Anda di halaman 1dari 7

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

Pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya.(Mangantar Simanjuntak: 1987)

Berasaskan pernyataan di atas, hasilkan satu laporan kajian tentang pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak dengan mengaplikasikan teori mentalis dan behaviouris dan bincangkan sejauh manakah faktor latar belakang keluarga mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak.

PENGENALAN

Pertumbuhan bahasa kanak-kanak meliputi tiga komponen iaitu sintaksis, fonologi dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini tumbuh secara bersama-sama. Walau bagaimanapun, perbincangannya selalu dipisah-pisahkan untuk memudahkan pemahamannya. Pertumbuhan sintaksis bermula pada waktu seseorang kanak-kanak mulai menerbitkan ayat-ayat yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Pada umumnya kanak-kanak mulai menggabungkan dua kata pada umur menjelang dua tahun.

Peringkat fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi bahasa yang bermakna kepada kanak-kanak.Dengan berinteraksi dengan kedua ibu bapanya melalui bunyi-bunyi tertentu (cooing) dan membebel, seseorang bayi itu sebenarnya sudah mula mencipta bahasa untuk berkomunikasi pada usia akhir satu tahun (Mei-Yu 2000). Manakala peringkat semantik pula ialah peringkat di mana kanak-kanak mula memahami maksud ayat ujarannya atau ayat-ayat yang diterimanya.

Sungguhpun rangsangan bahasa yang diterima oleh kanak-kanak tidak teratur dan terhad, namun mereka berupaya memahami sistem-sistem linguistik bahasa pertama sebelum

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

menjangkau usia lima tahun. Fenomena yang kelihatan menakjubkan ini telah berlaku dan terus berlaku dalam kalangan semua masyarakat dan budaya pada setiap masa.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian bahasa kanak-kanak telah menarik perhatian ramai ahli bahasa dan ahli psikolinguistik. Walau bagaimanapun, tujuan utama kajian ini berbeza-beza mengikut minat dan orientasi tiap-tiap pengkaji yang terlibat. Ada di antara mereka yang mengkaji tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak dan ada pula di antaranya yang mengkaji tentang tahap perkembangan bahasa kanak-kanak. Kajian tentang bahasa kanak-kanak telah dibuat sejak lebih daripada empat puluh tahun yang lalu, bermula dengan kajian Chomsky, melalui bukunya Syntatic Structure (1957). Selepas itu diikuti oleh banyak kajian lain seperti Brown (1965), Langaker (1968), Burling (1970), MacNeil (1970), Slobin (1971), Fishman (1970) dan lain-lain.

Kajian-kajian tersebut meliputi pelbagai aspek yang mempengaruhi pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak termasuklah pengaruh persekitaran.Salah satu dari bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah psikologi. Mereka yang mengkaji mengenai teori behaviorisme ini ialah sarjana psikologi yang beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan sesuatu lakuan. Teori psikologi ini menyelidik lakuan-lakuan binatang. Eksperimen ini tidaklah dapat disebut satu persatu tetapi cukuplah bagi kita sekadar membincangkan teori behaviorisme ini yang bersangkutan dengan kegunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Walau bagaimanapun, teori behaviorisme ini tidaklah pula membuat tuntutan yang khusus mengenai bagaimana bahasa dikuasai. Mereka hanya menganggap bahawa kemahiran bertutur itu juga merupakan satu lakuan manusia, sama seperti lakuan lain. Jadi bagaimana lakuan lain itu dipelajari, maka begitulah juga lakuan bahasa dipelajari. Kajian mereka hanya ditumpukan kepada lakuan binatang. Kesimpulan dari kajian ini dianggap akan dapat diterima sebagai sah untuk sebarang lakuan manusia.

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

Dalam teori pembelajaran melalui teori lakuan ini, nama ahli psikologi yang masyhur sekali ialah B.F. Skinner. Skinner merupakan seorang sarjana teori behaviorisme dan mengajar di Harvard University. Skinner telah mengkaji dan memperbaiki teori behaviorisme itu. Mengikutnya pembelajaran itu berlaku kalau ada rangsangan dan tindakbalas yang berulangan. Dalam hal ini, beliau membuat eksperimen dengan menggunakan binatang, salah satu darinya ialah dengan menggunakan merpati. Merpati itu dikurung dalam kotak. Di dinding kotak itu ada swis. Apabila swis itu dipatuk terbukalah satu lubang untuk memberi makanan. Ini telah ditafsirkan oleh seorang sarjana psikologi sebagai keadaan yang dapat dipadankan dengan pembelajaran lakuan di kalangan binatang, termasuk manusia. Apabila merpati itu lapar dan mematuk swis itu, maka timbullah rangsangan dan diberi balasan dengan makanan. Ini tidak jauh berbeza dari yang disebut oleh Watson dan Guthrie, tetapi apa yang berbeza ialah tentang konsep pengukuhan. Pengukuhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran. Pengukuhan berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapatkan hadiah yang sama. Oleh sebab itu lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran. Dengan itu terjadilah pembelajaran.

Berdasarkan pengkajiannya, Skinner telah dapat membezakan dua jenis pembelajaran yang berlainan kerana ada dua jenis lakuan tindakbalas. Pertama ialah lakuan automatis yang tetap. Contoh lakuan automatis yang paling mudah ialah lutut akan terangkat apabila diketuk oleh doktor. Itu merupakan satu lakuan yang ada rangsangan (ketuk) dan ada tindakbalas (kaki terangkat). Lakuan seperti ini dianggap sebagai tindakbalas automatis dan berlaku secara tidak sedar dan ianya tetap. Kedua ialah lakuan operan. Bagi beliau kebanyakan lakuan yang kita lakukan ialah sejenis operan. Lakuan automatis ini akan hanya berlaku sekiranya ada rangsangan tetapi lakuan operan akan berlaku dalam sesuatu lingkungan atau keadaan. Dengan kata lain, rangsangannya tidak semestinya menerbitkan tindakbalas tertentu yang tetap, seperti berjalan, bercakap dan lain-lain. Misalnya, lakuan menyuap makanan bukan sahaja kerana rangsangan itu melibatkan makanan, tetapi juga kerana rasa lapar, lingkungan sosial dan beberapa
3

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

lingkungan atau suasana yang berlainan. Proses ini perlulah diambil kira. Belajar melalui lakuan operan itu ialah yang dikatakan pembelajaran menurut syarat. Syarat itu timbul dari lingkungan yang menjadi rangsangan yang mendorong lakuan tersebut. Ini jelas berbeza dari lakuan sebagai tindakbalas otot secara automatis.

Dalam bukunya Verbal Behavior (1957) Skinner telah membincangkan lebih lanjut tentang proses pembelajaran dengan menggunakan unsur rangsangan, tindakbalas dan segala syarat dan pengukuhan yang terlibat dalam menghasilkan pembelajaran secara maksimum. Dengan adanya pendapat ahli psikologi ini, maka ianya dapat menjelaskan kekaburan dari segi teori dalam sistem pembelajaran bahasa dalam abad ke-20 ini. Jadi teori behaviorisme ini melengkapkan apa yang diperlukan oleh para pendidik. Dengan itu lahirlah pendapat yang mengatakan bahasa itu adalah suatu lakuan dan boleh dipelajari melalui syarat-syarat tertentu, samalah dengan binatang mempelajari lakuan tertentu (G.A. Kelly, 1969). Sejak Skinner, ramai lagi ahli psikologi yang mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku. Ada di antara mereka yang mengkaji bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa dan apa implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Pendapat teori mentalis pula berlainan dengan teori behaviouris. Chomsky dan rakanrakan yang sealiran dengannya telah menumpukan banyak perhatian kepada unsur yang terpendam dalam manusia dan bukannya terhadap sesuatu lakuan yang dapat dilihat sahaja. Mereka beranggapan bahawa manusia sejak lahirnya sudah mempunyai kebolehan untuk memperolehi sistem perhubungan yang dipakai oleh manusia, iaitu bahasa. Kebolehan ini dipanggil Jentera Penguasaan Bahasa (Chomsky 1965). Kanakkanak yang terdedah kepada sesuatu bahasa itu mempunyai keupayaan yang semulajadi untuk merumus dan membentuk hukum nahu bahasa tersebut. Ini bermakna, kalau tidak ada pendedahan, maka penguasaan bahasa juga tidak akan berlaku. Misalnya ada ceritanya tidak dapat bercakap apabila dijumpai. Jadi kanak-kanak tidak akan memperolehi bahasa sekiranya ia dipisahkan dari masyarakat manusia, sebab Jentera Penguasaan Bahasa itu tidak mendapat sebarang bahan untuk diproses. Mereka juga telah mendapati bahawa ada satu jangka masa yang subur untuk bahasa berkembang dan sekiranya masa ini terlangkau, maka pemerolehan bahasa juga akan terhalang.
4

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak sebagaimana teori mentalis dan behaviouris dan mengkaji sejauh manakah faktor latar belakang keluarga mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak.

DEFINISI OPERASIONAL Bahasa ialah alat komunikasi dan alat perhubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Menurut Gorys Keraf (1997:1), bahasa adalah alat komunikasi antara anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Kanak-kanak didefinisikan sebagai Pemerolehan bahasa ialah situasi yang mana kanak-kanak memperolehi bahasa yang digunakan oleh masyarakat persekitaran secara menyerap, tanpa dipelajari atau dipaksa. Manusia juga dikatakan mempunyai/dibekalkan dengan alat pemprosesan bahasa (language acquisation devices atau LAD) semenjak lahir yang membolehkan mereka memperoleh dan menguasai bahasa dengan mudah dan cepat. Proses ini sangat aktif berlaku sebelum kanak-kanak berumur 12 tahun (Kreshan & Terrell,1983). Hal ini juga dikatakan kanak-kanak mampu menguasai lebih daripada satu bahasa pada usia muda jika didedahkan kepada mereka. Pemerolehan bahasa ini berlaku sama ada secara dinuranikan, peniruan atau interaksi dengan individu lain.

SKOP KAJIAN

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Kaedah yang saya gunakan ialah Pemerhatian. Saya telah membuat pemerhatian terhadap responden dan membuat catatan.

JUMLAH SAMPEL

Sampel bagi kajian ini terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kelantan. Bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda kanak-kanak itu. Kanak-kanak tersebut tinggal bersama-sama dengan keluarga ibu bapanya sendiri serta seorang adik perempuannya yang berumur setahun. Kanak-kanak tersebut dilahirkan pada 24 Mei , 2008. Ini bermakna kanak-kanak berkenaan berumur 3 tahun 5 bulan (3:5) ketika kajian ini dilaksanakan. Nama penuh kanak-kanak tersebut ialah Nur Syafika Husna bt Hashim.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Corak perkembangan bahasa pada umumnya sama bagi semua kanak-kanak, tidak kira bahasa yang dituturkan. Tetapi cepat atau lambat kadar perkembangan bahasa kanakkanak itu bergantung kepada beberapa faktor persekitaran iaitu latar belakang keluarga..

RUMUSAN DAN CADANGAN

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui beberapa proses seperti peringkat fonologi, morfologi dan sintaksis. Peringkat fonologi ialah peringkat mengeluarkan bunyi-bunyi dan membiasakan diri dengan bunyi-bunyi yang didengar. Peringkat mofologi ialah peringkat menggabungkan unit-unit bunyi menjadi bunyi-bunyi yang bermakna manakala peringkat sintaksis ialah peringkat menggabungkan mofem-mofem menjadi ungkapan-ungkapan atau ayat-ayat yang bermakna. Kemahiran bahasa adalah dikuasai secara beransur-ansur. Kanak-kanak mempelajari pertuturan menurut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang individu atau kelompok penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai habit dalam cara bertutur yang tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri.

BIBLIOGRAFI

Mangantar Simanjuntak.(1982).Pemerolehan Bahasa Melayu: Bahagian Fonologi. Jurnal Dewan Bahasa, Ogos/September, 615-625.

Mangantar Simanjuntak. (1990). Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Kanakkanak. Jurnal Dewan Bahasa, September. 692-704.

Zulkifly bin Hamid.(1990).Penguasaan Bahasa: Huraian Paradigma Mentalis dan Behaviouris, Jurnal Dewan Bahasa. Mei.326-331.

Anda mungkin juga menyukai