Anda di halaman 1dari 6

SK METHODIST (ACS) LUMUT

Kepada : Semua Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Perkara : Mesyuarat Jawatan kuasa Kurikulum Sekolah Kali Ke-4 Dimaklumkan bahawa Mesyuarat JKKS kali kedua akan diadakan seperti butiran berikut: Tarikh : 12 Oktober 2010 (Selasa) Masa : 1.10 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Sasaran: Semua JK Kurikulum 2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Ucapan Pengerusi Membentang minit mesyuarat yang lalu Perkara berbangkit Perbincangan profesional Analisis keputusan Ujian Bulanan 3 Laporan panitia mata pelajaran 2010 a) Agihan guru kelas 2010 b) Agihan guru subjek tahun 6 c) Agihan murid d) Perancangan akademik 2010 e) Head count / TOV 2010 f) Fail panitia mata pelajaran g) Pesanan buku kerja dan BBM 2010 h) Stok panitia mata pelajaran Hal-hal lain

2.7

Sekian , terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang menurut perintah, (NOR HUWAIDA AYOB) Setiausaha Kurikulum, SK Methodist (ACS) Lumut

agenda/ huw 2010

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KE-4 TAHUN 2010


TARIKH HARI TEMPAT KEHADIRAN
BIL 1

: : : :

12 OKTOBER 2010 SELASA BILIK MESYUARAT SEMUA AJK


AGENDA / PERKARA /TINDAKAN

Ucapan Pengerusi 1.1 Mengalu-alukan kehadiran rakan pentadbiran, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan HEM dan guru-guru. 1.2 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.

1.3 Masih terdapat guru-guru yang lupa menandatangani kehadiran semasa datang dan pulang. Hal ini masih
gagal menjadi rutin walaupun telah banyak kali diingatkan mengenai perkara ini. Guru terlibat diharap lebih peka dan mengingatkan diri untuk sentiasa patuh pada perkara tersebut.

1.4 Kebersihan kelas adalah tanggungjawab semua guru yang masuk mengajar dalam kelas tersebut. Jika
guru menjalankan aktiviti memotong, menggunting dan menampal kertas adalah tanggungjawab guru juga untuk mengarahkan murid membuang sampah masing-masing selepas waktu P&P, khususnya pada waktu akhir kelas. Kita sebagai pendidik mestilah sentiasa menerapkan nilai kebersihan dan tanggungjawab. Kelas kotor bukan salah murid tetapi salah guru kerana tidak memberi penekanan dan arahan. Tindakan: Semua guru

1.5 NILAM hanya 62.3% (186) orang murid berjaya diiktiraf. Pada tahun ini hanya 16 orang murid
daripada murid tahun 6 yang layak mendapat sijil. Bagi menggalakkan penyertaan Program Banyak Membaca, maka pada tahun 2011 akan dilaksanakan program BABMBI (BINA AYAT BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS). Sasaran : Murid tahun 6 Masa : Perhimpunan rasmi Pemilihan pelajar : Cabutan undi (nama pelajar) Aktiviti : Membina 5 ayat secara spontan, kemudia pelajar yang terlibat akan mencatat ke dalam buku Rakan Membaca. Tindakan: Penyelaras Tahun 6

1.6 Minit curai Sepanjang tahun 2010 hanya ada 7 laporan yang dibuat. Encik Zainal Abidin - 2,
Puan Zakiah 2, Puan Fatahhayah 1 dan Puan Noranimmi -1. Masih terdapat guru yang tidak mencatat minit curai walaupun telah keluar manghadiri taklimat, kursus dan lain-lain. Tindakan: Semua guru 2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kurikulum kali ke-3/2010. 2.2 Puan Norlela bt Daud mengesahkan minit mesyuarat dan disokong oleh Puan Fatahhayah bt Ismail. 3 Perkara berbangkit Tiada perkara berbangkit.

4.1 Perbincangan Profesional 4.1.1 Buku kerja tahun 2011 telah pun dipilih bagi setiap panitia. 4.1.2 Puan Zurainiza memaklumkan semua panitia telah membuat pemilihan buku kerja untuk tahun 2011. 4.2 Headcount 2011 Pengerusi mengharapkan Ujian Pengesanan tahun 5 dapat dilaksanakan dengan baik oleh setiap murid bagi mengurangkan peratusan tidak menguasai. 4.3 PCG Masih terdapat wang yang belum dibelanjakan oleh panitia mata pelajaran. Teras Sains Matematik B. Inggeris B. Melayu Kajian Tempatan Pend. Agama Islam Pend. Moral Pend. Sivik dan Kwrgn Jumlah yang perlu dibelanjakan RM 178.00 RM 140.00 RM 272.00 RM 238.00 RM 184.00

Wajib Pend. Seni Pend. Jasmani dan Kes Kem. Hidup RM 238.00 Pend. Muzik RM 386.00 Pusat Sumber Sekolah Perpustakaan Pusat Sumber Bimbingan dan Kaunseling Bimbingan dan Kaunseling RM 600.00 Kokurikulum RM 2360.00 Pelbagai RMT RM 842.00 Kem Bestari Solat SBT guru SBT Pengurusan SBT makan Yuran Khas sukan RM 14.00 P. Seni RM 462.00 Perpustakaan RM 145.20 Tambahan Bahasa Asing Bahasa Arab RM 229.40 Tambahan Bahasa Asing RM 50.00 4.4 Stok dan inventori 4.4.1 ( Lampiran KEW.PS-3) perlu diisi dan dihantar oleh semua ketua panitia selewat-lewatnya seminggu selepas cuti persekolahan bagi semua barangan yang telah dibeli mengikut kategori bagi tahun semasa 2010. 4.4.2 Ketua Panitia perlu rujuk Puan Zuraini bagi mengisi borang tersebut. Tindakan : Ketua Panitia

4.5 LDP 4.5.1 Pada 13 Oktober 2010 akan diadakan ceramah kesedaran kanser oleh MAKNA 4.5.2 Pada 28 Oktober 2010 LDP Peralatan Muzik oleh Puan Suhaila. 4.5.3 Senarai LDP 2010 yang telah dilaksanakan: a) LINUS (Literasi) 27 Mac 2010 b) Program Motivasi Pelajar Motivasi 3 April 2010 c) Fire Prevention Programme 27 April 2010 d) Pemantapan Tatabahasa 1 Julai 2010 e) Membina Blog Panitia 24 Julai 2010 f) SISPA (Sistem Pengurusan Akademik) 19 Ogos 2010 g) Pengurusan Sekolah / Marking Skill -2 September 2010 5 Analisis Ujian Bulanan 3 5.1 Setiausaha Peperiksaan membentangkan peratusan lulus bagi setiap mata pelajaran tahun 1-5 dalam Analisis Ujian Bulanan 3. (Lampiran)
MATA PELAJARAN B.MELAYU (PEM) B.MELAYU (PEN) B.INGGERIS MATEMATIK SAINS P. ISLAM P.MORAL K.TEMPATAN P.SIVIK KWRGN TAHUN 1
BIL CALON % LULUS

TAHUN 2
BIL CALON % LULUS

TAHUN 3
BIL CALON % LULUS

TAHUN 4
BIL CALON % LULUS

TAHUN 5
BIL CALON % LULUS

60 60 60 60 60 58 2 -

96.67 93.33 85.00 86.67 100.00 100.00 100.00 -

52 52 52 52 52 49 3 -

96.15 90.38 80.77 94.23 100.00 100.00 100.00

54 54 54 54 54 48 6 -

100.00 92.59 70.37 88.89 100.00 100.00 100.00 -

53 53 53 53 53 48 5 53 53

98.11 90.57 69.81 69.81 75.47 87.50 100.00 90.57 100.00

49 49 49 49 49 46 3 49 49

100.00 95.92 83.67 87.76 93.88 93.48 100.00 81.63 95.92

5.2 Mata pelajaran B.Melayu (Pemahaman) menunjukkan peratusan lulus yang baik bagi tahun 3 dan 5. Diharap peratusan ini dapat dikekalkan dalam PKSR 2 akan datang. 5.3 Mata pelajaran Sains juga menunjukkan peratusan lulus yang baik bagi tahun 1 hingga tahun 3. 5.4 Setiap panitia perlu memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian lulus bagi semua mata pelajaran dengan melaksanakan dan mengkaji keberkesanan program peningkatan akademik yang dirancang dan diusahakan. 5.5 Bagi menjalankan analisis PKSR 2 semua guru mata pelajaran perlu mendaftarkan semua subjek yang diajar ke SISPA dan key in markah bagi setiap subjek selewat-lewatnya 5 November 2010. 5.6 Guru Kelas perlu update bilangan murid keluar dan masuk kelas masing-masing. Tindakan : Semua guru 6 Laporan Panitia Mata Pelajaran 6.1 Semua KP telah melengkapkan borang Laporan Program Peningkatan Akademik Panitia yang telah diedarkan dan menyerahkan kepada SU Kurikulum. Tindakan: Semua KP 6.2 Fail Panitia Ketua panitia dikehendaki mengemaskini fail panitia sebelum berakhirnya penggal persekolahan. Tindakan : Semua KP 6.3 Ketua panitia perlu mengadakan mesyuarat panitia kali ke-4 selepas mesyuarat kurikulum kali ke-4. Tindakan : Semua KP 6.4 Program setiap panitia 6.4.1 Bahasa Melayu Program utama: a) Baca dan Salin b) Gemilang Tatabahasa

c) Akhbar Dalam Darjah Program Sokongan: d) Bulan Bahasa Kebangsaan e) Buletin Bahasa f) Indah Bahasa g) Minggu Bahasa Melayu 6.4.2 Semua program utama dan program sokongan telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2010. 6.4.3 Bahasa Inggeris Program utama: a) Salin dan Tulis b) Grammar Program Sokongan: c) Mothers Day d) Teachers Day e) English Week f) Kelas Tambahan 6.4.4 Semua program utama dan program sokongan yang dirancang telah berjaya dilaksanakan. 6.4.5 Matematik Program utama: a) Spell in words b) Kotak sifir Program sokongan: c) Kelas tambahan tahun 6 d) Minggu Matematik e) Asmatik f) Sudut Matematik g) Gmath 6.4.6 Semua program utama dan program sokongan telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2010. 6.4.7 Sains Program utama: a) Kad Science Process Skill b) Klinik SPS (Pemulihan 6C) c) Memorizing Vocabulary Program sampingan: d) Teknik Menjawab Soalan e) Gerak Gempur Sains f) Minggu Sains g) Kelas Tambahan h) Program Bulan Kemerdekaan 6.4.8 Semua program utama dan program sokongan telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2010. 6.4.9 Pendidikan Agama Islam a) Kem Bestari Solat b) Tasmiq c) Mauludir Rasul d) Celik Al Quran e) Surah Yaasiin Perdana / Solat Hajat f) Israk Mikraj g) Ihya Ramadhan 6.4.10 Semua program utama dan program sokongan telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2010. 7 Persediaan 2011

7.1 Agihan kelas 2011 tahap 1 sama seperti tahun 2010 7.2 Agihan guru subjek 2011- 2 orang guru akan dikekalkan bagi mata pelajaran teras di kelas tahun 6 termasuk mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. 8 Hal-hal lain 8.1 LINUS Puan Norlela memaklumkan seramai 8 orang murid telah menjalani saringan 3 pada 15 September 2010 yang lalu. 8.1.1 NUMERASI Puan Norita memaklumkan semua murid lulus. 8.1.2 Pengerusi mengharapkan tiada murid LINUS di sekolah ini. 8.2 WAJA telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2010. 8.2.1 Puan Noranimmi mencadangkan soalan WAJA dibina dalam dwibahasa bagi memudah dan menarik minat murid. Beliau juga berpendapat soalan yang diuji berada pada aras rendah. 8.3 Program NILAM Pengerusi memaklumkan bahawa penglibatan murid memberangsangkan dan telah pun mencapai target tetapi masih ramai yang belum diiktiraf. 8.4 PROTIM Murid protim akan menduduki ujian pasca BM dan Matematik pada 1 4 Nov 2010. Analisis akan diserahkan pada 10 - 12 November 2010. Tindakan : Puan Nor Huwaida / Puan Salina 8.5 SBT melibatkan 4 orang murid tahun 6 telah selesai dilaksanakan pada bulan September 2010. 8.6 ICTL berjalan lancar waktu P&P bahasa Inggeris. 8.7 PLBS B.Melayu Semua guru B.M perlu menyerahkan analisis modul 4 dan 5 kepada Puan Norita. Tindakan : Guru BM 8.8 PAFA dan PEKA telah selesai dilaksanakan. 8.9 J-QAF Kem Bestari Solat untuk tahun 3 dan 4 akan dilaksanakan. 8.10 Ujian Pengesanan akan diuji kepada murid tahun 5 dalam PKSR 2. 8.11 Bilik komputer baki wang tahun 2010 masih ada dan akan dibawa untuk perbelanjaan membeli peralatan tahun 2011. 8.11.1 Sebuah komputer untuk kegunaan Panitia Pend. Agama Islam telah sedia untuk digunakan. 8.12 Program Selepas UPSR semua program berjalan lancar dan dikendalikan oleh guru mata pelajaran tahun 6 dan guru Bimbingan Kaunseling. 8.13 Encik Zainal memaklumkan hasil perbincangan dengan pihak nazir memuji sekolah kerana berjaya mengekalkan pencapaian akademik yang cemerlang. 8.13.1 Ruangan impak dalam Buku Rekod Pengajaran perlu ditulis. Guru juga perlu memberi penekanan terhadap murid yang tidak menguasai pengajaran , contoh: 5/30 orang tidak menguasai. 8.13.2 Terima kasih atas komitmen guru tahun 1 hingga 6 kerana berjaya melaksanakan projek-projek khas KPM. 8.13.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas semua guru yang telah memberi komitmen yang baik. 8.14 Puan Noorazura memaklumkan bahawa mesyuarat AJK PIBG akan diadakan pada hari Khamis, 21 Oktober 2010. Makluman : Semua guru Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen semua guru dalam memberikan perkhidmatan yang baik demi menjayakan visi dan misi sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh, .. (NOR HUWAIDA BT AYOB) SETIAUSAHA KURIKULUM SK METHODIST (ACS) LUMUT

Disahkan oleh,

Anda mungkin juga menyukai