Anda di halaman 1dari 10

ISL MINGGU PERTAMA DISEDIAKAN OLEH : NOR AKMALINA BT MOHAMAD ROSIDI KURSUS : PISMP SEMESTER 5 2012 TAJUK : AHLI

ASTRONOMI PURBA DAN PERKEMBANGAN ASTRONOMI

1. PLATO y Konsep pertama yang dicadangkan oleh Plato ialah beliau menyatakan planet beredar di atas paksi dan orbitnya secara seragam yang dikenali sebagai uniform circular motion. y Plato menyatakan bentuk geometri paling sempurna adalah sfera dan oleh itu, dia menyatakan langit yang sempurna mestilah terdiri daripada sferasfera yang mengelilingi pada kadar yang sama dan membawa bersama objek-objek mengelilingi bulatan. y Namun, konsep tersebut telah dicabar oleh Johannes Kepler yang melalui pengiraan dan penelitiannya menemui orbit elips 2000 tahun kemudian.

2. ARISTOTLE y Aristotle percaya bahawa pergerakan planet adalah dalam satu putaran kerana putaran adalah satu-satunya kaedah yang akan berulang selamanya dan sesuai untuk jasad yang tidak berubah seperti bulan, matahari dan bintang. y Aristotle percaya bahawa alam semesta terdiri daripada dua bahagian iaitu bumi yang tidak sempurna dan boleh berubah, dan langit yang sempurna dan tidak berubah. y Aristotle menyatakan bahawa Bumi mestila berbentuk sfera kerana bayang Bumi adalah bulat semasa gerhana bulan. Selain itu, semua objek yang jatuh akan menghala ke pusat Bumi.

Aristotle percaya kepada fahaman geosentrik iaitu Bumi sebagai pusat alam semesta. Ini kerana terdapat unsur yang berat di Bumi iaitu tanah dan air yang akan bergerak ke bawah pusat bumi. Disebabkan itu, mustahil bumi bergerak.

Maka, Aristotle membuat kesimpulan bahawa posisi Bumi mestilah statik di alam semesta.

3. ERASTHOSTHENES

Aristotle menyatakan bahawa Bumi adalah berbentuk sfera melalui bayang Bumi semasa gerhana Bulan tetapi dia hanya menganggarkan saiz Bumi sahaja.

Tetapi pada tahun 200 BC, Erasthosthenes menjumpai cara mengukur radius Bumi.

Dia membandingkan sudut Matahari rembang di utara Mesir dengan yang selatannya dan membuat kesimpulan bahawa Bumi mestilah berbentuk seperti sebuah bola raksasa yang lilitannya berukuran 40,000 km suatu ukuran yang kini dianggap hampir-hampir betul.

4. Claudius Ptolemy y Ptolemy mencipta satu model matematik berdasarkan Model Aristotle yang dikenali sebagai Model of the Aristotelian Universe. y Di dalam model ini, planet-planet akan mengelilingi satu bulatan kecil yang dipanggil epicycle yang kemudiannya mengelilingi bulatan besar yang dipanggil deferent.

Model Ptolemic adalah geosentrik dan berdasarkan pergerakan secara seragam ( uniform circular motion).

Titik tengah epicycle Utarid dan Zuhrah mestilah di dalam satu garisan antara Bumi dan Matahari.

Retrograde motion adalah pergerakan patah balik planet yang bergerak pada kadar yang sama ke timur selama beberapa bulan dan kemudian ke barat semula.

Pergerakan

yang

diperkenalkan

oleh

Ptolemy

ini

sukar

diperjelaskan

menggunakan geosentrik dan uniform circular motion.

5. NICOLAUS COPERNICUS y Seorang ahli falak Poland, telah menghidupkan idea lama yang menyatakan bahawa Bumi bukanlah pusat alam semesta tetapi hanya sekadar satu daripada beberapa banyak planet yang berputar mengelilingi Matahari. y Copernicus meyakini teori heliocentrik yang menyatakan bahawa Matahari adalah pusat alam semesta. y Dengan teori ini, pendapat lama yang didasarkan Ptolemy telah ditolak. Walaupun teori ini diharamkan oleh pihak Gereja tetapi idea Copernicus kian menggalakkan kajian heliosentrik di kalangan ahli astronomi seperti Tycho Brahe, Johanes, Repler dan Galileo. y Copernicus meletakkan bumi sebagai planet ketiga dari matahari dan di dalam model, Bulan yang mengorbit Bumi bukannya Matahari. y Bintang-bintang tidak mengorbit bumi akan tetapi bumi yang berputar, yang menjadikan bintang-bintang kelihatan seperti mereka mengelilingi bumi. y Di dalam sistem Copernican, Bumi bergerak laju di atas orbitnya berbanding planet lain yang berada jauh daripada Matahari. y Copernicus menerangkan mengenai retrograde motion tanpa menggunakan epicycle. Sistemnya lebih elegant dan mudah jika dibandingkan dengan epicycle di dalam model Ptolemic. y Namun, model Copernican ini tidak boleh meramal posisi planet dengan tepat berbanding model Ptolemic.

6. TYCHO BRAHE y Pada tahun 1572, Tycho melihat bintang baru yang terang daripada Venus dan beliau telah mengukur posisinya. y Tiada seorang pun sebelum Tycho yang membuat penemuan ini kerana tiada siapa pernah mengukur posisi objek-objek cakerawala dengan tepat. y Apabila Tycho gagal mengesan garisan selari pada bintang baru,itu merupakan bukti yang kukuh menentang Toeri Ptolemic. y Oleh kerana dia tidak dapat mengesan garisan selari pada bintang, dia menyimpulkan bahawa Bumi mestilah pegun dan menolak teori Copernicus. Dia juga menolak model Ptolemic kerana tidak tepat. y Dia mencipta satu model yang kompleks dimana Bumi yang tidak bergerak adalah titik tengah alam semesta dan Matahari dan Bulan yang bergerak. y Tycho Berjaya membuat pemerhatian yang teliti mengenai posisi bintang, bulan dan planet menggunakan mata kasar.

7. JOHANNES KEPLER y Kepler terkenal kerana memperkenalkan tiga hukum pergerakan planet Kepler iaitu : a) Orbit bagi setiap planet adalah elips dengan matahari berada di salah satu fokusnya. Elips dicirikan oleh dua titik kepercayaan pengikut Aristotle, fokusnya. Maka, Kepler menolak Ptolemy dan Copernicus yang

menyatakan bahawa planet bergerak dalam gerakan membulat.

b) Satu garis yang menyambungkan planet dengan matahari mencakupi luas yang sama ketika selang masa yang sama apabila planet bergerak

dalam orbit. Ini bermakna, planet bergerak lebih pantas ketika menghampiri matahari manakala lebih perlahan ketika menjauhi matahari. Dengan hukumnya ini, Kepler memusnahkan teori astronomi Aristotle tentang pergerakan planet yang seragam.

c) Kuasa dua bagi tempoh orbit planet berkadar terus dengan paksi semimajor kuasa tiga bagi orbot tersebut. Ini bukan sahaja bermakna juga

orbit yang lebih besar mempunyai lebih lama tempohnya, tetapi yang di orbit yang lebih kecil.

kelajuan planet di orbit yang lebih besar adalah lebih lambat dari planet

8. GALILEO GALILEI y Galileo Galilei ahli matematik Itali adalah orang yang pertama menggunakan teleskop. Ini adalah salah satu daripada peralatannya, yang direka selepas teleskop dicipta pada awal abad ke 17. y Menggunakan teleskop, Galileo menjumpai tiga penemuan penting iaitu : a) Bulan bukanlah sempurna. Ia mempunyai gunung dan lembah di permukaannya. Aristotle pernah menyatakan bulan adalah sempurna tetapi penemuan Galileo menunjukkan bulan mempunyai ciri-ciri seperti Bumi. b) Galaksi Bima Sakti diperbuat daripada pelbagai bintang yang malap untuk dilihat menggunakan mata kasar. c) Galileo dapat mengetahui terdapat 4 planet baru yang mengelilingi Musytari yang dipanggil Galilean Moon.  Penemuan bulan-bulan di Musytari ini merupakan bukti yang kukuh menyokong Model Copernican.
8

 Pengkritik Copernicus menyatakan Bumi tidak boleh bergerak kerana Bulan akan ketinggalan di belakang tetapi penemuan Galileo menunjukkan Musytari boleh mengekalkan satelitnya walaupun bergerak.  Ini menunjukkan Bumi juga boleh bergerak dan mengekalkan bulannya.  Falsafah Aristotle menyatakan Bumi adalah pusat alam semesta tetapi penemuan Galileo yang menunjukkan bulan di Musytari mengelilinginya membuktikan mungkin ada pusat lain selain daripada Bumi.

Penemuan terbesar dan terpenting ialah apabila dia memerhati Zuhrah yang mengalami fasa seperti fasa Bulan.

Di dalam Model Ptolemic, Zuhrah bergerak di dalam epicycle yang berada pada garisan antara Bumi dan Matahari dan fasa yang dapat dilihat hanyalah fasa bulan sabit.

Tetapi, apabila Galileo melihat Zuhrah melalui satu fasa yang lengkap, ia membuktikan Zuhrah mengelilingi Matahari.

Mustahil bagi Model Ptolemic untuk menghasilkan kesemua fasa Zuhrah tersebut.

Ini merupakan bukti yang sangat kukuh daripada teleskop Galileo yang menunjukkan Matahari adalah pusat alam semesta.

Penemuan Galileo ini menimbulkan kontroversi kerana pihak gereja masih mempercayai kepada fahaman geocentrik.

10

Anda mungkin juga menyukai