Anda di halaman 1dari 1

FAKTO KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

Salah satu faktor utama yang menyebabkan kejatuhan Karajaan Turki Uthmaniyyah ialah kelemahan pemerintah. Sultan-sultan pada zaman Uthmaniyyah yang terakhir sememangnya sudah tergelincir jauh daripada landasan perjuangan nenek moyang mereka. Mereka tidak ingat bahawa kerajaan Turki Uthmaniyyah dibina atas dasar iman dan taqwa sultan-sultan sebelumnya. Keperibadian pemerintah yang lemah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan. Sultan dikatakan suka berfoya-foya, suka berhibur, rakus, mempunyai sifat yang tamak dan leka dengan kenewahan dunia sehinggakan mereka tidak mempedulikan hal-hal kebajikan rakyat.

Pada dasarnya, kelemahan sultan adalah berpunca daripada kelemahan iman. Mereka tidak mengikut syiar dan sunnah Rasulullah s.a.w, malah mereka tidah takutkan Allah S.W.T. Akibatnya, Allah S.W.T tidak lagi memberi bantuan untuk menguatkan kerajaan mereka seperti firman Allah S.W.T surah Al-jasiyah yang bermaksud Allah menjadi pembela kepada orang bertaqwa.Sultan-sultan uthmaniyyah yang terakhir juga tidak mempedulikan lagi ulama ul-amilin, mereka tidak mendengar nasihat para ulama sufi yang selama ini banyak membantu sultan dalam hal pentadbiran. Kelakuan-kelakuan yang menyimpang oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah di akhir usia pemerintahan, telah memberikan impak yang negatif kepada umat Islam. Kehidupan mereka yang tenggelam di dalam arus materialisma dan Jahiliah telah menjadikan diri dan masyarakat hidup dalam keresahan, celaru dan hilang jati diri.

Selain itu, sultan juga dikatakan telah dipengaruhi oleh ibu dan isterinya dalam hal pentadbiran. Hal ini menunjukkan bahawa sultan tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam menentukan keputusan. Contohnya pada zaman pemerintahan sultan Ibrahim pada tahun 1640 sehingga 1648, banginda telah dipengaruhi oleh bondanya dan tiga orang isterinya yang masuk campur tangan dalam hal ehwal pemerintahan.

Anda mungkin juga menyukai