Anda di halaman 1dari 11

Pasukan Kadet PDRM

Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah pasukan beruniform yang wujud di seluruh sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan berupaya mengelakkan diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu merugikan diri sendiri.

Sejarah
Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi: "The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building." Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa. Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.

Organisasi
Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti susunan Polis biasa. Pasukan Kadet Polis dibahagikan kepada Kompeni dan Platun. Setiap pelatun itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari sebuah sekolah sahaja -- yang anggotanya semua lelaki atau semua perempuan. Satu Kompeni adalah mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang Komander Kompeni berpangkat Assistan Superintendant Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan Sekolah. Komander Kompeni adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua Sarjan Mejar. Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini berada. Satu pelatun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga orang koperal. Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah dan yang lain penuntut sekolah.

Tujuan penubuhan
Peranan Belia Di Dalam "Nation Building" Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang belakang dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab. Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal; Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah

Latihan/Keahlian
Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid sekolah menengah, yang berumur antara 14 tahun hingga 21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Mereka yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran mereka. Selain daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun. Antara latihan yang diberi kepada anggota kadet polis ini adalah:Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian senjata dan kawad kaki. Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis Pertolongan Cemas Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari dipengaruhinya Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.

1. Dasar Penubuhan Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut: Pangkat ACP - Sekurang2nya 5 buah sekolah Pangkat Supt. - Sekurang2nya 3 buah sekolah Pangkat DSP/ASP - Sekurrang2nya 2 buah sekolah Pengertua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan PKP dengan mengisi borang Jadual Pertama (Kaedah 5) seperti dilampirkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sokonganya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

2. Organisasi Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet. Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet senbagai Sarjan Platun, dua belas koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 Anggota Kadet.

3. Permohonan Menjadi Ahli Permohonan bagi menjadi Peggawai Kanan PKP hendaklah dibuat mengikut borang daloam Jadul Ketiga (Kaedah 7) seperti lampiran dan henaklah dihantar kepada Ketua Polis Negara untuk mendapatkan kelulusan. Permohonan bagi pendaftaran ahli PKP hendaklah dibuat mengikut borang dalam Jadul Ketiga (Kaedah 6) seperti lampiran dan dikehendaki hadir di hadapan satu jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada tiga orang yang dilantik oleh Ketua Polis Negeri seperti berikut:- Ketua Polis Daerah/wakil - Pegawai Pendidikan Daerah/Wakil - Pengetua Sekolah/Wakil

4. Kuasa Melantik Kuasa melanbtik Pegawai Kanan, Pegawai Rendah dan Ahli Kadet adalah seperti berikut:- Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat Asisten Superitenden ke atas oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri. - Perlantikan Pegawai Kanan PKP berpangkat inspektor oleh Ketua Polis Negara. - Perlantikan Pegawai Pangkat Rendah PKP dan Anggota Kadet oleh Ketua Polis Negeri.

5. Syarat-syarat Kelayakan Pendaftaran masuk ke dalam PKP adlah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:- Pelajar2 sekolah menengah yang berumur tidak melebihi 21 tahun dan tidak kurang daripada 14 tahun. - Guru2 dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 50 tahun. - Anggota-anggota daripada pasukan Kadet Tentera, Kadet Bomba, St John dan unit-unit beruniform yang lain tidak boleh menjadi anggota PKP. - Semua pelajar lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 125 cm atau lebih dan semua guru/pegawai pendidikan lelaki hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih. - Semua pelajar wanita hendaklah mempunyai ketinggian 120 cm atau lebih dan semua guru/pegawai pendidikan wanita hendaklah mempunyai ketinggian 150 cm atau lebih. - Setiap permohon mempunyai tubuh badan yang sihat dan diakui oleh Pegawai Perubatan. - Setiap permohonan hendaklah diperakui dan disokong oleh Pengetua Sekolah.

6. Perletakan Jawatan Seseorang anggota PKP boleh meletakkan jawatan dengan memberi notis bertulis sebulan kepada Pegawai Pemerintah, mengikut Seksyen 71, Akta Polis 1967.

7. Latihan/Aktiviti Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi apa-apa latihan kepada ahli-ahli PKP mengikut sukatan dan skim latihan yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara seperti berikut:- Pengetahuan Am Kepolisan Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengetahunn am kepolisan meliputi kawat, syarahan undag-undang, latihan menembak, perkhemahan dan sebagainya. - Bina diri/kreativiti Semua anggota kadet hendaklah didedahkan dan digalakkan memupuk minat trerhadap hobi masing-masing melalui projek-projek seperti mengumpul setem, menyediakan model-model, cara-cara memask, menggubah bunga dan sebagainya.

- Khidmat masyarakat Aktiviti2 ini hendaklah dibina ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Latihan-latihan kebombaan dan pertolongan cemas serta lawatan kerumah-rumah kebajikan dan kerjakerja amal di kalangan masyakarat hendaklah dijalankan berterusan. - Ketahanan diri Latihan ini dilakukan dalam bentuk mengembara, ekspedisi, berkayak, berbasikal, merentas halangan, jalan lasak, seni mempertahankan diri, pandu arah dan sebagainya yang boleh dilaksanakan semasa perkhemahan tahunan. - Kepimpinan Semua pegawai kanan dan pegawai rendah kadet polis hendaklah dilatih dalam aspek kepimpinan, pengurusan platun dan motivasi agar mereka mempunyai daya kepempinan terhadap anggota bawahan dengan lebih baik.

8. Pakaian Seragam Anggota2 PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara. Anggota2 PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara. - Semasa bertugas/latihan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. - Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. - Pada bilabila masa yang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah. Jenis/Peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada sanggota kadet. Pakaian Kawat (Drill Order) But kawat, 'angklet', tali pinggang hitam (untuk kawat biasa), selempang butih (utk kawat perbarisan). Tatacra pemakaian pakaian seragam kadet polis lelaki dan perempuan spt di bawah:

Lelaki

Perempuan

RUJUKAN Peratuaran ini hendaklah dibaca bersama dengan: i . Bahagian XI Akta Polis No. 41/1967. ii. Lampiran A Akta Polis No. 41/1967 Peraturan - Peraturan Pasukan Kadet Polis Di Raja Malaysia 1969. TUJUAN Tujuan Penubuhan Pasukan Kadet Polis ialah untuk memupuk kesedaran sivik di kalangan pelajar-pelajar sekolah terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat bagi memelihara undang - undang dan menjaga ketenteraman awam dalam membantu untuk mengeratkan hubungan harmoni d iantara Polis dan masyarakat. AKTA PENUBUHAN Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut: Pangkat KPD: ACP Sekurang-kurangnya 5 buah sekolah Pangkat KPD: Supt Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah. Pangkat KPD: DSP/ASP Sekurang-kurangnya 2 buah sekolah. Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan PKP dengan mengisi borang jadual pertama (Kaedah 5) seperti di lampiran A kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sokongannya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis

Kontijen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri. ORGANISASI Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet. Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander Kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Penolong Komander Kompeni, empat orang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 orang anggota kadet. Walau bagaimanapun kelonggaran diberi jika mana-mana pasukan mempunyai jumlah platun yang kurang atau lebih bagi membolehkan penubuhan satu kompeni dan seterusnya.

PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA Penubuhan PKP di sekolah-sekolah adalah dirujuk mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 Akta Polis 1967. Kaedah-kaedah Penubuhan Pasukan Kadet Polis DiRaja 1969 bertarikh 20 November 1969 seperti berikut: 1. Permohonan Untuk Penubuhan Pasukan Kadet: Sesuatu permohonan untuk menubuhkan satu PKP di mana-mana sekolah hendaklah dibuat oleh Pengetua Sekolah itu kepada Pegawai Memerintah melalui Jabatan Pendidikan Negeri mengikut Borang Jadual Pertama (Kaedah 5) 2. Permohonan Untuk Pendaftaran Anggota PKP: Permohonan untuk pendaftran anggota PKP hendaklah dibuat mengikut Borang Jadual Kedua (Peraturan 6) kepada Pegawai Memerintah/Ibu Pejabat Polis Daerah melalui Komander Kompeni. 3. Permohonan Menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis: Setiap pemohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis hendaklah mengisi Borang Jadual Ketiga (Kaedah 7) kepada Ketua Polis Negara melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen. 4. Kelayakan Untuk Pendaftaran: Pendaftaran sebagai anggota PKP adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kelayakan untuk memohon memasuki Pasukan Kadet Polis mengikut Akta Polis 1967 adalah seperti berikut: a) Pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan yang berumur antara 14 hingga 21 tahun boleh memohon untuk menjadi ahli Kadet; b) Guru - guru yang berumur di antara umur 21 hingga 50 tahun boleh memohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet;

5. 6.

7.

8.

c) Mana-mana orang antara umur 21 dan 50 tahun yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri ,boleh diambil sebagai Pegawai Kanan Kadet; d) Anggota-anggota daripada Pasukan Bersenjata, Pasukan Kadet yang sedia ada, Pengakap, Pandu Puteri,St.Johns,Bulan Sabit Merah atau sebarang badan - badan lain, atau unit lain, tidak dibenarkan menjadi ahli Pasukan Kadet Polis. e) Semua ahli lelaki mestilah berukuran 4 kaki 6 inci tinggi atau lebih. f) Semua ahli wanita mestilah berukuran 4 kaki 3 inci tinggi atau lebih. Akuan: Semua pelajar yang mendaftar sebagai anggota PKP hendaklah mengisi dan menandatangani Surat Akuan Taat Setia dalam Jadual Keempat (Kaedah 9). Mewakilkan Kuasa-kuasa: Pegawai Memerintah boleh mewakilkan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 70 Akta Polis, 1967 kepada mana-mana pegawai-pegawai lain dalam Pasukan PDRM untuk menjalankan kewajipan-kewajipannya untuk menubuhkan dan menguruskan PKP. Pemeriksaan Doktor/Pegawai Perubatan: i. Pemohon-pemohon untuk pendaftaran dalam PKP adalah dikehendaki hadir di hadapan satu jawantankuasa yang terdiri daripada tiga pegawai yang dilantik oleh Pegawai Memerintah dan setiap pemohon juga dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan mereka oleh Doktor/Pegawai Perubatan yang bertauliah. ii. Seseorang pemohon yang layak diterima memasuki PKP setelah diperiksa oleh Doktor/Pegawai Perubatan, boleh didaftarkan dalam PKP dan mana-mana anggota yang tidak menjaga tahap kesihatannya, pada bila-bila masa hendaklah diberhentikan. Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan: Apabila didaftarkan, seseorang anggota PKP hendaklah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama dua bulan dan pada akhir tempoh itu ia boleh diperiksa apa-apa juga sebagaimana yang ditetapkan oleh Pegawai Memerintahnya. Jika keputusan pemeriksaan itu mendapati ia tidak layak untuk terus menjadi anggota PKP, maka ia hendaklah diberhentikan

SEDIA BERKHIDMAT Polis sedia berkhidmat Kepada negeri dan rakyat Hidup berbahagia Aman sentosa Polis sedia berkhidmat (ulang rangkap 1) Tanda lekat di lengan Polis dengan periman Tangan bersalaman Alamat persahabatan (ulang rangkap 1) Polis sedia berkhidmat Kepada negeri dan rakyat Hidup berbahagia Aman sentosa Polis Sedia berkhidmat

Anda mungkin juga menyukai