pasif , agresif dan asertif yang biasa dihadapi oleh klien melalui penerokaan masalah dan mentakrif masalah mengulangi latihan role-play yang telah ditetapkan beberapa kali role-reversal, iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh melakukan tingkah laku asertif melaksanakan tingkah laku asertif yang dikehendaki sedikit demi sedikit (successive approximation).

Token Ekonomi
Merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau ditebus dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-kemudahan tertentu .

Token Ekonomi ( sambungan..)


teknik ini amat sesuai digunakan untuk melupuskan tingkah laku yang maladaptif (tidak wajar) dan untuk membentuk tingkah laku yang adaptif (wajar).

Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri, dan Peneguhan Kendiri


Merangkumi suatu trend yang melibatkan klien sebagai peserta yang bekerjasama dan aktif dalam kaunseling .

Ciri-ciri 3P Kendiri
Klien memainkan peranan yang aktif dalam setiap fasa kaunseling Klien mengeluarkan pendapat sendiri dan mengikut arahan kaunselor serta membina langkah-langkah yang tertentu dan yang membantu. Proses pemikiran klien diambil kira dan diberi tumpuan Klien dijangka lebih berusaha untuk mencapai perubahan yang dikehendaki

Ciri-ciri 3P Kendiri (sambungan)


Klien belajar cara memberi peneguhan kendiri Klien dipanggil untuk membuat perhatian, memantau, mencatit, memberi peneguhan kendiri, dan kadang-kadang diminta membuat interpretasi data tingkah laku yang telah mereka catatkan Kaunselor berperanan lebih sebagai mentor atau pendidik dan bukan sebagai seorang pakar.

Langkah 1: Mengkonsepsi dan Mentakrif Masalah dan Memilih Matlamat dalam Bentuk Behavioral

1. Tentukan matlamat sasaran satu persatu 2. Matlamat yang : mudah difahami, penting, dan mempunyai nilai kepada klien boleh diukur secara objektif dan dianalisis realistik dan boleh dicapai positif dan membina

Sambungan
3. Kenyataan berkenaan matlamat sasaran mesti mengandungi : kehendak klien pada taraf yang boleh tercapai, atau yang hendak dilupuskan pencapaian sedikit demi sedikit matlamat sasaran mengikut tarikh-tarikh.

Langkah 2: Mengurus dan Memantau Tingkah Laku Sasaran


1. Pilih matlamat sasaran yang sesuai berasaskan objektif-objektif klien. 2. Mulakan penilaian asas sebelum melaksanakan strategi mengubah tingkah laku. 3. Mulakan pemantauan dan buat catatan data ke atas matlamat-matlamat yang berkaitan.

Peranan Klien
Mencatatkan tingkah laku dengan segera selepas ianya berlaku Gunakan kertas dan pensil, jam tangan atau sebarang alat perakam yang sesuai untuk merekod data tingkah laku Laksanakan pengiraan kekerapan, pengambilan masa, atau gunakan strategi pemantauan yang lain untuk merekod tingkah laku.

Langkah 3: Perubahan Suasana Persekitaran dan Mengambil Langkah yang Sesuai


1. Permulaan-Cuba elakkan persekitaran yang akan merangsang respon yang tidak dikehendaki atau pelakuan maladaptif. 2. Ubahkan persekitaran, suasana dan situasi untuk memastikan anda: menyedari apa yang anda sedang buat hadkan rangsangan yang mengundang tingkah laku yang tidak dikehendaki mudahkan tingkah laku yang memberi kepuasan.

Langkah 4:Menjana Peneguhan yang Sesuai dan Menentukan Akibat yang Bermakna Serta Berkesan bagi Klien
1. Kenal pasti peneguhan dan akibatnya di mana peneguhan positif memberi akibat yang positif, dan yang mana dianggap tidak selesa. 2. Laksanakan pemberian peneguhan supaya: Tingkah laku yang sesuai diberi peneguhan dengan segera. Kriteria mendapatkan peneguhan adalah realistik dan mudah dibuat. Orang-orang terdekat menyokong mendapatkan matlamat perlakuan yang dikehendaki.

Sambungan
Jadual jangka masa berperingkat ditentukan supaya kejayaan setiap peringkat diberi peneguhan. Peneguhan ekstrinsik (luaran) dan intrinsik (dalaman) disediakan. Peneguhan mempunyai kuasa untuk memberi kesan. Peneguhan dijadualkan supaya dijadikan insentif untuk jangka masa pendek, pertengahan dan panjang.

Anda mungkin juga menyukai