Anda di halaman 1dari 2

9 PERINGKAT SOLAT - Kita tergolong dalam peringkat mana?????

Golongan 1.

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang
tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.
Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid
buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak
ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup
dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,
tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap
sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan
terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia
tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau
diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat
atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak
faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan
alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam
sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap
bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam
sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham
saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam
sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu
didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah
secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk
menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai
Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah
golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya
dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini
terserah kepada Allah.Yang sedar
dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga! Allah
ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada
memberi kesan apa - apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan
dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan
keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan
diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,
menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak
mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya.
Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja
faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati
setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan
dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia
masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak
dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir
dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah
sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar
sembahyang. Kala! u ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang
punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah
menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan
didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk
mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang
itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang
makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan
tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam
sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak
diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan
Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai
sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan
jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh
mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan
akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala
golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang.