Anda di halaman 1dari 5

BAHASA MELAYU KLASIK Sejarah menunjukkan Bahasa Melayu yang kita gunakan sekarang bermula daripada Bahasa Melayu

Purba. Bahasa Melayu Purba kemudiannya dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno setelah unsur-unsur bahasa asing iaitu Bahasa Sanskrit meresapi Bahasa Melayu Purba. Pengaruh Hindu dan Buddha yang amat kuat menyebabkan Bahasa Melayu Purba mengalami perubahan. Namun begitu, evolusi yang berlaku dalam Bahasa Melayu tidak berhenti setakat itu. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara membawa 1001 perubahan kepada struktur masyarakat Melayu sehinggalah kepada sistem Bahasa Melayu sendiri. Pada kira-kira abad ke 13, Bahasa Melayu Kuno berevolusi sekali lagi menjadi Bahasa Melayu Klasik. Hal ini terjadi apabila pengaruh agama Islam semakin kukuh dan mantap di Asia Tenggara. Bahasa Melayu Klasik mempunyai perbezaan yang amat ketara berbanding Bahasa Melayu Kuno. Perbezaan itu merangkumi kosa kata, struktur ayat sehinggalah sistem tulisan. Bukti kewujudan Bahasa Melayu Klasik dapat dilihat melalui penemuan beberapa buah batu bersurat. Tiga buah batu bersurat ini merupakan bukti yang amat penting serta bermakna kerana inilah bukti catatan terakhir perkembangan Bahasa Melayu kerana selepas abad ke 14, kesusasteraan Bahasa Melayu dalam bentuk tulisan mengambil alih bukti catatan. Tiga batu bersurat yang dijumpai tersebut adalah seperti berikut: Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) Masihi yang ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu Kuno serta beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa pada batu bersurat abad ke-7. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) Masihi yang masih menggunakan abjad Iindia dan buat kali pertamanya terdapat penggunaan perkataan Arab seperti kalimah Nabi, Allah dan Rahmat. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu bertarikh 1303-1387 Masihi yang ditulis dengan tulisan Jawi. Hal ini membuktikan tulisan Arab telah mula digunakan dalam Bahasa Melayu pada zaman itu.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik mempunyai perbezaan yang begitu ketara berbanding dengan Bahasa Melayu Kuno. Hal ini kerana Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang khusus serta mempunyai sistem tulisan yang tersendiri yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan Bahasa Melayu Kuno. Revolusi yang berlaku ini berkait rapat dengan pengaruh Agama Islam yang semakin kukuh di Asia Tenggara. Berikut adalah senarai ciri-ciri Bahasa Melayu KLasik: Ayat yang panjang Ayat pasif dan sonsang adalah lazim digunakan Menggunakan gaya bahasa istana Menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, eden kesmaran (mabuk berasmara), sahaya (saya), masyghul (bersedih) Banyak menggunakan pangkal ayat seperti sebermulanya, alkisah, hatta, adapun. Partikel pun dan lah banyak digunakan. Menggunakan aksara jawi, yang berasal daripada aksara Arab yang dipinjam, dan ditambah beberapa huruf. Menerima perbagai jenis kosa kata Arab dan parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan, pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawur dan kata-kata umum. Frasa dan ayat pengaruh arab, terutamanya dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti ketahuilah olehmu (daripada terjemahan IlamL), maka kemudian daripada itu (daripada amma badu) atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam bidang ilmu kalam, tasawur, ilmu aqaid al-iman dan lain-lain. Hal ini berbeza antara zaman Melayu Kuno dengan pengaruh Agama Hindu

Bahasa Melayu Klasik mencapai zaman kegemilangannya apabila pemerintah kerajaan Melayu yang beragama Hindu memeluk Islam seterusnya mulai mendalami agama Islam. Pada masa yang sama, mereka iaitu masyarakat Melayu mulai mempelajari Bahasa Arab dan Parsi daripada pedagang-pedagang Islam sebagaimana yang berlaku ketika pedagang India menguasai Alam Melayu ketika Bahasa Melayu Kuno mulai bertapak. Pengaruh agama Islam serta pedagang-pedagang Arab ini menyebabkan unsur-unsur asing menyerap masuk kedalam bahasa Melayu Kuno. Penyerapan budaya asing inilah menyebabkan bahasa Melayu Kuno berevolusi kepada bahasa Melayu Klasik. Antara kerajaan-kerajaan yang memainkan peranan yang penting dalam revolusi Bahasa Melayu Klasik ini ialah kerajaan Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Johor-Riau. Pada zaman kegemilangan Bahasa Melayu Klasik ini, catatan pada batu bersurat tidak lagi dipraktikkan. Catatan pada batu-batu bersurat ini digantikan dengan hasil tulisan yang dikarang oleh penulis-penulis. Antara penulis-penulis yang masyhur adalah seperti berikut: Hamzah al-Fansuri Shamsuddin al-Ssumaterani Sheikh Nuruddin al-Raniri Abdul Rauf al-Singkel

Berikut merupakan hasil karya yang terkenal pada zaman tersebut: Hikayat Raja-raja Pasai Hikayat Muhammad Ali Hahafiah Hikayat Amir Hamzah Bustannnus Salatin Sulalatus Salatin Sejarah Melayu Hikayat Iskandar Zulkarnain Hikayat Hang Tuah Undang-undang Laut Melaka Tajus Salatin

BAHASA MELAYU KLASIK PENGARUH BAHASA ASING PENGARUH AGAMA

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengaruh bahasa asing, pengaruh sistem tulisan dan pengaruh agama. 1.1 PENGARUH BAHASA ASING : BAHASA JAWA Sebagaimana bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik juga tidak terkecuali mendapat pengaruh bahasa asing. Jika bahasa Melayu Kuno menyerap unsur-unsur bahasa Sanskrit, bahasa Melayu Klasik pula menyerap unsur-unsur bahasa Jawa. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi ialah bahasa Melayu Klasik dan bahasa Jawa merupakan bahasa serumpun yang lahir daripada keluarga Nusantara. Selain itu, tersebarnya kisah-kisah panji di Alam Melayu serta keinginan masyarakat Melayu untuk bersosialisasi dengan negara luar adalah antara faktor-faktornya. Cerita panji merupakan cerita yang berasal daripada Jawa, di mana cerita ini mengisahkan watak wira dan wirawati yang digambarkan mempunyai kuasa yang ajaib atau kuasa sakti yang luar biasa sifatnya. Cerita ini mempunyai versi yang pelbagai serta tersebar luar di sekitar Nusantara dan juga di Kemboja. Perpindahan atau migrasi orang-orang Jawa ke Tanah Melayu ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka turut membawa budaya dan cerita panji mereka. Petempatan orang Jawa yang dikesan pada zaman itu terletak di Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walau bagaimanapun, penghijrahan secara besar-besaran berlaku sekitar awal abad ke 19. Tumpuan bagi kawasan yang mereka duduki ialah Negeri-negeri Selat, Selangor dan Johor. Pertembungan bahasa yang digunakan oleh penduduk asal dengan orang-orang Jawa ini memungkinkan berlakunya penyerapan unsur-unsur bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu Klasik.

BAHASA JAWA JAWA KROMO JAWA


Maksud

NGOKO
Berikut merupakan antara perkataan Jawa yang digunakan: Bahasa Jawa Andong Batok Berangasan Wedana Adipati Kereta Tempurung Mudah naik marah Ketua daerah raja

Anda mungkin juga menyukai