Anda di halaman 1dari 11

HADITH HUKUM

ANALISIS HADITH HUKUM : THAMANINAH





DISEDIAKAN UNTUK:
AL FADHIL DR. AZWIRA BIN ABD. AZIZ




DISEDIAKAN OLEH:
NUR FIRDAUS BIN ABDUL RAZAK
(A113266)




FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1

PENDAHULUAN

Dalam pendalilan sesuatu hukum berdasarkan hadis, terdapat empat asas yang perlu diberi
perhatian. Asas-asas tersebut adalah sesuatu kajian itu mesti berdasarkan dalil yang sahih,
berpegang dengan konsep Ittiba
c
dan menjauhi unsur takalluf. Kesemua asas ini adalah penting
bagi memastikan hukum-hukum yang dikeluarkan daripada kajian terhadap dalil, adalah sahih
dan selari dengan kehendak sebenar nas tersebut.

Kebiasaan yang berlaku di alam Nusantara ini, pengajian mengenai hukum-hakam
fiqhiyyah adalah berdasarkan kitab-kitab yang kebanyakannya tidak menyertakan dalil yang
lengkap. Lebih menyedihkan lagi, masih banyak tempat yang menggunakan kitab-kitab tua
yang langsung tidak dimasukkan nas-nas al Quran mahupun hadis sebagai dalil, bahkan
mengandungi unsur takalluf yang melampau. Sehingga kini, belum ada usaha-usaha progresif
dari pihak pemerintah untuk mengatasi masalah ini, atau setidak-tidaknya menunjukkan
keperihatinan terhadap isu ini. Mungkin disebabkan faktor sejarah berkenaan Kaum Tua dan
Kaum Muda suatu ketika dahulu, menyukarkan transformasi pemikiran setiap generasi
sehingga ke hari ini.

Selain itu, banyak pendapat para fuqaha dari Nusantara yang jelas bertentangan dengan
nas-nas sahih dan disandarkan dengan dalil-dalil yang dhaif. Walhal jelas bahawa hadis-hadis
dhaif ini tidak boleh dibuat dalil dalam bab hukum hakam. Perbuatan berijtihad di tempat yang
sudah nas itu sendiri berlawanan dengan salah satu kaedah Fiqh, yang menyatakan bahawa
..tidak boleh berijtihad di tempat yang telah ada nas..

Oleh itu, tugasan kedua saya ini akan membawakan hasil analisis terhadap perbincangan
hukum thama
c
ninah yang telah saya bawakan dalam tugasan yang pertama. Analisis ini
berfokuskan penelitian terhadap darjah keselarian perbincangan tersebut dengan asas-asas kajian
hadis hukum menurut al Fadhil Dr. Azwira Abdul Aziz.



2

ASAS 1 : KAJIAN BERDASARKAN DALIL YANG SAHIH
Pengambilan dalil yang sahih merupakan asas pertama dan prinsip yang terutama dalam satu-
satu kajian hadis hukum. Islam adalah agama yang berasaskan nas (dalil). Konsep beragama
yang dicanangkan oleh Islam terbina di atas dasar berhujjah dengan bukti atau dalil. Tiada suatu
perkara pun di dalam syariat Islam yang didatangkan, kecuali setiap satunya berdiri di atas nas-
nas dalil, dan mempunyai sanadnya tersendiri (hadis). Firman Allah Taala dalam ayat ke-64
Surah al-Naml :

0 Fb) C16Bb
)@ , NC
. BBb ;J.Bb, N
=0 Bb P VC Fb_VB
N,1 f J1H
C)@
Maksudnya : Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannya),
kemudian mengulanginya (lagi), dan siapa (pula) yang memberikan rezeki
kepadamu dari langit dan bumi? Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang
lain)? Katakanlah, tunjukkanlah bukti kebenaranmu, jika kamu memang
orang-orang yang benar".


Firman Allah Taala lagi dalam ayat ke-148 Surah al-Ancaam yang berbunyi :

X_f,@ CBb Fb_H,@0
_ ,BA Bb B Bqm,@0 N,
BBb, N, B,1=
0A P A@m L@AH CBb
1C P/= Fb_Cb[
B,10 N VC V m)1 .
61 _J B,1 F f
3

,_JV Nf Bb f,
J0 Nf _

Maksudnya : Orang-orang yang mempersekutukan Tuhan akan mengatakan,
jika Allah menghendaki, nescaya kami dan bapa-bapa kami tidak
mempersekutukanNya dan tidak (pula) kami mengharamkan barang sesuatu
apapun. Demikian pulalah orang-orang sebelum mereka telah mendustakan
(para rasul) sampai mereka merasakan seksaan Kami. Katakanlah, adakah kamu
mempunyai sesuatu keterangan sehingga dapat kamu mengemukakannya kepada
Kami? Tidaklah kamu mengikuti, kecuali itu semua hanya sangkaan belaka, dan
kamu tidak lain hanyalah berdusta.

Dua ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa agama ini tidak tertegak dengan
sangkaan semata-mata. Segala perkara yang terkandung di dalamnya adalah berdiri di atas dalil-
dalil dan keterangan daripada wahyu Allah Taala. Sehinggakan Allah mencabar manusia yang
hendak mendatangkan sesuatu yang lain atau berbeza dari wahyu, supaya mendatangkan bukti-
bukti dan keterangan-keterangan yang menyokongnya. Pastinya manusia tidak akan mampu,
kerana agama ini manhaj Ilahi dan manhaj Rabbani. Keseluruhan strukturnya adalah daripada
Allah Taala. Maka pastilah segala perkara syariatnya juga distrukturkan oleh Allah Taala.

Berdasarkan kefahaman ini, pengkaji telah memastikan hadis yang dipilih dalam kajian
ini adalah sahih dan lengkap. Terdapat banyak hadis berkenaan dengan sesuatu hukum, maka
seseorang pengkaji itu mestilah menilai terlebih dahulu sudut kesahihannya. Ini kerana martabat
hadis dari segi sahih, hasan dan dhaif adalah ditentukan oleh keadaan para perawinya. Dalam
kajian hadis hukum, penggunaan hadis-hadis dhaif mesti dielakkan sama sekali kerana prinsip
pendalilan hukum, mestilah menggunakan hadis (jika nas hadis) yang sahih, atau hadis hasan
yang disokong oleh hadis-hadis lain yang sahih.

Melalui penelitian pengkaji, hadis ini adalah hadis sahih di dalam Sahih Bukhari dan
Sahih Muslim, dan perawi teratasnya adalah sahabat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa bersama
dengan baginda iaitu Abu Hurairah radhiyallahu
c
anh. Di dalam Sahih Bukhari, hadis ini adalah
4

hadis yang ke-6251 dalam Bab Izin manakala di dalam Sahih Muslim pula, ia merupakan hadis
ke 397 dalam Kitab Solah. Hadis ini muttafaqun alaih daripada Abu Hurairah, seperti yang
dinyatakan dalam kitab Nil al Authar (2/264).
ASAS 2 : BERPEGANG DENGAN PRINSIP AL-ITTIBA
C

Ittiba
c
dari segi bahasa berasal dari kalimah Ittaba
c
a yang bermaksud ikut. Dari segi istilah pula,
ia bermaksud berpegang dengan sesuatu hukum syara
c
setelah mengetahui hujah dan dalil-
dalilnya. Kita sangat dituntut supaya berpegang dengan hukum-hukum syara
c
yang telah kita
temui dan ketahui dalilnya. Adalah satu kesalahan apabila kita terus berpegang dengan konsep
taqlid sedangkan kita sudah mengetahui dan mempelajari dalil-dalil berkaitan dengan hukum-
hakam syar
c
i. Malah, suasana kehidupan di negara kita pada hari ini adalah sentiasa terdedah
dengan suasana keilmuan dan dikuatka lagi dengan peranan media cetak dan elektronik. Suasana
seperti ini seharusnya menjadikan kita lebih menepati prinsip al-Sunnah dalam kehidupan kita,
kerana kita boleh mengakses pengetahuan walau di mana sahaja kita berada, pada bila-bila masa
yang kita kehendaki.

Prinsip Ittiba
c
ini sangat dituntut oleh Allah Taala, sepertimana firmanNya dalam ayat ke-
108 Surah Yusuf yang berbunyi :

VC @ [V@P
Fb_@0 [Lf Bb P P[V
L,@ B0 , PVBb
F P, Bb B, B0
H@Bb
Maksudnya : Katakanlah: Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang
mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha
Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".

Sekarang kita lihat sejauh mana kajian tersebut menepati asas kedua daripada asas-asas
kajian kajian hadis hukum ini, iaitu berpegangnya dengan konsep al-Ittiba
c
.

5

Ciri pertama konsep al-Ittiba
c
adalah kesanggupan mengkaji dalil dan hujah ulamak tanpa
mengira mazhab, iaitu kesanggupan pengkaji melakukan kajian terhadap hadis hukum yang
dipilih ini dari segi kedudukan dan kesahihannya, tanpa mengira mazhab dari segi
kepentingannya dan keutuhan pegangan terhadapnya. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji
memulakan kajian dengan mencari dalil bagi hukum tama
c
ninah ini serta memastikan
kedudukannya sama ada ia sahih atau hasan. Adapun penggunaan kitab fiqh Kifayah al Akhyar fi
Hal Ghayah al Ikhtisar pada permulaan kajian ini, hanyalah bertujuan untuk mencari dalil yang
biasa diketengahkan oleh ulamak-ulamak fuqahak. Melalui kitab tersebut dan beberapa kitab lain
yang dijadikan pengkaji sebagai tinjauan literatur, didapati bahawa hadis hukum yang dibawakan
ini merupakan nas yang menjadi dalil pertama hukum tama
c
ninah di dalam kebanyakan kitab
fiqh.

Setelah itu, barulah pengkaji memulakan langkah pertama iaitu mengkaji kedudukan
hadis ini. Melalui penelitian terhadap kitab-kitab hadis yang utama, pengkaji telah menemui
hadis ini di dalam Sahih Bukhari, iaitu hadis yang ke 6251 dalam Bab Izin. Hadis ini juga
terdapat dalam Sahih Muslim, yang merupakan hadis ke 397, dalam Kitab Solah. Hadis ini
muttafaqun alaih daripada Abu Hurairah, seperti yang dinyatakan dalam kitab Nil al Authar
(2/264).

Hadis ini juga menepati ciri kedua prinsip al-Ittiba
c
, iaitu mengenepikan pendapat
mazhab yang bercanggah dengan dalil kaedah syara
c
, seterusnya mendukung pendapat yang
menepati dalil dan kaedah tersebut. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pengkaji telah
mendahulukan kajian dalil dengan pencarian dan pentahkikan nas, sebelum merujuk dan melihat
kepada kitab-kitab fiqh. Hadis ini terdapat di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim, dan
digunakan sebagai dalil nas yang pertama bagi perbincangan hukum tama
c
ninah dalam
kebanyakan kitab fiqh. Pengkaji mendapati bahawa tiada percanggahan terhadap dalil dalam 3
kitab fiqh yang menjadi rujukan pengkaji iaitu Fiqh al-Islam wa Adillatuh, Fiqh al-Manhaji dan
Kifayah al-Akhyar fi Hal Ghayah al-Ikhtisar.

Kemudian, kajian ini juga menepati ciri ketiga dan keempat prinsip al-Ittiba
c
, iaitu
menjauhi taqlid buta dan taksub. Taqlid didefinisikan sebagai berpegang dengan sesuatu hukum
6

syara
c
tanpa mengetahui dalil dan hujahnya, manakala taksub pula bermaksud sifat
mempertahankan pendapat lemah yang bercanggah dengan dalil dan kaedah. Oleh itu, perbuatan
berpegang bersungguh-sungguh dengan satu mazhab pada semua masalah hukum tetapi tidak
mempelajari dalil dan kehujahannya, serta tidak mahu menerima pendapat lain kerana merasakan
kejanggalan dan bertentang dengan kebiasaannya, maka ia dikatakan bertaqlid dan taksub
mazhab.

Inilah fenomena yang berlaku di Nusantara khususnya, sejak dahulu hingga ke hari ini.
Lebih menyedihkan, kelahiran golongan yang mahu memperbetulkan kekalutan fahaman ini
diserang dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan. Antara tohmahan yang sering dilemparkan
kepada pejuang-pejuang sunnah ini ialah Wahhabi, Kaum Muda baru, dan sebagainya. Walhal,
mereka yang mendakwa kononnya berpegang setia dengan mazhab Syafi
c
i ini telah mengabaikan
satu pesanan besar oleh Imam Syafi
c
i sendiri, yang juga disifatkan sebagai kaedah asas dalam
berpegang kepada mazhab beliau, iaitu, Bila kamu dapati dalam kitabku (pendapat) yang
bercanggah dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. maka hendaklah kamu berkata (berpegang) dengan
Sunnah Rasulullah s.a.w. itu dan tinggalkanlah pendapatku. Kata-kata Imam Syafi
c
i ini boleh
dirujuk dalam kitab karangan Imam Nawawi, Al-Majmu
c
Syarh al-Muhazzab.

Pengkaji sama sekali menolak konsep taqlid dan taksub ini, kerana ia seolah-olah
menolak keutamaan al-Sunnah sebagai sumber utama pendalilan hukum yang kedua dalam
syara
c
. Ia tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh sesiapa, kerana ulamak-ulamak fiqh
sendiri merujuk dalil dalam mengeluarkan pendapat-pendapat mereka. Setelah diteliti, ternyata
kitab-kitab fiqh yang dikaji oleh penyelidik juga bebas daripada unsur taqlid dan taksub ini.
Dalam keadaan dan situasi bermazhab di Nusantara ini, sepatutnya semua orang mengetahui
hukum taqlid, bahawa ia hanya wajib kepada mana-mana orang awam yang tidak mampu
mengkaji dan memahami dalil, dan disyaratkan bahawa orang itu belum sampai kepadanya
maklumat daripada mana-mana ulamak thiqah bahawa pendapat yang ditaqlidkan itu bercanggah
dengan dalil dan kaedah syara
c
. apa yang sering bermain di fikiran pengkaji adalah, Malaysia
merupakan antara negara di Asia yang terkehadapan dalam teknologi. Maklumat-maklumat
berkenaan hukum-hakam ini juga tersebar luas melalui media cetak dan elektronik. Cukup
banyak majalah di pasaran yang menjelaskan mengenai konsep berpegang teguh dengan Sunnah
7

ini, malah terdapat ribuan laman web yang mampu dicapai oleh mereka. Tidak kurang juga
seminar-seminar yang dianjurkan di seluruh Malaysia, berkaitan dengan tatacara dan etika
ibadah berasaskan dalil ini. Bagi pengkaji, tiada lagi alasan untuk bertaqlid bagi mereka yang
tinggal dalam suasana seperti ini, khususnya penduduk bandar dan lebih-lebih lagi pelajar-pelajar
universiti yang sangat hampir dengan pejuang-pejuang sunnah ini.

ASAS 3 : MENJAUHI TAKALLUF
Takalluf dari segi bahasa bermaksud bercakap perkara yang tidak perlu atau melakukan perkara
yang susah, atau memikul beban yang tidak biasa dipikul. Dari segi istilah pula, takalluf
bermaksud mengada-adakan persoalan dan andaian yang tidak perlu dalam perbahasan hukum
sehingga membebankan dan melebihi kehendak nas yang menjadi dalil bagi hukum tersebut.
Oleh itu, dapat difahami bahawa yang dimaksudkan dengan menjauhi takalluf adalah
menyatakan hukum berdasarkan kehendak nas dalil, dan tidak mengandaikan persoalan-
persoalan yang tidak dikehendaki atau dimaksudkan oleh nas tersebut. Perkara ini hanya akan
membebankan persoalan syara
c
, serta bakal menimbulkan persoalan yang lebih banyak daripada
asalnya. Sesungguhnya Allah Taala tidak membebani (menurunkan suatu syariat) manusia
kecuali ianya adalah perkara yang termampu buat semua manusia. Berdasarkan konsep ini, nas-
nas yang menjadi asas pendalilan syariat juga adalah mudah, iaitu jelas menggambarkan
tuntutannya tanpa ada sebarang andaian atau apa-apa yang tersembunyi. Firman Allah Taala
dalam ayat ke-286 Surah al-Baqarah :

N b1N Bb B Nf B P
Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.

Telah berkata al-Hafiz Ibnu Hajar al-
c
Asqalani, bahawa sekumpulan ulamak salaf tidak
suka mempersoalkan perkara yang tidak berlaku kerana ia mengandungi maksud takalluf dan
melampau serta melontar andaian tanpa keperluan dalam perkara agama. Imam Bukhari pula
telah mengatakan di dalam (Bab) perkara yang makruh, seperti banyak bersoal dan takalluf
dengan perkara yang tidak berfaedah.

8

Antara ciri takalluf adalah mengandaikan perkara yang tidak berlaku, mempersoal
perkara yang tidak perlu dan tidak berfaedah, serta menambah beban amalan melebihi kehendak
syara
c
. Oleh itu, fenomena amalan-amalan bid
c
ah yang sudah sebati di Nusantara seperti majlis
tahlil, Yasin beramai-ramai, doa selamat dan maulid juga termasuk dalam takalluf kerana
kesemua amalan ini melebihi kehendak syara
c
, malah tidak terdapat nas yang sahih mengenai
tuntutan mengerjakannya.

Takalluf ini dilihat sebagai bertentangan dengan konsep Taysir, sedangkan baginda
Rasulullah s.a.w. selaku penterjemah
c
amaliah wahyu itu sendiri, telah mempamerkan mudahnya
syariat Islam ini. Segala yang dituntut oleh Allah, hanyalah perkara-perkara yang telah
dinyatakanNya dan yang telah disampaikan melalui baginda. Bagaimana mungkin boleh ada
sesuatu yang baru dalam syariat Islam? Telah bersabda Rasulullah s.a.w. :


:

Maksudnya : Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah..

Menurut Ibnu Abd al-Barr, jumhur ahli ilmu telah berkata bahawa pendapat yang dikeji
oleh Nabi s.a.w., para sahabat dan tabi
c
in ialah pendapat yang diadakan dalam syariat agama
berdasarkan istihsan (bid
c
ah hasanah), sangkaan, riwayat-riwayat dhaif atau qias sesama furu
c

dan nawazil tanpa merujuk kepada usul (nas) dan illahnya. Maka pendapat itu dibuat, dibincang,
dicabang dan diperincikan dengan andaian yang melebihi wahyu sebelum ianya berlaku. Mereka
(ahli ilmu) berkata, Menyibukkan dan menenggelamkan diri dengan perkara ini akan
mengendalakan sunnah, mendorong kejahilan mengenainya (sunnah) serta melarikan tumpuan
terhadap Kitab Allah, sunnah dan pengertiannya.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan ini, pengkaji menolak sama sekali unsur-unsur takalluf
dalam kajian ini. Hukum tama
c
ninah sememangnya jelas berdasarkan nas, tidak ada perkara
tersembunyi atau apa-apa yang boleh diandaikan daripadanya. Mungkin timbul beberapa
persoalan kecil seperti berapa lamakah tempoh tamacninah dan sebagainya, namun kajian ini
9

hanya berpaksikan kepada hukum tama
c
ninah itu sendiri. Hukum wajibnya tama
c
ninah (iaitu
sebagai sebahagian rukun) yang dinyatakan oleh pengkaji ini adalah semata-mata berpandukan
nas sunnah. Pengkaji tidak menemui apa-apa lagi perkara yang hendak dipersoalkan dari hadis
ini. Kecenderungan ingin tahu secara tidak berhemah (tidak ilmiah) akan memandu sesorang ke
kancah takalluf, sehingga membawa kepada kesesatan jika dibiarkan fikiran hanyut di dalamnya.
Cukuplah dengan pencemaran takalluf di dalam kitab-kitab fiqh Nusantara terdahulu. Kita
sebagai generasi yang berkembang di dalam budaya ilmu ini seharusnya menjadi agen
perubahan, yang bakal mengembalikan al-Sunnah ke tempat asalnya, dan memurnikan semula
konsep amalan syariat di Malaysia.

KESIMPULAN
Demikianlah sedikit kupasan mengenai hasil analisis pengkaji terhadap kajian hadis hukum yang
telah dibawakan sebelum ini. Permasalahan yang dibincangkan adalah perkara yang jelas tercatat
di dalam hadis Nabi s.a.w. dengan lafaz baginda sendiri. Hadis ini terdapat di dalam Sahih
Bukhari dan Muslim, serta mempuyai kedudukan sahih dengan perawi pertamanya Abu Hurairah
radhiyallahu
c
anh. Hadis ini menepati ketiga-tiga asas prinsip kajian hadis hukum, iaitu dalil yang
sahih, menurut prinsip al-Ittiba
c
, serta menjauhi takalluf. Berkat ilmu yang telah disampaikan
oleh pensyarah yang merupakan salah seorang pejuang sunnah ini, pengkaji dapat memahami
dan menghayati konsep al-Sunnah yang sebenar, serta meruntuhkan tembok fasidah yang
binaannya terdiri daripada blok-blok bid
c
ah dan fikrah takalluf, seterusnya memurnikan
pengetahuan dan pemahaman pengkaji. Alhamdulliah, kini pengkaji juga bersedia meneruskan
jejak langkah beliau, memartabatkan al-Sunnah, meletakkan kembali ke tempat asalnya, dan
berjuang memurnikan pemikiran seluruh umat Islam walau dengan apa cara sekalipun.
Wallua
c
lam.







10

Anda mungkin juga menyukai