Anda di halaman 1dari 5

PERJANJIAN BERSAMA ANTARA (1) (No. Mykad:) (2) (No. Mykad:) (3) (No. Mykad:) DAN (4) (No.

Mykad:) PADA

26 hb. Januari, 2012.

Di Kota Kinabalu, Sabah.

PERJANJIAN BERSAMA Perjanjian ini telah ditandatangani pada hari ini, Khamis, 26 hb. Januari, 2011, di Kota Kinabalu, Sabah. ANTARA (1) Nama (NO. MYKAD :) Yang beralamat di. (di sini dan selepas ini dirujuk sebagai PIHAK PERTAMA) (2) Nama (NO. MYKAD:) Yang beralamat di . (di sini dan selepas ini dirujuk sebagai PIHAK KEDUA) (3) Nama (NO. MYKAD:) Yang beralamat di. (di sini dan selepas ini dirujuk sebagai PIHAK KETIGA) (4) Nama (NO. MYKAD:) Yang beralamat di . (di sini dan selepas ini dirujuk sebagai PIHAK KEEMPAT) 1. PIHAK PERTAMA berhasrat menawarkan peluang perniagaan membeli, memproses, menjual dan membekal kambing dan susu kambing kepada Pihak Kedua, pihak Ketiga dan pihak Keempat. 2. PIHAK KEDUA, PIHAK KETIGA DAN PIHAK KEEMPAT adalah individu-Individu yang berhasrat mengadakan modal permulaan untuk perniagaan yang disebut dengan jelas dalam perkara (1.) di atas. 3. SEMUA PIHAK telah bersetuju untuk memulakan perniagaan tersebut mengikut termaterma dan syarat-syarat dalam Perjanjian Bersama.

PERJANJIAN BERSAMA PERJANJIAN BERSAMA ini telah dipersetujui mengikut terma-terma dan syarat-syarat seperti berikut : A.0. A.1. A.2. A.3. A.4. PIHAK PERTAMA bersetuju untuk : Menguruskan perniagaan tersebut mengikut penguatkuasaan di dalam Persekutuan Malaysia. undang-undang, peraturan dan

Tidak menyalahgunakan kuasa keatas segala pengurusan perniagaan yang bertujuan untuk kepentingan sendiri. Menyediakan Penyata Untung Rugi pada setiap tiga bulan iaitu pada minggu pertama Bulan April, Julai, Oktober dan Januari setiap tahun. Sentiasa menjaga kualiti hasil pemprosesan dan memastikan ianya mengikut syarat dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan, Kementerian atau mana-mana badan yang mempunyai undang-undang ataupun penguatkuasaan yang berkaitan dalam Persekutuan Malaysia. Membuka pasaran baru secara berterusan dan memastikan pengeluaran dan permintaan bertambah dari masa ke semasa. Meningkatkan keuntungan secara berterusan dan menjaga hak semua pihak dalam perjanjian ini agar tidak akan mengalami kerugian. Menyadiakan agihan keuntungan kepada semua pihak sekali setiap tiga bulan, iaitu pada minggu pertama Bulan April, Julai, Oktober dan Januari pada setiap tahun. Untuk menyediakan Laporan Prestasi Perniagaan dan mengadakan mesyuarat dengan semua pihak sekali setiap tiga bulan iaitu pada minggu pertama Bulan April, Julai, Oktober dan Januari setiap tahun. Terus mencari peluang-peluang baru untuk memperkembangkan perniagaan sehingga mampu meningkat ke tahap industri sederhana atau lebih besar. PIHAK KEDUA, KETIGA DAN KEEMPAT bersetuju untuk : Mengadakan modal permulaan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Ringgit (RM20,000.00) sahaja yang akan diserahkan kepada Pihak Pertama pada tarikh dan masa menandatangani Perjanjian Bersama ini. Memberi kerjasama dan tidak masuk campur dalam pengurusan perniagaan yang telah diamanahkan kepada pihak pertama. Menghadirkan diri untuk sessi perbincangan atau mesyuarat yang telah ditetapkan sekali dalam setiap tiga bulan untuk tujuan membincangkan prestasi perniagaan, penyata untung rugi dan pembahagian keuntungan.

A.5. A.6. A.7. A.8.

A.9. B.0. B.1.

B.2. B.3.

B.4.

Membantu dan menyokong secara tak langsung usaha untuk memajukan perniagaan usahasama tersebut dan sebarang cadangan atau pandangan akan dibuat secara bertulis kepada Pihak Pertama.

C.0. C.1. C.2.

KESEMUA BELAH PIHAK bersetuju untuk : Bekerjasama dalam semua perkara yang berkaitan dengan perjanjian ini. Menyelesaikan apa saja bentuk masaalah atau perselisihan fahaman melalui meja rundingan dan perbincangan terlebih dahulu sebelum bertindak menggunakan aturcara undang-undang. Menyimpan segala perkara yang berkaitan dengan Perjanjian Bersama ini sebagai SULIT dan saling menjaga nama baik syarikat, perniagaan dan nama semua pihak. Bersetuju berbahagi sama rata semua KEUNTUNGAN BERSIH yang dihasilkan dari perniagaan ini iaitu Dua Puluh Lima Peratus (25%) seorang dan bertanggungjawab membayar cukai pendapatan masing-masing secara peribadi.

C.3. C.4.

Pada menyaksikan semua terma-terma dan syarat-syarat di atas, kesemua belah pihak dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada tarikh ini seperti yang disebut pada awalnya. Ditandatangani Oleh (1) Nama PIHAK PERTAMA ) ) ) )

Ditandatangani Oleh (2) Nama PIHAK KEDUA Ditandatangani olah (3) Nama PIHAK KETIGA Ditandatangani oleh (4) Nama PIHAK KEEMPAT Ditandatangani oleh SAKSI

) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) ) )

Nama: NO. MYKAD:

) ) )