Anda di halaman 1dari 178

KERAJAAN NUN

(THE I.T. GOVERNMENT)

Amaran Kepada Pembaca Kandungan yang dipersembahkan dalam buku ini mengandungi perkara-perkara yang menyentuh politik, ekonomi, sosio-budaya, pemerintahan, tanggapan beragama, kerohanian serta kepercayaan tentang ketuhanan, yang mungkin akan menyebabkan berlaku 'salah' tafsir terhadap cara berfikir seseorang. Oleh itu, pendekatan secara professional diperlukan sebelum sebarang pertimbangan diambil. Penerangan dalam buku ini juga mungkin mengakibatkan perubahan terhadap polisi ekonomi dan cara berfikir individu, persyarikatan, institusi atau jabatan dan pada skala yang besar mungkin melibatkan negara. Oleh itu perincian teliti diperlukan sebelum sebarang perubahan polisi dilakukan. Buku ini menyediakan pembacaan terbuka dan hanya sesuai untuk mereka yang berfikiran bebas.

Sekapur Sirih Oleh Penulis


Huraian-huraian dalam buku ini bukanlah merupakan terjemahan terus daripada ayat-ayat Al-Quran dan tidak juga merupakan tafsiran berdasarkan rujukan-rujukan muktabar. Penulis sekadar memberi pandangan secara peribadi berdasarkan pengalaman yang penulis tempuhi sepanjang kehidupannya dan mengambil ayat-ayat AlQuran sempena kefahamannya. Oleh itu buku ini harus dianggap menyediakan bacaan rujukan semata-mata dan tidak harus dianggap sebagai teks. Adapun ayat-ayat rujukan Al-Quran dalam buku ini haruslah diterima sebagai sempena semata-mata yang boleh jadi berkaitan atau tidak berkaitan langsung dengan penerangan sesudahnya. Penerangan-penerangan dalam bacaan rujukan ini lebih bercorak mencabar minda pembaca. Pembaca boleh sahaja bersetuju atau berlawanan pendapat dengan penulis. Oleh itu pembacaan ini harus menjurus kepada pandangan semata-mata daripada seorang penulis. Terlalu banyak bentuk terjemahan dalam Al-Quran yang ingin penulis ubah mengikut kesesuaian kefahaman penulis sendiri tetapi penulis khuatirkan usaha sedemikian akan berhadapan bangkangan besar-besaran pihak-pihak tertentu. Oleh yang demikian penulis tidak bertanggung jawab terhadap sebarang jua yang benar atau tersalah penerangan daripada buku ini. Penulis menyatakan terima kasih dan penghargaan yang tinggi terhadap guru-guru yang mengajar sepanjang persekolahan penulis dari sekolah agama rendah, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, matrikulasi sehingga ke universiti. Juga kepada ustaz-ustaz yang

memberi tunjuk ajar melalui program usrah, muzakarah, tamrin, gash, taalim, muktamar serta seminar-seminar sama ada yang berkaitan dengan urusan agama, kerohanian, kaedah dakwah serta perniagaan. Juga kepada penulis-penulis tersohor seperti Ustaz Zainal Abidin, Mr. Maurice Bucaille, Fazlur Rahman, Muhammad Isa Daud, Maulana Zakaria, Ahmad Deedat serta lain-lain lagi. Lantaran rujukan-rujukan daripada mereka membuatkan penulis berani melakukan anjakan paradigma tersendiri untuk memandang Al-Quran pada sudut pandangan pelbagai. Semoga usaha kecil kita semua diredhai Tuhan hendaknya. Selawat dan salam terhadap junjungan besar RasululLah S.A.W. serta ahli-ahli keluarga, para sahabat, pengikutpengikut sahabat (tabi'in), pengikut-pengikut tabi'in, yang menuruti mereka dari masa ke semasa hingga menjelang hari kebangkitan. Semoga keislaman kita, terdapat pihak-pihak yang sanggup mengambil kesaksian daripada seorang ke seorang, menyusun susur galur hingga ke junjungan besar RasululLah S.A.W.

KERAJAAN
dengan pengajaran daripada surah ( Kingdom )

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Pengasih 67:01 Maha Berkati yang di tanganNya kerajaan dan Dia atas segala sesuatu Maha Kuasa . Terdapat banyak ayat yang menerangkan tentang sifat Tuhan Maha Kuasa. Kekuasaan Tuhan meliputi segala sesuatu. Istilah Maha Kuasa telah dijadikan perdebatan hangat suatu masa dahulu oleh golongan falsafahlxiv yang gemar bertanya soalan-soalan memerangkap. Antaranya adakah Tuhan berkuasa untuk menjadikan sesuatu itu diam dan gerak pada masa yang sama dan tempat yang sama? Untuk menjawab persoalan seperti ini, seseorang perlu melihat kepada soalan itu sendiri iaitu adakah persoalan sedemikian itu relevan?ii Pada hukum adatiii, sesuatu yang diam tidak bergerak dan suatu yang bergerak tidak diam. Oleh itu pada hukum adatnya, perkataan sedemikian adalah dua perkataan yang berlawanan yang tidak akan terjadi serentak. Memberi jawapan kepada persoalan sedemikian adalah seperti mengiktiraf sesuatu yang ada sebagai tiada dan sesuatu yang tiada sebagai ada. Persoalan bersifat falsafah lxiv semata-mata sedemikian (tanpa ilmiah) hanya mahukan jawapan antara 'ya' dan 'tidak'. Sekiranya jawapan adalah 'ya' akan ada persoalan-persoalan lain untuk menguji persoalan selanjutnya dan sekiranya 'tidak' maka kekuasaan Tuhan akan dinafikaniv. Mereka (ahli falsafahlxiv) itu sendiri tidak dapat memberi penjelasan tentang 'sesuatu' itu dapat berada pada dua atau lebih tempat pada masa yang sama lalu bagaimanakah persoalan mereka itu boleh ditimbulkan?

Sebenarnya persoalan sedemikian tiada jawapan 'ya' dan tiada juga jawapan 'tidak' lantaran itu, persoalan sedemikian tidak harus diketengahkan. Persoalan seperti ini seperti bertanya tentang kebangkitan semula kepada jiwa dalam situasi mati dengan persoalan sama ada kebangkitan semula itu benar atau tidak. Seseorang yang waras tidak akan bertanya tentang soalan sedemikian kerana ia mengetahui persoalan sedemikian tidak memerlukan jawapan. Maha Berkati Yang di tanganNya Kerajaan Pada sudut pengamatan manusiawi, kekuasaan dapat ditakrifv melalui kerajaan. Sebuah kerajaan yang menguasai sesebuah negara, berkuasa mengubah kawasan tandus menjadi kawasan pertanian, mengubah ruang angkasa yang kelihatannya kosong itu, menjadi berpenghuni dan sebagainya. Semua itu menjadi mungkin disebabkan oleh kuasa. Oleh kerana sedemikian sifatnya maka kekuasaan itu menjadi rebutan manusia sehingga mereka sanggup berbalah dan berperang sesama mereka untuk memperolehi atau mengekalkan kuasa. Tuhan telah memperkenalkan kekuasaanNya adalah sesuatu yang Maha Berkat. Keberkatan terserlah daripada kekuasaan Tuhan di bumi ini. Kekuasaan Tuhan kepada ruang angkasa, sehingga Dia berkuasa menurunkan kembali air hujan daripada wap-wap air yang terlepas dari permukaan bumi kembali kepadanya. Manfaat air sedemikian memberi suatu kehidupan kepada tumbuhan dan haiwan di permukaan bumi darihal air yang segar serta pembersihan udara. Kemudian manusia mengotori air hujan berkenaan. Manifestasivi kekuasaan Tuhan yang diajari kepada manusia perlu manusia pelajari supaya amanah

kekuasaan yang diserahkan kepada manusia memerlukan tindakan keberkatan ke atas manusia seluruhnya dan kepada alam kehidupannya. Sekiranya mereka memilih suatu sistem kekuasaan yang menghilangkan keberkatan, secara beransur-ansur kekuasaan sedemikian tidak akan bertahan lama. Tuhan yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan dan bukan semestinya melalui pilihan raya atau serangan ketenteraan. Dia meletakkan kebaikan sebagai ukuran (3:26) dalam memilih individulxxvii yang layak untuk diangkatNya sebagai pemimpin. Pemimpin-pemimpin berkenaan boleh jadi sesiapa sahaja. 67:02 Yang telah merekabentukvii mati dan hidup supaya ia menguji kamu, mana-manakah kamu (yang) terlebih molek amalan? Dalam ayat ini dinyatakan terlebih dahulu bahawa Tuhan yang mencipta mati. Sekiranya tidak dimulai dengan mati, sesuatu itu tidak dapat dibezakan antara mati dan hidup. Perbezaan mati dan hidup barang kali merupakan sesuatu takrifan yang relatifviii merujuk kepada pengamatan seseorang. Perkara yang semudah robot ciptaan manusia seperti asimo lxxiii, barangkali dapat dinyatakan hidup oleh seseorang kanak-kanak. Robot yang berupaya menjawab soalan, mengulangi nama si penanya, melakukan aktiviti menari dan berjalan serta memanjat tangga, kelihatan seperti suatu rekaan hidup padanya. Yang membezakannya dengan benda-benda yang mati dan 'hidup'nya robot asimolxxiii barangkali dirujuk kepada keupayaan bergerak dengan sendirinya. Benda mati tidak dapat bergerak dengan sendirinya sedangkan robot asimo lxxiii dapat

bergerak dengan 'sendiri'nya. Seseorang dewasa tentunya tidak dapat menerima kenyataan bahawa robot asimolxxiii adalah sesuatu yang 'hidup'. Seseorang itu akan memberi takrifan yang lain tentang hidup iaitu sesuatu yang hidup haruslah berupaya untuk berkembang biak, tidak seperti robot asimo lxxiii yang tidak memiliki anggota seksualix dan organ peranakan atau sebagainya. Robot asimolxxiii mungkin suatu ciptaan yang berupaya 'makan' tenaga elektrik melalui pengaturcaraan program arahan tertentu yang tersedia padanya. Oleh itu seseorang dewasa hanya akan menganggap robot asimo lxxiii sebagai suatu benda mati yang menakjubkan. Begitu juga seorang ahli biologi yang berusaha mentakrif erti hidup dan mati terhadap sesuatu organisma x. Manusia secara umumnya akan menganggap subjek seni seperti virus xi adalah sesuatu yang hidup, subjek ini dapat membiak, menyerap sejumlah nutrien dan tenaga sebagai pemakanannya yang semata-mata bertujuan untuk membiak. Apabila bilangannya menjadi sangat banyak, subjek ini pula berupaya untuk berpindah ke perumahperumah yang lain melalui jangkitan tertentu dan berterusan membiak. Oleh yang demikian, virus xi dinyatakan sebagai sesuatu yang hidup. Takrifan sedemikian tentunya akan disangkal oleh ahli bioteknologi yang menyatakan virus xi bukanlah suatu organismax yang terdiri daripada sel. Virus xi didapati tidak beraktiviti apabila berada di luar perumah dan dikatakan sebagai subjek mati lantaran tidak dapat bergerak dengan sendirinya. Lalu bagaimanakah subjek seni ini dapat dikatakan sebagai hidup? Subjek seni ini tidak mengandungi sel yang berupaya mengawal kadar metabolismaxii sekalipun berupaya untuk menduplikasi xiii dirinya. Sel-sel melakukan pembelahan sel untuk

perkembangannya, sedangkan virusxi tidak bersifat sedemikian. Seterusnya sel-sel melakukan kerja-kerja tertentu secara sendirinya seperti menyerap bahan makanan dan oksigen, melakukan pembakaran untuk mendapatkan tenaga dan menggunakan tenaga berkenaan untuk perkembangan terkawal. Virusxi tidak dapat mengawal dirinya lalu bagaimanakah dapat dinyatakan sebagai hidup? Lalu takrifan hidup akan berbeza antara ahli bioteknologi dengan manusia secara umumnya. Hidup sebagai sesuatu yang berupaya untuk beraktiviti, berkembang biak serta mengawal perkembangan kolonixivnya. Perkara sedemikian berlaku terhadap hidupan seni seperti bakteria yang dapat berkembang biak secara terkawal. Virusxi terus berkembang biak secara tidak terkawal sehingga mencapai keadaan tepu dan akhirnya lenyap. Virus xi cacar adalah satu-satunya virus xi yang mengakibatkan penyakit yang dikenal pasti telah lenyap dengan terhasilnya vaksin yang dapat menumpaskannya. Sekiranya virusxi ditakrif sebagai sesuatu yang hidup, membiak sekalipun pada keadaan tidak terkawal maka virusxi ciptaan manusia yang tersebar melalui media komputer, layak dinyatakan sebagai sesuatu yang hidup. Virusxi ini terdiri daripada kod-kod binari xv yang dapat melaksanakan aktiviti berkembang biak apabila berada dalam perumah iaitu komputer. Virusxi ini berjangkit dan membawa mudharat kepada pengguna-pengguna komputer sehingga mengakibatkan mereka kerugian. Bermula takrifan hidupan adalah daripada sel (organismax). Demikian itu masih lagi takrifan saintis secara umum. Apabila sampai ke tahap ilmu perubatan secara lebih teliti, takrifan tentang hidup dan mati sekali lagi berubah. Seorang yang berada dalam keadaan

pengsan atau koma sedangkan organ otaknya masih menunjukkan aktiviti, dinyatakan sebagai masih lagi hidup secara klinikal manakala seorang yang koma dalam keadaan tiada lagi aktiviti otak yang dapat dikesani dikatakan sebagai telah mati secara klinikal. Namun terdapat kes, seseorang yang telah mati secara klinikal dengan tiada aktiviti otak serta tiada sebarang denyutan jantung, kemudiannya didapati masih hidup dan dapat 'hidup semula' setelah melalui proses kematiannya itu. Yang demikian itu, takrifan hidup dan mati terhadap sesuatu subjek atau individu lxxvii masih dinyatakan sebagai sesuatu yang samar. Namun seorang manusia yang hidup didapati dapat menyaksikan kejadian-kejadian mati dan hidup. Tuhan sendiri mengagendakan kematian dan kehidupan dengan tujuan tertentu iaitu untuk menguji siapakah dalam kalangan hamba-hambaNya yang terlebih molek amalannya? Tentunya ada tujuan tertentu yang Tuhan lakukan sedemikian yang hanya Dia sahaja yang mengetahui. Takrifan hidup dan mati pada ukuran tubuh fizikal lxxv didapati tidak selari dengan takrifan kerohanian xvi. Terdapat ayat dalam surah Al-Baqarah yang memberitahu bahawa Tuhan melarang umat ini memperkatakan terhadap jiwa seseorang yang terbunuh pada jalan Tuhan sebagai mati, bahkan ia hidup di sisi Tuhan dan mendapat rezeki (2:154). Orang-orang yang beriman tidak harus menyebut 'mati syahid' terhadap individulxxvii yang terbunuh pada jalan Tuhan. Begitu juga dengan arahan untuk umat ini berperang pada jalan Tuhan dengan menyerbu musuh, sebenarnya adalah sesuatu yang membawa kepada kehidupan dan bukannya kematian. Hidup perlu ditakrif semula sebagai sesuatu yang dapat membawa kehidupan dan mati bagi sesuatu

yang berjasad yang bernyawa adalah lantaran ke'hidupan'nya hanya dapat membawa kepada kematian. Oleh itu adalah wajar untuk menyatakan bahawa bakteria yang dapat memberi sesuatu kebaikan yang membawa kepada kehidupan perumah seperti laktobasillusxvii adalah bakteria yang benar-benar hidup sedangkan virusxi yang tindakannya membawa kematian perumah maka virusxi itu sendiri adalah sesuatu yang mati. Lalu di antara yang hidup, yang manakah akan benar-benar membawa kebaikan? Demikian itulah ujian yang Tuhan mahu lakukan ke atas kita semua sedang Dia Maha Menguasai Maha Pengampun. Demikian itulah kekuasaan Tuhan, memberi kehidupan kepada hidupan yang ada serta mendatangkan sesuatu yang lebih baik. Praktikal seperti ini sebenarnya harus dicontohi oleh golongan pemerintah. Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang paling besar di dunia ini serta gagah darihal persenjataan iaitu Soviet Union, akhirnya runtuh disebabkan oleh sifat-sifat pemerintahan yang tidak membawa kehidupan kepada manusia bahkan kematian yang dahsyat. Pemerintah Soviet Union di bawah pimpinan Leonid Breznev telah mengakibatkan lebih sejuta umat Islam di Afghanistan terbunuh dan lebih dua juta umat manusia di Vietnam dan Kemboja maut. Pemerintahan sedemikian tidak diakui sebagai baik lantaran jumlah yang terbunuh sangat ramai. Umat Islam Afghanistan tidak ditewaskan dengan jutaan rakyatnya yang terkorban lalu mereka berjihad bermatimatian siang dan malam sehingga mengakibatkan kerajaan Soviet Union bangkrap, sekalipun tenteranya tidak ditewaskan. Akhirnya pemerintahan komunis

Soviet runtuh digantikan dengan sistem pemerintahan ala-demokrasi seperti Amerika Syarikat. Kita sering dapati suatu pemerintahan itu sering digantikan dengan pemerintahan lain yang lebih baik disebabkan kegagalan pemerintahan terdahulu membawa sesuatu yang bersifat menghidupkan serta memberi keadaan yang lebih baik kepada rakyatnya serta kehidupan manusia seluruhnya. 67:03 Yang telah merekabentuk Ia tujuh (petala) langit xviii bertindih-tindih. Tidak engkau lihat, pada ciptaan AlRahman daripada (sebarang) berlebih kurang. Penciptaan langit adalah sedemikian rupa sebenarnya adalah agenda Tuhan untuk menampung hidupan di bumi ini. Tujuh lapisan langit yang setiap lapisan itu memainkan peranannya yang tersendiri. Lapisan langit yang tertinggi adalah astrosfera xix. Lapisan ini terdiri daripada medan magnetik bumi. Terkandung dalam lapisan ini adalah bulan (71:16) dan meteoroid xx yang sentiasa mengelilingi bumi. Lapisan ini memainkan peranan menepis cas-cas besar daripada matahari untuk dipesongkan ke bahagian sisi dan tidak terkumpul di langit bumi sehingga mengakibatkan kilat-kilat besar berlaku. Sekiranya bumi mengalami pengurangan medan magnetik barang sedikit maka, sinar-sinar bercas seperti positronxxi, proton dan sebagainya akan terkumpul pada bahagian yang menghadap permukaan matahari membentuk tompokan radikal bebasxxii yang berupaya melepasi lapisan ozon. Mana yang melepasinya akan membentuk awan-awan bercas sehingga menghasilkan kilat-kilat besar. Fenomenaxxxiv sedemikian sebenarnya

dapat berlaku juga selepas letusan matahari secara menghadap ke permukaan bumi dengan kadar yang bersangatan. Kesan ribut petir dapat dijangkakan akan berlaku selang 24 jam hingga 36 jam selepas itu. Astrosfera menindih ionosferaxxiii di bawahnya. Ionosfera terdiri daripada cas-cas positif dan negatif radikal bebasxxii yang membezakan antara vakum angkasa lepas dan lapisan bergas mesosfera di bawahnya. Cas-cas ini sebenarnya bergerak secara terheret dari barat ke timur mengikut pergerakan bumi. Dengan sifat bercas dan secara relatifnya meredah medan magnet ke arah barat menyebabkan cas-cas positif ringan seperti proton lebih cenderung untuk ditolak semula ke bawah ke arah permukaan bumi dan cas yang lebih berat daripada ionion negatif ke arah yang lebih tinggi. Tetapi cas-cas negatif yang berat akan berada di sana tidak terlepas ke angkasa lepas yang sentiasa diimbangi dengan semburan proton dari matahari. Cas-cas negatif memainkan peranan menahan proton daripada terus terlepas ke angkasa lepas. Sekiranya kekuatan medan magnet bumi mengalami pelemahan maka ketebalan lapisan ionosfera akan meningkat dengan ketara. Kita harus bersyukur lantaran Tuhan yang telah menciptakan matahari menyemburkan cas secara agak tetap sehingga atmosfera bumi didapati agak tebal dan dapat menampung hidupan. Selain daripada peranannya menahan henjutan frekuensi rendah, ionosfera amat berfaedah sebagai media perambatan elektromagnetik frekuensi tinggi dari 3 Mhz hingga 30 Mhz. Komunikasi radio dapat berlaku antara dua tempat yang sangat berjauhan dan kaedah komunikasi ini adalah kaedah yang paling boleh diharap, yang tidak akan terganggu walaupun pada ketika

peperangan. Ionosfera menindih mesosferaxxiv. Lapisan ini adalah merupakan lapisan paling sensitif lxvii terhadap perubahan yang berlaku di bumi ini. Sekiranya lapisan ionosfera merupakan lapisan yang panas hingga mencapai 350 darjah celcius, lapisan mesosfera pula merupakan lapisan yang sangat sejuk kurang daripada 150 darjah celcius di bawah paras beku. Kesejukan lapisan ini berperanan menghalang wap-wap air yang meninggalkan permukaan bumi daripada terus dilepaskan ke angkasa lepas. Geosaintis xxv telah lama mengetahui bahawa keadaan bumi dengan jisim sedia ada, sebenarnya tidak mampu menahan komponen air daripada terus terlepas ke angkasa lepas. Namun dengan perlindungan tertentu dan berbetulan air dapat berada pada ketiga-tiga tahapxxvi di bumi ini, menjadikan keadaan air dapat bertahan di sini dan ini merupakan suatu fenomenaxxxiv yang amat-amat menakjubkan. Sekiranya terjadi sesuatu terhadap lapisan ini sehingga suhunya meningkat, air akan terus dapat melepasinya ke angkasa lepas sehingga mengakibatkan tekanan di permukaan lautan akan jatuh dan lautan akan membuakxxvii (81:06) kerananya. Mesosfera menindih stratosferaxxviii dengan suhu sekitar 150 darjah celcius di bawah paras beku. Antara lapisan ini terdapat lapisan ozon. Lapisan ozon berupaya menghalang sinar bahaya lampau lembayung dari matahari dan daripada sinaran kosmik yang banyak terdapat di angkasa raya. Lapisan ini bukan lagi merupakan lapisan berion seperti ionosfera dan mesosfera, tetapi benar-benar terbina daripada gas sepenuhnya. Hanya pesawat tertentu seperti helios yang direkabentuk oleh NASA mampu mencapai ketinggian ini sekitar 30,000 meter dari aras laut.

Maka kembalilah oleh engkau akan pandangan itu, adakah engkau lihat daripada (yang) terbuka? Melihat kali kedua terhadap fenomena xxxiv langit adalah dengan melihat isi kandungan lapisan langit berkenaan. Gas-gas paling ringan seperti gas hidrogen dan helium sebenarnya berada pada kedudukan paling tinggi. Gasgas ini membentuk radikal bebasxxii. Dengan suhu yang sangat sejuk sekitar suhu ruang angkasa itu sendiri, gasgas ini terbiar berkeadaan sedemikian berada di bawah pengaruh graviti bumi dan berada di sekitar bumi ini. Sekalipun hidrogen dapat mengadakan ikatan hidrogen terhadap sebatian-sebatian lain yang mengandungi unsur nitrogen, oksigen dan flourin, namun paduan atom-atom hidrogen yang membentuk gas hidrogen dapat terlepas daripada sebatian berkenaan dan terus berada pada kedudukan yang paling tinggi. Semua sebatian ringan yang tidak membentuk ikatan hidrogen seperti gas klorin serta gas nadir dapat melepasi lapisan mesosfera sehingga berada pada kedudukan yang tinggi tetapi di bawah lapisan astrosfera. Pada kedudukan melebihi 150 km, nun tinggi di atas sana, gas-gas ini kurang berinteraksi antara satu jenis dengan jenis gas yang lain dan keadaan sebenarnya yang terbentuk adalah ion-ion daripada gas-gas berkenaan. Gas-gas bertukar bentuk daripada keadaan molekul kepada ion dengan tenaga pengionan. Tenaga pengionan datang daripada sinaran matahari serta sinaran kosmik yang datang dari kedudukan yang jauh di angkasa lepas. Lapisan berion lebih bersifat seperti api atau wap asid yang membakar. Oleh itu suhu ketinggian pada paras lapisan langit yang berbeza adalah berubah-ubah daripada suhu sangat rendah sekitar 2 kelvin, kepada suhu yang tinggi sekitar

350 darjah celcius dan kepada suhu yang rendah bawah 150 darjah celcius di bawah paras beku dan meningkat semula apabila semakin menghampiri permukaan bumi kepada suhu bumi sekitar 25 darjah celcius. Sekali kali tidak akan berlaku lapisan mesosfera akan terbuka kepada astrosfera dan tidak juga lapisan stratosfera terbuka kepada ionosfera. Begitu juga lapisan ozon dan atmosfera tidak akan terbuka kepada mesosfera. Semuanya bagaikan kuih lapis yang saling melindungi antara satu lapisan dengan lapisan yang lain yang tidak akan bercampur semasa pembikinan. Semakin rendah suatu lapisan langit, tidak akan terdapat banyak ion-ion radikal bebasxxii yang terbentuk. Lapisan ozon sendiri adalah merupakan molekul-molekul oksigen O 3 yang bertindak sebagai lapisan penampan sinar-sinar bahaya dari matahari dan bintang-bintang. Sebenarnya lapisan yang nipis ini sendiri merupakan molekul-molekul baru ozon yang sentiasa terbentuk kesan daripada pancaran berterusan sinar lampau lembayung ke atas molekul oksigen. Sebenarnya stratosfera bermula dari bahagian bawah lapisan mesosfera ke lapisan yang lebih rendah, adalah tempat terkumpulnya gas-gas seperti nitrogen, oksigen, ozon, flourin dan kloroflorokarbon secara relatifnya terdiri daripada campuran-campuran gas yang mempunyai pelbagai berat molekul. Gas nitrogen dengan berat molekul 28, oksigen 32, ozon 48, flourin 34 dan kloroflorokarbon dengan berat molekul berubah sekitar 60 hingga ke 100 u.j.axxix. Lapisan ini dikenali sebagai lapisan interaksi Nitrogen-Oksigen-Flourin (NOF). Lapisan stratosfera ini yang suhunya kurang daripada 150 darjah celcius di bawah paras beku memainkan peranan yang amat penting untuk menghalang wap-wap air daripada melaluinya. Tidak

akan berlaku kebocoran antara lapisan hidrosfera iaitu tempat terjadi aktiviti air hingga ke lapisan mesosfera melaluinya. Kebocoran Stratosferaxxviii Yang Menggerunkan Sehingga kini belum pernah terjadi secara nyata kejadian kebocoran antara lapisan bawah atmosfera dengan lapisan mesosfera melalui stratosfera. Lapisan interaksi NOF daripada campuran radikal bebas xxii pada lapisan mesosfera akhirnya membentuk gas-gas neutral sepenuhnya pada lapisan stratosfera. Campuran seperti ini dikenali sebagai plasma. Plasma xxx memberi interaksi pewarnaan tertentu sebagai suatu fenomena xxxiv yang sering terjadi di kawasan kutub-kutub bumi. Apabila kapal angkasa memulakan tujahan ke angkasa lepas, wap-wap air yang terlalu banyak lagi panas dilepaskan kembali ke bumi sehingga ke altitud yang paling tinggi. Wap-wap air ini bertenaga tinggi dan dapat berada dalam tempoh yang agak lama sehingga beberapa hari pada lapisan mesosfera disebabkan wujud ikatan hidrogen antara molekul air dan komponen-komponen gas lapisan interaksi NOF. Wap-wap air ini dapat bergerak ke kutub membentuk awan polar mesosfera pada ketinggian kira-kira 80 hingga 85 kilometer. Kilauan awan sedemikian pada waktu malam memberi pandangan yang menggerunkan akibat pembentukan hablur ais yang kecil. Kejadian seperti ini memberi gambaran apabila berlaku pelemahan lapisan langit suatu masa nanti, wap-wap air akan dapat berada pada lapisan mesosfera yang sangat tinggi itu. Sehingga sekitar jam 9:30 malam suatu tompokan besar awan berkilauan dapat dilihat di ufuk barat dan seawal jam 4:30 pagi di ufuk timur menjelang akhir riwayat bumi ini.

67:04 Kemudian kembalilah oleh engkau akan pandangan itu dua kali (nescaya) ia kembali kepada engkau akan pandangan itu akan (suatu) yang khusuk sedang ia (pandangan itu suatu) yang memenatkan*. Pandangan tadi dinyatakan pada pertimbangan kandungan lapisanlapisan tertentu. Kini kita bawa pandangan pada pertimbangan interaksixxxi setiap lapisan langit terhadap perubahan. Kajian tentang astrosfera sebenarnya menjurus kepada keadaan luar dari lapisan ionosfera bumi. Pelbagai peralatan dari bumi telah dihantar ke angkasa lepas, untuk memerhati serta menjawab persoalan yang timbul daripada beberapa fenomena xxxiv yang berlaku di angkasa. Sebagai contoh, penentuan aktiviti medan magnet yang sering berubah-ubah dapat diperhatikan daripada perubahan magnetik bumi yang berlaku sepanjang masa. Sebenarnya terdapat interaksi antara medan magnet bumi dengan medan yang tersedia dari matahari yang juga sentiasa mengalami perubahanperubahan tertentu. Perubahan medan magnetik matahari memberi herotan tertentu kepada medan magnetik bumi. Selain daripada kehadiran medan ini yang sentiasa menjuruskan gas-gas ionosfera supaya sentiasa cenderung untuk dikembalikan semula ke bumi, perubahan magnetik juga mengakibatkan ketumpatan ionosfera sering berubah-ubah. Perubahan ini mengakibatkan kekuatan isyarat radio yang diterima dari suatu stesen pemancar turut berubah-ubah. Perkara ini menimbulkan kesukaran untuk mendapatkan suatu isyarat yang memberi output yang stabil supaya berita lebih mudah difahami. Untuk mengatasi masalah ini,

banyak peralatan penerima isyarat frekuensi tinggi dibekalkan dengan tombol 'fading' supaya julat masa pelambatan isyarat dapat dipadankan. Selain daripada perubahan siang dan malam, yang memberi perbezaan secara nyata terhadap ketebalan dan ketumpatan lapisan ionosfera, lapisan ini sering berubah-ubah akibat perubahan musim dan kitaran sekitar 11 tahun aktiviti 'sunspot'xxxii matahari. Semua pertimbangan faktor ini iaitu aktiviti sunspot matahari, keamatan fluks cahaya matahari, masa dalam sehari serta perubahan musim sentiasa memberi perubahan berlainan terhadap keupayaan penerimaan isyarat frekuensi tinggi. Sebenarnya kajian demi kajian terus dilakukan disebabkan sentiasa terdapat faktor-faktor lain yang terlepas pemerhatian untuk mendapatkan keadaan yang boleh dijangka berlaku terhadap lapisan ionosfera untuk mendapatkan manfaatnya. Pemerhatian-pemerhatian terhadap lapisan langit telah dilakukan sejak sekitar 100 tahun dahulu dan setiap faktor baru yang ditemui sentiasa tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan untuk mengetahui interaksi lapisan langit berkenaan secara jitu. Frekuensi Boleh Guna Pertengahan MUF, yang diperolehi sekalipun dapat juga dijadualkan sentiasa perlu diubah suai yang tentunya disebabkan oleh faktor-faktor lain yang tidak diketahui. Saintis astrosfera, sentiasa mencari peluang keadaan-keadaan tertentu seperti semasa kejadian gerhana matahari untuk mengkaji fenomena perubahan sedemikian terhadap kebolehgunaan lapisan ionosfera untuk tujuan penghantaran isyarat frekuensi tinggi. Saintis-saintis atmosfera, telah sedia mengetahui kesan perlepasan gas-gas rumah hijau seperti metana lxx,

kloroflorokarbon, freon, karbon monoksida, sebatian sulfur, nitrogen dan fosforus ke ruang angkasa. Mereka mengetahui gas-gas berkenaan memberi kesan langsung terhadap lapisan langit tertentu seperti lapisan ozon, peningkatan suhu atmosfera, kejadian hujan asid dan sebagainya. Dengan itu mereka giat mempromosi kempen penanaman semula secara besar-besaran pelbagai tumbuh-tumbuhan yang dijangka dapat menyerap kembali gas-gas karbon dioksida sehingga dapat menyejukkan persekitaran bumi serta memulihkan keadaan. Penanaman pertanian giat dijalankan dan sekali lagi mereka melupai kesan-kesan penggunaan baja sintetik seperti nitrat, sulfat, fosfat yang memberi kesan yang besar terhadap lapisan atmosfera sehingga mengakibatkan kejatuhan tekanan udarakasa serta mengakibatkan kejadian-kejadian yang membinasakan seperti taufan, banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya. Gas-gas ini sekalipun secara relatifnya agak ringan, seperti juga molekul air, namun keupayaan pembentukan ikatan hidrogen dengan wap air, membolehkan gas-gas sedemikian sentiasa didapati pada altitud yang rendah. Gas-gas ini berupaya bertindak balas secara endothermikxxxiii dan menyejukkan udarakasa serta menurunkan tekanan secara tiba-tiba apabila berlaku penumpukan awan tebal. Pada situasi kering, gas-gas ini dapat naik sehingga ke lapisan stratosfera dan berperanan menambah kesejukan kepada lapisan berkenaan. Akhirnya gas-gas ini akan turun semula ke bumi apabila sampai di kawasan yang lembab sehingga banyak menimbulkan bencana di belahan-belahan bumi yang lain. Semua ini menunjukkan di sebalik pengamatan saintis terhadap lapisan langit, mereka masih gagal mengenal pasti punca-punca yang

merosakkan lapisan langit sehingga langit membawa bencana kepada permukaan bumi. Mereka masih lagi menyalahkan perubahan cuaca tanpa menyedari pemberitahuan sedemikian dapat diperjelas secara terperinci melalui kitab suci. Kegagalan Memulihkan Bumi Menidakkan Kelayakan Mereka Mengekalkan Kerajaan Saintis yang dihasilkan daripada corak pemerintahan sedia ada, sebenarnya hanyalah sebagai penyaksi kepada fenomenaxxxiv kemusnahan demi kemusnahan. Mereka membentuk ilmuwan-ilmuwan teoritikal yang mengetahui tentang masalah yang terjadi, lalu mengadakan kempen-kempen namun kempen-kempen mereka tidak berkesan. Akibatnya, kehidupan manusia bukan lagi merupakan suatu manifestasi keberkatan. Walhal yang dinyatakan Tuhan, kerajaanNya adalah merupakan kerajaan yang membawa baraqah. Serta kebaikan-kebaikan kepada manusia dan seluruh hidupan yang terdapat di alam ini. Pemerintahan yang benar, yang layak menerajui kekuasaan haruslah merupakan pemerintahan yang memanifestasikan kekuasaan Tuhan dalam bentuk keberkatan hidup. Penemuan ilmuwanilmuwan mereka haruslah merupakan sesuatu yang praktikal yang dapat dipraktikkanlxvii oleh sebahagian besar umat dan akhirnya menjurus kepada sebuah pemerintahan yang baraqah serta kehidupan yang harmoni. Kerosakan telah berlaku di seluruh dunia. Bumi semakin panas, bencana alam semakin meningkat. Kecelaruan dalam kehidupan manusia semakin menjadijadi. Seolah-olah bumi ini merupakan sebuah planet yang amat merbahaya didiami.

67:05 Dan demi sesungguhnya telah menghiasi Kami akan langit dunia dengan pelita-pelita..., kekuasaan Tuhan sebenarnya meliputi yang nyata (alam manusia) dan juga yang ghaib (alam jin). Langit dunia adalah merupakan langit yang rendah dan yang dikatakan langit yang rendah adalah bahagian-bahagian yang berketumpatan gas dengan ketumpatan yang tinggi iaitu di bawah lapisan mesosfera iaitu stratosfera, lapisan ozon serta lapisan atmosfera itu sendiri. Hanya pada langit bahagian ini batu meteor dapat bergeser dengan udarakasa serta terbakar menjadi pelita yang terang. Pada masa-masa tertentu aluran meteor xxxv dapat dilihat sebagai suatu yang indah menghiasi langit malam. Jarak dari permukaan bumi adalah sekitar 70 kilometer. Dalam beberapa terjemahan dinyatakan sebagai bintang, namun sebenarnya bintang yang paling hampir adalah matahari dan yang lainnya berada pada kedudukan yang sangat jauh dari bumi ini. Sebenarnya terdapat perkataan khusus yang ayat-ayat Al-Quran nyatakan sebagai merujuk kepada objek-objek yang berlainan. Perkataanperkataan tersebut adalah 1. 2. 3. 4. 5. Al-Khunnas An-Nujm Kaukab Mishbah Syihab Komet (81:15)

Bintang & Komet (16:12/16 & 86:3) Planet (12:4 & 24:35) Pelita & Meteor (67:5) Panah-panah Api atau Peluru Berpandu (72:08)

An-Nujm boleh diterjemahkan sebagai bintang dan dapat juga difahami sebagai komet. Ahlul Nujum adalah seseorang yang dinyatakan pakar tentang pergerakan bintang serta komet yang dikaitkan dengan perkaraperkara mistik serta perkhabaran sesuatu yang akan datang. Kedua-dua bentuk terjemahan haruslah disesuaikan dengan hubungan ayat. dan telah menjadikan Kami akannya pelempar-pelempar terhadap syaitan-syaitan dan telah menyediakan Kami bagi mereka siksa yang menyala. Yang dikatakan sebagai pelita adalah juga suluh api yang terang sebagaimana dinyatakan dalam surah AlJin. Ayat ini menjurus kepada ciri-ciri lengkap bumi yang Tuhan sediakan dengan perlindungan-perlindungan tertentu dan adapun perlindungan daripada gangguan ghaib yang disebabkan oleh usaha syaitan mencuri dengar perkhabaran langit adalah dengan menyediakan pelita yang menyala yang akan menyiksa mereka dengan nyalaan (72:8/9). Sistem perlindungan yang terdapat pada langit bumi telah dijelaskan sebelum ini dan juga dalam surah Al-Burujxxxvi. Demikian itu siksa yang membakar yang mereka perolehi dalam dunia ini lagi atas keingkaran mereka. Adapun persoalan yang menjurus kepada kegunaan meteoroidxx yang sentiasa terapung-apung di angkasa lepas yang akan jatuh apabila mencapai kerendahan tertentu di atas permukaan bumi, membentuk meteor, tentunya merupakan sesuatu persoalan dan perancangan ghaib Tuhan yang Maha Mengetahui. Tuhan yang Maha

Mengetahui menjelaskan segala-galanya darihal kegunaan sesuatu yang tampak indah pada pandangan mata manusia adalah azab yang disediakan kepada syaitan daripada bangsa jin terhadap keingkaran mereka. Begitulah perkara ghaib yang tidak tercapai oleh pancaindera manusia sama ada melalui peralatan tertentu yang dapat direkodkan dan disaksikan oleh keseluruhan manusia. Sekiranya Tuhan yang membentuk kerajaan langit dan bumi ini, memberitahu manusia perkara yang tidak manusia ketahui darihal pencegahan terhadap sesuatu yang dapat memudharatkan kehidupan manusia, hal sedemikian harus dipelajari manusia agar melakukan yang terbaik dalam membentuk kepimpinan mereka. 67:06 Dan orang-orang yang mengingkari terhadap Tuhan mereka, siksa Jahanam dan (demikian itu adalah) seburuk-buruk tempat kembali. Sebenarnya apakah yang dikehendaki Tuhan dalam kehidupan manusia ini? Adakah Tuhan menghendaki untuk membiarkan sahaja umat manusia menempuh kehidupan tanpa kawalan sehingga mereka boleh melakukan apa sahaja dan merosakkan alam kediaman mereka sendiri sesuka hati? Untuk mereka yang gemarkan kerosakan sebegitu, neraka Jahanam itulah seburuk-buruk tempat bagi mereka yang mengingkari bahawa kerajaan Tuhan adalah kerajaan yang memberkati. Sesungguhnya AlQuran adalah sebuah kitab yang diturunkan sejak sekian lama lebih 1400 tahun yang lalu. Sebenarnya manusia lebih terpegun dengan catatan daripada Nostradamus xxxvii yang baru berusia sekitar 500 tahun yang lalu dan begitu juga mereka sanggup mengkaji catatan-catatan Injil lama

yang ditemui sekitar Tasik Galileilxxii yang lebih dahulu daripada Al-Quran dan juga catatan-catatan kaum Maya, kaum Inca dan kerajaan Aztec silam. Namun apabila berhadapan dengan Al-Quran yang merupakan kitab lama yang masih terpelihara, mereka menerimanya dengan rasa meluat. Sedangkan Al-Quran adalah kitab yang membenarkan kitab-kitab terdahulu yang ada di sisi mereka. Menjelaskan tentang permasalahan mereka serta dapat menyelesaikan segala permasalahan manusia. Berkenaan dengan siksa Jahanam, pernah suatu ketika dahulu suatu bunyian berupa jeritan disiarkan melalui radio penyiaran BBC lxxi, memberitahu suatu penemuan bunyi dari bawah bumi menyerupai bunyi yang keras seperti sekumpulan orang yang sedang disiksa bahkan di latar belakang bunyi itu terdapat puluhan atau ribuan jeritan yang serupa bersama bunyi mesin pengorek. Adakah bunyian sedemikian merupakan bunyi yang benar? Kerana pengadilan Tuhan hanya berlaku di akhirat nanti terhadap jiwa-jiwa yang telah menempuh kematian, penulis hanya dapat memberi pandangan, sekiranya suara jeritan itu benar, tentunya itu merupakan bunyian yang akan disaksikan nanti di akhirat. 67:07 Tatkala telah dicampak mereka padanya, telah (pasti) mendengar mereka baginya (suatu) jeritan sedang ia (suatu yang) menggelegak. Kerana gambaran sedemikian merupakan suatu gambaran yang dapat diterima akal manusia yang berada di dunia ini. AlQuran selalu memberi gambaran suatu yang dapat diterima akal atau menjadi suatu kebiasaan manusia menerimanya. Namun gambaran sebenar di akhirat nanti

adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan oleh manamana manusia di dunia ini. Masakan seseorang itu dapat menerima, sesuatu pengalaman jiwa yang tidak lagi terdiri daripada tubuh, semasa disiksa, akan mengeluarkan suatu suara atau bunyian yang dapat diterima oleh deria pendengaran manusia secara nyata! Namun sebagai golongan beriman, harus menerima bahawa sememangnya terdapat sesuatu yang dinamakan sebagai siksa kubur, dalam suatu bentuk yang tidak tercapai oleh akal fikiran manusia masa kini. Penerangan-penerangan ini hanya berusaha membawa suatu huraian munasabah seberapa hampir yang boleh, tentang suatu perkara ghaib namun perkara sebenar hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Yang menjadi persoalan ialah, mengapakah peristiwa sedemikian harus dikhabarkan kepada manusia yang berada di alam nyata ini? Danlxix pada masa yang sama mengapakah agama ini dan juga tentang Al-Quran yang sedemikian adanya telah dijadikan suatu ajaran yang amat dibenci daripada didengari oleh manusia? Seolah-olah mereka tidak akan menghadapi apapun yang telah dikhabarkan darihal bencana yang akan menimpa mereka di akhirat nanti dan berita-berita bencana terhadap kejadian yang akan berlaku kemudian hari. Padahal pada masa yang sama mereka sibuk dan terkial-kial dalam membuktikan sesuatu tentang kehidupan dan sebahagian pengalaman kematian individu-individulxxvii tertentu. 67:08 Ia hampir-hampir terpecah/meledak/meletup daripada (sebab) kemarahan, setiap kali, dicampakkan ke dalamnya satu golongan, telah bertanya ia akan mereka

oleh penjaganya, adakah telah tidak ia datang akan kamu peringatan. Sesuatu yang sedang mengelegak adalah apabila dipanaskan dengan punca haba yang amat panas. Apabila suatu bahan panas, ditindakbalaskan dengan sesuatu sehingga mengakibatkannya hampir pecah atau meledak atau meletup adalah disebabkan tekanan hasil tindak balas yang berlaku secara serta merta. Kemampatan tekanan yang dihalang oleh dinding yang terbina daripada bekas yang kuat dapat menghalangnya daripada meletup. Keadaan yang sedemikian dapat diperhatikan pada periuk tekanan yang ditutup rapat semasa sedang mendidihkan sesuatu. Tekanan kemuncak dilepaskan melalui suatu mekanisma xxxviii iaitu lubang yang terbuka disebabkan oleh tekanan berlebihan. Daripada penerangan ayat ini dapat difahami bahawa neraka Jahanam adalah suatu tempat azab yang tertutup rapat dan bertekanan sangat tinggi. Setiap kali sekumpulan golongan yang ingkar diarak masuk ke neraka Jahanam, pasti penjaga daripada kalangan malaikat akan bertanya mereka adakah telah tidak ia datang kepada kamu peringatan? Suatu persoalan dapat ditimbulkan iaitu bagaimanakah nasib seseorang yang dilahirkan daripada keluarga yang ingkar lalu ia tidak pernah terdedah dengan sesuatu yang berbentuk wahyulxxvi Tuhan dan tidak pernah ada sepanjang hayat hidupnya seseorang yang menyampaikan ayat-ayat Tuhan? Adakah ia akan dikecualikan, diadili atau turut serta diazab? Persoalan seperti ini sebenarnya amat sulit untuk dijawab. Dalam surah Al-Baqarah (2:06) menjelaskan bahawa golongan yang ingkar itu sama sahaja bagi mereka sama ada diberi peringatan atau tidak diberi peringatan tetap mereka tidak akan beriman. Oleh itu ukuran sama ada beriman atau ingkar, hal yang

demikian telah tersedia dalam jiwa manusia. Kehidupan dunia ini tidak lain dan tidak bukan adalah ujian Tuhan kepada seseorang untuk mensahihkan perkara yang telah diketahui Tuhan darihal keimanan atau kekufuran seseorang. 67:09 Telah berkata mereka, bahkan sesungguhnya telah datang ia akan kami peringatan, lalu telah mendustai kami dan telah berkata kami tidak telah menurunkan Ia oleh Allah daripada sesuatu, sungguh (tidaklah) kamu melainkan dalam kesesatan yang besar. Mengapa ancaman siksa yang sedemikian dijadikan ugutan kepada golongan yang ingkar? Apakah peranan mereka sehingga mereka diancam untuk didatangkan siksa? Sebenarnya, mereka adalah makhluk yang Tuhan ciptakan di dunia ini, sama seperti makhluk-makhluk yang lain. Mereka makan, minum, berkeluarga dan berkediaman di muka bumi ini. Tidak seperti makhlukmakhluk lain, mereka diberikan akal fikiran, supaya mereka pergunakannya. Namun mereka mempergunakannya untuk melakukan kerosakan demi kerosakan, sehingga bumi ini menjadi kawasan yang bahaya untuk didiami. Mereka mempengaruhi manusia lain untuk melakukan perkara yang sama iaitu kerosakan. Mereka sombong dengan anugerah akal fikiran yang diserahkan kepada mereka sehingga menuruti suatu kefahaman bahawa Tuhan tidak diperlukan dalam agenda kehidupan. Mereka menafikan segala bentuk ancaman yang akan Tuhan datangkan kemudian nanti. Bagi mereka ancaman sedemikian sesuatu yang diada-adakan dengan tujuan menakut-

nakutkan semata-mata. Bahkan mereka mengeluarkan kenyataan yang besar iaitu tiada sesiapapun yang berhak menerima sebarang petunjuk ataupun ancaman daripada Tuhan. Sesiapapun jua yang mendakwa sedemikian, adalah berada dalam kesesatan yang besar. Mereka menyamakan semua agama dalam rumpun kepercayaan yang serupa. Maka akhirnya kita dapati kehidupan manusia semakin porak peranda. Masalah jenayah meningkat. Bilangan manusia yang menjadi penagih ubat-ubat anti kemurunganxxxix dan ketenangan jiwa semakin bertambah, demi menghilangkan kegelisahan dalam hidup dan memperolehi keseronokan. Mengapakah mereka tidak menggunakan akal fikiran dengan sebenarnya? Mengapakah mereka memilih untuk tidak beragama atau beragama dengan agama yang mencelarukan? Sekiranya benar-benar mereka memikirkan, mereka haruslah berasa takjub dengan kesempurnaan ciptaan Tuhan terhadap diri mereka. Lalu bagaimanakah mereka boleh mendakwa bahawa penciptaan diri mereka berlaku dengan sendirinya? Atau mereka menyatakan bahawa Tuhan hanya tahu menciptakan dan kemudian membiarkan ciptaan itu menempuh laluan masing-masing. Sekiranya demikian mereka haruslah bersungguh-sungguh memikirkan darihal penciptaan. Mereka sendiri tidak pernah mengetahui daripada bahan apakah dan bagaimanakah penciptaan awal itu bermula lalu bagaimana pula mereka dapat memikirkan ke manakah mereka akan dibawa selepas daripada kehidupan mereka ini? Kesesatan xl apakah yang mereka anuti?

67:10 Dan telah berkata mereka, kiranya telah adalah kami, kami mendengar atau kami memikirkan, tidak telah adalah kami, pada golongan (yang menghuni) (neraka yang) menyala. Mereka akan dapat menggunakan akal fikiran secara benar nantinya sebagai tanda penyesalan. Tidakkah mereka pernah memikirkan, sekiranya azab yang dijanjikan itu tiada atau balasan kebaikan yang dijanjikan itu tiada, maka tiadalah keperluan kebangkitan semula? Maha Suci Tuhan daripada melakukan sesuatu itu tanpa tujuan. Sekiranya kebangkitan semula itu hanya sebagai kehidupan yang seperti kehidupan di dunia ini iaitu ada kematian dihujungnya, maka apakah ertinya nilai kehidupan sebelumnya? Dalam menghadapi kehidupan di dunia ini pun, tiada siapa dapat mendakwa bahawa kehidupan ini merupakan suatu kehidupan semula, hampir tiada siapapun dapat mendakwa atau mengingati bahawa ia pernah dihidupkan sebagai sesuatu makhluk lain sebelum ini. Sekiranya kehidupan sebelum ini ada, apakah ertinya nilai kehidupan sedemikian yang langsung tidak dapat diingati. Tanpa mengambil rekod kehidupan silam, kiranya ada sekalipun, jadilah kehidupan di dunia ini sendiri merupakan pengalaman baru**. Jadilah kehidupan ini tempat menempuh pengalaman hidup yang dapat dicatat sebagai ingatan. Yang akan dibawa oleh setiap jiwa dan tidak akan diwarisi kepada jiwa yang lain. Dalam hal catatan kehidupan, manusia sendiri dapat memaklumi bahawa perkara sedemikian adalah wujud. Catatan wujud dalam bentuk bekas-bekas peninggalan pada media tertentu.

Catatan wujud pada kertas yang ditandai dengan dakwat. Catatan juga dapat dibuat melalui kod-kod binari xv dalam teknologi komputer dan dipindahkan kepada komputer yang lain. Sekiranya seorang ahli biologi dapat mempercayai bahawa catatan dapat disimpan dalam rekod tertentu, juga melalui susunan kod-kod genetik tertentu dalam DNA yang akan dipindahkan dalam kehidupan sel anak yang baru, lalu bagaimana mereka dapat menidakkan bahawa analogi catatan yang seumpama akan disimpan dalam roh urusan Tuhan, yang Tuhan sediakan dalam setiap jiwa**. Sekiranya seseorang anak, mewarisi sifat genetik daripada generasi sebelumnya, ia didapati tidak mewarisi pengalaman hidup generasi yang lalu itu. Ia akan menempuh kehidupannya dan membawa pengalamannya** (xli) masing-masing. Kemudian jiwa itu menempuh pengalaman kematiannya. Sepanjang kematiannya itu tidak akan ada sebarang catatan pengalaman. Jiwa yang menempuh kematian itu sendiri tidak menyedari bahawa ia sedang melalui tempoh mati (sekiranya ia sedar, ia tidak dapat dikatakan mati). Ia sendiri tidak berupaya untuk menyoal dan tidak juga berupaya untuk menerima jawapan. Sekiranya tempoh kematian itu adalah selama-lamanya maka benarlah sesuatu yang dikatakan kehidupan semula itu sebenarnya tiada, namun, mampukah jiwa yang mati itu menyaksikan sedemikian? Iaitu menyaksikan bahawa ia sedang melalui kematian yang selama-lamanya, dengan lain perkataan bahawa kehidupan semula itu tiada. Sebaik sahaja ia sedar, mati selama-lamanya yang dirasai sebagai dirinya telah tiada semasa kematiannya itu, tidak dapat lagi diistilahkan.

Perkara yang semudah ini tentang konsep kehidupan semula, mereka enggan memikirkan. Jadilah mereka golongan yang terpedaya dengan kehidupan maya di dunia ini yang tidak menjanjikan apa-apa melainkan kematian di hujung hayat mereka. Pelaburan yang mereka lakukan bersungguh-sungguh darihal tanaman, perusahaan, kewangan dan sebagainya akhirnya menjadi seperti fatamorgana. Semuanya membawa kerosakan dalam kehidupan mereka sendiri dan generasi selanjutnya yang merupakan anak-anak mereka sendiri. Mereka mengajari anak-anak keturunan mereka perkara yang sama iaitu bagaimanakah permulaan alam ini dicipta, daripada apakah alam ini dicipta, siapakah kita, bagaimanakah kesudahannya, apakah hasil kesudahannya, semuanya itu adalah suatu bentuk persoalan yang tidak releven untuk ditanyai dalam kehidupan ini. Mereka mendakwa bahawa mereka manusia yang paling mahir tentang kehidupan, dapat menjawab segala-galanya tentang erti dunia fizikal lxxv dan mereka meletakkan perkara metafizikal dan paranormal seperti suatu subjek yang lucu untuk diperbincangkan. Memperbincangkannya meletakkan seseorang pada tahap psikotikxlii. Seolah-olah memperbincangkan suatu tajuk kesesatan, pada kesesatan yang besar. Setelah jiwa 'mati' mereka tidak dapat menyaksikan bahawa kematian itu selamalamanya, serta-merta mereka menyedari yang mereka telah dihidupkan kembali (sedar = hidup). Tempoh kematian yang terlalu lama seolah selama-lamanya itu pada istilah kematian mereka, mereka tidak dapat menyaksikannya. Tiada erti tempoh kematian itu sekalipun telah berlalu tempoh yang terlalu lama! Yang bererti adalah bahawa jiwa mereka telah merasai

menempuh kematian yang amat sekejap sahaja. Kehidupan semula yang dipercayainya dahulu tidak menjanjikan apa-apa itu, telah tersedia di hadapan mereka. Apakah yang dapat mereka lakukan kini? Hanya bersedia menanti suatu ketentuan yang mereka telah jangkakan bentuk ketentuan itu. Kerana mereka menyimpan maklumat tentang pengalaman hidup yang lalu dan mereka telah melakukan pekerjaan, amalan mereka perlu diteliti. Supaya mereka mengerti untuk apakah tujuan alam itu disediakan, untuk apakah mereka diciptakan dan mereka melihat sendiri kesan amalanamalan mereka terhadap alam kehidupan mereka dan kehidupan mereka masa lalu dan kini. 67:11 Lalu telah mengiktiraf mereka akan kesalahan-kesalahan mereka maka amat buruk bagi golongan (yang menghuni) (neraka yang) menyala. Apakah ertinya kesudahan suatu kesalahan yang mereka lakukan sehingga amat-amat membawa kerosakan? Mereka tidak akan dapat memulihkan keadaan yang sudah terlanjur yang mendatangkan kerosakan, lalu mereka menyesali. Begitulah sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tiada gunanya. Sekiranya mereka diberi peluang untuk diselamatkan adakah mereka dapat menggunakan pengalaman mereka yang merosakkan itu untuk mendiami syurga-syurga yang telah Tuhan janjikan sebagai tempat yang damai serta kediaman abadi untuk golongan yang beriman? Bahawa kediaman dunia ini hanyalah tempat untuk menimba pengalaman yang dinamai sebagai amalan. Kehidupan ini memang Tuhan sengajakan sebagai tempat kediaman yang tidak kekal supaya manusia yang mendiaminya sentiasa menyedari

bahawa ia tidak berhak untuk menuntut sesuatu sebagai hak miliknya. Tidak harus seseorang itu menganggap ahli keluarganya adalah miliknya, hartanya adalah miliknya, status dan kedudukan adalah hak mutlaknya sehingga segalanya perlu diselesaikan di mahkamah! Mereka harus menyedari bahawa mereka tidak memiliki apa-apapun walaupun diri mereka sendiri dan segala yang ada dalam tangan mereka hanyalah merupakan amanah yang diserahkan kepada mereka dan akan diminta kembali dan diminta untuk dipertanggung jawabkan. Tuhan menguji siapakah antara manusia yang sanggup mengakui hakikat ini sehingga sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Tuhan? Itulah tujuan hidup ini. 67:12 Sesungguhnya orang-orang yang mereka takut akan Tuhan mereka dengan (keadaanNya yang) ghaib, bagi mereka keampunan dan ganjaran yang besar. Pada suatu ketika, dalam sesuatu keadaan yang secara umumnya tidak dapat difikirkan, iaitu tentang kehidupan semula dan tentang ketuhanan, lalu bagaimanakah penerimaan sedemikian dapat diterima oleh manusia melainkan mereka yang dapat menggunakan akal secara bebas. Oleh sebab kecenderungan manusia akhirnya menjurus kepada perkara agama, mereka harus meletakkan sempadan dalam pemikiran mereka antara suatu yang dapat dijawab melalui pertimbangan sains dan logik akal dengan suatu yang tidak dapat dijelaskan melalui sains dan akal fikiran. Hanya jawapan daripada Al-Quran, dapat memuaskan hati manusia tentang segala persoalan mengenai sesuatu yang dapat difikirkan dan sesuatu

yang harus diterima oleh akal tanpa berterus-terusan mempersoalkannya. Tuhan sendiri berjanji dengan ganjaran yang besar untuk mereka yang takutkan akanNya, dalam keadaan Ia tidak pernah menyatakan diriNya. Takut akan Tuhan, meyakini kehadiranNya dapat menyediakan suatu ikatan dalam hati manusia untuk melakukan sesuatu dengan matlamat yang kukuh. Mungkin suatu persoalan suka ditimbulkan oleh golongan yang ingkar daripada golongan aties xliii dan dalam kalangan penganut kerohanian tertentu dalam menyatakan bahawa Muhammad (S.A.W) itu sebenarnya manusia yang mengagendakan perkara agama, atas nama Tuhan dan nama nabi-nabi dan rasulrasul sebelumnya serta atas nama malaikat, yang semua itu dijadikan watak-watak ghaib tertentu dalam mempengaruhi manusia serta jalan pemikirannya. Jawapan yang mudah yang penulis dapat sediakan ialah mengapakah perkara-perkara yang amat bertepatan dengan penemuan yang bersifat ilmiah telah sedia tertulis dalam Al-Quran sejak lebih 1400 dahulu, hanya baru-baru ini diiktiraf, ditemui pada zaman moden dan zaman teknologi maklumat? Lalu dapatkah mereka menulis sebuah kitab seumpama Al-Quran yang langsung tidak dapat dipertikaikan kebenarannya sejak dari dahulu lagi serta bernilai mukjizat yang bukan sekadar saintifik, futuristikxliv, linguistik serta sangat teliti cara susunannya? Perkara Al-Quran terbukti pernah memberi sumbangan yang besar dalam penemuanpenemuan dan pembentukan tamadun serta pernah membentuk beberapa kerajaan yang mengangkat martabat manusia yang sehingga kini hak kebebasan manusia dijadikan kempen-kempen politik dalam membentuk pemerintahan.

67:13 Dan sama ada kamu rahsiakan akan perkataanmu atau sama ada kamu nyatakan dengannya, sesunggguhnya Ia Maha Mengetahui dengan kandungan dada. Dia yang Maha Mengetahui untuk apa tujuan seseorang itu menyampaikan perkataannya sama ada untuk tujuan keredhaan Tuhan atau tujuan yang lain daripada itu. Semua itu bergantung kepada sejauh mana ketakutan seseorang akan Tuhannya yang berkeadaan ghaib. Seseorang yang kurang takut kepada Tuhan, tentunya akan melakukan pekerjaan atau mengeluarkan perkataan yang kurang menggambarkan pendirian berhati-hati terhadap Tuhannya dan seseorang yang lebih takut kepada Tuhannya, tentunya akan melakukan pekerjaan atau mengeluarkan perkataan dengan lebih berhati-hati lantaran takut akan Tuhannya. Danlxix sesungguhnya yang takut akan Tuhannya di antara hamba-hambaNya adalah ulama atau golongan yang berilmu. Oleh itu pencapaian ilmu dapat dijadikan ukuran dalam mengetahui tahap ketakutan seseorang kepada Tuhannya. Ulama tidak diukur dengan pencapaian akademi kerana ramai daripada ahli akademi bahkan yang diiktiraf hingga ke tahap doktor falsafah (Ph. D.) yang diberikan tanggungjawab memikul amanah tertentu, sanggup melakukan perbuatan pecah amanah. Ilmu harus diukur dengan penghayatan seseorang terhadap ayat-ayat Tuhannya, sekalipun ia bukanlah seseorang yang fasih dalam berbicara tentang ayat-ayat Tuhan. 67:14

Adakah tidak Ia mengetahui sesiapapun iaitu (orang yang) telah mencipta Ia (akannya), sedang Ia Maha Halus Maha Mengkhabar. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui tentang manusia seluruhnya. Pemberitaan ayat-ayat seperti ini dari awal ayat daripada surah ini, menggambarkan kepada manusia tentang kekuasaan Tuhan, yang telah mencipta alam ini dengan kesempurnaan tertentu sehingga manusia sendiri akan berasa lemah mengkajinya. Tujuan alam ini diciptakan sedemikian dan manusia dihidupkan serta dimatikan di dunia ini adalah bertujuan untuk menguji manusia siapakah antara mereka yang terlebih molek amalannya. Sifat daripada nama Tuhan adalah Maha Halus, Maha Memberitahu iaitu Tuhan yang Maha Mengetahui perkara yang sehalus-halusnya tentang manusia ciptaanNya dan sentiasa mengkhabarkan kepada ciptaanNya itu tentang perkara-perkara tertentu. Manusia mempelajari tentang kejadian dirinya sedikit demi sedikit, memindahkan ilmu untuk diwarisi daripada satu generasi ke generasi selanjutnya. Manusia diberi keupayaan mengingati tentang perkara-perkara tertentu dan merekodkan dalam bentuk catatan atau konsepkonsep ilmu. Terpulang kepada manusia itu untuk mensyukuri anugerah Tuhan sedemikian atau mengkufurinya. Daripada bahan asas tubuhnya, manusia mempelajari tentang susunan zarah yang membina tubuhnya sehingga suatu peringkat dapat mengenali zarah-zarah tertentu yang menjadi blok-blok binaan yang melengkapi tubuhnya. Berdasarkan kefahaman ini, manusia mengetahui keperluannya darihal pemakanan serta perkara-perkara perlu yang lain untuk sokongan hidupnya. Oleh kerana penciptaan manusia itu sendiri

merupakan suatu perkara yang amat rumit, terdapat banyak perkara yang hanya boleh dipelajari melalui perantaraan wahyu lxxvi Tuhan. Lalu Tuhan mewahyu lxxvikan manusia melalui RasulNya tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan dan ditinggalkan, termasuk makanan yang dihalalkan serta yang diharamkan. Selain daripada manfaat untuk manusia itu sendiri terdapat hikmah tertentu bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari hikmah berkenaan. Bagaimanakah hikmah itu dapat dipelajari sekiranya manusia itu sendiri yang memilih untuk mengingkari pemberitahuan daripada Tuhan? Bagaimanakah manusia dapat bergabung menjadi umat yang satu, sekiranya mereka mengambil panduan yang lain untuk ditaati? Himpunan ayat bahagian pertama ini menjelaskan betapa terdapat sebahagian manusia yang akan menyesali, atas konsep kepercayaan mereka tentang ketuhanan yang menjurus kepada perlakuan amalan tertentu. Mereka dihumban ke neraka Jahanam atas kegagalan mereka mengambil pendengaran atau menggunakan akal tentang ketuhanan dan kekuasaanNya. Namun apakah faedahnya kesedaran itu yang akan berlaku di akhirat nanti? Sedangkan tujuan Tuhan adalah untuk mendapatkan kepatuhan manusia dalam tidak melihat keadaan Dia yang ghaib. Dia yang berjaya mencipta mereka sedangkan mereka sendiri tidak mampu memikirkan tentang langkah yang menjurus kepada penciptaan itu. Seterusnya manusia yang menyedari tentang hakikat ini akan melakukan sesuatu yang terbaik untuk dirinya dan ahli-ahlinya dalam menempuh kehidupan ini. Demi mendapatkan suatu bentuk kehidupan yang diredhai Tuhan. Setelah runtuhnya sistem kekhalifahan, manusia

terumbang ambing dalam memahami matlamat hidup dan seterusnya mereka memilih sistem hidup berdasarkan cara kapitalis atau komunis, yang terbukti kedua-duanya membawa mudharat tersendiri. Kemudian mereka memilih sesuatu yang bersifat antara keduanya dengan sistem tata susunan dunia baru atau perestroika, yang juga tidak pernah menyatakan hasil sebagaimana yang dijanjikan. Manusia perlu kembali kepada pengajaran Tuhan, untuk memperbetul peranan mereka sebagai khalifahlxv yang diamanahkan untuk mentadbir cara hidup di bumi ini dengan lebih bermaruah. Adakah mereka masih perlu menanti hari esok yang lebih menjanjikan azab?

(Seterusnya: Pengajaran Surah Al-Mulk)

Wahyulxxvi Tuhan Memperbetul Sistem Pentadbiran di Bumi Ini Surah ini membincangkan perkara-perkara berkaitan pemerintahan. Sejak dari awal masehi, pemerintahan dunia adalah lebih dipengaruhi oleh unsur keagamaan daripada agama semitik iaitu Yahudi dan Kristian sehingga kepada agama yang tunduk kepada pelbagai objek seperti Arab Jahiliyah, Hindu, Katolik, Budha (ajaran Budhi suci) dan Shinto serta agama adat seperti Tao, Confusius dan sebagainya. Yang demikian adalah kecenderungan manusia untuk memilih agama bagi memenuhi naluri kerohaniannya. Belum ada sesuatu yang digelar falsafahlxiv yang ditunjangi atas dokongan ilmu sains. Oleh itu pentadbiran ke atas manusia telah terpecah kepada berbagai-bagai bentuk menurut nilainilai setempat yang berbeza. Perbezaan ini membawa perselisihan kepada umat manusia sehingga mencetuskan suasana peperangan antara negara, perbalahan antara kelompok dan kabilah, krisis antara keluarga dan akhirnya pertelingkahan antara individulxxvii. Agama Islam datang kepada umat manusia pada zaman pertengahan yang lalu, mempertahankan nilai-nilai tertentu dalam agama semitik dan telah menyingkirkan aktiviti tunduk kepada banyak objek kepada satu objek. Agama Islam juga datang dengan nilai falsafahlxiv tersendiri (sekalipun bukan merupakan agama falsafah) serta memperkenalkan konsep menyembah satu subjek dan antara yang agak bernilai, agama ini telah melahirkan ramai saintis serta ilmuwan. Nilai-nilai kebebasan individulxxvii mula diperkenalkan. Apabila sampai ke zaman Renaissance, berlaku krisis kepercayaan umat manusia terhadap peranan gereja

sehingga kepada konsep ketuhanan. Konsep ketuhanan mula dipertikaikan di Eropah bermula zaman Revolusi Perindustrian dan telah hilang peranannya dalam pentadbiran. Pentadbiran Barat akhirnya terpecah kepada dua bentuk iaitu kapitalis dan sosialis yang ditentukan oleh faktor ekonomi dan peranan pekerja. Manusia diperkenalkan dengan konsep 'ketuhanan' yang baru iaitu nilai falsafahlxiv dan penemuan saintifik. Ideologixlv demokrasi dan komunis telah dipaksakan ke atas umat manusia di seluruh dunia melalui penjajahan dan perebutan wilayah. Kini, hampir sebahagian besar umat manusia telah dipaksa memilih salah satu agama baru dalam pentadbiran negara mereka iaitu sama ada bertunjangkan ideologi demokrasi atau ideologi komunis. Berkat persefahaman dua ideologi ini yang cuba mengelak perselisihan antara mereka, dunia ini telah aman selama lebih 50 tahun. Apabila ideologi komunis mula mengalami keruntuhan, ideologi demokrasi telah dipaksakan ke atas negara-negara kecil yang pada asalnya menganut ideologi komunis seperti Iraq dan Korea Utara melalui sekatan-sekatan tertentu dan juga kerajaan beraja yang terasing daripada dua ideologi berkenaan seperti Afghanistan. Akibatnya, berlakulah peperangan yang dahsyat serta kejam yang menyaksikan kematian berjuta-juta umat manusia selepas Perang Dunia Kedua. Ideologi demokrasi yang menjanjikan penguasaan ekonomi kapitalis tanpa batasan dan kebebasan manusia mula menampakkan kejelekan dalam kehidupan sosial manusia. Mereka memerlukan perluasan wilayah demi untuk menyerap sumber hasil ekonomi bagi menampung dan menampal kepincangan ekonomi kapitalis yang berlaku. Kebebasan yang dilaungkan telah menyaksikan banyak

persengketaan antara manusia dan telah wujud semula peperangan antara negara, kebencian antara kelompok dan kumpulan, krisis antara ahli keluarga dan antara individulxxvii serta konflik peribadi yang amat meruncing masa kini. Sehingga ada manusia yang hampir-hampir tidak mengetahui adakah ia seorang lelaki atau perempuan? Di negara-negara yang pada asalnya terikat dengan pengaruh agama, Tuhan dan ajaran ketuhanan semakin dibenci dan di negara-negara yang pada asalnya ketuhanan telah diketepikan dalam hidup, kesucian agama mula diberi perhatian dan mereka dapat melihat bahawa hanya agama Islam sahaja yang dapat menyediakan tempat selamat dalam krisis kemanusiaan mereka. Suatu fenomena terbalik mula berlaku apabila umat Islam mulai murtad xlvi beramai-ramai manakala umat manusia daripada golongan ingkar pada asalnya, telah menerima Islam secara beramai-ramai. 67:15 Dia yang telah mengadakan Ia bagi kamu akan bumi itu, suatu rentetanxlvii (peristiwa), maka mengembaralah olehmu pada tempat-tempat peristiwanya dan makanlah olehmu daripada rezekiNya dan kepadaNya kebangkitan. Perkataan diterjemahkan sebagai suatu rentetan, tetapi dalam terjemahan yang lain dinyatakan sebagai suatu yang mudah. Perkataan asalnya dalam bahasa Arab merujuk kepada jelaan kain (trail). Perkataan daripada kata asal iaitu telah menimpa susah ia, oleh itu adalah lebih sesuai diterjemahkan sebagai tempat atau masa berlaku suatu peristiwa, iaitu tempat-tempat bersejarah.

Peristiwa Nakba adalah peristiwa penyingkiran rakyat Palestin dari tanah air mereka. Dalam terjemahan lain dinyatakan sebagai segenap penjuru. Perkataan dipasangkan dengan adalah sesuai untuk diterjemahkan sebagai rentetan iaitu suatu kesinambungan peristiwa bersejarah diikuti tempattempat bersejarah. Cuba bandingkan dengan terjemahan yang biasa ditemui iaitu Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya dan hanya kepadaNya kamu dibangkitkan. Penulis hanya sekadar memberi komentar bahawa terjemahan yang biasa sedemikian akan menjurus perintah kepada manusia, melalui kemudahan yang Tuhan sediakan pada muka bumi ini, supaya mereka banyak melancong! Setiap langkah adalah sejarah, bumi mengalami rentetan pergerakan geologi sehingga yang terkini adalah pemandangan yang dapat dilihat oleh manusia sekarang ini. Manusia mencatat rentetan sejarah dan terdapat tempat-tempat bersejarah yang dapat disaksikan agar perkara yang demikian dapat dipelajari. Kemudian mereka akan mengetahui apakah peristiwa-peristiwa besar yang menjadi sejarah terhadap peradaban dunia masa kini? Mengapakah peradaban sering kali berubah? Sebagai contoh, dunia kepulauan Melayu sebelum ini dihubungkan dengan tulisan Sanskrit pada masa pemerintahan Sri Vijaya, kemudian beralih kepada penulisan Anacaraka pada masa pemerintahan Majapahit sebaik sahaja Sri Vijaya dikalahkan. Kerajaan Melayu berpindah ke Melaka dan mula mengambil tulisan Jawi daripada pengaruh Arab dan terkini adalah tulisan

Roman dengan pernomboran Arab yang dibawa oleh penjajah Barat. Tulisan Sanskrit dan Anacaraka telah luput ditelan zaman yang tinggal hanyalah catatan sejarah yang dapat dipelajari. Demikianlah Tuhan perintahkan agar umat ini mempelajari rentetan sejarah dari tempat-tempat bersejarah agar mereka memahami masa silam, perkara-perkara yang berlaku sehinggalah masa kini tentang latar belakang cara kehidupan yang ditempuhi umat. Bukan sekadar membawa pelancongpelancong luar masuk untuk membawa dan memperkenalkan budaya mereka kepada masyarakat tempatan yang tidak dapat dinilai secara ekonomi. Daripada penjelajahan sedemikian seseorang dapat mempelajari peradaban silam dan membandingkannya dengan peradaban masa kini, kehebatan-kehebatan keagungan silam serta kesalahan-kesalahan mereka sehingga mengakibatkan keruntuhan peradaban mereka. Sebagai contoh, suatu perkara penting yang dapat dipelajari ialah bagaimana peradaban Islam telah melalui zaman kegemilangan kesan daripada kebersihan iman mereka kepada Tuhan membawa kepada usaha bersungguh-sungguh memainkan peranan sebagai khalifahlxv Tuhan di muka bumi ini. Kemudian mereka mengambil pendirian mempersekutukan Tuhan, sehingga mereka bertelingkah tentang agama mereka dan juga perkara-perkara keduniaan, bekerja bersungguh-sungguh mengumpul harta benda dan memenuhi kehendak hawa nafsu. Akhirnya mereka ditimpa kelemahan sehingga terjerat dengan perangkap musuh yang sentiasa mencari-cari peluang menjatuhkan pemerintahan mereka. Hendaknya mereka terus mempersekutu Tuhan sekiranya mereka menghendaki jadi umat yang terhina lagi terlaknat.

67:16 Adakah telah (merasa) aman kamu, subjek (yang ada) pada langit itu, bahawa ia menutup dengan kamu akan bumi itu lalu tiba-tiba ia melitupi. Cuba sekali lagi bandingkan dengan terjemahan yang biasa ditemui Adakah kamu merasa aman, terhadap siapa yang ada di langit, bahawa kamu akan ditenggelamkannya ke dalam bumi, ketika ia bergoncang dengan kerasnya. Terjemahan biasa memberi kefahaman bahawa terdapat suatu subjek yang berada di langit yang besar kekuatannya, dapat melakukan kegoncangan besar terhadap bumi sehingga mengakibatkan manusia ditenggelamkan. Kejadian seperti ini adalah seperti kejadian gempa bumi yang disebabkan oleh sesuatu yang jatuh dari angkasa lepas, membawa gegaran yang besar. Walaupun terjemahan seperti ini tampak munasabah dan penulis tidaklah berkelayakan menafikannya, namun penulis lebih suka mengambil suatu bentuk kefahaman ayat yang menjurus kepada hubung kait himpunan ayat. Perkataan bermakna tutup dan adalah kata kerja muannas bagi bumi yang melakukan kerja melitupi. Iaitu bumi itu bergerak dengan cara menimbusi sesiapa yang berada pada laluannya. Pergerakan bumi sedemikian dapat ditujukan kepada pergerakan lava gunung berapi atau tanah longsor yang runtuh dari bahagian bumi yang lebih tinggi. Penyebab kepada kejadian ini adalah sesuatu atau subjek yang terdapat pada langit dan subjek itu pula adalah sesuatu yang dapat dipastikan sebagai yang berada pada lapisan udarakasa yang terdapat di luar permukaan bumi. Kefahaman seperti ini, penulis dapat

nyatakan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan sistem pentadbiran manusia sepertimana yang disebutkan dalam ayat awal sebelum ini. Iaitu apabila manusia, melalui sistem pentadbiran, mereka tidak berminat untuk mengkaji kesan-kesan peristiwa silam darihal kemusnahan umat-umat terdahulu, maka bagaimanakah mereka dapat memahami apa yang sebenarnya yang berlaku masa kini? Sebagai contoh, dengan mengkaji hasil kerja yang dijalankan oleh pemerintahan Fir'aun pada masa silam, kita akan dapati mereka melaksanakan cara pemerintahan pecah belah dan perintah. Akibatnya, hubungan sesama masyarakat menjadi kacau bilau sehingga membangkit permusuhan antara puak. Kaedah pertanian yang mereka jalankan menggunakan terlalu banyak baja yang dibekalkan oleh pembesar Ammon. Akibatnya, perubahan cuaca berlaku dan langit terkesan sehingga menjadi bencana sama ada mengakibatkan taufan, kilatkilat besar serta air laut yang menenggelamkan. Bencana alam yang membinasakan seperti yang dinyatakan berdasarkan kefahaman ayat sedemikian telah berlaku masa kini. Contohnya, Taufan Morakot di Taiwan, telah mengakibatkan aliran selut dan lumpur dari tanah-tanah tinggi, melitupi kawasan-kawasan kediaman sehingga mengakibatkan banyak kematian. Kejadian yang suatu masa dahulu amat jarang sekali terjadi tiba-tiba pada sekitar waktu ini, menjadi peristiwa yang kerap berlaku. Seolah-olah ayat ini telah mula menunjukkan takwilnya sekitar waktu ini. Selain itu keruntuhan sebahagian gunung yang berlaku akibat perubahan cuaca, kesan perubahan lapisan langit, menampakkan kekalutan yang sering menjadi-jadi. Contoh kejadian yang berlaku

adalah pemecahan batu-batu gunung yang mengandungi perafrosxlviii, akibat kesan daripada kenaikan suhu bumi. Kejadian ini juga memberi pandangan fatamorgana xlix sebagaimana disebutkan dalam penerangan surah AlMuzammil. Akan sampai zaman, taufan-taufan besar dapat menyerap air yang terdapat di bawah gunung. Akibatnya, gunung menjadi kering kerananya dan ikatan tanah pada permukaan gunung menjadi lemah dan debudebu gunung berhamburan. Ayat berikut ini memberi gambaran akan datang peristiwa yang mengakibatkan pencemaran udara menjadi sangat teruk. Semua ini adalah disebabkan salah tadbir manusia yang memegang amanah daripada mengambil berat tentang pemuliharaan alam sekitar mereka. 67:17

Adakah telah aman kamu, subjek (yang ada) pada langit itu, bahawa ia mengutus atas kamu, butiran-butiran kecil maka nanti kamu (akan) mengetahui bagaimana (kesan) ancaman? Butiran-butiran kecil boleh jadi debu (dukhan) atau jerebu atau ribut pepasir atau butiran halus meteorit yang jatuh ke bumi. Perkataan tidak bererti ia menjatuhkan atau ia menimpakan tetapi lebih kepada ia mengutus. Apabila man di langit menjadi pengutus kepada butiran-butiran kecil kepada manusia, yang demikian itu, sesuatu di langit itu menjadi media penghantaran. Butiran-butiran kecil tidak semestinya diutuskan kepada hidupan di bumi ini datangnya dari langit, bahkan boleh juga dari satu kawasan bumi ke kawasan yang lain tetapi melalui man di langit selaku medium penghantaran. Man boleh jadi malaikat atau komet yang jatuh atau lapisan langit itu sendiri.

Akibat daripada tindakan rakus manusia tidak memelihara alam sekitarnya sehingga mengakibatkan bumi mengalami perubahan cuaca. Sebahagian permukaan bumi menjadi bersangatan kering dan sebahagian yang lain menjadi bersangatan lembab. Dengan tiupan angin yang kuat, debu-debu halus yang terdiri daripada butiran kecil pepasir dapat diapungkan dari kawasan yang sangat kering hingga ke altitud yang tinggi menghampiri lapisan stratosfera dan bergerak ke sebahagian besar permukaan bumi. Debu-debu ini menjadi punca kepada pengumpulan wap-wap air sehingga mengakibatkan pembentukan awan yang sangat tebal pada bahagian atas permukaan bumi yang lembab. Kelembapan mengakibatkan kesan hujan bersangatan semasa El-Ninol terutamanya di bahagian pantai barat sepanjang pantai Amerika Latin. Keadaan kemarau di Asia Tenggara, diburukkan lagi dengan pembakaran terbuka menghasilkan suasana berjerebu dalam tempoh yang panjang. Fenomena xxxiv angin panas bersama debu kemerahan juga dapat terjadi di kawasankawasan gurun sehingga mengakibatkan penyakit yang memeritkan tekak. Pencemaran udara yang boleh diakibatkan daripada debu-debu halus, jerebu atau asap pekat, sebenarnya dapat mendatangkan azab kepada manusia. Pencemaran seperti ini menyebabkan manusia menjadi mengantuk, barangkali supaya manusia dapat mengurangkan aktiviti mereka di luar rumah. Keadaan yang bersangatan dapat mengakibatkan penyakit pneumonia atau sesak nafas. Namun debu-debu pada kadar tertentu yang stabil berada di bumi ini sebenarnya membantu pembenihan awan sehingga terjadinya hujan. Debu-debu ini larut dalam air hujan dan jatuh ke laut, menyediakan media nutrien yang sesuai untuk

pemakanan planktonli. Hidupan laut dapat hidup dan bertindak sebagai suatu sumber pemakanan manusia. 67:18

Dan demi sesungguhnya telah mendustakan ia, orangorang yang dari sebelum mereka, lalu bagaimanakah telah adalah ia, kekurangan? Sekiranya perkhabaran yang sedemikian iaitu ayat-ayat ini, telah diingkari oleh sebahagian umat manusia pada masa ini, sesungguhnya umat-umat terdahulu telah mengingkarinya. Cukuplah bekas-bekas peninggalan mereka menjadi peninggalan yang harus dikenang menjadi saksi kesan keingkaran mereka. Kejadian mayat-mayat beku akibat daripada debu piroplastiklii, letusan gunung Visuvius di Italy, memberi gambaran yang cukup menggerunkan. Adakah manusia pada zaman ini tidak memperolehi pelajaran? Dalam penerangan daripada surah-surah selepas ini akan banyak menyentuh darihal kaum-kaum yang ingkar serta pengamalan mereka yang akhirnya membawa bencana kepada diri mereka sendiri. Bencana yang menimpa mereka telah mengakibatkan mereka menderita kekurangan harta benda, makanan dan kemudahan yang selama ini mereka nikmati dalam kehidupan. Dalam surah Al-Haqqah dan Al-Maarij terdapat pembelajaran khusus peristiwa yang berlaku zaman mutakhir ini. Pembaca hendaklah menyusuri bacaan daripada surahsurah ini secara teliti untuk mendapatkan gambaran peristiwa yang akan berlaku pada masa akhir nanti kesan daripada amalan-amalan buruk yang dilakukan oleh manusia. Kesan-kesan keingkaran memberi jawapan yang buruk pada akhir kehidupan mereka.

Peraturan Tuhan Dalam Mentadbir Alam Ini 67:19 Adakah dan telah tidak mereka melihat kepada burung di atas mereka, telah mengapung ia dan telah mengepit keduanya? Tiada yang ia mengawal akan keduanya melainkan Al-Rahman. Sesungguhnya Ia terhadap segala sesuatu Maha Melihat. Terjemahan sedemikian tentunya akan menjurus kepada penerangan sifat aerofil terhadap sesuatu yang berlaku kepada sayap burung semasa penerbangannya. Cuba bandingkan dengan terjemahan yang biasa ditemui iaitu Tidakkah mereka memerhatikan burung di atas mereka terbang mengembangkan sayapnya dan mengepitkannya? Tiada sesiapapun yang menahannya selain daripada Tuhan yang Pemurah. Sesungguhnya Dia melihat segala sesuatu. Terjemahan sedemikian seperti membayangkan Tuhan meletakkan tanganNya di bawah burung untuk menahan burung itu daripada jatuh! Terdapat hikmah yang Tuhan sebut bahawa sifatNya yang Maha Melihat. Pengajarannya, manusia perlu memerhatikan ciptaan Tuhan sedemikian rupa kerana terdapat manfaat yang akan diperolehi daripada pemerhatian berkenaan. Selain daripada tujuan mendapatkan manfaat dengan meniru bentuk sayap burung untuk membina teknologi penerbangan, manusia harus memerhatikan pergerakan udarakasa yang memainkan peranan penting yang dapat mengubah tekanan udarakasa setempat.

Mengkaji Contoh Peraturan Tuhan Pada Makhluk Ciptaannya

1.

Bentuk Larusliii - Burung diciptakan Tuhan memiliki bentuk larus, bentuk ini akan membolehkan haiwan ini dapat meredah udara dengan kesan geseran udara yang rendah. Bentuk seperti ini didapati pada ikan dan manusia meniru dalam menghasilkan peralatan yang merempuh udara seperti pesawat udara, peluru berpandu dan peralatan merempuh air seperti kapal selam dan senjata torpedo. Untuk pesawat udara yang bergerak pada kelajuan yang sangat tinggi seperti pesawat Sukkoi yang direkacipta oleh pihak Russia, muncung yang sangat keras seperti titanium diperlukan. Kelajuan bersangatan pesawat, akan merempuh udara seperti pisau yang memotong pepejal. Dengan titanium, aliran udara dapat ditepis menjauhi jasad pesawat membentuk larus dan mengurangkan kesan geseran udara terhadapnya.

2.

Bentuk Aerofilliv Semua sayap burung, sayap pesawat terbang memiliki bentuk aerofil iaitu cembung ke atas dan menirus di bahagian belakang. Tujuannya adalah supaya aliran udara dapat bergerak lebih jauh pada kedudukan atas berbanding kedudukan bawah. Dengan demikian tekanan udara adalah lebih rendah pada bahagian atas dan pada kelajuan tertentu, sayap akan berjaya diangkat ke atas. Bentuk larus bersama bentuk aerofil memungkinkan burung dan pesawat udara selain

dapat diangkat ke atas, juga dapat meluncur ke hadapan pada kelajuan tertentu. Apabila sayap kekal diapungkan tanpa dikibarkan ataupun enjin pesawat dimatikan, burung dan pesawat masih berupaya untuk meluncur laju bergerak pada jarak tertentu sebelum mencecah bumi.

3.

Lebih Laju Pergerakan Lebih Rendah Tekanan Bukan sahaja terhadap pergerakan udara, sifat ini ditunjukkan oleh pergerakan air. Kajian kesan tekanan dan aliran bendalir merupakan subjek penting dalam pembelajaran mekanik bendalirlv yang diajar di universiti. Kajian sedemikian menjurus kepada kefahaman perkisaran angin di permukaan bumi sehingga mengakibatkan kajian cuaca dapat dilakukan. Taufan dapat dijangkakan dengan perubahan tekanan tertentu udarakasa bumi pada tempattempat berlainan. Bencana dan Manfaat daripada Peraturan Tuhan Tekanan setempat bendalir dapat disebabkan oleh perbezaan kelajuan bendalir berkenaan di tempat-tempat tertentu. Perbezaan yang ketara pada kelajuan bendalir tertentu boleh mengakibatkan terhasilnya riak atau gelora. Pada saiz yang besar dinyatakan sebagai taufan. Kajian riak dan gelora sangat penting untuk mengkaji kesan bentuk tiang jambatan ke atas tanah atau pasir di dasar sungai. Pengabaian kesan gelora aliran air boleh mengakibatkan jambatan runtuh dengan tiba-tiba. Sempena keadaan sedemikian, tapak jambatan Pulau Pinang telah mengambil bentuk larus bagi mengurangkan kesan gelora yang dapat merosakkan

struktur tanah. Gelora juga mengakibatkan terhasilnya kekeruhan. Sungai yang mengalami kekeruhan tentunya memberi gambaran terdapat aktiviti gelora pada aliran sungai di bahagian hulu mungkin disebabkan kesan aktiviti pembalakan haram atau penggalian bijih secara haram. Pergerakan yang menghasilkan kelajuan tertentu pada bahan bendalir boleh disebabkan oleh perbezaan tekanan pada dua tempat yang berbeza. Tekanan ini terhasil disebabkan perbezaan suhu yang wujud antara dua tempat berbeza. Di negara Malaysia, perbezaan suhu antara hemisfera Utara dan hemisfera Selatan, menghasilkan dua monsun iaitu monsun timur laut pada hujung dan awal tahun dan monsun barat daya pada pertengahan tahun. Kejatuhan suhu secara tiba-tiba dapat berlaku pada tempat-tempat tertentu sehingga mengakibatkan fenomena xxxiv letusan udara (air burst) yang amat merbahaya kepada pemanduan pesawat di kawasan tertentu. Sekiranya melibatkan tempat yang luas di atas permukaan bumi, dapat memberi amaran akan berlaku kejadian ribut seperti mana ribut Greg suatu masa dahulu yang sengaja diabaikan amarannya oleh pihak pemerintah sehingga mengakibatkan korban nyawa yang tinggi di pantai barat Sabah. Kejatuhan suhu secara tiba-tiba sehingga mencapai perbezaan 13 celcius merupakan petanda akan berlaku kejadian taufan besarbesaran. Kejatuhan dapat disebabkan oleh tindak balas komposisilvi kimia udarakasa yang akan dibincangkan dalam surah-surah terkemudian daripada surah ini atau disebabkan oleh kesan radiasi hebat dari matahari. Demikianlah sifat Tuhan Al-Rahman yang mengajar manusia berdasarkan Al-Quran dan sentiasa mengajar manusia perkara-perkara baru yang manusia tidak mengetahuinya sebelum itu. Perbezaan tekanan setempat

antara permukaan bumi yang berlainan, adalah agenda Tuhan sehingga dapat memindahkan wap-wap air dari laut ke daratan. Ia juga berupaya memindahkan debudebu halus dari satu permukaan bumi ke bahagian yang lainnya sehingga mendatangkan mudharat kepada hidupan atau mendatangkan manfaat tertentu. Tuhan Maha Berkuasa, melalui peraturan tabii ciptaanNya sehingga manusia tidak dapat menyedari bahawa segala kejadian yang berlaku sebenarnya adalah agenda Tuhan. Namun sekiranya Tuhan Yang Maha Merekacipta (AlRahman) itu berupaya mencipta sayap burung dengan ukuran tertentu supaya dapat berada di angkasa, yang demikian Tuhan Al-Rahman mampu mengawal kejadian-kejadian tertentu di bumi ini sehingga umat manusia mendapat rahmat atau ditimpa azab, menurut kehendak Tuhan. Tuhan Al-Rahman mengajari manusia akan peraturanNya (55:04). Manusia mempelajarinya lalu mereka merekacipta sesuatu untuk kemudahan mereka. Mereka mencipta pesawat terbang untuk mengembara dengan lebih cepat. Mereka mencipta peralatan yang dapat mengukur tekanan udarakasa untuk mengkaji perubahan cuaca. Peralatan satelit dengan kemudahan pengesanan suhu dan tekanan udarakasa dapat meramal perubahan cuaca yang berlaku di bumi pada kedudukan yang besar. Mereka juga mencipta peralatan yang dapat mencerap pergerakan debu yang dipindahkan dari satu benua ke benua yang lain. Semua idea ini diperolehi daripada kerja-kerja kejuruteraan teliti yang Tuhan laksanakan terhadap sayap burung, sehingga manusia membuka ruang pengkajian terhadap mekanik bendalir. Tuhan Al-Rahman amat menggalakkan manusia melakukan pengamatan terhadap segala rekaciptaan Tuhan.

67:20 Adakah siapa lagi (daripada) ini yang ia adalah tentera bagi kamu, ia menolong kamu daripada selain AlRahman. Sesungguhnya (tidaklah) golongan yang ingkar melainkan dalam (keadaan) terpedaya. Kisah perjuangan Mujahidin yang berjuang di Afghanistan memerangi tentera Soviet Russia, Soviet Russia yang dilengkapi dengan pesawat canggih sering mengebom kedudukan Mujahidin dari udara, namun bantuan Al-Rahman telah terlebih dahulu datang melalui sekumpulan burung putih, yang mengkhabarkan tentang kedatangan pesawat pejuang Uni-Soviet, sehingga membolehkan pasukan Mujahidin membuat persiapan awal. Serangan pasukan udara Soviet telah meminimumkan bencana di pihak Mujahidin. Tuhan Al-Rahman mendatangkan bantuan tentera melalui perkara-perkara yang dapat dipelajari oleh manusia. Kejadian laut terbelah semasa Firaun mengejar Bani Israel adalah suatu mukjizat Tuhan, tidak difahami pada zaman itu tetapi dapat dijangkakan kejadian berkenaan berdasarkan pengamatan saintifik pada zaman ini. Kefahaman saintifik sedemikian tidaklah dapat dikatakan sebagai satu kaedah supaya mukjizat sedemikian dapat diulangi, tetapi untuk tujuan pengajaran penting umat masa kini supaya berhati-hati dalam pekerjaan mereka. Sila rujuk ke surah Al-Muzammil untuk mengetahui tentang pengamatan saintifik mukjizat Tuhan pada zaman Nabi Musa A.S. Pada zaman ini teknologi lebih dipelopori oleh golongan yang ingkar, umat ini telah meninggalkan suatu

kepentingan penyediaan persiapan peperangan daripada kekuatan besi dan mereka menjadi lemah atas kesalahan saling bertelingkah dan berperang sesama mereka. Namun golongan yang ingkar masih terkebelakang darihal penjagaan alam sekitar sehingga mengakibatkan negara mereka paling teruk dilanda bencana saban tahun. Sekalipun mereka merupakan umat paling kaya raya di dunia ini, seringkali mereka mengalami kerugian kehilangan kekayaan dan ditimpa pelbagai penyakit yang memudharatkan. Oleh itu masih terdapat perkaraperkara yang mereka boleh pelajari daripada umat Islam pada waktu ini, sekalipun umat ini tidak menyedari bahawa mereka ada melakukan sesuatu yang dapat memulihkan alam sekitar mereka. Di kebanyakan negara-negara umat Islam, mereka masih banyak menggunakan baja asli dalam aktiviti pertanian mereka. Yang perlu mereka lakukan adalah kembali semula kepada kitab suci dan bermuhasabah mengikhlas diri kepada Tuhan akan agama mereka. Golongan yang ingkar menolak keimanan. Mereka cuba memberi jawapan terhadap semua bencana yang mengenai mereka sebagai kuasa alam, seolah-olah Tuhan tidak memainkan peranan langsung dalam menimpakan bencana pada tempat-tempat tertentu di kediaman mereka. Tidakkah mereka mengkaji bagaimana umat-umat terdahulu dimusnahkan Tuhan melalui perantaraan cuaca yang memudharatkan? Mereka harus mengkaji peristiwa Firaun, kaum Iram dan sebahagian umat terkemudian seperti kejadian ribut Greg yang menimpa kaum pendatang di Sabah, taufan Billis yang menimpa penduduk Myanmar dan sebagainya. Bukankah yang demikian itu merupakan

sebahagian daripada bencana yang Tuhan turunkan lantaran dosa-dosa yang mereka lakukan? Padahal penduduk di negeri-negeri berkenaan bukanlah umat yang melakukan kerosakan terhadap alam sekitar secara ketara, seperti yang dilakukan oleh masyarakat di negara Barat. Tuhan sengaja membiarkan golongan ingkar sehingga sampai masa mereka terperangkap hasil daripada pekerjaan mereka sendiri. Mereka mengusahakan semahu-maunya segala sumber yang mereka perolehi dan melaksanakan kerja secara gelojoh tidak berhati-hati. Bukankah telah banyak kerugian yang mereka alami setiap tahun akibat daripada bencana sedang mereka masih bermain-main dengan bencana Tuhan? 67:21 Adakah siapa lagi (daripada) ini yang Ia memberi rezeki kepadamu, bahawa telah mengawal Ia akan rezekiNya? Bahkan telah terus laju mereka dalam kesombongan bersangatan dan menjauhi diri. Ayat ini dihubungkan dengan ayat sebelum ini dan ayatayat sebelumnya, menjurus kepada kefahaman bahawa Tuhan Al-Rahman, Dialah yang memberi rezeki serta mengawal rezeki pada kadar tertentu. Segala-galanya tunduk kepadaNya dengan kiraan tertentu dan kadar tertentu. Sebelum adanya manusia yang mendiami bumi ini, telah terdapat penghuni-penghuni daripada haiwanhaiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Semuanya saling berinteraksi pada kadar tertentu sehingga terbentuk kestabilan hidupan. Kemudian manusia yang jahil diciptakan Tuhan untuk memakmurkan bumi dan atas

sikap tergesa-gesa manusia (70:19), menyebabkan mereka memerlukan panduan daripada Tuhan AlRahman (55:1~7) untuk memakmurkannya. Kemudian jadinya mereka menempuh kehidupan dan melanggar pertimbangan dalam mengurus alam kehidupan mereka (55:8). Tuhan Al-Rahman yang menyediakan rezeki untuk hidupan. Melalui air hujan yang diturunkan, Tuhan mengeluarkan rezeki dari bumi. Lalu bagaimanakah hujan, yang merupakan suatu fenomenaxxxiv alam, menurut peraturan Tuhan, sebelum ini dapat turun dengan kadar tertentu sesuai dengan keadaan setempat, dapat kekal sedemikian adanya, kiranya manusia sendiri melalui tindakan gelojoh mereka, mengakibatkan keseimbangan alam terganggu? Manusia melakukan pekerjaan tanpa panduan daripada Tuhan, sehingga mengakibatkan terhasilnya suatu keadaan yang dinamai sebagai perubahan cuaca. Mereka mahukan hasil pertanian dan penternakan memberi pulangan yang cepat, dengan usaha yang sedikit dan hasil yang banyak, dengan kerja-kerja yang dibantu peralatan yang menyenangkan. Pembakaran hidrokarbon berlaku sangat berleluasa bahkan perlepasan gas metana lxx yang memerangkap haba di atmosfera tidak juga dikawal. Akibatnya suhu bumi meningkat, ais-ais di kutub semakin mencair, kelembapan udara di permukaan bumi meningkat dengan ketara dan kuantiti hujan semakin banyak. Dengan tenaga haba yang tinggi di persekitaran dan kuantiti air yang banyak di udarakasa, terlalu banyak kejadian hujan dan taufan yang membinasakan ladangladang pertanian telah terjadi. Manusia masih mengingkari Tuhan Al-Rahman daripada berhati-hati

dalam menempuh kehidupan dan beriman kepadaNya dengan cara meneliti ayat-ayatNya. Mereka berterusterusan melaksanakan pertanian intensif, menggunakan baja terlarang, semata-mata untuk mendapatkan pulangan yang sangat banyak. Akibatnya, akan sampai masanya, bumi menjadi terlalu panas, kuantiti air di udarakasa menjadi berkurangan disebabkan tiada lagi pencairan ais, hujan yang turun adalah hujan yang panas serta membinasakan atau berlaku kemarau yang amat berpanjangan mencapai tempoh tahun. Bukankah Tuhan Al-Rahman yang paling mengerti dengan kadar rezeki yang harus Dia sediakan kepada semua hidupan di bumi ini? Sedangkan yang dikehendaki oleh golongan yang ingkar adalah monopolilvii. Sebahagian mereka menghendaki bahawa mereka menjadi pengeluar terbanyak hasil pertanian supaya mereka dapat memonopolilvii harga pasaran dan mereka sanggup memusnahkan hasil ladang dan ternakan mereka semata-mata untuk mengawal harga pasaran. Mereka menjauhi pengajaran-pengajaran Tuhan yang mengajar manusia supaya banyak membantu umat mendapatkan keredhaan Tuhan. Dengan kemewahan yang sedikit, yang mereka perolehi dalam kehidupan dunia ini, mereka berlaku sombong dengan kesombongan yang bersangatan seolah-olah mereka ingin memberitahu, lantaran mereka golongan yang kaya, jadi mereka adalah lebih benar jalannya daripada golongan yang berhati-hati dalam pekerjaan. 67:22

Adakah maka sesiapa yang ia berjalan yang tersungkur (merangkak) atas mukanya (seperti haiwan) lebih berpetunjuk ataukah sesiapa yang ia berjalan (dengan) betul atas jalan yang lurus? Itulah perbezaan antara golongan yang ingkar, mendapatkan suatu kehidupan dengan cara terkial-kial berbanding dengan golongan yang beriman, yang mendapatkan kehidupan cara betul dengan berpetunjuk daripada petunjuk Tuhan. Mempelajari petunjuk Tuhan, memudahkan kerja golongan beriman supaya mereka lebih berhati-hati dengan kehidupan mereka. Mereka tidak perlu menghabiskan masa mereka di ladang-ladang untuk mendapatkan hasil yang dapat ditukarkan dengan wang ringgit semata-mata untuk membayar hutang riba mereka. Mereka tidak perlu tergesa-gesa dalam mengurus kehidupan mereka sehingga mereka menjadi hamba kepada suasana atau sesiapa sahaja. Mereka melakukan pekerjaan lantaran perkara demikian adalah tuntutan dalam agama, supaya setiap individu lxxvii bekerja. Mereka merujuk kepada panduan Tuhan, dalam menyelusuri pekerjaan mereka. Oleh itu mereka bukanlah penyumbang kepada kerosakan alam ini. Mereka melakukan kerja-kerja pemulihan dalam segenap bidang kehidupan. Dalam keadaan golongan yang ingkar berebut-rebut menggunakan baja nitrat sintetik dalam pekerjaan ladang, mereka mengambilnya dengan cara yang sangat berhati-hati supaya tidak merosakkan struktur bumi serta tanah yang digunakan untuk projek pertanian. Dalam keadaan golongan yang ingkar menggunakan ammonialviii yang beracun untuk tujuan pembajaan secara terdedah dan mencemari alam sekitar, mereka mengambilnya secara tertutup supaya

keseluruhan ammonialviii dapat digunakan. Dalam pada golongan yang ingkar memperkenalkan klorin untuk tujuan rawatan air, mereka menggunakan logam berat seperti perak (76:15) atau titanium untuk pemendakan keladak dalam air. Sebenarnya klorin yang terbebas daripada air yang dididih atau melalui peruapan akan bertindak dengan wap metanalxx yang lambat laun sampai ke lapisan stratosfera. Klorometana yang bergabung dengan gas flourin akhirnya dapat membentuk gas kloroflorokarbon yang dapat memusnahkan lapisan ozon. Dalam keadaan golongan ingkar mengamalkan aktiviti ekonomi secara riba yang berleluasa, golongan yang beriman menghindar diri daripada sistem riba. Dalam surah-surah selanjutnya ada menerangkan secara terperinci kesan pengamalan ekonomi riba yang amat memudharatkan kehidupan masyarakat serta menyebabkan inflasi tak terkawal. Kehidupan masyarakat yang dicengkam dengan aktiviti riba adalah kacau bilau manakala mereka yang menghindari diri daripada aktiviti riba adalah harmoni. Golongan yang ingkar amat berbangga dengan projekprojek yang memusnahkan kawasan habitat fauna lix dan pertumbuhan floralx untuk mengaut sumber hasil hutan manakala golongan yang beriman tahu akan dosa yang akan mereka tanggung akibat memetik daun tumbuhan tanpa sebab. Setiap kali bencana berlaku akibat perlakuan golongan yang ingkar, yang tidak memilih sesiapa jua menjadi mangsa, mereka akan meneliti serta mengkaji sebabsebab kejadian itu. Lalu mereka mewujudkan peraturanperaturan tertentu untuk menghindari kejadian berkenaan daripada berulang. Hampir-hampir mereka

berputus asa lantaran terkial-kial mendapatkan kaedah terbaik, namun bencana demi bencana tetap juga berlaku. Perlukah mereka merangkak dengan muka mereka dekat dengan lantai untuk mengelakkan kaki mereka terpijak sesuatu yang memudharatkan sedang bumi yang Tuhan ciptakan adalah sesuai untuk manusia berjalan betul. Golongan yang beriman pernah diberi peranan memakmurkan muka bumi ini selama hampir 1000 tahun dan mereka memberi sumbangan-sumbangan besar dalam penjagaan alam sekitar. Golongan ingkar mula menguasai dunia sekitar 200 tahun lalu lihatlah kerosakan yang mereka telah lakukan. Segala-galanya perlu diperbetul kembali, namun bilakah kedurjanaan mereka akan berakhir? 67:23 Katakanlah olehmu, dia yang telah memelihara (membelai) Ia akan kamu dan telah mengadakan Ia bagimu pendengaran dan pengelihatan dan perasaan (hati). Sedikit sekali (daripada) kamu (yang) bersyukur. Adakah Tuhan yang sedemikian sifatNya, mengajari manusia melalui banyak peristiwa silam, menggalakkan manusia menziarahi tempat-tempat peristiwa silam, memberitahu fenomenaxxxiv langit yang dapat memberi kesan kebinasaan terhadap manusia, serta fenomena pergerakan udara sehingga dapat membantu manusia dalam banyak perkara, sehingga memberi panduan mudah kepada manusia mengkajinya, tidak memberi sebarang erti buat manusia yang diberikan pengelihatan, pendengaran dan perasaan? Hanya manusia yang bersyukur sahaja dapat melihat, mendengar dan

mengambil pengertian terhadap panduan Tuhan sedemikian. Hanya yang bersyukur sahaja dapat mengambil pelajaran dan memulai usaha memperbaiki amalan manusia supaya menjaga pemberian Tuhan kepada manusia darihal keseimbangan alam, pengajaran daripada sejarah-sejarah silam dan sebagainya. Hanya yang bersyukur sahaja mahu mengambil langkah mula membaca Al-Quran dengan sebenar-benar pembacaan (2:121) dan bukannya terikut-ikut disiplin akademi semasa yang sengaja menjadikan Al-Quran itu suatu kitab yang terlalu suci, sehingga sukar dipelajari dan disampaikan kepada umat manusia. Mengingkari pengajaran sedemikian akan mengakibatkan seseorang sentiasa berada dalam keadaan merugi. Perkataan sekiranya diterjemah secara terus daripada bahasa Arab bererti sedikit sekali apa yang. Namun terjemahan sedemikian akan menyebabkan pengertian suatu perkataan tertentu didapati berlaga dengan kefahaman ayat tentang sesuatu. Perkara ini telah dibincangkan dalam surah-surah awal sebelum ini sehingga penulis dapat simpulkan bahawa penguasaan bahasa Arab semata-mata tidak mampu untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran. harus diterjemahkan sebagai sedikit sekali daripada. Iaitu sangat sedikit daripada manusia yang mahu bersyukur. Perkataan bersyukur, Tuhan nyatakan selepas daripada pendengaran, pengelihatan dan perasaan yang Ia sediakan kepada manusia. Oleh yang demikian bersyukur, ada kena mengena dengan mempergunakan pendengaran, pengelihatan dan perasaan dengan sebaikbaiknya untuk memahami ayat-ayat Tuhan. Oleh kerana

mereka yang bersyukur merupakan jumlah yang sangat sedikit daripada umat manusia, peranan mereka amat penting dalam mengendalikan urusan alam ini sebagaimana yang diperintah Tuhan. Kepada mereka jualah diharapkan untuk menjadi pimpinan umat, menyedarkan mereka betapa pentingnya umat kembali. Memulai Langkah Pemuliharaan Wajarkah dalam keadaan umat yang sedemikian adanya pada waktu ini, para ulama memberi kesedaran kepada manusia umumnya, akan kepentingan merampas kembali amanah pemerintahan? Sedangkan mereka sendiri tidak akan sanggup melaksanakan amanah, tanpa terlebih dahulu membuat persiapan rapi terhadap umat sebagaimana risalah kerasulan yang diterap oleh RasululLah S.A.W. kepada para sahabat baginda. RasululLah S.A.W. terlebih dahulu menyampaikan kepentingan syahadah kepada yang sudi menerimanya dan kemudian menunjukkan kepada sahabat baginda kepentingan amalan tertentu berdasarkan ajaran-ajaran Tuhan yang baginda perolehi melalui Al-Quran. Pada peringkat awalnya baginda sendiri melarang perkataan baginda dituliskan dan yang perlu ditulis hanyalah AlQuran. Supaya umat tidak keliru antara perintah Tuhan dan perintah Rasul. Kewajiban pertama adalah penyampaian Al-Quran semata-mata, beriman kepada Tuhan semata-mata dan baginda sendiri memberi contohnya. 67:24

Katakanlah olehmu, Dia yang telah memperkembang biak Ia akan kamu di bumi dan kepadaNya kamu (semua) dihimpunkan. Kerana urusan kehidupan

manusia meliputi keperluan makanan, pakaian dan tempat kediaman, mereka melalui kehidupan secara berkeluarga sehingga mereka dapat berkembang biak. Sudah tentu urusan kehidupan manusia disibukkan dengan usaha mendapatkan suatu penghidupan untuk memenuhi semua keperluannya. Tiga keperluan asas yang manusia perlu dapatkan sendiri iaitu makanan, pakaian dan kediaman dan terdapat keperluan lain yang disediakan kepada mereka oleh Tuhan iaitu keperluan pernafasan dan pengekalan keadaan persekitaran yang seimbang yang mereka sebenarnya tidak perlu menyediakannya dan hanya perlu menjagainya. Terdapat keperluan untuk mereka berkembang biak yang dengannya mereka melalui kehidupan yang tenteram dan dapat membuat persediaan menghadapi kehidupan yang mendatang. Yang demikian itu mereka menempuh asas kehidupan bertamadun. Oleh kerana manusia menempuh kehidupan, tidak hanya secara kumpulan mereka sahaja, bahkan mereka perlu melalui kehidupan dengan makhluk-makhluk lain yang terdiri daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan serta kehadiran makhluk-makhluk ghaib yang lain yang tidak dapat mereka melihatnya dengan mudah. Dalam menghadapi kehidupan ini Tuhan tidak membiarkan manusia terkial-kial cuba menyelesaikan masalah mereka hanya semata-mata dengan keupayaan akal dan usaha mereka sahaja bahkan Tuhan telah memberi panduan kepada mereka melalui utusan Rasul-rasulNya diikuti dengan panduan suci daripada kitab-kitab yang beserta mereka. Namun atas kesombongan dan keingkaran sebahagian manusia, mereka cuba menguasai pentadbiran urusan dunia ini berdasarkan semata-mata

kepada akal dan hawa nafsu sehingga mengakibatkan keperluan makanan manusia terjejas, begitu juga dengan keperluan pakaian mereka dan juga keperluan tempat kediaman mereka. Itu belum lagi dinyatakan dengan keadaan udara pernafasan mereka serta keseimbangan alam persekitaran mereka. Tentunya yang menyedari tentang semua permasalahan ini adalah mereka yang bersyukur, yang tahu memgunakan perasaan, pengelihatan dan pendengaran mereka. Terhadap semua keperluan yang berkenaan, manusia melakukan perjalanan di atas muka bumi sehingga mereka perlu mendapatkan kemudahan peralatan untuk tujuan perjalanan tersebut. Di sana dipersiapkan peraturan-peraturan tertentu supaya mereka dapat melaluinya dengan selamat dan tenteram. Sekiranya atas tujuan sedemikian, manusia memerlukan peraturan tertentu, bagaimanakah pula keperluan memelihara kebersihan diri dan keperluan terhadap kebersihan serta keseimbangan alam sekitarnya? Tentunya Tuhan telah sediakan panduan yang sebaik-baiknya. Manusia mencipta teknologi pengangkutan, kemudian mereka berasa hebat atas keupayaan teknologi pengangkutan yang mereka hasilkan. Begitu juga dengan segala teknologi yang lain. Disebabkan keingkaran, mereka mula memperkenalkan penggunaan teknologi sedemikian tanpa mengambil kira batas-batas tertentu dalam kepenggunaannya. Mereka perlu ingat bahawa setiap perkara pasti terdapat kesinambungannya, setiap tindakan pasti akan ada tindak balas. Demikian itu peraturan Tuhan yang menciptakan alam ini dengan peraturan sebab dan akibat. Secara ringkasnya, penggunaan teknologi tanpa panduan Tuhan, pasti

membawa akibat kerosakan dan penggunaannya dengan panduan Tuhan akan menjurus kepada kebaikan dengan izinNya. Sekurang-kurangnya mereka harus menempuhi suatu kaedah supaya penggunaan teknologi menjurus kepada kebaikan dalam mereka menempuh kehidupan berkeluarga sebagai unit asas kepada pembinaan masyarakat dan negara yang bertamadun. Bukannya membentuk kehidupan sosial yang memudharatkan sebagaimana yang banyak berlaku pada waktu ini. Cukup untuk diperkatakan pada waktu ini, manusia menggunakan bahan-bahan tertentu untuk tujuan penyucian yang sebenarnya membawa mudharat kepada kehidupan mereka dan alam sekitar mereka sendiri. Mereka melaksanakan kempen hijau dan penanaman semula yang akan membawa mudharat terhadap kehidupan mereka dan bukannya membawa kebaikan kepada alam sekitar. Beberapa surah selepas ini membicarakan secara teliti bagaimanakah perlakuan yang manusia perlu hadapi agar mereka dapat melalui sesuatu yang dapat memulihkan keadaannya, kehidupan kekeluarganya serta memulihkan semula keadaan alam sekitar yang telah dirosakkan akibat daripada kerja tangan golongan yang ingkar? Mereka perlu ingat bahawa mereka hidup di dunia ini hanya sekadar untuk menimba pengalaman hidup yang ada catatan amal. Pengalaman sedemikian akan mereka gunakan apabila menempuh kehidupan semula di akhirat nanti. Lalu bagaimanakah golongan yang hanya tahu membawa kerosakan dapat dikumpulkan bersama dengan golongan yang tahu melakukan pemulihan?

Bantahan Golongan Ingkar (Selalunya Yang Berada Dalam Pentadbiran Manusia) 67:25

Lagi-lagi mereka bertanya bilakah janji itu sekiranya telah adalah kamu, golongan yang benar? Sekiranya persoalan daripada ayat ini, merujuk pernyataan yang telah berlalu, iaitu telah bertanya mereka, soalan sedemikian hanya layak diajukan oleh orang-orang yang terdahulu daripada golongan ingkar pada zaman RasululLah S.A.W. dan para sahabat atau rasul-rasul terdahulu. Ayat ini bukan bermaksud mereka telah bertanya bilakah akan terjadinya hari kehancuran sebagaimana yang dijanjikan Tuhan?. Ayat ini yang mengkhabarkan pernyataan mereka sentiasa bertanya bukan sahaja akan diajukan oleh sebilangan manusia yang tidak pernah menerima Al-Quran bahkan juga diajukan oleh segolongan berkepentingan dalam masyarakat Islam yang kononnya ada menerima AlQuran. Sebenarnya mereka bertanyakan soalan mencabar iaitu bilakah perkara yang dijanjikan AlQuran akan berlaku? Mereka sengaja menanyakan suatu persoalan sia-sia apabila sampai masa yang akan berlaku dalam masa terdekat ini. Al-Quran menjanjikan akan berlaku kejadian bumi rebah dan gunung runtuh sebelum berlaku As-Saah (73:14) dan kejadian itu sedang berlaku sekarang ini. Mereka masih mencabar bilakah akan berlaku keruntuhan semua itu? Walhal telah terdapat kejadian gunung runtuh ditimpa hujan di Filipina yang mengorbankan ramai penduduk kampung. Mereka masih bertanya bilakah akan terjadi semua itu? Walhal telah berlaku keruntuhan beberapa buah gunung di negara-negara Barat akibat pencairan perafros yang

didakwa disebabkan oleh perubahan cuaca. Mereka masih bertanya bilakah akan berlaku keruntuhan itu sedangkan telah terjadi keruntuhan gunung di Pulau Jawa (pagi 2/9/2009) akibat gegaran gempa padahal gegaran sedemikian selama ini tidak pernah didengari mengakibatkan keruntuhan gunung? Mereka masih mempertikaikan kebenaran Al-Quran dan bertanya bilakah akan berlaku keruntuhan sebagaimana yang dijanjikan Al-Quran? Walhal mereka menyaksikan sendiri kejadian keruntuhan tanah lereng lebuhraya berhampiran Gua Tempurung, keruntuhan Bukit Antarabangsa dan juga keruntuhan Highland Tower tidak lama dahulu. Barangkali mereka ingin melihat kejadian keruntuhan secara besar-besaran sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al-Haqqah dan surah AlQari'ah lalu mereka akan mendapati bagaimanakah siasianya persoalan sedemikian diajukan dan alangkah siasianya kejadian sedemikian dinantikan? Lantaran tidak terdapat usaha baik pulih pada ketika usaha itu dapat memberi kesan pemulihan. Sebenarnya usaha pemulihan yang memberi kesan adalah sekarang ini, umat harus kembali membaca Al-Quran dengan sebenar-benar pembacaan (2:121) bukan sekadar memberi tumpuan kepada pembacaan melalui tajwid sekalipun merupakan suatu kewajipan, bukan sekadar membaca terjemahan, sekalipun usaha itu amat dialu-alukan. 67:26 Katakanlah olehmu, sesungguhnya tidak lain hanya, ilmu itu di sisi Allah dan sesungguhnya tidak lain hanya aku pemberi amaran yang terang. Mereka menghendaki supaya RasululLah S.A.W. serta orang-orang yang

beriman dapat mengkhabarkan kepada mereka masa akan terjadi janji peristiwa yang sedemikian. Mereka benar-benar mendesak RasululLah S.A.W. dan golongan yang beriman seolah-olah RasululLah S.A.W. mengetahui perihal yang sedemikian. Mengapakah mereka beria-ia benar untuk mengetahui tentang masa akan terjadinya kehancuran? Adakah di sisi mereka kekuatan untuk membina penempatan-penempatan yang jauh dari muka bumi ini sehingga mereka dapat melarikan diri semasa kejadian berkenaan berlaku? Ataukah bagi mereka suatu penempatan yang kukuh di bawah permukaan bumi, yang kebal terhadap gegaran atau apa-apa perubahan yang berlaku di permukaan bumi ini? Apabila berlaku bencana yang dijanjikan kepada mereka (73:14 & 70:8/9), mereka saling memandang sesama mereka, agar mereka terpilih untuk dicalonkan dalam golongan yang diselamatkan. Mereka tidak lagi mempedulikan hubungan kekeluargaan sesama mereka dan tidak kepada sahabat handai dan tidak juga kepada rakan taulan. Masing-masing mereka hanya mementingkan diri sendiri yang selama ini begitulah sikap mereka yang sentiasa mengutamakan diri sendiri tanpa mempedulikan nasib manusia sejagat. Mereka tidak mempedulikan amaran-amaran melalui risalah kerasulan, tidak juga mereka mempedulikan amaran yang disampaikan orang-orang yang paling berakal dalam kalangan mereka sendiri. Iaitu tentang bencana yang akan berlaku kesan daripada usaha mereka merosakkan alam persekitaran mereka sendiri. Sesungguhnya Ilmu Itu Hanya Di sisi Allah Secara umumnya ayat ini menjelaskan bahawa ilmu itu adalah pengetahuan tentang As-Saah. Dalam memahami

ayat sedemikian, pendirian umum para ulama adalah menidakkan terus ilmu yang sedemikian itu ada pada sebahagian manusia sekalipun ada ayat yang menjelaskan bahawa pengetahuan tentang As-Saah ada pada Nabi Isa A.S. Terdapat ayat lain iaitu dalam surah Al-Jin (72:27) yang menyatakan tentang pengetahuan sedemikian diberikan kepada utusanNya yang terpilih serta yang diredhai. Seterusnya mereka berhujah sekiranya Nabi Muhammad S.A.W. mengetahui tentunya baginda tidak akan merahsiakannya. Sebenarnya baginda mengetahuinya pada tahap-tahap tertentu dan baginda merahsiakannya kecuali kepada sahabat-sahabat tertentu seperti Abu Hurairah R.A. dan Saidina Ali R.A. yang akan menjaga rahsia berkenaan dan memberitahunya kepada mereka dengan pemberitahuan terpilih. Adakah RasululLah S.A.W. tidak memberitahu semua perkara kepada semua sahabat baginda? Sedangkan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengamalan syariat Islam sebelum ini, umat sedia terbahagi kepada empat mazhab kefahaman yang utama. Setiap mazhab mengamalkan syariat Islam dengan cara yang sedikit berbeza disebabkan sumbersumber penerimaan As-Sunnah yang berbeza dan juga kefahaman yang berbeza. RasululLah S.A.W. telah memberitahu semua perkara yang diterima, hanya ada di antara perkara-perkara tertentu tidak sampai kepada sahabat-sahabat baginda yang lain. Yang demikian mengakibatkan jalan memahami satu-satu perintah Tuhan menjadi berbeza antara umat. Perbezaan ini tidak harus menyebabkan mereka bertelingkah dan ikhtilaf lxi dalam kalangan umat adalah suatu rahmat. Sekiranya seseorang ingin mengetahui perkara ghaib berkenaan, hendaklah ia mendapatkannya dari sisi Tuhan yang

demikian itu kerana Isa Al-Masih mendapatkannya dari sisi Tuhan. Perkataan haruslah difahami sebagai pembatas iaitu ilmu As-Saah merupakan ilmu yang ada di sisi Tuhan dan untuk mendapatkannya perlulah seseorang itu mendapatkannya dari sisi Tuhan dan tiada larangan. 67:27

Maka tatkala telah melihat mereka akannya secara dekat, telah buruk ia akan wajah orang-orang yang telah ingkar mereka (selama ini) dan dikatakan, inilah yang telah adalah kamu, kamu dijanjikan. Golongan yang ingkar tidak mahu mengambil pelajaran daripada peristiwa sejarah silam, sekalipun mereka mengetahui tentang kejadian silam itu. Mereka menafikan kejadian yang akan menimpa mereka merupakan ulangan perkara yang pernah berlaku pada peristiwa silam. Sebagai contoh, lihatlah bagaimana mereka mengkaji tempat-tempat bersejarah Firaun. Yang menjadi minat mereka untuk mengkaji adalah peninggalan silam serta Firaun itu sendiri. Mereka tidak ingin mengkaji, bagaimanakah Firaun dimusnahkan dan juga apakah pekerjaan Firaun yang mengakibatkan kerajaannya binasa? Seterusnya golongan yang ingkar ini membentuk pemerintahan mencontohi Firaun yang membawa perpecahan dalam kalangan manusia serta membawa akibat buruk alam persekitaran mereka. Sejak dari zaman pertengahan yang lalu, selepas proses perindustrian berlaku di dunia ini, manusia mengejar sesuatu yang diistilahkan sebagai kebahagian hidup melalui kuasa pemilikan serta kemewahan. Sistem-sistem pemerintahan demokrasi dan ekonomi kapitalis telah diperkenalkan dan manusia

dijanjikan dengan kemewahan supaya mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pihak kapitalis. Sehingga akhirnya manusia mencemari alam persekitaran mereka dengan pencemaran yang hebat. Undang-undang yang diwujudkan, sekalipun berjaya mengawal suasana alam supaya sentiasa cerah, namun atas kejahilan manusia menolak petunjuk Tuhan, akhirnya alam ini telah teruk tercemar. Bencana terjadi akibat perlepasan bahan-bahan kimia tertentu yang membawa mudharat secara perlahan-lahan. Bahkan, Tuhan tidak mengajari manusia menolak penggunaan teknologi, kemusnahan yang dijanjikan kepada golongan yang ingkar adalah disebabkan oleh tindakan mereka menjalani pekerjaan mereka secara tidak berhati-hati dan menggunakan bahan-bahan berbahaya secara bebas tanpa kawalan. Adakah mereka tidak mengetahui bahanbahan berbahaya tertentu? Bahkan mereka mengetahuinya namun di atas desakan kerakusan serta tamak haloba, panduan Tuhan diketepikan begitu sahaja sehingga menyebabkan bumi ini semakin dicemari. Sebenarnya perkara yang dijanjikan Tuhan adalah disebabkan oleh tindakan tangan mereka sendiri. Namun mereka tidak mempercayai suatu kejadian buruk akan berlaku dalam waktu yang terdekat. Peristiwa-peristiwa yang sering terjadi seperti keruntuhan tanah tinggi dan kejadian hujan lebat yang bersangatan serta taufan yang memusnahkan dianggapkan sebagai faktor alam atau kuasa alam semula jadi untuk mengimbangi kesan perubahan cuaca. Seolah-olah kejadian berkenaan menyerupai ulangan air pasang yang pasti akan surut suatu masa nanti. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa waktu yang dijanjikan sudah terlalu hampir. Semakin banyak kejadian tanah rebah, gunung runtuh

telah berlaku dan gunung dapat runtuh hanya akibat suatu gegaran kecil gempa. Perkara sedemikian jarang terjadi suatu masa dahulu melainkan jika gegaran yang sangat kuat telah berlaku. Terlalu banyak kejadian taufan yang mengakibatkan aliran lumpur yang memusnahkan kediaman-kediaman dan mengorbankan nyawa. Tibatiba manusia jadi panik, mengapa alam menjadi sedemikian lalu kempen demi kempen dijalankan supaya manusia menanam lebih banyak pokok, mengurangkan penggunaan bahan bakar, berkongsi kenderaan, mengelakkan pembuangan bahan cemar dan sebagainya. Adakah usaha ini akan berjaya? Berapa ramaikah yang akan menyahut kempen sedemikian? Apa benarkah kejadian yang berlaku disebabkan oleh bahan kimia tertentu yang mereka kenal pasti? Mereka masih berbalah, apakah benar karbon dioksida mengakibatkan peningkatan suhu bumi ini? 67:28 Katakanlah olehmu, adakah telah melihat olehmu, sekiranya telah membinasakan Ia akan daku oleh Allah dan sesiapa sahaja besertaku atau telah memberi rahmat Ia akan kami maka siapakah yang ia membela akan orang-orang yang ingkar itu daripada azab yang pedih? Sekiranya bencana yang diusahakan oleh golongan yang ingkar, turut menimpa golongan yang beriman dalam kehidupan di dunia ini, siapakah yang akan menjadi pembela terhadap golongan yang beriman daripada bencana yang menimpa mereka dan begitu juga bencana yang menimpa golongan yang ingkar, siapakah yang akan membela mereka daripada azab yang pedih sedang mereka sendiri selamanya menidakkan adanya

pembelaan Tuhan? Perkataan daripada daripada ayat ini dan perkataan daripada pada (72:22) harus diterjemahkan berdasarkan kontak ayat. Kedua-duanya memberi makna utus atau wakil dan pada ayat ini lebih tepat untuk diertikan sebagai pembela. Golongan ingkar mendiami bumi ini, begitu juga golongan yang beriman. Golongan yang ingkar berusaha sedaya upaya sehingga membawa kerosakan kepada bumi ini, sedangkan golongan yang beriman yang sedikit jumlahnya itu, sentiasa berusaha memperingati golongan ingkar akan keadaan perbuatan mereka sehingga akan terjadi bencana yang bukan sahaja menimpa mereka bahkan pihak yang lain juga. Lalu golongan yang ingkar tidak mempercayai semua itu. Kemudian berlaku bencana sedikit demi sedikit dan masih juga golongan yang ingkar mendakwa bahawa kejadian berkenaan merupakan suatu fenomena biasa atau kuasa alam atau kesan anomalilxvi daripada perubahan cuaca. Adakah golongan yang beriman mampu untuk melakukan sesuatu usaha kerja baik pulih, sedangkan jumlah mereka hanyalah sedikit? Melainkan hanya sekadar membentuk amalan hidup berjamaah secara kecilkecilan untuk mematuhi peraturan Tuhan menurut sesuatu yang terdaya mereka lakukan. Secara umum, bencana akan mengenai mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan serta penderhakaan kepada Tuhan. Dengan fenomena alam yang sama, Tuhan pernah menyelamatkan Bani Israel dan mendatangkan bencana kepada Firaun. Sebagai contoh, mengapakah kejadiankejadian bencana taufan yang merosakkan tanaman dan juga kediaman banyak menimpa golongan yang ingkar

sehingga mengakibatkan mereka menderita kerugian? Dengan yang demikian mereka terpaksa mengimport keperluan mereka dari negara-negara umat Islam sehingga ekonomi umat Islam sedikit terbantu. Yang sebenarnya, golongan yang ingkar tidak memahami Al-Quran sekalipun mereka adalah ahli yang pakar darihal fenomena alam yang berlaku. Mereka tercari-cari punca kepada masalah alam yang berlaku yang banyak mendatangkan bencana kepada mereka. Bagaimana dapat mereka memahami Al-Quran kerana antara mereka dan golongan yang beriman, Tuhan telah sediakan suatu hijab yang tertutup. Terdapat suatu sumbatan dalam telinga mereka sehingga mereka berasa sangat sukar untuk memahami Al-Quran. Mereka terkial-kial dalam mendapatkan jawapan daripada fenomena alam seolah-olah mereka adalah manusia yang berjalan secara menelungkup (67:22) dan bukannya berjalan secara betul dengan panduan Tuhan. Adakah mereka ini dapat diharap untuk memakmurkan bumi ini? Sedangkan mereka sendiri tidak dapat diharap untuk mengambil berat terhadap masalah yang berlaku ke atas bumi dan mereka sendiri sentiasa menjadi mangsa terhadap percaturan mereka. Siapakah sebenarnya yang akan membela mereka akibat daripada perbuatan mereka sendiri? Mereka selama ini sentiasa diperingati dengan ayat-ayat suci Tuhan lalu bagaimanakah mereka dapat mengambil pelajaran yang berguna kalau keadaan mereka selama ini sentiasa menutup telinga mereka? Bagaimanakah petunjuk Tuhan dapat sampai sedangkan mereka bukanlah golongan yang bersedia?

67:29 Katakanlah olehmu, Dia Al-Rahman, telah beriman kami denganNya dan ke atasNya telah berserah kami maka nanti kamu (akan) mengetahui siapakah (antara kita) adalah ia dalam kesesatan yang nyata? Tuhan AlRahman adalah Tuhan yang telah mengajar Al-Quran, Tuhan yang merekabentuk manusia dan Tuhan yang telah mengajar kepada manusia penerangan-penerangan. Kita dapati Al-Quran telah lengkap pada waktu ini. Namun tiadalah yang berupaya untuk mengungkapkannya kembali daripada tulisan-tulisan yang sedemikian adanya melainkan Dia jua. Oleh kerana telah menjadi budaya dalam masyarakat nusantara, mereka menubuhkan pusat-pusat pengajian Al-Quran, maka AlQuran perlu dikaji. Sekiranya kerja-kerja pengajian AlQuran hanya layak dilakukan oleh mereka yang diiktiraf telah mencapai tahap ilmu pengetahuan tertentu, nilainilai budaya setempat yang menggalakkan penubuhan pusat-pusat pengajian Al-Quran haruslah dilupakan begitu sahaja. Dengan membataskan sesuatu yang telah membudaya dalam kalangan masyarakat maka suatu konflik dalam masyarakat tentunya akan timbul. Melakukan kerja-kerja penggalakan yang kemudiannya diikuti dengan larangan perkara yang sama tentunya mencetuskan suatu konflik. Beriman kepada Al-Rahman adalah beriman dengan Tuhan yang telah mengajarkan bahawa Al-Quran itu mudah. Siapakah pula yang mengajari bahawa Al-Quran itu teramat-amat sukar untuk dipelajari seolah-olah ia suatu kitab yang perlu dijauhi (17:41). Pembelajaran Al-Quran tidak perlu terlalu diberati dengan ketepatan membacanya secara tajwid. Sekiranya diajarkan kepada umat bahawa

membaca Al-Quran yang tersalah bacaan tajwid akan mengakibatkan ia menanggung dosa dan dilaknat AlQuran itu sendiri dan nantinya akan dicampak ke neraka, tentunya pengajaran yang sedemikian mengakibatkan umat akan lari daripada pengajaran Al-Quran. Sebenarnya tanggapan negatif sedemikian telah diwarisi secara turun temurun sejak zaman silam lagi. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan melainkan yang berkata-kata sedemikian memperolehi autoriti untuk berkata-kata tentang Al-Quran dan umat jangan cuba hendak memandai-mandai dan mereka menghendaki umat, cukup bertaqlidlxii melalui mereka terhadap perkara agama. Sekiranya seseorang mula mendalami pembelajaran agama di institusi pengajian tinggi selepas tamat zaman persekolahannya dan tempoh yang diperlukan untuk mempelajari Bahasa Arab adalah empat tahun, ianya akan hanya layak membuka lembaran pengajian AlQuran ketika berusia 22 tahun. Lalu bagaimanakah tempoh ia perlu mempelajari pengajian tajwid, tarannum beserta latihan yang juga mengambil masa empat tahun, pengajian sorof dan bayan yang juga mengambil masa empat tahun. Adakah setelah berusia 30 tahun baru ia layak membaca Al-Quran secara benar bacaannya untuk dipertandingkan di pertandingan musabaqah tilawah AlQuran? Setakat ilmu tersebut, belum melayakkan ia menyampaikan pengajian tafsir Al-Quran lalu ia perlu sekali lagi mempelajari asbabun nuzul sehingga diiktiraf mahir setelah melalui tempoh pengajian empat tahun lagi. Ia perlu dilengkapi dengan ilmu Al-Hadith serta selok-belok Al-Hadith yang layak dinamai As-Sunnah juga memerlukan masa selama empat tahun lagi. Usia 38 tahun sebenarnya sepatutnya sudah melayakkan ia

memiliki Ph. D. yang didukung oleh orientalis Barat dalam menyampaikan hal-hal yang berkaitan dengan agama! Tidak cukup dengan itu, ia harus mempelajari usuluddin dan usul fiqh untuk memperkukuhkan aqidah dan ibadahnya juga setiapnya memerlukan masa empat tahun. Pengajian kemudian menjadi lengkap setelah ia mempelajari tentang falsafahlxiv dan kerohanian meliputi gerakan-gerakan kerohanian dan tareqah juga selama empat tahun. Ia harus juga mahir sekurang-kurangnya satu cabang ilmu fardu kifayah seperti pengajian kimia atau geofizik selama empat tahun juga. Kemudian menjelang usianya 54 tahun barulah ia layak menyampaikan pelajaran tafsir Al-Quran. Sekiranya ia melalui disiplin yang sama untuk menyampaikan dakwah melalui pengajian tafsir kepada pelajarpelajarnya, tentunya ia akan wafat terlebih dahulu sebelum berkesempatan menyaksikan pelajar-pelajarnya menerima pengiktirafan ijazah sepertinya. Beginilah disiplin ilmu yang diamalkan suatu masa dahulu di Cordoba, Andalusia yang kemudiannya mereka menerima tamparan sehingga dapat ditewaskan dengan mudah sekali oleh tentera Frank di bawah pimpinan Isabella. Umat menjadi rosak disebabkan oleh pengaruh budaya Kristian yang terserap masuk lantaran tidak dapat ditepis oleh ulama yang tidak habis-habis dengan pengajian mereka. Sekiranya prinsip the end justifies the mean diguna pakai, tentunya kaedah sedemikian merupakan kaedah yang amat-amat salah diamalkan kerana kaedah sedemikian akhirnya menyebabkan sebuah kerajaan tumbang terlebih dahulu sebelum suatu ilmu itu dapat dipraktikkanlxvii. Adakah ahli-ahli tafsir seperti itu mampu mendapatkan kupasan daripada AlQuran supaya masalah perubahan cuaca dapat diatasi?

Adakah mereka dapat diharap untuk memberi rumusanrumusan terbaik bagi menghasilkan pesawat terbang yang dapat terapung di udara tanpa kipas? Sesungguhnya apa yang berlaku terhadap masyarakat Islam di Andalusia adalah suatu yang menyayat hati. Mereka adalah kesinambungan sejarah kerajaan Bani Umayyah yang merampas hak kekhalifahan dan keimaman di bawah Ahlul Bait. Mereka telah terbiasa melantik ulama-ulama untuk mengeluarkan fatwa bagi menyusahkan disiplin agama kerana khuatir akan terdapat pengajaran-pengajaran benar daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjurus kepada kewajiban menyerahkan kekuasaan pemerintahan kepada Ahlul Bait. Dengan mencengkam kaedah pengajaran agama dan memperkenalkan disiplin agama dengan cara sebegitu akhirnya kaedah seperti yang dinyatakan ini telah diterima pakai dalam pentadbiran dan masyarakat. Jadilah umat mempelajari agama dengan disiplin yang amat ketat serta mencengkam sehingga mereka tidak lagi mengetahui tujuan solah dan zakat. Terdapat pada zaman mutakhir ini, kesan daripada kaedah pengajaran sedemikian sehingga ada ulama-ulama yang bermesyuarat untuk membuang amalan selawat kepada RasululLah S.A.W. dan Ahlul Bait daripada menjadi salah satu kewajiban ajaran agama. Mengapa tidak mereka menerima sahaja pengajaran Tuhan secara benar? Sekiranya mereka menyerahkan ketaatan kepada individulxxvii yang diiktiraf Tuhan, tentunya mereka akan dilingkungi dengan rahmat yang luas daripada Tuhan dengan izinNya. Siapakah yang mengakibatkan kepentingan menyediakan persenjataan diabaikan sehingga mengakibatkan negara-negara umat Islam hampir semuanya menjadi negara-negara jajahan

yang kekal sehingga kini mengekalkan nilai-nilai penjajah? Siapakah yang mencengkam disiplin ilmu sehingga umat Islam kini menghadapi zaman fitnah yang amat dahsyat? Kesucian muslimah dirobek begitu sahaja oleh golongan ingkar tanpa sedikitpun diberi perhatian oleh ulama-ulama masa kini. Mereka hanya memikirkan persoalan kemewahan hidup dan bersenang lenang dan meredhai sistem penjajah kekal menguasai negara. Akhirnya kesesatan bukan sahaja melanda golongan yang ingkar bahkan kepada umat ini juga apabila pengamalan agama dihadkan sebagai amalan individulxxvii atau kumpulan. Ulama-ulama yang dilantik menuduh sesat pihak lain tetapi dalam kalangan penganut agama yang manakah paling ramai sekali murtad? Mereka menjadi bingung dengan sistem agama yang diperkenalkan dengan restu ulama-ulama sedemikian yang tidak langsung menunjukkan rasa takut kepada Tuhan untuk dipertanggungjawabkan tentang hal umat di hadapan Tuhan nantinya. Ketahuilah kemuncak daripada pengingkaran akan berlaku apabila generasi terdahulu iaitu RasululLah S.A.W., para sahabat dan Ahlul Bait menjadi bahan laknat umat masa kini, kerana dianggap memperkenalkan agama yang sebegini rupa, yang sedikitpun tidak menunjukkan ciri-ciri pembelaan terhadap umat dan begitu juga kitab suci Al-Quran yang dijadikan bahan kejian dan bukannya kajian. 67:30

Katakanlah olehmu, apakah telah memandang kamu, sekiranya telah muncul ia oleh air kamu (suatu yang) sia-sia maka siapakah yang ia mendatangkan kepadamu dengan air mata air? Dalam terjemahan yang biasa

didapati diterjemahkan sebagai kering. Iaitu ketika berlaku suatu yang mengakibat sumber air tidak lagi mengeluarkan air disebabkan oleh keadaan kemarau atau berlaku keracunan air sehingga air bersih tidak dapat dibekalkan. Keadaan yang seperti ini dapat berlaku pada zaman ini akibat daripada kerja-kerja kerosakan yang manusia lakukan sehingga punca air menjadi tercemar. Inilah akibatnya yang terjadi apabila amanah kekuasaan diserahkan kepada mereka yang hanya tahu merosakkan alam sekitar dengan penebangan terbuka kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan air. Air tidak dapat bertahan lama di sungai disebabkan oleh kesan banjir kilat lalu bagaimanakah sejumlah air yang mencukupi dapat dikumpulkan? Inilah juga yang dapat berlaku akibat daripada masalah pencemaran air yang disingkirkan oleh kilang-kilang perusahaan dengan kaedah penyelesaian melalui habuan wang ringgit. Bagaimanakah suatu hari nanti, bahan yang mencemar air adalah bahan radioaktiflxxiv yang beracun? Dapatkah air yang seperti ini dibersihkan? Di manakah penguat kuasaan yang berkesan dapat dilaksanakan agar umat dapat berada dalam pemerintahan yang diberkati? Terdapat kes-kes air perbekalan dicemari dengan bahan nitrat sehingga mengakibatkan kelahiran bayi biru. Lalu air seperti inikah yang layak dijadikan minuman atau keperluan bersuci? Ketahuilah bahan nitrat dalam air perbekalan tidak dapat disingkirkan oleh apa jua jenis penapis air dan hanya kaedah osmosis lxxii balikan dengan kos yang tinggi dapat mengasingkannya. Bagaimanakah kesan pemerintahan sekarang ini sekiranya suatu masa nanti, pencemaran udarakasa yang teruk dengan lebihan haba daripada bahan bakar

hidrokarbon dan peralatan-peralatan elektrik mengakibatkan kuantiti hujan menjadi sangat sedikit? Bagaimanakah pula sekiranya air hujan yang turun rasanya masin (56:70) disebabkan kesan penggunaan baja ammonialviii dan nitrat, sulfat dan fosfat yang berlebihan diperolehi melalui proses sintetik? Lalu siapakah yang dapat menanggung kos pembersihan yang sentiasa meningkat dan terus meningkat sepanjang tahun? Dapatkah mereka menggunakan kaedah pembersihan yang disyorkan Tuhan melalui Al-Quran dan sekiranya mereka dapat lakukannya sekalipun, mampukah mereka menanggung kos yang sentiasa meningkat akibat daripada pencemaran berterusan tanpa kawalan? Lihatlah bencana yang sedang terjadi di negara-negara Barat. Hujan di negara mereka berasid sehingga mencemari kawasan flora dan fauna dan sehingga kawasan tadahan air terjejas teruk. Tasik Michigan sebagai contoh menyediakan air yang beracun sehingga ikan-ikan yang dapat hidup tidak boleh dimakan. Penggunaan baja NPKlxiii yang berlebihan mengakibatkan sungai-sungai di negara mereka menjadi sangat subur sehingga menumbuhkan rumpair-rumpair yang memenuhi dan menutup permukaan air dan menghabiskan bekalan oksigen dalam air berkenaan. Hidupan air seperti ikan dan sesiput mati secara mengejut disebabkan kekurangan oksigen untuk pernafasan. Adakah air yang dipenuhi dengan bekalan nitrat seperti ini sesuai dijadikan minuman? Kegelojohan apakah yang mereka amalkan dalam aktiviti pertanian, perusahaan dan pembangunan di negara mereka? Beginilah kesannya apabila suatu negara mengambil sistem ekonomi riba yang menjadi kelarangan Tuhan. Umat di negara mereka menjadi sangat sibuk

membangunkan negara, demi kemajuan kononnya. Tanah air mereka, mereka sendiri rosakkan dan kehidupan mereka, mereka sendiri musnahkan. *Sesuatu Yang Memenatkan Perkataan yang bermakna sedang ia (sesuatu yang) memenatkan, dapat diterjemahkan sebagai (sesuatu) kepenatan. Ruangan langit mengandungi gasgas kepenatan (exhaustion) yang terdiri daripada gas-gas pembakaran seperti karbon dioksida, oksida nitrogen dan gas nitrogen. Karbon dioksida adalah gas hasil tindak balas pembakaran bahan-bahan bakar kayu api, hidrokarbon dan juga baki hasil pernafasan hidupan. Oksida nitrogen dan nitrogen pula adalah hasil pembakaran ammonialviii yang juga terhasil daripada pereputan bangkai. Metanalxx yang menjadi bahan asas pembentukan kloroflorokarbon, dapat merosakkan lapisan ozon terhasil daripada sampah sarap buangan. Gas-gas nadir yang menyumbangkan peratusan yang sangat kecil terhasil daripada aktiviti perindustrian dan juga kesan pereputan radioaktiflxxiv. Gas-gas kepenatan ini perlu berada pada kuantiti yang terkawal kecuali nitrogen dan oksigen. Peningkatan ketara gas karbon dioksida adalah kesan daripada peningkatan suhu bumi akibat daripada pembakaran yang berlebihan. Manusia kini hampir menyumbangkan separuh daripada pembentukan gas karbon dioksida di udarakasa. Peningkatan peratusan yang tinggi gas karbon dioksida daripada 0.04 peratus kepada 0.08 peratus mengakibatkan bumi akan ditumbuhi dengan cendawan pada kuantiti yang banyak. Lebih daripada separuh perlepasan wap ammonialviii ke udarakasa adalah akibat daripada usaha manusia terutama dalam aktiviti

pertanian. Peningkatan wap ammonia lviii dapat juga terhasil akibat daripada pemanasan bumi yang mengakibatkan hidupan-hidupan di lautan mati dan mereput serta menyingkirkan sebatian ini. Kandungan ammonialviii yang tinggi membawa akibat bencana alam seperti ribut taufan dan penghasilan kilat-kilat besar. Peranan manusia dalam mentadbir alam ini amatlah penting agar gas-gas yang memudaratkan lapisan langit dapat dikurangi dengan berkesan. Atau mereka memilih untuk menghadapi bencana akibat daripada kerja tangan mereka sendiri. Usaha asas manusia untuk mendapatkan makanan melalui projek-projek pertanian dan penternakan haruslah mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar mereka. Kita dapati pada waktu ini, kesedaran manusia untuk melaksanakan projek penanaman semula pokok-pokok untuk mengurangkan peningkatan suhu bumi adalah sesuatu yang amat dialualukan. Namun penanaman semula pokok-pokok semata-mata, sebenarnya tidak mampu mengimbangi perlepasan haba yang terlalu banyak akibat daripada aktiviti perkilangan, pengangkutan dan penggunaan tenaga elektrik. Oleh itu, apakah langkah wajar, yang harus manusia ambil supaya bumi yang semakin panas ini tidak mendatangkan mudharat kepada kehidupan manusia? Ayat-ayat selanjutnya daripada penerangan surah-surah mendatang akan memperincikan setiap tindakan manusia yang dapat mengakibatkan kerosakan alam sekitar mereka sendiri. Suatu anjakan paradigma yang besar perlu berlaku terhadap manusia itu sendiri. Mereka perlu menakrif semula erti kehidupan mereka untuk membuang tingkah laku mereka yang sangat gelojoh dalam berpenghidupan.

Oleh itu usaha yang memenatkan yang dapat membawa kepada kesedaran manusia tentang hakikat kehidupan perlu dilakukan. Riwayat kehidupan di bumi ini kini mula menempuh tempoh genting dan sebarang pengabaian terhadap kekhalifahan manusia akhirnya akan membawa kepada suatu kejadian buruk yang tidak akan ada jalan undur. Penulis menyeru kepada diri sendiri dan juga pembaca sekalian untuk memulai langkah itu dengan mulai memerhatikan ayat-ayat Tuhan melalui wahyu lxxvi Al-Quran yang Tuhan telah turunkan kepada nabi dan rasul terakhir yang Tuhan utuskan kepada umat manusia.

Daftar Kata i. ii. iii. iv. v vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. berkat relevan adat nafi takrif manifestasi rekabentuk relatif seksual organisma virus metabolisma duplikasi koloni binari rohani, roh laktobasillus berbaki kena mengena, berkaitan kebiasaan, hukum adat sebagai istilah dalam subjek usuluddin tidak, sanggah kenal pasti jelmaan, gantian ubah-ubah keadaan secara bandingan kelamin hidupan dari sel subjek seni berkod bukan organisma, majal proses penguraian makanan yang rencam dan terkawal mengganda (dua) pengikut, ahli, rakyat jajahan dua sistem perduaan (urusan Tuhan) bakteria berbentuk rod terdapat dalam hasil tenusu kedudukan ruang pada atau melebihi ketinggian pucuk tumbuhan lapisan lelangit bumi

xviii. langit

xix.

astrosfera

xx.
xxi. xxii. xxiii. xxiv.

meteoroid positron radikal bebas ionosfera mesosfera

xxv. geosaintis xxvi. tiga tahap xxvii. membuak xxviii. stratosfera xxix. xxx. xxxi. xxxii. u.j.a plasma interaksi sunspot

xxxiii. endothermik xxxiv. fenomena xxxv. meteor xxxvi. buruj xxxvii. Nostradamus

xxxviii. mekanisma xxxix. ubat murung

paling luar, magnetosfera batuan angkasa sebelum jatuh konjugat bagi elektron (sukar didapati di bumi) ion-ion bebas lapisan lelangit terdiri daripada ion-ion (api) lapisan lelangit sangat sejuk pakar kaji bumi pepejal, cecair dan gas mendidih pada suhu rendah lapisan lelangit tertinggi yang menahan wap air unit jisim atom campuran gas dan ion saling hubung kait tompokan gelap pada matahari penyerapan tenaga fakta yang dapat dilihat batuan angkasa yang sedang jatuh kota terkurung, kediaman terlindung penulis silam yang terkenal dengan ramalan masa depan kaedah berturutan seperti A.T.C., ICE,

xl. xli. xlii. xliii. xliv. xlv.


xlvi.

sesat ** psikotik aties futuristik ideologi murtad

xlvii. rentetan xlviii. perafros xlix.


l. li. lii. liii. fatamorgana El-Nino plankton piroplastik larus

ketamin dan sebagainya sebut kecelaruan huraian induktif dalam teknik berfikir suatu subjek paranormal zindiq perkhabaran perkara akan datang agama daripada kefahaman akal tanpa tuhan berundur daripada agama Islam peristiwa-peristiwa yang berlaku secara jujukan fros air yang mengikat butir-butir dalam batuan anomali udara / wap yang terkesan kerana haba kesan cuaca akibat pemanasan lautan Pasifik hidupan seni dalam laut, makanan untuk ikan kecil debu panas beracun yang cepat mengeras bentuk seperti ikan,

cembung di hadapan, tirus di belakang liv. aerofil bentuk larus dengan cembung sedikit ke atas.cekung di bawah lv. mekanik bendalir kajian tentang pergerakan udara dan air lvi. komposisi kandungan melebihi dua atau lebih unsur atau sebatian lvii. monopoli menguasai, membolot lviii. ammonia pati baja yang disingkirkan oleh hati lix. fauna haiwan lx. flora tumbuh-tumbuhan lxi. ikhtilaf perselisihan pendapat lxii. taqlid menurut secara membabi buta lxiii. NPK baja berasaskan nitrogen, fosforus dan kalium lxiv. falsafah ilmu kalam lxv. khalifah pengganti Tuhan lxvi. anomali ketaktentuan, kelainan lxvii. praktik amal lxviii. sensitif peka lxix. Dan melalui kesempatan ini lxx. metana gas hidrokarbon paling ringan lxxi. BBC British Broadcasting Corporation

lxxii.

serapan air oleh sebab perbezaan kecairan larutan lxxiii. asimo peralatan mekanikal menyerupai bentuk manusia lxxiii. Galilei nama tasik di Palestin lxxiv. radioaktif sisa beracun bahan isotop lxxv. fizikal nyata, boleh sentuh lxxvi. wahyu perutusan Tuhan yang dimuat turunkan lxxvii. individu seseorang

osmosis

NUN
dengan pengajaran daripada surah


(Noon - By The Pen)

Surah Nun, adalah antara surah awal, yang diturunkan kepada junjungan RasululLah S.A.W, selepas terhenti seketika wahyu lxviii yang diturunkan melalui malaikat Jibrail A.S. Dalam sebahagian penerangan dinyatakan bahawa selepas surah Al-Alaq, adalah surah AlMudaththir selang beberapa ketika turunnya wahyu lxviii pertama sebagaimana yang didapati dalam kitab Sirah Nabawiyah karangan Al-Mubarakfuri. Ada juga yang berpendapat selepas turunnya surah Al-Alaq adalah surah Ad-Dhuha sebagaimana yang dinyatakan oleh Hussein Haekal. Namun dalam tafsir Al-Maraghi, surah Ad-Dhuha turun sesudah surah Al-Fajr yang kedudukannya sangat jauh jarak dari masa surah Al-Alaq diturunkan. Adapun surah Nun adalah selepas surah AlMudaththir dan tempohnya selepas surah Al-Alaq tidaklah diketahui.

68:01
Nun, demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan. Nun ,dalam sebahagian besar salinan mashaf ditulis sedemikian adanya. Terdapat juga yang mengatakan bahawa ada sebahagian mashaf, nun ditulis sebagai . Huruf nun tidak dapat dipastikan sama ada merupakan hanya perwakilan abjad seperti Qaf - atau Alim, Lam, Mim atau sebagainya atau merupakan perkataan? Sekiranya 'Nun' merupakan abjad, penulis tidak dapat menggarap maknanya. Hanya Tuhan lebih mengetahui. Sekiranya dinyatakan sebagai perkataan, 'nun' bermakna tempat dakwat atau dakwat itu sendiri. Sesuai dengan perkataan seterusnya demi pena. Pena pada zaman RasululLah S.A.W. memerlukan dakwat

untuk melakukan kerja-kerja penulisan. Pena pada zaman ini adalah seperti papan kekunci tidak mengandungi dakwat fizikallxvi. Tulisan yang dapat dibentuk adalah pada paparan monitor komputer dan sebagainya. Nun ,juga dinyatakan sebagai sejenis ikan (21:87). Iaitu sebangsa ikan paus yang menelan Nabi Yunus A.S. sebagaimana yang terdapat dalam kisah selanjutnya daripada surah ini. Kepentingan Penulisan Walaupun tulisan hanyalah sesuatu yang terdiri daripada dakwat di atas kertas atau lekukan pada batu bersurat atau tandaan pikseli pada paparan monitor ataupun perwakilan binariii pada ingatan cakera kerasiii atau pemacu penaiv, namun tulisan memberi makna. Tulisan boleh jadi gambaran atau perwakilan simbol-simbol lxiv. Dakwat di atas kertas tidak membawa apa-apa erti, yang memberi pengertian adalah tanggapan manusia sendiri. Sebagai contoh wang yang ditakrifxlv sebagai tandaantandaan dakwat pelbagai warna di atas dan di bawah permukaan kertas, sebenarnya tidak membawa apa-apa erti. Yang menerima kertas sedemikian sebagai wang adalah manusia dan bukannya makhluk-makhluk lain. Itupun bergantung kepada kesesuaian masa dan tempat. Wang pisang, kertas bercetak zaman penjajahan Jepun di Malaya, hanyalah diterima pada masa tertentu suatu masa dahulu dan kini nilai yang tinggal adalah nilai sejarah dan bukannya nilai wang itu sendiri. Tujuan dakwat-dakwat sedemikian ditandakan di atas kertas-kertas tertentu adalah semata-mata untuk menyampaikan maklumat daripada Tuhan kepada manusia, daripada manusia kepada manusia atau dari

Bank Negara kepada rakyat. Sekiranya maklumat berjaya disampaikan, tandaan-tandaan dakwat sedemikian atau apajua yang menyerupainya dinamai sebagai tulisan, sama ada dalam bentuk simbol lxiv atau gambaran. Tulisan sedemikian membawa erti. Tandaan yang membawa erti yang dapat memindahkan maklumat sudah barang tentu membawa maksud bahawa terdapat sumber yang memberi maklumat dan terdapat sasaran yang menerima maklumat berkenaan. Tanpa sumber pemberi maklumat, sesuatu tandaan itu tidak dapat dikatakan sebagai tulisan bererti. 68:02 Sekali-kali bukanlah engkau, dengan nikmat Tuhan engkau, yang gila. Nikmat Tuhan adalah perutusan daripada Tuhan yang dapat dituliskan. Ayat ini yang telah disediakan Tuhan, tersimpan pada malaikat Jibril A.S., yang memberitahu bahawa Muhammad RasululLah S.A.W. akan dituduh sebagai gila lantaran menyampaikan perutusan Tuhan. Perkataan gila atau waras, sebagaimana sempena ayat ini adalah ukuran manusia semata-mata. Apabila sekumpulan manusia menghadapi suatu perkhabaran baru yang tidak selari dengan kebiasaan mereka, kepentingan mereka atau kefahaman mereka, maka dengan serta merta mereka akan membuat tuduhan gila. Sebagai contoh, apabila kesaksian syahadahxlviii seorang muslim adalah perkara yang dituntut kesaksiannya seperti mana saksi dalam nikah kahwin, maka pernyataan sedemikian dianggap sebagai pernyataan gila. Siapakah di antara kita yang disaksikan keislamannya dan berapa ramai daripada kita yang telah mengambil kesaksian syahadah xlviii seseorang? Mereka dengan segera menerima pernyataan sedemikian

sekiranya yang menerima Islam itu adalah daripada golongan mualafv yang baru menerima agama Islam. Tuduhan sedemikian adalah disebabkan oleh ukuran rutinvi masyarakat masa kini serta kefahaman kebiasaan mereka. Ukuran seperti inilah sebenarnya ukuran gila. Gila Lantaran Memperolehi Nikmat Kita biasa mendengar istilah kaya mengejut. Pemperolehan yang bukan dikeranakan oleh usaha bersungguh-sungguh. Nikmat sedemikian boleh mengakibatkan seseorang menjadi gila. Seseorang akan mengalami perubahan tingkah laku serta mengambil sikap sehingga memutuskan silaturahim lantaran merasakan dirinya dimuliakan (89:15). Dalam hidup kita, tentunya kita biasa menyaksikan tentang kedudukan seseorang yang memenangi hadiah pertaruhan perjudian, yang dengan segera melakukan sesuatu yang akhirnya mengakibatkan kerugian kepada dirinya sendiri. Ia tidak dapat menggunakan kesempurnaan akalnya disebabkan pemperolehan nikmat sedemikian. Namun gila seperti ini bukanlah gila lantaran kehilangan akal tetapi gila lantaran tidak dapat menggunakan akal. Gila nikmat seperti ini adalah perkara lumrah lxxii dalam kehidupan manusia. Lantaran manusia telah diciptakan dengan lumrahlxxii sedemikian (70:19/20/21) terangsang seperti bangsa jin (72:13). Nikmat dan Kesan Perutusan Perutusan Tuhan adalah merupakan wahyu lxviii. Sebahagian yang lain adalah daripada ilham yang kuat. Ceriteraxlvi pernah mengkhabarkan tentang penemuan prinsip Archemidisxliv iaitu tentang ilham yang ia perolehi untuk menentukan ketulenan emas yang

digunakan untuk membentuk mahkota raja. Atas penemuan sedemikian yang diperolehinya, semasa ia sedang berada di tab mandi, menjadikan ia sangat gembira sehingga berlari tidak sedarkan dirinya bertelanjang bulat. Kita juga biasa menerima perkhabaran gembira sama ada melalui surat atau melalui khabar yang disampaikan oleh pihak lain dan perkhabaran sedemikian sedikit sebanyak mengubah tingkah laku kita. Perkhabaran yang RasululLah S.A.W. terima adalah perkhabaran daripada Tuhan, Yang Maha Tinggi, pencipta seluruh alam. Apakah yang tidak mewajarkan baginda menerimanya dengan rasa gembira? Perutusan memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku. Peristiwa serangan 11 September, yang kononnya didalangi oleh umat Islam, pada permulaannya banyak disambut dengan rasa gembira oleh sebahagian besar manusia di kebanyakan negara dengan sikap benci mereka atas pentadbiran Amerika Syarikat. Namun, apabila perkhabaran yang diperolehi selanjutnya tidak memihak kepada 'pengganas' berkenaan, kita dapati istilah pengganas kini merupakan istilah ciptaan Amerika Syarikat yang digeruni oleh ramai pihak sehingga sebahagian besar manusia tidak lagi berani menyatakan sokongan kepada 'pengganas' secara terang-terangan. 68:03 Dan sesungguhnya bagi engkau benar-benar ganjaran yang bukan putus. Yang demikian segala perbuatan RasululLah S.A.W. adalah ibadah, oleh itu adalah wajar segala amalan RasululLah S.A.W. dijadikan contoh dan iktibarxlvii untuk diamati dan dicontohi. Walaupun terdapat pengecualian-pengecualian tertentu, secara

umumnya amalan-amalan baginda, dinamai sebagai sunnah yang harus dicontohi oleh umat ini. Dengan nikmat perutusan yang baginda perolehi daripada Tuhan semesta alam, Tuhan Maha Mengetahui kepada individulxix yang diutuskan, baginda sendiri menerima ganjaran yang tidak putus-putus. Adakah wajar dengan nikmat sedemikian RasululLah S.A.W. dikatakan sebagai gila? Wajarkah kerja-kerja menerima ayat Tuhan sebagai kerja gila? RasululLah S.A.W. menghimpunkan golongan yang beriman lalu baginda menduplikasi vii amaliviii baginda kepada sahabat-sahabat baginda. Sehingga sebahagian besar sahabat-sahabat baginda itu turut menghafazliii ayat-ayat Tuhan yang dibawa dalam solah mereka. Adakah amalan sedemikian adalah amalan gila? Kemudian baginda menyampaikan pengajaran ayat-ayat Tuhan yang baginda perolehi supaya turut sama dipraktikkanxvi. oleh sahabat-sahabat baginda. Adakah sahabat-sahabat sedemikian adalah sahabat gila? Umat yang berhimpun bersama pada zaman baginda membentuk suatu masyarakat yang saling membantu serta saling memperkukuh bersama-sama menghayati ajaran Tuhan, adakah masyarakat sedemikian adalah masyarakat yang gila? Sehingga mereka membentuk suatu kehidupan bernegara yang mementingkan ikatan perpaduan sesama warganegara sekalipun berlainan agama, dengan kehidupan yang dijamin, terdapat sistem pengadilan dan sistem ekonomi serta sistem pertahanan yang kukuh dan sebagainya. Apakah benar itu kerja gila? Sekiranya agama Muhammad S.A.W. mengajar kita semua bagaimana caranya supaya seseorang sentiasa menang perjudian, sehingga mengakibatkan individu lxix terkejut menjadi kaya segera, itu barangkali kerja gila. Ataupun menggalakkan umatnya melakukan pergaulan

bebas supaya anak-anak luar nikah lebih banyak dilahirkan dan akhirnya ahli masyarakat tidak mengetahui nasablxxiii keturunan mereka (68:13), sehingga bapa saudara tidak mengenali anak saudara, saudara sekandung ibu atau bapa saling tidak mengenali sesama mereka, sehingga banyak penyakit-penyakit kelamin tersebar, itu baru barangkali kerja gila! Lihatlah kini apabila pengajaran yang tidak pernah dipaksakan kepada manusia, dijadikan sesuatu yang dibenci, Tuhan dimusuhi, kitab-kitab suci dikeji, di manakah lagi nilai kemanusiaan yang kononnya memiliki kecanggihan akal? 68:04 Muhammad RasululLah S.A.W. telahpun digelar AlAminlxii iaitu seseorang yang dipercayai lama sebelum masa kerasulan baginda sehingga semasa pembaikpulihan Kaabah. Baginda telah diberi amanah untuk meletakkan Hajarul Aswadlii kembali ke tempat asalnya daripada banyak antara pemuka-pemuka Quraisy. Tugas sedemikian adalah merupakan penghormatan besar masyarakat Arab Mekah pada ketika itu. Baginda merupakan seorang yang mengambil berat tentang nasib masyarakat, membantu golongan susah yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim serta miskin serta ringan tangan dalam memberi bantuan. Keunggulan akhlak baginda telah diiktiraflxxiv sebelum baginda dilantik sebagai rasul lagi. Kemudian baginda dituduh sebagai gila lantaran melaksanakan tugas dakwah yang diperintahkan Tuhan. Tuduhan sedemikian adalah bersebab. Dengan dakwah Muhammad RasululLah S.A.W, mereka mengetahui bahawa keberadaan mereka dalam kalangan masyarakat Makkah pada ketika itu akan tergugat. Bahkan mereka dapat

merasakan kepentingan perniagaan mereka juga tergugat disebabkan kerja-kerja dakwah. Dengan kekuatan pengaruh serta harta yang mereka miliki, mereka akan menentang dakwah RasululLah S.A.W. seberapa terdaya untuk menewaskan baginda. 68:05 Konsep Tunggu Dan Lihat Ayat seperti ini seolah-olah menganjurkan golongan yang beriman mengambil sikap tunggu dan lihat. Walhal golongan ingkar, mengambil sikap melihat sebenarnya melakukan apa jua yang terdaya untuk menghalanghalangi kerja yang dilakukan oleh golongan yang beriman. Orang-orang yang ingkar merancang dengan penuh ketelitian untuk menganiayai, memerangi serta merugikan golongan yang beriman dan perkara sedemikian berlaku sepanjang zaman. Sedangkan orangorang yang beriman sentiasa mematuhi dan menunggununggu arahan Tuhan dari sejak dahulu lagi sehingga mereka diperangi oleh golongan yang ingkar. RasululLah S.A.W. telah berlalu dan begitu juga khalifah-khalifahxl selepas baginda. Kini tiada lagi khalifahxl dan kesultanan yang sedia ada tidak berupaya menjagai umat ini sehingga sebahagian besar mereka diperangi oleh golongan yang ingkar. Sekalipun agama Islam telah tersebar, namun mereka kini seolah-olah semakin lemah ikatan perpaduan mereka, menunggumenunggu bencana sebelum bertindak sesuatu memperbetul keadaan. Belumpun umat ini hancur lebur, kini kita dapati hasil usaha golongan yang ingkar telah kembali kepada mereka. Sistem ekonomi mereka huruhara atas sebab pengamalan riba. Kehidupan sosial xxv

mereka tergugat sehingga meretakkan hubungan kekeluargaan. Maruah mereka rosak seolah-olah mereka anjing yang berkeliaran. Mereka ke hulu dan ke hilir menampakkan kehidupan mereka seolah-olah mereka itu manusia bebas tanpa sebarang panduan hidup. Mereka memulakan peperangan membunuh jutaan umat Islam, tetapi mereka juga menderita kerugian akibat belanja peperangan yang sangat besar dan mereka tidak pernah menang. Mereka terus masih berusaha dengan sepenuh harga kerana mereka menyedari peranan keingkaran sebenarnya amat-amat mempengaruhi tingkah laku manusia dalam memilih keimanan dan keingkaran. Manusia, Yang Memerlukan Petunjuk Tuhan Agama Islam tidak pernah dipaksakan kepada manusia sejak dari zaman RasululLah S.A.W. dan umat Islam sendiri tidak pernah dipaksakan mengekalkan pendirian mereka dalam agama ini. Mereka sebenarnya berhak memilih agama apajua yang mereka suka dan Tuhan membebaskan pilihan manusia atas perkara itu. Namun kesaksian manusia atas perkara-perkara yang berlaku akhirnya membuatkan mereka sendiri mengakui untuk menuruti suatu petunjuk dan memilih agama yang benar pada ukuran mereka. Sebagai contoh, apabila kekhalifahan Islam terakhir digulingkan, manusia tercari-cari sistem hidup sehingga dua tunjang sistem kehidupan utama telah muncul iaitu sistem demokrasi ix dan sistem komunis x. Dengan kejatuhan sistem komunis yang mengongkong akhirnya manusia memilih sistem demokrasiix. Namun sistem demokrasiix mendedahkan manusia kepada keporakan apabila salah laku orangorang tertentu, tidak dapat diadili dan menggugat sistem kehidupan manusia sendiri. Dengan memegang prinsip

hak asasi diri, manusia masih lagi terkial-kial dalam mendapatkan kehidupan yang bermakna. Golongan yang dhaifxli amat mudah dipengaruhi untuk mengikuti manamana ajaran dan kefahaman dan mereka akan memilih ajaran yang lebih bersifat membela. Kekekalan suatu sistem kehidupan tergantung atas nilai-nilai kebaikan namun setakat ini belum pernah ada suatu sistem yang meliputi seluruh manusia yang diakui dapat membela nasib kehidupan manusia itu sendiri dan juga alam ini. Dengan sistem demokrasiix dan ekonomi kapitalis, manusia dapat menyaksikan kerosakan demi kerosakan yang menggugat keselamatan kehidupan manusia. Adakah nasib akhir manusia seperti haiwan-haiwan yang memegang peraturan-peraturan tertentu semata-mata demi kendiri kehidupan mereka, sebelum mereka menyedari perlunya kembali kepada ajaran Tuhan? 68:06 Dengan mana-manakah (antara) kamu yang terkial-kial. Peraturan yang mudah. Mereka yang berpandukan dengan panduan Tuhan serta berhati-hati menjalani kehidupan dan mereka yang menjalani kehidupan tanpa panduan tertentu dan bertindak semahu-mahu mereka, siapakah antara mereka yang terkial-kial? Umat ini telah melalui masa pelemahan disebabkan mereka dalam keadaan jahil daripada petunjuk Tuhan. Kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya oleh golongan yang ingkar untuk memanipulasixi keadaan sehingga umat ini seolaholah telah kehilangan segala-galanya darihal penguasaan mereka dahulu dari sudut ilmu. Kebebasan mereka untuk mendapatkan pendapatan sara diri telah dikuasai secara sistematikxii oleh pihak lain, bermula daripada sistem kewangan, perniagaan hinggalah sistem pertanian.

Kebebasan mereka untuk mempelajari ilmu-ilmu agama daripada peringkat sekolah rendah hingga ke universiti, silibusxii pendidikan, juga dikuasai oleh golongan yang ingkar. Sehingga sekiranya umat ini perlu mempelajari Islam dari madrasah utama seperti universiti Al-Azhar, Mesir, mereka perlu menurut acuan silibus xiii yang ditentukan kuasa-kuasa lain seperti Yahudi dan Amerika Syarikat. Seolah-olahnya umat Islam kini adalah umat yang terkial-kial dalam berpenghidupan. 68:07 Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lebih mengetahui, terhadap sesiapa jua yang telah tersesat ia, dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui dengan orang-orang yang berpetunjuk. Perbezaan Orang Yang Telah Tersesat dan Orang Yang Berpetunjuk Orang yang telah tersesat adalah orang yang terkial-kial dan orang yang berpetunjuk adalah orang yang memperolehi nikmat Tuhan. Dalam kehidupan ini kita telah biasa dengan istilah ajaran sesat. Istilah sesat - adalah merupakan tuduhan ampuhlxxv yang digunakan pihak-pihak tertentu untuk menunjukkan bahawa pihak yang dituduh telah kafir atau syirik. Seolah-olah pihak yang menuduh itu tidak kafir dan tidak syirik. Tuduhan seperti ini sebenarnya telah muak didengari oleh banyak pihak. Pihak yang menuduh sendiri tidak pernah memberi contoh yang sebaik-baiknya sehingga umat ini dapat pembelaan. Mereka lebih selesa melaksanakan aktivitixix pencegahan berbanding pemulihan kerana

pencegahan memberi pulangan hasil atau sekurangkurangnya meningkatkan pandangan masyarakat bahawa mereka berada di pihak yang 'tidak sesat'. Tidakkah mereka mengetahui bahawa Muhammad RasululLah S.A.W, sekiranya tidak berpetunjuk dengan petunjuk Tuhan adalah Muhammad yang sesat 93:07 (,) suatu istilah yang datang daripada kata dasar kata kerja yang sama ?Dan baginda sebenarnya pernah melalui tempoh itu. Oleh itu istilah sesat perlu ditakrifkanxiv secara berhati-hati agar tidak menjurus kepada tuduhan sebagai pembawa ajaran 'sesat', syirik, tahyul atau perkara-perkara harut dan marut (karut mengarut) dan sebagainya. Kedua-dua ayat 93:07 dan 68:07 menyatakan dua istilah yang berlawanan. Iaitu lawan bagi ( yang tersesat) adalah (berpetunjuk) dan lawan bagi ( orang yang tersesat) adalah (orang-orang yang berpetunjuk). Oleh itu perkataan tidak memerlukan istilah lain contohnya 'yang tersalah jalan' sebagai ganti perkataan yang kononnya lebih sopan untuk ditujukan kepada Muhammad RasullulLah S.A.W., sekiranya tidak berpetunjuk dengan petunjuk Al-Quran. Hanya oleh kerana istilah 'sesat' telah menjadi mainan mulut, golongan-golongan tertentu untuk menyatakan 'kebenaran' pihak diri mereka! Wajarkah kita menyamakan 'sesat' itu adalah sesuatu ajaran yang menyamai ajaran menyembah berhala, membawa perkara-perkara tahyul, jampi serapah atau menyamakannya dengan ajaran 'kerajaan langit' atau amalan tawassul atau sebagainya? 'Sesat' haruslah difahami sebagai tidak berpetunjuk dengan petunjuk yang benar dan sebaliknya 'berpetunjuk' adalah mengambil panduan benar untuk sesuatu tujuan.

Siapakah dia yang dikatakan sebagai golongan yang sesat itu? Pertama : Golongan yang mendustakan. 68:08 Maka janganlah kamu mentaati golongan yang mendustakan. Perkataan bermakna telah mendustai ia. Iaitu suatu perbuatan sengaja. adalah merujuk kepada orang-orang yang (sengaja) mendustakan. Iaitu sengaja mengatakan sesuatu yang benar sebagai dusta, atau ia mengambil sikap mendustai terlebih dahulu sebelum meneliti sesuatu keterangan (68:15). Istilah adalah arahan Tuhan yang wajib dipatuhi. Jangan mentaati merujuk kepada perintah jangan mengikuti atau mematuhi terhadap arahan atau syor yang dikemukakan. Yang dilarang dipatuhi adalah golongan yang mendustakan. terdapat penerangan dalam ayat-ayat yang lain dapat diambil untuk dijadikan pengajaran. Siapakah ? Kedua : Mereka yang inginkan orang-orang yang beriman bersikap lunak. 68:09 Telah bercita-cita (besar) mereka, kiranya kamu berlaku lunakxv lalu mereka berlaku lunak. Lalu siapakah dia golongan yang mendustakan dan pada masa yang sama mahu orang-orang bersikap lunak? Iaitu mereka yang dapat melihat di sana ada kepentingan sekiranya mereka dapat menundukkan golongan yang beriman untuk menyertai mereka. Penyertaan boleh jadi darihal yang ada hubung kaitnya dengan perniagaan ataupun

kepentingan untuk mendapatkan sokongan politik, jawatan atau kepentingan-kepentingan yang lain. Bahawa mereka itu bercita-cita besar, menunjukkan mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya golongan yang beriman memihak kepada mereka dan mereka sebenarnya tidak inginpun untuk beriman. Sejarah menunjukkan kejayaan RasululLah S.A.W., yang berusaha mempraktikkanxvi ajaran Al-Quran, adalah merupakan ajaran yang sangat-sangat dibenci oleh golongan yang ingkar. RasululLah S.A.W. dan sahabatsahabat baginda tidak dapat 'dibeli' dengan harta serta pangkat demi untuk meninggalkan ajaran Tuhan. Masakan golongan ingkar bersedia membentangkan permaidani indah supaya golongan yang beriman merasa terhutang budi kepada mereka. Sebagai contoh, apabila musuh umat Islam iaitu Amerika Syarikat merasai bahawa mereka perlu melakukan sesuatu untuk mencengkam umat Islam, mereka merencana tipudaya supaya dapat menyerang Afghanistan, satu-satu negara umat Islam yang tidak pernah dijajahi sepenuhnya oleh mana-mana kuasa luar. Penyerangan mengakibatkan korban jiwa yang besar terhadap umat Islam. Sehingga ke suatu peringkat apabila belanja peperangan mereka terlalu besar, sebenarnya mereka sudah tidak sanggup untuk terus berada di negara berkenaan. Lalu mereka menawarkan pengampunan kepada pejuang-pejuang Islam supaya dapat menyertai mereka dalam pilihan raya yang mereka adakan. Gunanya adalah supaya Amerika Syarikat serta kepentingannya tidak akan diserang selepas ini. Adakah mereka, yang sejak awal-awal lagi mengambil sikap menolak petunjuk Tuhan secara terang-terangan dan melakukan pembunuhan beramairamai umat Islam apabila memperolehi peluang? Bahkan

musuh umat Islam ini harus diserang habis-habisan sekalipun mengorbankan seluruh jiwa raga umat ini. Sebenarnya sikap lunak mereka yang inginkan umat Islam lunak adalah petanda awal bahawa mereka tidak sanggup untuk terus menindas umat ini dan mula melembutkan pendirian kepada perdamaian sebelum nyata kemenangan golongan yang beriman. Sudah cukup pengajaran diperolehi atas keburukan pemerintahpemerintah umat ini yang amat tidak bertanggung jawab mengabaikan umat ini secara keseluruhan sehingga di kalangan umat ini telah terdapat golongan yang malu mengaku muslim. Ketiga : Setiap yang gemar bersumpah, menghina 68:10 Dan janganlah kamu mentaati setiap (individulxix) yang banyak bersumpah (lagi) menghina. Individu lxix yang banyak bersumpah, sekalipun tidak diasak untuk berbuat demikian adalah individulxix yang banyak berbohong. Tabiat bersumpah dituruti dengan sikap menghina adalah merupakan suatu tabiat yang biasa ditemui dalam kehidupan kita sehari-hari. Mengapakah seseorang itu perlu bersumpah? Yang demikian adalah untuk meyakinkan kepada pihak lain bahawa ia berada pada jalan yang lebih benar serta lawannya adalah merupakan pihak yang sentiasa berada pada jalan yang salah. Mereka sanggup mengambil sumpah-sumpah mereka sebagai pelindung sama ada sumpah itu benar atau dusta (63:02). Pada zaman ini, manusia secara umumnya sudah menganggap bahawa wang adalah segala-galanya dan segala-galanya memerlukan wang. Jalan untuk mendapatkan harta sama ada dengan jalan benar atau

jalan salah sudah tidak penting. Yang penting adalah memperolehi harta atau kedudukan walau dengan jalan apajua sekalipun. Mereka yang tidak sanggup melakukan kepalsuan sekali-kali tidak akan menikmati kehidupan yang mewah. Pada mereka ini, balasan akhirat itu kalau ada! Apabila harta dan kedudukan menjadi matlamat, kemanusiaan sudah tidak bererti lagi. Harta dan kedudukan telah mengambil alih tempat Tuhan, sehingga tiada yang lebih disayangi daripada Tuhan melainkan harta dan kedudukan. Matlamat kepada harta dan kedudukan melebihi matlamat kepada Tuhan. Akhirnya jalan bersumpah palsu sanggup diadaadakan dengan bermatlamatkan bahagian dunia. Keempat : Suka mencela, berjalan (ke hulu ke hilir) dengan perkhabaran. 68:11 Yang suka mencela, berjalan ke sana ke mari menyebarkan khabar berita. Sifat mencela dan sebabsebab seseorang itu mengambil pendirian suka mencela sebenarnya diterangkan dalam surah Al-Humazah yang ada hubung kaitnya dengan pemilikan harta. Dengan hartanya (kenderaannya) ia ke hulu dan ke hilir mendapatkan perkhabaran berita serta mencanangnya. Pada zaman ini, perkhabaran dapat berlaku dengan berbagai-bagai kaedah. Selain daripada perutusan melalui posmen, perkhabaran secara harian tercatat pada kertas-kertas akhbar yang dicetak dan diedarkan secara harian. Semuanya memerlukan pergerakan yang aktif. Secara khususnya ayat ini ditujukan kepada penceramahpenceramah atau wartawan-wartawan yang bergerak dari satu tempat ke tempat-tempat yang lain untuk

mendapatkan dan membawa khabar berita. Berita yang dibawa adalah berita tentang sumpahan dan tindakan menghina, banyak menyampaikan berita-berita dusta dan sebagainya. Corak Penyampaian Berita Masa Kini dan Bahaya Menerima Berita Kita dapati penguasaan berita dunia dikuasai oleh Yahudi melalui firma-firma perniagaan yang melibatkan komunikasi. Dalam menguasai perhatian orang ramai, mereka sanggup melaporkan berita-berita palsu yang sentiasa diulang-ulangkan. Mereka mempelajarinya daripada Hitler pada suatu masa dahulu bahawa kepalsuan yang diulang-ulangkan adalah suatu kebenaran. Untuk jangka pendek, berita sedemikian akan dianggap sebagai benar dan rakyat mereka akan menyokong polisilxxvi penguasa berita untuk suatu tempoh masa. Sebagai contoh, apabila mereka merencana peristiwa 11 September suatu masa dahulu, matlamat mereka adalah membunuh umat Islam seberapa ramai yang boleh. Media massa mereka segera melaporkan suatu tuduhan bahawa kejadian itu didalangi oleh 'pengganas' Islam dan penyampaian berita tentang kejadian letupan menara berkembar WTC dan pusat strategik yang lain, diulang tayang sehingga beberapa ratus kali. Penyaksian sedemikian akan segera dipercayai oleh rakyat Amerika Syarikat dan dunia pada keseluruhannya. Pihak kepimpinan mereka tidak memerlukan mandat rakyat untuk menyerang Afghanistan dan Iraq. Penyerangan berterusan sejak dahulu lagi yang mengakibatkan lebih sejuta kematian umat Islam telah berlaku sebagaimana yang dirancangkan. Selang beberapa ketika setelah kesahihan

peristiwa serangan 11 September dipertikaikan oleh ahliahli profesional dalam kalangan mereka sendiri, terbukti pentadbiran Amerika Syarikat tidak dapat mempertahankan tuduhan peristiwa berkenaan didalangi oleh umat Islam. Namun mereka tidak mempedulikan semua itu, yang pastinya mereka telah berjaya membunuh jutaan umat Islam di Afghanistan dan Iraq dan menguasai negara-negara berkenaan untuk memuaskan hati kejam mereka. Itulah satu-satunya matlamat mereka, sekalipun dengan cara menipu rakyat mereka sendiri. Kini musuh-musuh Islam berasa amat selamat kerana mereka menyangka mereka berjaya membatalkan perancangan Tuhan sebagaimana yang pernah dinyatakan dalam keterangan Al-Hadith tentang peristiwa akhir zaman. Fitnah terhadap pejuang-pejuang agama tempatan juga berlaku dalam bentuk provokasi xvii yang menampakkan seolah-olah pejuang-pejuang berkenaan adalah pembelot bangsa dan negara. Dengan demikian kedudukan pejuang-pejuang agama akan dimanipulasikanxi sebagai musuh rakyat. Selagi beritaberita berkenaan tidak menimbulkan kesan, langkah menghindari dalam membuat sebarang ulasan haruslah diambil kira. Oleh itu, umat ini perlu sensitif terhadap berita yang disebarluaskan kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah dalam kehidupan mereka. Mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga dan langkah perlu, untuk menghindari diri mereka daripada menjadi mangsa percaturan manifestoxviii pihak lain. Bukan dengan cara mengabaikan sahaja fitnah-fitnah berkenaan tetapi dengan cara yang amat berhikmah yang tentunya amat sukar dihadapi.

Kelima : Suka menegah kepada sesuatu kebaikan dan melampaui dalam dosa. 68:12 Yang menegah kepada sesuatu yang baik (serta) melampaui dalam dosa. Adalah tidak wajar untuk umat ini atau sesiapapun menuduh sesat terhadap golongan yang tidak menegah umat ini melakukan kebaikan seperti tidak menentang pembiayaan membina rumahrumah anak yatim, tidak menentang dalam mewujudkan pusat-pusat didikan kepada generasi muda dengan didikan agama dan tidak menentang dalam mengimarahkan masjid-masjid dengan majlis ilmu bagi menghampiri diri mereka kepada ajaran Tuhan. Yang wajar dituduh sesat adalah individulxix yang menentang sesuatu kebaikan itu dilaksanakan. Yang dikatakan individulxix yang sesat, sebagaimana yang dinyatakan dengan enam sifat dalam ayat-ayat ini, dapat dikenali dengan sifat melampaui dalam melakukan kerja-kerja dosa. Mereka yang merelakan diri mereka melakukan dosa secara berterus-terusan dan pada masa yang sama mengambil pendirian memusuhi orang-orang yang berusaha mematuhi ajaran agama, adalah wajar dilabelkan sebagai sesat. Tuduhan sesat tidak harus ditujukan kepada penganut-penganut sesuatu agama yang lain daripada agama Islam kerana label sedemikian akan menjauhkan mereka daripada mendengar ayat-ayat Tuhan. Termasuk yang sesat itu yang menegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara kebaikan , juga merujuk kepada harta pemilikan (70:21). Yang tertegah dengan harta pemilikan adalah mereka yang menolak untuk melakukan kebaikan dengan harta berkenaan seperti bersadaqah dan menggunakannya

secara sebaik-baiknya pada jalan Tuhan. Dalam surah Al-Maarij ada diterangkan salah satu ciri golongan yang tidak bersolah adalah mereka yang apabila telah menyentuh mereka perkara-perkara kebaikan seperti harta dan kedudukan, mereka menegah diri mereka daripada bersadaqah atau mengagihkan harta untuk sama-sama membantu umat. Keenam : Sangat keras, (adapun) sesudah itu, sangat diketahui kejahatannya. 68:13 Mengapakah Tuhan mengkhabarkan kepada kita tentang ciri-ciri golongan yang sesat ini? Mengapa tidak terus dihukumkan bahawa penyembah-penyembah selain Tuhan adalah sesat atau sesiapa sahaja yang tidak mengambil sistem yang Tuhan sediakan, adalah sesat? Apabila RasululLah S.A.W. dituduh sebagai sesat sehingga Tuhan menafikannya (68:02), lantas melalui ayat-ayatNya Tuhan tidak membalas kembali pengisytiharan sesat terhadap penuduh daripada golongan yang ingkar itu (68:06). Kemudian Tuhan mencirikan siapakah yang sebenarnya sesat berdasarkan ayat-ayat yang selanjutnya daripada itu? Dengan lain perkataan, perisytiharan sesat yang Tuhan tujukan adalah kepada sebahagian daripada manusia, yang antaranya bersikap sangat keras serta sangat-sangat diketahui kejahatannya. Dalam kalangan manusia yang sangat diketahui kejahatannya adalah seperti samseng yang hidupnya dilingkungi aktiviti-aktivitixix durjana, banyak menaja kerosakan dan melarang atau bertindak kepada manusia yang melakukan kebaikan. Di negara yang penguatkuasaan undang-undang tidak berlaku

secara menyeluruh, aktiviti samseng menjadi sesuatu yang lumrahlxxii didengari. Penguat kuasaan undangundang hanya ditujukan kepada golongan yang lemah sahaja disebabkan kedudukan serta kepentingan individulxix samseng berkenaan. Dalam terjemahan lain, dinyatakan sebagai tak tentu bapa. Iaitu menunjukkan individulxix berkenaan sebagai tidak diketahui nasablxxiii keturunannya. Mencari Golongan yang Sesat Enam ciri utama kesesatan yang dinyatakan dalam surah ini, tidak pernah menggambarkan bahawa mereka ini (1) mengamalkan ajaran 'sesat' seperti melakukan jampijampi serapah yang bukan-bukan, (2) mengajak manusia mengabdikan diri kepada selain daripada Tuhan, (3) menaja pembentukan kerajaan langit atau sidang parlimen roh, (4) melakukan peribadatan menyeru rohroh tertentu ataupun (5) menambah-nambah kalimah syahadahxlviii serta (6) melakukan amalan tawasul dan zikir tareqah sebagaimana yang biasa kita dengar tuduhan sesat yang dikeluarkan oleh pihak tertentu. Oleh itu, pertuduhan sesat harus didefinisikanxx dengan secara berhati-hati lantaran masyarakat telah terbiasa dengan tuduhan sedemikian sinonim dengan kufur dan syirik. Mengapakah pihak penguasa agama tidak benar-benar berkempen untuk menyedarkan muslimah yang diberi tanda pada dahinya dan mengahwini pemuda-pemuda Hindu serta beribadah di kuil-kuil sebagai individu lxix yang 'sesat', yang harus dipulih akidahnya? Sekiranya benar mereka memerangi ajaran-ajaran kerohanian yang dituduh sebagai sesat! Mengapakah mereka tidak mengeluarkan arahan kepada ahli-ahli jawatan kuasa masjid untuk mendapatkan senarai nama terkini mereka

yang masih mengekalkan pengamalan Islam dan seterusnya memberi peruntukan-peruntukan tertentu supaya tenaga mereka dapat digembleng lxxvii untuk tujuan dakwah? Bukan membiarkan suasana sedia ada berlaku sehingga akhirnya mereka dapati terlalu ramai penganut asal agama ini telah murtad memilih agama lain lantaran habuan dunia atau kekecewaan. Tumpuan kesesatan harus ditujukan kepada :Pertama adalah golongan yang mendustakan. Yang mendustakan bahawa Al-Quran adalah wahyu lxviii Tuhan kepada Muhammad RasullulLah S.A.W. yang harus sampai kepada setiap individulxix supaya mereka dapat beramal dengan perintah-perintah Tuhan. Yang mendustakan As-Sunnah adalah contoh-contoh pengamalan RasululLah S.A.W. dalam usaha menafsir Al-Quran pada diri baginda dan para sahabat. Kedua adalah mereka yang inginkan orang-orang yang beriman bersikap lunak lalu mereka akan bersikap lunak. Mereka yang mahukan agama adalah sesuatu yang menurut pandangan mereka dan bukannya mereka yang berpandangan dengan pandangan agama. Ketiga adalah kepada setiap mereka yang gemar bersumpah (lagi) menghina. Mereka yang menghina pengamalan agama dipraktikkanxvi dalam jabatan-jabatan dan institusi. Mereka ini tidak harus diberi tempat sebagai pemimpin sesuatu jabatan atau institusi. Keempat adalah kepada mereka yang suka mencela, berjalan (ke hulu ke hilir) dengan perkhabaran. Praktikxvi terhadap golongan ini adalah kepada wartawan-wartawan, juru-juru bicara yang suka mencela sama ada di layar televisyen, video atau sebagainya. Mereka ini menjadi sesat lantaran menghambur fitnah yang dapat merosakkan perpaduan

dalam masyarakat dan juga umat Islam. Kelima adalah kepada mereka yang suka menegah kepada sesuatu kebaikan dan melampaui dalam dosa. Mereka yang menghalang peruntukan zakat daripada sampai kepada pihak-pihak yang memerlukan (iaitu asnaf xxxix yang lapan itu), adalah merupakan mereka yang suka menegah kepada sesuatu kebaikan. Mereka ini dapat dilihat bermegah-megah dengan harta. Mereka yang bersifat sedemikian seharusnya dijadikan sasaran dakwah untuk memperbetul kesesatan mereka. Bukannya mengekalkan mereka dalam jabatan yang ada hubung kait dengan pengagihan wang zakat sehingga diserahkan kepada badan perniagaan sekalipun yang dinamai dengan nama Baitul Mal atau sebagainya. Keenam adalah kepada mereka yang bersikap sangat keras, (adapun) sesudah itu, sangat diketahui kejahatannya. Individu lxix inilah merupakan individulxix yang sesat yang harus diberikan kesedaran dan bukannya menuduh pihak yang menganjur kebaikan sebagai sesat walau sesiapapun jua. Keberadaan Umum Mereka Yang Sesat 68:14 Bahawa telah adalah ia memiliki harta dan anak-anak lelaki. Pemilikan harta amat-amat mempengaruhi jiwa seseorang. Orang yang mengetahui dirinya miskin, selalunya memilih merendah diri dan orang yang mengetahui dirinya me'miliki' harta atau kedudukan selalunya memilih kesombongan. Resipi xxix kesombongan dapat diperhatikan melalui tingkah laku dengan enam ciri yang dinyatakan. Ia menafikan bahawa harta adalah merupakan amanah Tuhan yang harus diserahkan kepada pihak-pihak tertentu atas lebihan harta

itu. Ia menegakkan pendirian selain harta, anak-anak yang berada di bawah jagaannya adalah miliknya dan bukan merupakan amanah Tuhan yang perlu dididik dan diberi ilmu pengetahuan untuk menjadi hamba Tuhan. Hanya Suatu Contoh Salah satu kaedah yang mudah memperolehi harta adalah melalui kerja-kerja kontraklxxi. Apabila seseorang diamanahkan untuk melakukan kerja-kerja tertentu sama ada melalui jalan permohonan tender atau pemberian terus. Kaedah memperolehi pekerjaan sedemikian selalunya melalui pelbagai cara, sama ada jalan benar atau melalui pintu belakang. Jalan benar memerlukan seseorang kontraktor itu memiliki kelayakan tertentu serta disokong dengan kekukuhan aset serta kecairan tunai tertentu. Namun atas sebab usaha-usaha sedemikian memerlukan persaingan yang tinggi, pengagihan seringkali memerlukan seseorang mendapatkan projek-projek kontraklxxi dengan jalan rasuah atau menggunakan saluran-saluran tertentu. Dalam hal yang sedemikian, kesesatan berlaku atas sebab-sebab pendustaan (68:08) dalam menyatakan kelayakan memperolehi projek. Projek-projek yang memerlukan kemahiran, pengalaman serta kelayakan tertentu seringkali diserahkan kepada mereka yang tidak berkelayakan sehingga mengakibatkan kelancaran projek-projek berkenaan mengalami masalah. Kejayaan mendapatkan projek diperolehi melalui pujuk rayu dengan cuba melunakkan hati pegawai-pegawai kerajaan berkenaan melalui habuan-habuan tertentu (68:09). Demikian itulah dua ciri kesesatan semata-mata bertujuan mendapatkan sesuatu projek iaitu melalui pendustaan yang disertakan dalam profail xxi syarikat dan

kaedah rasuah atau pujuk rayu untuk melunakkan hati seseorang. Untuk menutup tembelang bahawa projekprojek sedemikian diserahkan kepada individu lxix khusus, mereka mewujudkan sejumlah tertentu syarikat-syarikat lain yang sebenarnya di bawah penguasaan yang sama, untuk disertakan dalam tender terbuka. Syarikat-syarikat itu sebenarnya perlu diwujudkan melalui kaedah sumpah di hadapan pegawai undang-undang tertentu atau di hadapan kamar hakim dengan bayaran tertentu (68:10). Borang-borang tender pihak lain yang lengkap yang tidak harus dibuka melainkan pada hari pengundian, telah terlebih dahulu dibuka. Tujuannya adalah untuk mengetahui isi kandungan borang-borang pemohon tender daripada pihak lain, untuk dijadikan hujah penghinaan oleh individulxix yang akan diserahkan projek-projek berkenaan supaya permohonannya diluluskan. Hujah-hujah ini akan diguna pakai oleh pegawai-pegawai yang membuat penilaian demi mengelakkan keputusan yang akan dibuat kelihatan berbaur rasuah. Untuk menguatkan hujah, individu lxix berkenaan akan berjalan ke sana dan ke mari mendapatkan maklumat-maklumat bergambar dan berdokumen serta maklumat-maklumat pesaingnya untuk melaksanakan kerja-kerja memburukkan (68:11). Akhirnya ia akan memperolehi projek berkenaan setelah sejumlah besar wang perlu dilesapkan demi memperolehi projek. Ia kini menghadapi masalah untuk menjimat kos pembinaan dan ia tiada pilihan melainkan melakukan penipuan. Sejumlah wang yang seharusnya dapat digunakan dengan membayar gaji pekerja-pekerja tempatan dengan bayaran yang memuaskan mereka, terpaksa dilupakan dan tenaga pekerja asing dengan gaji lebih murah telah diambil bekerja. Rakyat tempatan

tidak memperolehi kebaikan semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan lantaran terhalang oleh polisi lxxvi rasuah yang tinggi (68:12). Sejumlah wang dialirkan keluar negara sama ada melalui pembayaran upah kepada pekerja-pekerja dengan permit atau tanpa permit, akhirnya mengakibatkan defisitxxii perbelanjaan dalam negara yang cukup besar sehingga menyusahkan kehidupan rakyat. Bagaimanakah ia mengurus pekerjaan mereka yang mengambil pekerja asing itu yang kurang memahami bahasa tempatan? Ia melayannya dengan menggunakan bahasa yang kesat dan kasar. Untuk mengekalkan kekuasaan perniagaannya agar tidak digugat oleh pihak saingannya, ia mendapatkan khidmat samseng-samseng yang melaksanakan tugas-tugas mengugut serta mengancam. Bahkan ia sendiri terancam akibat daripada kerja melewat-lewatkan gaji dan pembayaran kos-kos projek yang ia laksanakan dan sebagainya (68:13). Beginilah yang ia ulangi setiap kali ia berkehendak untuk menimbun-nimbun lagi pemperolehan harta. Semuanya ia lakukan lantaran penguasaannya terhadap harta dan disokong lagi dengan kehadiran anak-anaknya yang menyaksikannya yang diberikan tugas-tugas tertentu (68:14). Prinsip-prinsip amanah, kesungguhan dalam melaksanakan kerja serta bersikap berhati-hati yang harus diamalkan dilupakan begitu sahaja. Sama ada projek-projek berkenaan memberi kebaikan atau keburukan kepada alam sekitar dan manusia tidaklah ia pedulikan. 68:15 Apabila dibacakan ke atasnya ayat-ayat Kami, telah berkata ia, cereka-cereka silam. Para ilmuwan sendiri

mengakui bahawa prinsip-prinsip ilmu yang menjadi pengamalannya masa kini adalah merupakan sumbangan penemuan-penemuan masa silam. Kapal selam dicipta menggunakan prinsip Archemidisxliv, dikenal pasti sejak beribu-ribu tahun silam, sekalipun penciptaannya adalah sekitar zaman moden ini. Tetapi penemuan-penemuan silam ini tidak dihayati oleh golongan yang sesat. Apatah lagi untuk membicarakan tentang teknologi penghasilan pelampung medan adalah dianggap dongengan silam! Apakah ia akan mengambil berat terhadap gerak kerja pemulihan alam sekitar yang disampaikan secara terperinci melalui ayat-ayat suci? Mereka yang sesat ini sanggup menempuh huru-hara permasalahan akibat perubahan cuaca daripada berusaha mengambil langkah penyelesaian masalah sedemikian yang ada pengajarannya dalam kitab suci. Barangkali ia menganggap kaedah penyelesaian masalah perubahan cuaca daripada ayat-ayat suci Tuhan adalah ketinggalan zaman. Pernahkah ia sendiri mengusahakan sesuatu yang dapat memulihkan alam sekitar sekarang ini? Mungkin perkara sedemikian tidak penting baginya kerana pada anggapannya bencana itu tidak akan menimpa dirinya pada waktu ini. Apabila sampai bencana itu, yang akan menanggung derita itu adalah anak cucunya dan ia telahpun terlepas tanggungan itu akibat kematiannya. Lihatlah, apabila berlaku keruntuhan tanah seperti yang menimpa lebuhraya, keruntuhan bangunan-bangunan tertentu disebabkan tiada usaha mengambil panduan daripada ayat-ayat suci, mudah sahaja ia menuding jari kepada pihak berkuasa lantaran bajet pembinaan berkenaan yang tidak mencukupi atau menyalahkan jurutera-jurutera profesional yang dirasuahnya kerana meluluskan projek.

Golongan Yang Sesat Mudah Dikenal Pasti 68:16 Nanti Kami beri tanda akannya atas belalai. Individu lxix yang suka berkeliaran dalam masyarakat. Kelihatan individulxix ini kaya raya dengan pemilikan tertentu serta dituruti oleh ramai pengikut. Suka mencerca dan menghina dan diketahui keburukannya. Sebenarnya individulxix ini mencari pengaruh lantaran ingin mendapatkan kedudukan setelah ia menguasai harta. Individulxix ini bukanlah semestinya daripada kalangan pihak penguasa. Sekadar individulxix biasa yang cuba meningkatkan statusnya dengan 'memijak kepala' yang lain. Golongan yang beriman tidak perlu melayani kerenah individulxix seperti ini, biarkan sahaja perlakuannya kecuali perlu sedikit berhati-hati terhadap fitnah yang dihamburkan. Perkara kesesatan yang dilalui oleh individulxix seperti ini selalunya akan berkesudahan dengan terserlah kesalahannya dalam masa terdekat yang dapat diperhatikan oleh ahli masyarakat. Sesungguhnya setiap manusia sentiasa diuji Tuhan bukan sahaja terhadap golongan yang beriman. 68:17 Sesungguhnya Kami, telah pasti mendatangkan bala Kami akan mereka, sebagaimana telah mendatangkan bala Kami akan sahabat kebun, tatkala telah bersumpah mereka, benar-benar mereka menuai (hasil) daripadanya seawal-awal pagi. Demikian itulah kesombongan atas segolongan manusia yang menyangka akan menjadi kaya raya dengan hasil tanaman, sedangkan pemberian sedemikian adalah usaha Tuhan menumbuhkan tanam-

tanaman berkenaan. Mereka ini tidak memikirkan langsung untuk mengurangkan bebanan golongan yang menghadapi kesukaran hidup. Mereka menganggap golongan dhaifxli hanyalah merupakan golongan yang mendatangkan bebanan kepada mereka. Sedangkan Tuhan tidak menciptakan bumi ini semata-mata untuk mereka sahaja yang mendiami. Ketamakan Dalam Pekerjaan Bukan sahaja sebahagian manusia sungguh tamak darihal pekerjaan-pekerjaan ladang, bahkan mereka sangat tamak darihal pekerjaan perniagaan dan kerjakerja pembangunan. Dalam industri pertanian, mereka sanggup membunuh lebihan-lebihan hasil tani dan ternakan demi untuk mengawal harga pasaran. Mereka tidak bersedia bersadaqah terhadap lebihan hasil pekerjaan mereka. Akibatnya, golongan yang dhaif xli akan berusaha dengan apajua cara sekalipun demi mendapatkan makanan dan keperluan-keperluan yang lain sehingga mengakibatkan mereka dipergunakan untuk melakukan pekerjaan yang merosakkan. Di banyak negara, golongan dhaifxli terpaksa mengambil upah melaksanakan kerja-kerja di kilang-kilang perusahaan yang mencemari alam sekitar dan manusia, dengan bahan-bahan kimia tertentu, mengakibatkan perbelanjaan besar negara untuk tujuan pembersihan dan perbelanjaan kesihatan. 68:18 Dan tidak mereka menyisihkan, menyerahkan urusan mengikut ketentuan Tuhan. Tindakan sedemikian datangnya daripada sikap tamak mereka dengan hasil yang dijangka akan mereka perolehi. Sebenarnya

manusia hidup bermasyarakat dan keperluan bermasyarakat adalah suatu kewajiban. Dalam kalangan ahli masyarakat terdapat mereka yang kaya, ada juga yang sederhana dan ramai juga yang miskin. Sekiranya golongan yang mewah hanya mementingkan kemewahan mereka sahaja dan dengan sengaja mengabaikan golongan fakir dan miskin, akan wujud permasalahan sosialxxv yang menimpa umat. Sesungguhnya kefakiran menghampiri kekafiran. Kebanyakan mereka yang miskin tidak akan merayurayu golongan yang kaya dan mereka sanggup melakukan apa sahaja kerja yang dibayar upah. Di negara ini, tenaga kerja daripada pekerja yang datang daripada golongan miskin ditempatkan di kilang-kilang pelaburan asing yang mengupah mereka bekerja sebagai buruh sama ada buruh elektronik, buruh pembinaan atau buruh pembangunan intensif. Majikan-majikan itu tentunya mengarahkan mereka melakukan kerja-kerja yang banyak mengakibatkan kerosakan alam sekitar seperti projek-projek perumahan atau yang menggunakan bahan-bahan pencemaran tertentu seperti penggunaan plumbum, asid sulfurik dan bahan pencuci ammonia dari kilang elektronik atau pembikinan kenderaan. Pekerjaan sedemikian tidak harus dilakukan melainkan dengan cara yang cermat untuk tujuan mengurangi kesan pencemaran. Umat yang tidak dijagai oleh ahli masyarakatnya sendiri sebenarnya lebih terdedah kepada risiko tertentu yang mengakibatkan permasalahan sosialxxv berlaku. Apabila lebihan daripada kemewahan yang diperolehi diinfakkan xxiii pada jalan Tuhan, golongan fakir dan miskin akan terbela. Mereka tidak perlu melakukan jenayah semata-mata untuk mendapatkan makanan. Mereka tidak perlu menyamun

atau merompak semata-mata untuk mendapatkan wang yang mereka perlukan untuk membayar harga kenderaan atau rumah yang dibeli melalui kaedah riba pada saatsaat kegawatan ekonomi. Sesungguhnya Tuhan Maha Berkuasa mendatangkan bencana kepada hasil pekerjaan seseorang bahkan pada skala yang besar, Tuhan biasa mendatangkan bencana dalam bentuk banjir, ribut, taufan serta kemarau panjang. 68:19 Lalu telah memusing Ia atasnya suatu pusingan daripada Tuhanmu sedang mereka tidur. Perkataan adalah kata kerja bagi perkataan tawaf iaitu pusing. Kini aktiviti menuai telahpun menggunakan peralatan mesin yang melakukan pusingan untuk menuai dan membanting yang dengannya biji-bijian dapat diasingkan. Dalam terjemahan yang biasa didapati dinyatakan sebagai telah mendatangkan Ia atasnya bencana .... Namun yang menariknya, bencana sedemikian menyebabkan ladang mereka meninggalkan kesan seolah-olah hasil kebun berkenaan telah dituai! 68:20 Lalu telah menimpa ia seolah-olah suatu tuaian. Tuhan biasa mendatangkan bencana dalam bentuk belalang yang dapat memusnahkan hasil tanaman dalam masa yang singkat. Ataupun haiwan-haiwan yang dapat memakan dan memusnahkan hasil tanaman dengan cara lain seperti gajah, kera dan sebagainya. Demikian itu, bentuk bencana adalah lantaran sikap tamak pengusahapengusaha yang ingin membolot sepenuhnya hasil yang diusahakan. Wajarkah seorang yang berusaha itu, mahu

memonopolilxv segala-galanya, sedangkan hasil yang diperolehi adalah dengan kekuasaan Tuhan? Dengan contoh seperti ini, Tuhan sebenarnya mengajari golongan yang beriman bahawa penolakan daripada golongan yang sesat yang merasa bangga dengan kekayaan dan pemilikan ahli keluarga yang ramai sebenarnya merupakan kesombongan tak kesampaian. Mereka dengan kelebihan yang mereka miliki akan kecundang jua akhirnya dengan takdir Tuhan. Hendaknya golongan beriman bersabar dalam menghadapi mereka ini. 68:21 Lalu telah memanggil-manggil mereka seawal-awal pagi. Kesempatan masa yang dimiliki seawal-awal pagi sebegini adalah perancangan peladang-peladang bagi mendapatkan peluang meraih hasil tanpa diketahui oleh golongan yang berhak memperolehi bahagian sadaqah. Begitu juga kesempatan ruang yang menyediakan akaun pembayaran diperolehi pemegang-pemegang akaun, seawal-awal bulan, yang menerima pembayaran hasil kerja kontraklxxi yang disiapkan dan sebagainya. Mereka boleh merancang pelbagai tipudaya untuk mendapatkan habuan mereka. Begitu juga bendahari sesebuah institusi yang sanggup memendam sejumlah bayaran untuk tujuan lain, kemudian dilaburkan dalam satu institusi lain agar ia dapat memperolehi habuan keuntungan riba dan sebagainya. Mereka ini yang gemar mengambil kesempatan sebenarnya menyediakan diri dimusuhi oleh manusia dan dimurkai Tuhan. Lalu bagaimanakah sekiranya perancangan mereka menjadi sia-sia lantaran sikap mereka yang menyesatkan itu?

68:22 Bahawa (bersedia) waktu pagi kamu (adalah) atas ladangmu, sekiranya telah adalah kamu yang (mahu) menuai. Yang demikian itu adalah perancangan mereka yang cuba menafikan bahagian golongan yang lain. Mengapakah Sikap Tamak Wujud? Sikap tamak atau mementingkan bahagian diri adalah disebabkan menyayangi habuan dunia lebih daripada Tuhan. Lebih menyayangi sesuatu yang lain berbanding kesayangan terhadap Tuhan adalah merupakan kesyirikan. Menyingkirkan sikap sedemikian daripada diri seseorang bukanlah kerja yang mudah, walhal bukanlah Tuhan yang menghendaki supaya seseorang itu menyerahkan segala-galanya dalam tangannya melainkan sekadar lebihan daripada hartanya sahaja. Di sini seseorang teruji sama ada bersedia menyerahkan sesuatu yang disayangi untuk tujuan bersungguhsungguh pada jalan Tuhan atau sekadar kata-kata sahaja atau sekadar menunjuk-menunjuk seolah-olah seperti orang yang tekun beragama. Oleh itu memang kena tempatnya pengajaran ayat-ayat sedemikian, menjuruskan kepada pengenalan sikap sesat yang datang daripada kematuxxiv kesyirikan yang ada pada sebahagian manusia. Adakah kerana kemewahan hidup ia meninggalkan perintah Tuhan dan tanggung jawab bermasyarakat? 68:23 Lalu telah berangkat mereka sedang mereka bertakuttakut. bukanlah bermakna takut, lantaran mereka berangkat ke ladang mereka dengan sejumlah

orang tertentu yang seperti mereka. Mereka berangkat ke ladang mereka dengan cara berhati-hati terjenguk sana dan terjenguk sini, mengkhuatiri sekiranya perancangan rapi mereka diketahui oleh pihak lain. Salah satu sifat sesat yang ditonjolkan oleh manusia adalah tindakan mereka yang melakukan sesuatu perkara dengan mengumpulkan individu-individulxix tertentu, melakukan perancangan rapi sambil menunjukkan sifat takut-takut mereka, mengkhuatiri rahsia perancangan mereka diketahui oleh pihak lain. Dan lviii apabila mereka melaksanakan sesuatu, mereka akan menghindari diri daripada orang-orang tertentu dan kadangkala menunjukkan sikap cuba berahsia terhadap sesuatu. Ayat yang seperti ini dapat memberi penjelasan kepada kita secara umum bahawa semuanya disebabkan terlalu mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikir akibat besar yang akan menimpa mereka kemudian hari. Pengajaran yang diperolehi daripada ayat Tuhan sebenarnya menjurus hakikat perkara yang akan berlaku. Bencana mungkin tidak akan berlaku serta merta tetapi apabila sampai masanya kesannya amat memudharatkan. 68:24 Bahawa sekali-kali tidak mereka memasuki akannya pada hari itu atas kamu oleh orang-orang miskin. Ramai daripada rakyat jelata, pada keseluruhannya adalah daripada golongan yang miskin. Danlviii ramai daripada golongan yang berada adalah mereka yang berkedudukan yang memperolehi pembayaran gaji atau projek-projek dan juga mereka yang menguasai badanbadan perundangan serta kedudukan politik yang tinggi. Mereka ini adalah pihak yang wajar bertanggung jawab

terhadap keadaan sosialxxv masyarakat. Namun selalunya. apabila terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan, yang menganggap amanah politik adalah habuan, akan muncul pihak-pihak tertentu yang akan berkata-kata bagi pihak rakyat ataupun golongan miskin, sehingga mengakibatkan golongan penguasa membuat sesuatu untuk mengukuhkan cengkaman kuasa politik mereka. Dengan ini mereka terpaksa merencana serta berpakat untuk menjatuhkan kedudukan atau menghilangkan jawatan amanah yang telah diserahkan kepada pihak-pihak tertentu. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan sokongan pihak-pihak berkepentingan dari sesebuah institusi kerajaan. Sogokan habuan tertentu dikeluarkan untuk menutup apa jua salah laku daripada dibangkitkan di mahkamah atau diketahui oleh rakyat umum. Sudah tentu peruntukan untuk rakyat umum akan berkurangan dan dengan demikian sedikit sebanyak menimbulkan permasalahan dalam kehidupan rakyat. 68:25 Telah berpagi-pagi mereka atas kegusaran yang (mereka) kuasai. Mengeluarkan zakat adalah perintah Tuhan dan menghalangnya daripada sampai kepada yang layak adalah suatu kesalahan. Oleh yang demikian, merancang untuk menolak perintah Tuhan, akan menimbulkan kegusaran di pihak mereka sendiri akhirnya. Demikian itulah Tuhan menyediakan rasa bersalah di hati pelaku-pelaku yang melakukan kesalahan. Demikian itulah yang mereka rancangkan dan demikian itu juga mereka menghadapi kegusaran sekiranya perancangan mereka diketahui oleh pihak lain.

Golongan Sesat dan Perancangan Ketamakan Mereka Kita dapati masalah yang rencam pada waktu ini melibatkan amanah yang dipertanggung jawabkan kepada pihak-pihak tertentu dalam pengurusan pengagihan zakat. Kutipan zakat sebenarnya harus digunakan sepenuhnya untuk kegunaan asnafxxxix yang lapan. Antaranya termasuklah fakir, miskin, ibnu sabil, si berhutang yang diberati, yang dijinakkan hati, yang mengutip zakat, serta anak-anak yatim. Tuhan tidak pernah menyatakan peruntukan zakat harus digunakan untuk didirikan pusat-pusat rawatan kesihatan, diperniagakan melalui pelaburan tertentu untuk menambah-nambahkan lagi jumlah atas kutipannya, bahkan tidak juga harus dijadikan peruntukan untuk pembangunan masjid. Sebagaimana zakat diambil dari tangan pengeluar zakat maka zakat perlu diserahkan ke tangan penerima zakat, asnaf xxxix yang lapan itu dan bukannya asnafxxxix yang lain. Zakat (yang diistilahkan sebagai sadaqah) diperintah Tuhan untuk diambil oleh RasullulLah S.A.W. melalui wakil-wakil yang dilantik oleh baginda. Selepas RasullulLah S.A.W, maka pengganti-pengganti baginda harus melaksanakan tanggung jawab memungut zakat, juga melalui pegawaipegawai lantikannya. Pada satu-satu masa dan satu-satu tempat, perintah mengutip zakat hanya boleh dilaksanakan oleh satu pihak sahaja. Selepas RasullulLah S.A.W. adalah khalifah melalui wakil-wakil baginda dan selepas khalifah yang terakhir, yang telah digulingkan oleh Mustafa Kamal At-Tarturk, maka tanggung jawab mengutip zakat haruslah dilaksanakan oleh Yang Dipertuan Agong melalui sultan-sultan setiap negeri, melalui pegawai lantikan Majlis Agama Islam

Negeri-negeri. Oleh kerana terdapat pengagihan kuasa antara Yang Dipertuan Agong yang hanya terhad atas perkara-perkara agama dan adat dan juga Kerajaan Pusat melalui kementerian atas perkara-perkara lain, maka hak memungut atau mengagihkan zakat tidak harus diagihagihkan antara Yang Dipertuan Agong dan kementerian melalui Jabatan Agama Islam Negeri yang dilantik di bawah Kerajaan Negeri. Kutipan atau pengagihan zakat yang terpecah dua antara majlis dan jabatan menyebabkan perintah mengutip zakat yang wajib tertakluk di bawah satu pengawasan iaitu Majlis Agama Islam, telah tidak berlaku secara menyeluruh. Jabatan sebenarnya tidak pernah menerima tauliah secara terus daripada Yang Dipertuan Agong dan jabatan hanya melapor kepada kementerian dan bukannya kepada Yang Dipertuan Agong. Kita tidak menyatakan bahawa restu kementerian adalah restu Yang Dipertuan Agong sekalipun kuasa Yang Dipertuan Agong melantik kementerian untuk mengurus negara atas perkaraperkara yang tiada kaitan dengan 'agama' dan adat. Buktinya, Yang Dipertuan Agong tidak harus masuk campur dalam urusan politik yang menjadi tunggak pentadbiran kerajaan dan kementerian tidak boleh masuk campur urusan Yang Dipertuan Agong dalam hal ehwal istana, agama dan adat. Yang menjadi masalah adalah, apabila kutipan atau pengagihan zakat telah dilakukan oleh pihak jabatan dan peruntukan zakat telah diserahkan kepada asnafxxxix tambahan yang lain seperti perbadanan Baitul Mal yang merupakan suatu badan perniagaan didaftarkan di bawah pentubuhan pendaftar. Secara langsung, urusan zakat telah diambil alih daripada kuasa pengurusan mutlak Yang Dipertuan Agong kepada kuasa pengurusan teragih antara Yang

Dipertuan Agong dan kementerian. Perbadanan Baitul Mal telah memperuntukkan peruntukan zakat yang diserahkan kepadanya, untuk membina prasaranaprasarana seperti pusat rawatan kesihatan dan institusi pengajian di bawah urusan perbadanan Baitul Mal. Bahkan juga untuk tujuan pelaburan dengan syarikatsyarikat yang tersenarai di bursa saham, kilang-kilang pembuatan dan sebagainya atau untuk dijadikan sumber bantuan pinjaman kepada peniaga-peniaga serta peruntukan membaik pulih masjid-masjid dan surausurau. Apabila kehidupan umat tidak terbela dengan peruntukan yang seharusnya diperolehi, maka mereka akan berkhidmat dengan majikan-majikan yang tidak seagama. Mereka akan terdedah dengan dakyah serta pembelaan daripada pihak luar dan dengan ketiadaan program-program kerohanian agama Islam akhirnya mereka akan hanyut dengan suasana masyarakat. Sekiranya anak VVIPxxvi sendiri berjaya memurtadkan ratusan muslimah yang lain, apa lagi yang akan tinggal pada generasi akan datang selain daripada kecelaruan identiti dan pegangan. Malang sungguh umat ini, sebahagian wang peruntukan negara umat Islam ini telah digunakan untuk memurtadkan umat ini juga. Perangkaan menunjukkan jumlah yang telah murtad daripada umat ini telah mencapai ratusan ribu orang dan majoritinya adalah muslimah. Demikian itu adalah disebabkan amanah kutipan dan penyerahan zakat telah diserahkan kepada golongan yang bukan ahlinya yang menjadi suatu tanda yang pasti, menjelang hari As-Saah. Sebenarnya, apakah yang diingini oleh golongan yang sesat ini dalam menguruskan wang zakat? Adakah mereka mahu menjadi pejuang-pejuang agama yang ingin menunjukkan jasa membantu pembangunan masjid

melalui peruntukan zakat yang dirompak itu? Adakah itu caranya untuk mendapatkan sokongan politik yang diperolehi daripada peti-peti undi? Malang sungguh umat ini, bukan sahaja harta mereka tersalah dizakatkan, bukan sahaja mereka telah diperbodohkan, bahkan agama mereka turut diperbodohkan. Kumpulan yang murtad daripada penganut asal umat Islam, bersama pejuang-pejuang agama mereka, akhirnya membentuk suatu kumpulan pendesak dalam komponen parti pemerintah. Mereka meminta sesuatu yang amat merbahaya kepada pemimpin-pemimpin negara ini supaya agama mereka dijadikan agama rasmi negara, sesuatu yang bertentangan dengan kontraklxxi sosialxxv yang mereka persetujui selama ini. Kemudian mereka mendesak lagi kaum mereka diiktiraf lxxiv sebagai kaum bumiputera demi mendapatkan status istimewa dalam negara ini. Kegagalan menuruti kemahuan mereka akan mengakibatkan kepimpinan negara ini kehilangan kuasa suatu masa nanti. Menuruti kemahuan mereka pula akan mengakibatkan kepimpinan negara ini hanya seperti kuda tunggangan yang akan ditentang oleh rakyat. Akhirnya Golongan Sesat Menyedari Kesesatan Mereka Sendiri Apakah sebabnya golongan sesat, iaitu yang memiliki kepentingan harta, kedudukan dan sejumlah anak-anak serta pengikut, sejak awal-awal lagi menolak petunjuk Tuhan? Mereka melihat status diri mereka lebih tinggi berbanding status yang lain, dengan mudah memandang rendah manusia lantaran kemiskinan mereka. Menolak untuk mengagihkan zakat sepenuhnya dan tidak peduli akan nasib si miskin! Akhirnya kejatuhan menimpa mereka di atas sikap mereka sendiri (92:11).

68:26 Maka tatkala, telah melihat mereka akannya, telah berkata mereka, sesungguhnya kami, benar-benar orangorang yang sesat. Adakah mereka mengatakan mereka telah tersesat jalan? Mereka pada jumlah yang ramai wajarkah tidak mengetahui di manakah kebuh-kebun mereka berada? Mereka bukan mengakui sebagai orang yang tersesat jalan, tidak sampai ke tujuan, tetapi mengakui telah mengambil pendirian sesat sehingga mereka tidak memperolehi apajua yang mereka usahakan. Demikian itu adalah suatu pengajaran silam, supaya golongan pendakwah tidak melabel terus golongan sesat yang tidak mahu menerima seruan Tuhan melalui Al-Quran, sebagai golongan yang ingkar berterus-terusan. Suatu masa nanti, dengan perencanaan Tuhan, mereka akan jatuh akibat perlakuan mereka kesan daripada pengamalan mereka yang dalam kesesatan itu. Kesedaran akan berlaku terhadap kebanyakan mereka yang mengampu pemerintah yang merasakan kedudukan diri mereka lebih istimewa dengan pemilikan harta dan sebilangan anak-anak. Kesedaran akan sampai kepada mereka untuk kembali kepada jalan Tuhan. Pemimpin-pemimpin mereka berada dalam keadaan amat tergugat. Sehingga suatu masa, mereka melihat keperluan penyatuan parti-parti umat sebangsa mereka. Malangnya, ramai daripada anak bangsa mereka telah murtad dan mahukan pergabungan akan benar-benar memberi keuntungan yang memihak kepada mereka, demi kebebasan beragama, mereka mahukan hak untuk memurtadkan lebih ramai umat Islam. Lalu muncullah pejuang-pejuang di bawah nama pertubuhan 'kebajikan' untuk memperbetul keadaan

memulakan huru-hara dalam kalangan rakyat. Yang mereka mahukan adalah dharurat, sehingga mengakibatkan keadaan ekonomi meruncing. Pemerintah terpaksa mengeluarkan biaya secara terus untuk memulihkan kembali sokongan rakyat. 68:27 Bahkan kami yang terlarang. Terlarang daripada mendapatkan bahagian daripada semua hasil usaha mereka. Apabila berlaku huru-hara, golongan yang beriman tidak harus masuk campur. Mereka harus meneruskan kerja-kerja mereka menyampaikan dakwah Tuhan. Kebergantungan tidak harus diletakkan pada wang ringgit. Usaha-usaha perladangan dan penternakan adalah merupakan usaha yang dituntut, haruslah dimulai sejak awal-awal lagi. Kesan kegawatan keamanan adalah peningkatan perbelanjaan keamanan. Pelabur-pelabur akan lari meninggalkan negara ini dan aktiviti ekonomi akan berkurangan. Banyak daripada bahan-bahan keperluan yang diimport akan meningkatkan defisit xxii perbelanjaan dengan ketara. Nilai wang menjadi sangat mengecil dan penyimpan-penyimpan wang di institusiinstitusi kewangan mengalami kerugian serta kekecewaan. Mereka sanggup mengeluarkan wang seberapa banyak yang boleh, untuk dilaburkan di luar negara dan kesannya adalah inflasi xlii tidak terkawal serta kejadian jenayah yang meningkat. Apa lagi yang boleh diharapkan daripada pelaburan perindustrian? Pemberontakan dan peningkatan jenayah memaksa pemerintah terpaksa mengeluarkan arahan dharurat untuk mengukuhkan cengkaman kuasa. Tentera mengambil alih pentadbiran negara.

68:28 Telah berkata ia oleh yang paling pertengahan (daripada) mereka, adakah telah tidak aku berkata kepada kamu, mengapa tidak kamu bertasbih? Dalam kalangan golongan berkepentingan terdiri daripada yang berpengetahuan agama. Mengakui kekuasaan Tuhan atas segala sesuatu. Yang hanya mampu memberi nasihat dengan cara lemah lembut, yang selama ini lebih mengambil sikap merendah diri. Mereka mengingati kembali betapa Tuhan Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu dan mendatangkan akibat yang besar. Namun golongan yang sesat itu tidak meyakini ancaman Tuhan sejak dari mulanya. Mereka lebih gemar menanti sesuatu bencana yang besar lalu menyatakan perkara sedemikian terjadi disebabkan oleh fenomena alam atau pergolakan sosialxxv. Rujukan apakah yang harus mereka akui bahawa kesan perbuatan mereka itu sebenarnya sentiasa ada dalam catatan pengajaran daripada kitab suci? Mahu atau tidak, mereka perlu kembali kepada pengajaran AlQuran. Mereka perlu merenung pengajaran suci pada suatu sudut pandangan yang lain, yang bukan pandangan yang mereka fahami selama ini. Dari situ ahli-ahli akademi agama akan dapat melihat kebenaran dan kesilapan mereka, begitu juga usahawan-usahawan dan ahli-ahli politik yang dahulunya sentiasa megah dengan pembinaan prasarana rumah-rumah ibadat tanpa mereka sama-sama dapat memakmurkannya sehingga memenuhi ruang-ruang solah setiap kali solat fardhu dilaksanakan. 68:29 Telah berkata mereka, Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami, telah adalah kami, orang-orang

yang zalim. Ayat Tuhan menyatakan golongan yang sesat ini sebagai golongan yang zalim. Akhirnya mereka akan mengakui kezaliman mereka. Terdapat banyak pengajaran ayat Al-Quran yang menjurus kepada penafsiran terhadap golongan yang zalim. Menyayangi sesuatu lebih daripada kesayangan kepada Tuhan adalah suatu bentuk kesyirikan dan kesyirikan adalah merupakan suatu kezaliman yang besar (31:13). Tidak berhukum dengan hukum Tuhan juga suatu kezaliman. Enggan bersadaqah bererti melanggar hukum Tuhan. Khalifah Abu Bakar R.A. pernah memerintahkan perang ke atas golongan yang enggan mengeluarkan zakat, yang merupakan sadaqah yang wajid diserahkan. Mereka yang mengingkari sadaqah adalah golongan yang membeza-beza antara perintah solah dan zakat. Kesedaran terhadap salah laku mereka akan sampai masanya. Adakah mereka termasuk yang terlambat dalam memperbetul keadaan? Panduan manakah yang akan mereka cari? Adakah melalui kefahamankefahaman hukum yang mereka dapat pelajari daripada 'ulama-ulama' mereka, yang dahulunya sentiasa meredhai amalan-amalan kedurjanaan mereka, dapat diharap untuk memperbetul keadaan? Apakah faedahnya pelajaran tinggi 'ulama-ulama' mereka selama ini, yang memperolehi pengiktirafanlxxiv dari universiti-universiti Islam di negara-negara sekular, dapat diguna pakai, pada masa gejala riddahlix menjadi bersangatan? Adakah katakata suci 'ulama' mereka dapat dijadikan panduan memulihkan suasana masyarakat serta kestabilan negara? Di manakah roh pengajaran agama yang harus terbit daripada pengajaran 'ulama-ulama' sedemikian, sekiranya ulama-ulama itu sendiri diberi gaji hasil

daripada kutipan cukai daripada aktiviti riba atau aktiviti maksiat? Pemakanan mereka dari sumber yang buruk pasti mewujudkan kesan keburukan berpanjangan dalam perlakuan mereka. Bukankah RasullulLah S.A.W. pernah berpesan bahawa akan terdapat ulama-ulama akhir zaman yang merupakan seburuk-buruk ulama di bawah kulit langit? Islam hanya tinggal pada nama, AlQuran hanya tinggal resam. Pendiri-pendiri Al-Kitab dan As-Sunnah pada waktu itu, ganjaran mereka adalah lima puluh kali ganda. Berbanding dengan usaha sahabat RasululLah S.A.W., ganjaran mereka menjadi lima ratus kali ganda. 68:30 Maka telah menghadap sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, mereka saling mencela. Umat mencela pemimpin lantaran tidak mengagih peruntukan zakat sebagaimana yang diperintah Tuhan. Pemimpin mencela ulama lantaran mengharuskan kerja-kerja mereka mengalihkan peruntukan zakat untuk tujuan lain daripada yang diperintahkan Tuhan sekalipun untuk tujuan yang kelihatannya baik pada agama seperti pembangunan masjid dan prasarana-prasarana yang lain. Sehingga nasib umat tidak terbela. Ulama mencela umat kerana tetap memberi sokongan 'padu' kepada pemimpin sedemikian atas kejahilan mereka sendiri. Umat mencela kembali ulama, lantaran mengabaikan tanggung jawab untuk memberi pengajaran yang benar sebagaimana yang diperintahkan Tuhan, supaya mereka dapat memilih pemimpin yang benar. Ulama kembali mencela pemimpin lantaran cengkaman pemimpin ke atas mereka supaya berkata-kata dan berhukum bagi pihak pemimpin, diugut dengan perlepasan jawatan, seolah-

olah rezeki ditentukan oleh pemimpin. Pemimpin pula mencela umat lantaran sokongan padu mereka sekalipun mereka merupakan pihak yang bersalah. Umat kembali mencela pemimpin, disebabkan tipu daya pemimpin, serta kempen mereka siang dan malam, memperdaya mereka menjauhi diri daripada pengajaran Tuhan. Pemimpin kembali mencela ulama, lantaran meletakkan kepercayaan kurniaan rezeki di tangan mereka dan bukannya kepada Tuhan, yang merupakan suatu pendirian mempersekutu Tuhan, sehingga sanggup mengenepikan perintah Tuhan. Seterusnya ulama mencela umat, walhal mereka harus mengambil tanggung jawab menyampaikan ayat-ayat Tuhan secara yang benar dan berani. Cela-mencela sesama mereka lantaran kerja-kerja sesat yang mereka semua lakukan. Begitulah mereka cela-mencela berterusan sehingga dalam keadaan terdesak dan di neraka, masih mereka cela-mencela. 68:31 Telah berkata mereka, aduhai malangnya kami, sesungguhnya kami, telah adalah kami golongan yang melampau. Mengapa mereka tidak mahu berzakat atau bersadaqah atau menyelewengkan peruntukan sadaqah daripada kutipan zakat, sedangkan peratusan zakat hanyalah 2.5% daripada harta yang umat perolehi. 2.5% daripada perolehan umat diambil untuk diagih-agihkan kepada golongan yang wajib menerimanya. Amat melampau mereka mengambil peruntukan yang sedikit itu, demi kepentingan diri mereka sendiri. Sememangnya Tuhan mencipta manusia bersifat suka membolot disebabkan sifat keluh kesah, gelisah dan menegah. Dalam hal yang sedemikian maka tidak hairanlah urusan

dunia ini selalu direbut oleh golongan yang sesat. Mereka mundar mandir membawa kempen yang merosakkan umat. Beginilah kaedahnya Tuhan menempatkan golongan yang beriman daripada umat ini dalam keadaan kekurangan supaya mereka sentiasa merendah diri mereka di hadapan Tuhan. 68:32 Mudah-mudahan Tuhan kami, bahawa Ia menggantikan akan kami yang lebih baik daripadanya, sesungguhnya kami kepada Tuhan kami, yang mengharap pengembalian. Namun adakah memadai dengan mereka bersedia mengharapkan yang lebih baik darihal kurniaan Tuhan? Mereka harus mengharapkan kurniaan yang baik melalui pengorbanan harta dan diri mereka kepada Tuhan. Begitulah keadaan Nabi Ibrahim A.S., yang sanggup melakukan pengorbanan besar daripada yang sangat-sangat disayanginya. Danlviii sesiapapun akan 'raghiba' atau termotivasi xxvii kepada Tuhannya (94:06) seperti mana cara Nabi Ibrahim A.S. (2:130) melainkan mereka yang memperbodohkan diri mereka sendiri. Tuhan telah memilih Nabi Ibrahim A.S. sebagai peneraju umat ini dan juga Nabi Ismail A.S. yang mempersediakan diri dikorbankan. 68:33 Seperti itulah siksaan dan pastinya siksaan di akhirat adalah lebih besar, kiranya telah adalah mereka, mereka mengetahui. Himpunan ayat adalah bermula daripada ayat pertama sehingga ayat ke 32 ini. Pengajaran secara

umumnya, Tuhan memberitahu tentang erti merujuk kepada golongan manusia yang terkial-kial iaitu yang menuduh RasullulLah S.A.W. dan orang-orang yang beriman sebagai sesat. Telah menjadi sebutan lidah manusia merujuk sesat kepada yang tidak sealiran kefahaman dengan mereka walhal yang diajar Tuhan, istilah sesat tidak harus disebut sebegitu. Terdapat enam (6) sifat utama golongan yang sesat yang semuanya dapat dibaca daripada bahagian awal surah ini. Semua yang sesat ini merujuk kepada mereka yang berharta diikuti dengan pemilikan anak. Mereka amat berbangga dengan keberadaan mereka sehingga sanggup menafikan hak golongan yang kekurangan dan orang-orang miskin. Bahagian yang harus diserahkan kepada golongan yang susah, diabaikan sama ada secara kecuaian atau melalui cara yang sistematik. Kesudahannya, mereka yang sesat ini tidak memperolehi apa-apa bahagian yang mereka rancangkan. Barulah mereka mengakui kesesatan serta kezaliman mereka. Perkataan lawan bagi yang dikaitkan dengan kesesatan, adalah iaitu golongan yang berpetunjuk. Berpetunjuk adalah mengambil panduan Tuhan dalam berpenghidupan. Mereka yang berpetunjuk, menunjukkan sikap sanggup berkorban demi menuruti jalan yang diredhai Tuhan. Akibat Besar Kesesatan Kesesatan yang dinyatakan dalam surah ini adalah tentang pengurusan harta. Jelasnya pada zaman ini kepentingan harta adalah sangat ketara. Walaupun harta bukanlah segala-galanya namun segala-galanya memerlukan harta. Kerana harta manusia sanggup menyamun untuk menyelamatkan pemilikan riba. Tatkala ekonomi gawat, mereka masih perlu membayar

hutang bulanan yang dibeli dengan kaedah riba, sekiranya gagal, pemilikan mereka terhadap harta berkenaan akan lenyap begitu sahaja. Di negara ini tiada kaedah sistem bantuan terhadap mereka yang bermasalah seperti ini, bahkan di mana-mana juapun. Oleh itu sistem riba wajar dihapuskan sama sekali. Menghalang peruntukan zakat daripada sampai ke tangan mereka yang berhak adalah suatu kesalahan jenayah. Mereka yang fakir dan terdesak mungkin sanggup membuat keputusan menukar agama lantaran amat-amat memerlukan pembelaan. Dengan sebab bilangan murtad telah mencapai jumlah ratusan ribu bahkan mungkin mencapai setengah juta, mereka ini akan membentuk kumpulan terbesar bersama penganutpenganut asal agama berkenaan, mengasak pemerintah membenarkan mereka terus mengadakan kempen pemurtadan. Pelanggaran kontraklxxi sosialxxv berlaku dan mereka telah menuntut menggunakan istilah-istilah tertentu dalam agama supaya agama mereka tampak seperti agama Islam. Antara perkara pasti yang tidak dapat dibendung adalah tindakan huru hara yang akan dicetuskan oleh ahli-ahli pertubuhan kebajikan yang akan memusnahkan rumah-rumah ibadat agama-agama lain, yang merupakan suatu kelarangan dalam agama. Kesesatan seperti ini akan mengakibatkan suatu masa nanti sokongan rakyat dalam mengukuhkan parti pemerintah akan terjejas teruk, diikuti dengan masalah kestabilan politik yang tidak boleh diharap. Di negara yang polisilxxvi ekonomi sangat diharapkan bergantung kepada pelabur-pelabur asing dan bukannya dengan keupayaan sendiri negara, pelabur-pelabur menjadi penentu kepada kestabilan ekonomi. Jatuhnya prestasi lxx ekonomi akan menimbulkan suasana yang berlaku

seperti sekarang ini apabila penjenayah menjadi raja yang menyebabkan kadar peningkatan jenayah meningkat dengan ketara. Kes kematian akibat pembunuhan berlaku hampir setiap hari dan rakyat hidup dalam kebimbangan. 68:34 Sesungguhnya, bagi golongan yang berhati-hati, di sisi Tuhan mereka, kebun kenikmatan. Golongan yang berhati-hati menyedari bahawa yang dinyatakan pemilikan dalam tangan mereka adalah merupakan amanah Tuhan. Tuhan menguji mereka untuk mentadbir sejumlah harta dalam perkiraanNya. Mereka berhati-hati terhadap harta yang mereka belanjakan. Mereka mengelakkan perniagaan berunsur riba yang memudharatkan itu. Mereka tidak akan tersesat dengan sistem riba sehingga menggagalkan mereka bersadaqah dan berjihad pada jalan Tuhan. Dengan suasana semasa yang penguasaan golongan yang ingkar lebih terzahir dalam pentadbiran di bumi ini pada masa ini, mereka lebih menonjolkan sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan riba. Mahu tidak mahu, umat ini dalam keadaan terpaksa, menerima cara percaturan ekonomi sedemikian. Sistem kapitalis mendedahkan kepada pemilikan tidak terbatas menurut kemahuan seseorang, asalkan mereka sanggup membayar harga melebihi harga yang ditawarkan. Akibatnya, pemperolehan seseorang akan dihabiskan semata-mata untuk membayar nilai yang dicagarkan daripada harta benda yang ingin dimiliki. Kesesatan pengamalan sistem sedemikian, menyebabkan manusia secara umumnya berada pada keadaan yang amat memerlukan kecairan yang akan digunakan untuk membayar hutang riba.

Mereka sanggup menggelapkan peruntukan zakat serta sadaqah yang harus diserahkan kepada golongan yang memerlukan. Ketidak seimbangan ekonomi semakin menjadi-jadi di kalangan manusia. Golongan yang berhati-hati tidak harus terperangkap dengan cara sedemikian. Mereka harus amat membataskan pemilikan berasaskan riba yang mereka tiada pilihan lain, selain mengambilnya. Mereka harus memperuntukkan sebahagian yang mereka perolehi untuk tujuan infak pada jalan Tuhan. Kelebihan daripada harta yang harus diinfakkan, tidak harus dileburkan begitu sahaja untuk tujuan riba sehingga mereka gagal melakukan amalanamalan sadaqah dan berjihad pada jalan Tuhan. 68:35 Apakah maka Kami jadikan orang-orang yang patuh itu, seperti orang-orang yang bersalah? Atas pertimbangan apakah mereka menyamakan antara sadaqah itu dengan 'charity'? Atas pertimbangan sedemikian, mereka menyamakan zakat dengan cukai! Mereka menyamakan perniagaan dengan riba. Lalu mereka menyamakan kerja-kerja golongan yang patuh dan kerja-kerja golongan yang berdosa. Apakah ukuran mereka? Barangkali mereka meletakkan ukuran bahawa pemilikan membuktikan kebenaran. Yang berjaya adalah mereka yang berada dan yang gagal adalah mereka yang miskin. Ajaran manakah yang mengajar mereka berpendirian sedemikian? Sejarah membuktikan bahawa jatuhnya ideologi serta kerajaan komunis Uni-Soviet adalah disebabkan runtuhnya sistem ekonomi komunisnya akibat perbelanjaan besar mereka berusaha menakluki Afghanistan. Sejarah juga membuktikan apabila ekonomi Jerman runtuh, mereka cuba

menyelamatkannya melalui perluasan ideologi Nazi dengan menyerang seluruh Eropah dan Russia, akhirnya mereka dikalahkan apabila ekonomi mereka menuju ke keadaan yang amat parah tanpa sumber bekalan bahan mentah. Jepun dengan perluasan wilayahnya semakin terjejas akibat keruntuhan ekonomi di negara-negara jajahan mereka akibat meluasnya penggunaan wang pisang. Indonesia kehilangan timur Timor, lantaran serangan ekonomi ke atas sistem kewangannya. Lama sebelum ini, kekuasaan kerajaan Islam runtuh akibat keruntuhan ekonomi, akibat salah laku pemimpinpemimpin yang membazirkan peruntukan negara untuk perbelanjaan yang bukan-bukan. Akhirnya Britain kehilangan hampir keseluruhan tanah jajahan apabila terlalu banyak perbelanjaan telah dikeluarkan lantaran peperangan dalam Perang Dunia Kedua. Oleh itu ekonomi adalah 'survival' xxviii bagi sesebuah kerajaan. Amerika Syarikat yang pernah menguasai sekitar dua per tiga penguasaan ekonomi dunia adalah gergasi ekonomi yang terlalu besar, terlalu besar untuk menjadi kuasa utama ekonomi dunia dan terlalu besar untuk mengalami keruntuhan ekonomi. Namun dengan sistem riba yang mereka agung-agungkan banyak syarikat gergasi mereka menjadi muflis lxiii dan kerajaan Amerika Syarikat itu sendiri terpaksa mengeluarkan sejumlah dana mencapai trillion dollar sebagai pakej rangsangan ekonomi. Tanpa pakej rangsangan sedemikian tentunya ramai jutawan mereka akan jadi papa kedana apatah lagi yang seawalnya berkeadaan susah. Dengan kedudukan ekonomi yang merudum, segala usaha ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perusahaan akan terjejas teruk. Betapa pentingnya

peranan ekonomi sesebuah masyarakat sehingga disebutkan pada awal-awal surah Al-Baqarah bahawa golongan adalah golongan yang berhati-hati dalam soal ekonomi. 68:36 Mengapakah bagimu, bagaimanakah kamu menghukum? Dengan sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan riba, telah terbukti lebih membawa keburukannya terhadap alam sekitar sehingga keupayaan pembangunan dilaksanakan lebih daripada keberadaan ekonomi itu sendiri. Umat secara keseluruhannya memilih hidup nafsi-nafsixliii apabila keperluan membayar hutang melebihi keperluan bersadaqah dan berjihad di jalan Tuhan. Mereka memilih 'survival'xxviii kehidupan mereka dan melupai tentang hakikat penciptaan mereka yang merupakan agenda Tuhan. Adakah pemilikan maya yang dijanjikan oleh sistem kapitalis menjamin hak-hak seseorang dalam pemilikan harta benda? Adakah hasil pertanian dari ladang-ladang mereka mampu membuatkan setiap rakyat dapat tidur dengan perut yang berisi makanan? Dapatkah sistem seperti ini merangsang penurunan kadar jenayah yang meningkat setiap tahun? Mereka yang memilih pemilikan tanpa batasan, hutang tanpa batasan dan pembangunan tanpa batasan adalah sebenarnya mengadun resipixxix kepada kerosakan. Dapatkah mereka melakukan sesuatu untuk membayar balik kos kerosakan yang mereka usahakan? Sehingga keadaan bumi pulih walaupun tidak sepenuhnya dapat mencapai separuh daripada keadaan sedia kala. 68:37

Adakah bagimu suatu kitab padanya kamu bertadarus xxx? Kitab manakah yang menjurus manusia kepada sesuatu tanpa batasan? Kitab saintifik manakah yang mengizinkan pembangunan berterus-terusan tanpa had? Secara faktaxxxi, setiap pembangunan memberi kesan kepada alam sekitar. Sekiranya tidak, tidak perlu diwujudkan kajian kesan persekitaran - EIA Environment Impact Assesment yang menjadi suatu kewajiban laporan oleh pemaju-pemaju. Kitab kajian sosialxxv manakah yang mencadangkan golongan dhaif xli diabaikan menempuh nasib kehidupan mereka sendiri? Akibat sistem ekonomi riba yang dipelopori oleh golongan berdosa itu, adalah kegagalan umat bersadaqah membela golongan yang dhaifxli serta peningkatan kadar jenayah. Sistem ekonomi riba mengakibatkan pembangunan tanpa had sehingga membawa kesan kerosakan alam. Negara sosialis sendiri tidak membenarkan sistem penindasan sedemikian lalu sistem ekonomi sedemikian dipelopori oleh negara-negara kapitalis. Golongan yang patuh melaksanakan projekprojek pembangunan seadanya, sesuai dengan suasana alam sekitar serta keperluan semasa dan bukannya kehendak manusia semasa. Mereka menghadkan pemilikan sekadar perlu. Lebihan daripada perolehan disadaqahkan kepada yang memerlukan. Golongan dhaifxli terbela dan mereka tidak perlu melakukan kerosakan untuk mendapatkan kehidupan. Kadar jenayah berada pada tahap minimum dan manusia bebas bergerak ke tempat tujuannya tanpa terlalu merasa bimbang menjadi mangsa peras ugut, ragut, rompak, samun dan sebagainya. 68:38

Sungguh bagi kamu, padanya mana-mana yang kamu pilih? Kitab manakah yang menghalalkan tindakan rakus sebagai baik? Tiada ajaran daripada mana-mana kitab sekalipun untuk membina masjid yang dihiasi dengan kecantikan bangunan. Di negara ini, pembangunan dijadikan kemegahan sehingga tender untuk membuat masjid sedemikian diurus tadbir oleh golongan yang ingkar seolah-olah mereka adalah yang paling layak memakmurkan masjid, tempat sujud kepada Tuhan. Lalu jadilah bangunan-bangunan sedemikian berdiri daripada pepasir yang dibangunkan tetapi runtuh daripada petunjuk Tuhan. Hati manusia tidak tergerak untuk memenuhi serta memakmurkan masjid sedemikian. 68:39 Adakah bagi kamu sumpah atas Kami yang sampai kepada hari pembangunan, bahawa bagi kamu (lebih berhak) terhadap apa yang kamu putuskan? Perkataan juga diterjemahkan sebagai perjanjian. Aplikasi perkataan sedemikian adalah kepada mereka yang mengambil suatu peraturan iaitu mengambil peraturan golongan yang berdosa ke atas umat yang patuh dan begitu juga sebaliknya. Wajarkah mereka mengurus tadbir hak yang diambil daripada golongan yang patuh, untuk tujuan yang bukan diperintahkan? Mengambil peruntukan sadaqah atau zakat lalu disalurkan untuk pembangunan masjid serta prasarana-prasarana yang lain. Mengambil denda daripada umat Islam seperti denda maksiat dan judi untuk di'sadaqah'kan kepada pentadbir-pentadbir agama. Adakah ini merupakan perjanjian yang mereka ambil daripada Tuhan? Ayat manakah yang menjelaskan sedemikian?

Mereka membuka pintu ke arah maksiat seluas-luasnya dengan lesen-lesen premis perjudian, hiburan-hiburan yang menggalakkan pergaulan bebas serta kempenkempen media massa yang menggalakkan perlakuan lucah. Mereka mempersembahkan tayangan-tayangan penyembahan berhala, unsur-unsur jenayah dan sebagainya. Kesan berpanjangan tayangan seperti ini akhirnya diterima oleh masyarakat dan masyarakat mencontohinya. Kemudian tindakan diambil ke atas mereka yang melanggar peraturan 'agama' dengan denda yang membebankan. Mereka yang menggalakkan perlakuan sedemikian lalu mereka mendenda untuk mengutip hasil. Harta umat Islam diambil daripada peruntukan zakat, peninggalan warisan dan sebagainya. Kemudian harta ini diniagakan, sehingga tidak diserahkan kepada golongan yang berhak pada masamasanya. Umat menjadi terlalu kecewa lantaran 'syariat' Tuhan yang sedemikian akhirnya sebahagian mereka sanggup murtad untuk menempah azab Tuhan di akhirat. Pada mereka yang bertanggung jawab adalah ahli-ahli 'agama' yang memperkenalkan 'agama' sedemikian rupa. 68:40 Tanyalah kepada mereka, siapa-siapakah (antara) mereka terhadap yang demikian, akan pendakwaan? Siapakah di antara mereka yang dapat membuat pendakwaan di hadapan Tuhan nantinya? Tentunya umat akan mendakwa golongan yang bertanggung jawab dalam hal ehwal agama sebagai sekutu mereka, bagi pihak Tuhan, yang memperkenalkan suatu 'syariat' agama yang mereka anuti. Apabila umat hanya tahu menurut sahaja apa jua yang diputuskan oleh 'ulamaulama' tanpa hujah yang harus mereka ketahui,

sebenarnya umat telah mengambil 'ulama-ulama' sedemikian sebagai tandingan Tuhan, dalam hal yang berkaitan dengan 'syariat'. 'Ulama-ulama' sedemikian sanggup menguasai kerohanian umat ini, dengan hukumhakam yang tidak pernah mereka terangkan kepada umat ini daripada Tuhan dan RasulNya, melalui hujah yang jitu, sama ada mereka ada mengambil syariat sedemikian atau mengambil dari sumber yang lain. 68:41 Adakah bagi mereka sekutu-sekutu, maka hendaklah mereka datangkan dengan sekutu-sekutu mereka, sekiranya telah adalah mereka, orang-orang yang benar? Terdapat pengajaran As-Sunnah, apabila RasullulLah S.A.W. mengarahkan Ady bin Hatim melemparkan arka salib yang digantungkan di tengkuknya, seraya baginda membacakan ayat daripada Al-Quran, bahawa penganut Nasrani mengambil paderi-paderi dan rahib-rahib mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Tuhan. Pernyataan sedemikian disangkal oleh Ady bin Hatim dengan menyatakan penganut Nasrani tidak mengambil paderi-paderi dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan. RasullulLah S.A.W. kemudiannya menjelaskan bahkan apabila paderi-paderi dan rahibrahib mengeluarkan fatwa hukum-hakam agama, lalu mereka menurutinya tanpa sebarang penjelasan daripada ayat-ayat Tuhan. Demikian itulah penyembahan mereka. Seperti itulah umat ini apabila menerima fatwa ulamaulama dalam menjatuhkan hukum sesat terhadap satusatu individulxix atau golongan tanpa bertunjangkan nasnas daripada Al-Quran. Yang dapat dijadikan sesuatu yang putus tidak dapat dipertikaikan lagi. Begitu juga

dalam hal halal atau haram sesuatu pemakanan. Bahkan Jabatan Agama sanggup mengeluarkan fatwa halal terhadap penggunaan ammonia tanpa kawalan dalam makanan serta bahan-bahan pewarna makanan melalui sintesis bahan nitrat, iaitu antara bahan kimia yang terdapat banyak pada bangkai, nanah dan buangan manusia dan haiwan, yang telah difatwakan sebagai najis dalam kitab-kitab silam. Ulama-ulama silam lebih memahami ayat-ayat Al-Quran, berbanding 'ulamaulama' masa kini yang lebih memahami wang ringgit. Ayat-ayat daripada surah ini telah menjelaskan sejelasjelasnya kepada siapakah individulxix sesat itu wajar dilabelkan? Bahkan kesyirikan dapat berlaku apabila umat ini menyembah ulama-ulama sedemikian dalam menetapkan suatu hukum agama. 68:42 Hari yang ia didedahkan darihal hambatan dan mereka diseru kepada sujud lalu tidak akan mereka berkesanggupan. Dalam banyak terjemahan adalah merujuk hari berlaku bencana, suasana azab hari kehancuran. Dalam surah Al-Qiyamah (75:29) merujuk kepada suasana pada peringkat pengadilan. Yang diperintah hanyalah untuk sujud iaitu mematuhi arahan Tuhan, mereka gagal sujud untuk mematuhi arahan Tuhan di dunia dahulu, lalu di akhirat nanti, bagaimanakah mereka dapat melakukan sedemikian? Antara perkara yang diperintahkan kepada manusia semasa berada di mahkamah Tuhan nanti, adalah perintah bersujud, sebagai suatu manifestasi ketaatan seorang hamba semasa hayatnya di dunia ini. Sujud

adalah mematuhi semua arahan Tuhan sebagai suatu bentuk penyerahan diri. Sujud adalah sebahagian daripada amalan solah. Solah yang benar bagi seseorang hamba adalah yang mengimani ayat-ayat Al-Quran daripada surah yang sedemikian iaitu melaksanakan amanah menyampaikan peruntukan sadaqah atau zakat. Menggelapkan peruntukan sedemikian bukanlah merupakan suatu manifestasi bagi orang yang bersolah dan bukan juga layak bagi seseorang yang bersujud kepada Tuhan. Oleh itu perintah sujud harus difahami meliputi solah yang ada hubungan dengan sadaqah. Tiada solah bagi mereka yang tidak bersadaqah dan tiada sujud bagi yang tidak termasuk dalam golongan bersolah. Lalu lihatlah gambaran lesinya wajah seseorang yang gagal melaksanakan arahan Tuhan di hadapan Tuhan nanti. Mereka gagal sujud sekalipun mereka cuba bersujud lantaran kerasnya jiwa mereka untuk bersujud semasa hayat mereka di dunia ini. Betapa pucatnya wajah mereka semasa mereka gagal mematuhi arahan Tuhan pada ketika itu. Seperti resahnya seseorang yang tertuduh terhadap keputusan hakim yang akan menjatuhkan suatu keputusan terhadap seseorang yang merasakan dirinya bersalah. 68:43 Tunduk (menekur) pandangan mereka, teraniaya mereka oleh kehinaan, demi sesungguhnya telah adalah mereka (dahulu) mereka diseru kepada sujud sedang mereka (dalam keadaan) sejahtera. Pucat lesinya wajah mereka menampakkan wajah yang pucat seolah-olah tiada darah mengalir di kepala mereka disebabkan kegagalan mereka sujud. Dahulu dalam kehidupan mereka, mereka diberi

peluang untuk sujud, agar darah dapat mengalir masuk ke keseluruhan kepala mereka sehingga sampai setiap bahagian saraf otak mereka tetapi mereka enggan, sebagai suatu pilihan keingkaran. Lalu bagaimanakah rasa beragama dapat mereka perolehi lantaran keingkaran mereka itu sehingga mereka rasa benci kepada hujah-hujah keimanan dan suka kepada hujjahhujjah keingkaran? Perintah Tuhan Kepada Golongan Yang Beriman Dalam Menghadapi Golongan Sesat 68:44 Maka biarkan olehmu akan Daku dan sesiapa yang ia mendustai terhadap perkhabaran ini, nanti Kami 'istidraj' mereka dari arah (yang) tidak mereka ketahui. Sesungguhnya golongan sesat itu kelak, mereka akan mengetahui. Mereka mempunyai sekutu dalam kehidupan mereka. Darihal agama mereka menyerahkan kepatuhan terhadap 'ulama-ulama' atau lebai-lebai atau kiyai-kiyai mereka. Apabila 'ulama-ulama' mereka mengeluarkan fatwa bahawa menubuhkan jamaah baru setelah jamaah sedia ada adalah 'haram' lalu mereka menurutinya tanpa nas atau hujah yang sahih, merujuk panduan suci Al-Quran atau penerangan As-Sunnah. Apabila 'ulama' mereka mengeluarkan fatwa memakan haiwan sembelihan 'ahli kitab' yang lain adalah haram, lalu mereka menurutinya tanpa penjelasan sahih daripada nas Al-Quran atau penerangan As-Sunnah. Sedangkan Tuhan telah menghalalkan sembelihan ahli kitab daripada kitab-kitab terdahulu lalu bagaimanakah mereka menghukum? Tidakkah mereka mengetahui

implikasixxxiinya? Tindakan mereka menyebabkan umat berpecah, satu kepada fahaman mereka dan satu lagi kepada kefahaman sekular. Apabila 'ulama-ulama' mereka mengeluarkan fatwa bahawa bahan-bahan najis halal diambil dalam pemakanan, lalu mereka patuhinya dengan memakan bahan-bahan berkenaan yang dibalut logo halal, tanpa terlebih dahulu dibahaskan dengan sumber-sumber rujukan Al-Quran dan penerangan AsSunnah terhadap keputusan ilmiah mereka. Tidakkah mereka mengetahui implikasixxxiinya? Tindakan mereka menyebabkan ramai umat ini menghidap pelbagai penyakit daripada tiga serangkai kepada penyakit alahan seperti sesak nafas dan sebagainya. Yang demikian itu kerana mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Terdapat perintah Tuhan yang menyuruh menggauli orang ramai dan bersabar dengan kerenah mereka dan terdapat perintah Tuhan yang menyuruh meninggalkan mereka. Yang diperintahkan untuk mereka ditinggalkan adalah dalam urusan agama. Dua golongan manusia yang Tuhan perintahkan untuk ditinggalkan dalam urusan dakwah, pertama adalah manusia yang merasakan dirinya kaya dengan pemilikan harta dan sejumlah anak-anak, memiliki status hidup yang bersikap mendustakan ayat-ayat Tuhan iaitu daripada golongan yang sesat dan keduanya manusia 'fir'aun' seperti yang berada pada tampuk pemerintahan yang menyebut-nyebut jasa, memberi makan kepada rakyat serta pembangunan negara. Dengan meninggalkan mereka, golongan yang beriman akan dapat menyaksikan 'istidraj' yang Tuhan laksanakan kepada mereka sedikit demi sedikit menuju kepada bencana. Sesungguhnya bencana yang menimpa negara Mesir di

bawah kekuasaan Fir'aun harus diambil iktibar xxxiii, tentang bagaimana kerosakan alam terjadi akibat kerjakerja golongan yang ingkar yang merasa cukup canggih dengan kehebatan mereka. 68:45 Dan telah merencana Aku bagi mereka, bahwasanya, tipudayaKu kukuh. Apabila seseorang mengelak daripada beriman kepada Tuhan, lalu ia memilih jalan hidup yang lain daripada yang dianjurkan Tuhan, ia akan tersepit dengan pilihannya itu. Atas kesombongannya, ia memilih untuk menghina pendakwah dengan alasan pendakwah itu rendah ilmu pengetahuannya atau kurang pemilikannya atau tidak setaraf dengannya. Lantaran itu ia ditinggalkan pendakwah berkenaan kerana tumpuan dakwah harus diteruskan untuk menyeru orang lain. Ia memilih cara beragamanya sendiri berdasarkan fatwafatwa ulama tanpa ia mengetahui sumber ambilannya. Apabila ulama-ulama berkenaan mengeluarkan fatwa mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, atas kapasiti mereka sebagai ulama, segera ia mengambil pendirian mematuhi fatwa ulama sedemikian. Sentiasa ia melalui hidup sedemikian sehingga penyerahan zakatnya tidak pernah sampai kepada yang layak menerimanya. Ia sendiri memakan makanan haram yang dihalalkan dan mengelak daripada memakan makanan halal yang diharamkan. Akibatnya ia menelan makanan yang memudharatkan sehingga dihidapi dengan pelbagai penyakit. Pendiriannya menghindari makanan halal yang diharamkan menyebabkan ia diketepikan oleh ahli masyarakat menempuh hidup nafsi-nafsixliii. Dengan sikap sedemikian sebenarnya ia tidak dapat melarikan diri

daripada permasalahan sosialxxv seperti terjejas hubungannya dengan masyarakat dan masalah kesempitan hidup. Atas kebiasaan masyarakat seperti ini yang mengambil riba dalam kehidupan mereka, ia mungkin kelihatan kaya dengan pemilikannya yang diperolehi dengan jalan hutang dan sebagainya, namun ia tidak akan dapat membelanjakannya untuk tujuan bersadaqah atau berjuang pada jalan Tuhan. Dengan kesempitan hidup yang melanda ahli masyarakat menyebabkan banyak masa mereka dihabiskan dengan kerja-kerja mencari rezeki untuk membayar hutang tanpa mempedulikan tuntutan jihad. Kepincangan berlaku ke atas ahli-ahli masyarakat sehingga sebahagian ahli masyarakat memilih haluan masing-masing lantaran tiada tempat mengadu apabila berlaku kesusahan. Penyakit-penyakit masyarakat seperti penagihan, perzinaan dan permusuhan di kalangan mereka akan dibiarkan begitu sahaja dan masalah diserahkan kepada pihak polis dan pegawai undang-undang negeri. Pada masa ini apabila ulama-ulama sendiri mengambil sikap membolot harta seberapa banyak yang mampu, untuk menjelaskan hutang-hutang riba akibat pembelian aset-aset seperti rumah mewah dan kenderaan mewah, lalu bagaimanakah nasib umat pada keseluruhannya? Peruntukan zakat juga diselewengkan untuk tujuan yang lain dan diserahkan kepada golongan-golongan tertentu dalam kalangan mereka melalui persatuan-persatuan 'ulama' dan sebagainya. Golongan fakir dan miskin, hidup melarat dalam kesempitan tanpa pembelaan dan mereka menghampiri diri mereka kepada kekufuran akibat daripada kefakiran. Sebahagian mereka yang mahukan pembelaan, lebih terpedaya dengan dakyah-

dakyah daripada badan-badan agama yang lain yang akhirnya atas perangkap hidup yang disediakan oleh ulama-ulama berkenaan yang bergelumang dengan sistem riba dan penyelewengan wang zakat, peruntukan dakwah telah diabaikan begitu sahaja. Kejadian murtad semakin menjadi-jadi sehingga didalangi oleh artis-artis dan anak VVIP. Murtad adalah bencana besar kepada negara. Kejadian huru-hara dapat terjadi akibat perselisihan agama yang tidak akan dapat dihentikan sama ada oleh pihak polis atau tentera. Seterusnya ekonomi akan merudum disebabkan oleh kejadian huruhara berkenaan. Pemilikan kemewahan yang sebelum ini dianggap sebagai kemegahan dan contoh, untuk dituruti umat dalam mendapatkan suatu kehidupan sebenarnya lebih menjurus kepada rasa tidak puas hati ahli-ahli masyarakat. Atas kecelaruan hidup, mereka memilih dadah, murtad, hubungan bebas, memberontak secara senyap dan sebagainya sehingga peranan ulama-ulama sendiri akan dipertikaikan. 68:46 Ataukah kamu meminta daripada mereka ganjaran, lalu mereka daripada hutang, suatu yang berat? Adakah mereka dikenakan yuran untuk beriman? Amat berat kepada mereka untuk menyahut seruan beriman kepada Tuhan semata-mata, tetapi amat ringan pada mereka apabila mereka diajak beriman kepada Tuhan dalam keadaan Tuhan dipersekutukan. Mereka ingin beragama, syarat beragama mereka dengan bersyahadah xlviii, tidak pernah ada kesaksian, dengan lain perkataan tidak akan ada sesiapa yang sanggup untuk menyaksikan keislaman mereka di akhirat nanti, bahkan di dunia ini, tiada siapa yang akan mengambil peduli keislaman mereka.

Kemudian mereka melaksanakan solah, tiada siapa mengambil peduli sama ada mereka memahami apa jua yang mereka sebut dalam solah mereka atau sebaliknya. Mereka tidak pernah memaklumi untuk mengetahui tujuan solah dan tuntutan solah. Kemudian mereka berpuasa, namun mereka sendiri tidak dapat menyelami erti puasa melainkan dengan berlaku boros. Berbelanja semaunya untuk meraikan majlis-majlis berbuka puasa mereka dan menjerit-jerit dalam ibadah tarawih, serta bergembira menyambut hari raya pada masa umat Islam lain berduka, lantaran disembelih oleh musuh-musuh Islam. Kemudian mereka berzakat, tanpa mengetahui prasyarat kutipan zakat dan kepada siapa pengagihan harus dilakukan, adakah daripada jabatan atau majlis? Mereka tidak mengetahui pengagihan zakat perlu sampai kepada asnafxxxix yang lapan dan bukan kepada asnaf tambahan lain. Peruntukan zakat perlu dilunaskan sebab itu, penyerahan zakat setelah tamat tempoh adalah tidak diterima sebagai zakat melainkan sadaqah semata-mata. Kemudian kita mendengar wang zakat digelapkan untuk tujuan pembelian kenderaan pacuan 4 roda untuk setiap pegawai-pegawai agama supaya dapat digunakan untuk mengutip lebih banyak zakat. Kemudian peruntukan zakat digunakan untuk pembangunan masjid! dan prasarana-prasarana yang lain, kononnya tindakan yang 'baik' sedemikian diizinkan agama. Kemudian digunakan lagi sebagai biaya pinjaman perniagaan dengan prasyarat seseorang itu perlu menjadi ahli kepada persatuan 'ulama' tertentu. Kemudian mereka mengerjakan haji, semata-mata untuk melancong, tanpa mengetahui tujuan sebenar ibadah haji berkenaan. Mereka menafsir perintah bagi barangsiapa yang berkuasa kepadanya jalan sebagai mampu dari sudut kewangan, aman

perjalanan dan kesihatan semata-mata. Mereka lupa perbelanjaan yang memerlukan belanja sekitar yang sedikit di kebanyakan negara telah dieksploitasi sehingga mereka perlu membayar lebih 10 kali ganda untuk tujuan ibadah berkenaan. Wang mereka sebenarnya telah disamun sebelum mereka menjejakkan haji ke tanah suci dan keuntungan yang diperolehi pelabur-pelabur saham haji telah juga diserahkan kepada golongan yang tidak diketahui agama mereka. Bahkan mereka dipaksa disuntik dengan vaksin anti meningitis lvii yang diperolehi daripada babi yang difatwakan halal. Keadaan sedemikian sebenarnya menidakkan kekuasaan mereka untuk sampai kepadanya jalan. Iaitu melaksanakan ibadah haji dalam keadaan berkemampuan, aman perjalanan dan berkeadaan sihat dan bersih tubuh badan. Cara beragama yang merugikan seperti ini yang mereka mahu, iaitu cara beragama yang mempersekutukan Tuhan dengan 'ulama-ulama' tertentu. Adapun cara beragama yang sebenarnya, yang menyuruh beriman kepada Tuhan semata-mata, mereka memandangnya dengan pandangan yang getik, meluat, benci dan sinis. Mereka tidak mahu mengetahui, bahawa umat Islam dahulu adalah umat yang kaya-raya, dihormati lantaran ilmu mereka serta digeruni musuh atas sifat mereka yang amat keras kepada musuh. Yang mereka mahu tahu adalah, umat Islam yang sekarang ini miskin, dungu dan bersikap lunak kepada golongan yang ingkar. Mereka sanggup bertuankan kepada golongan yang ingkar yang kesudahannya mereka membiarkan kaum wanita mereka serta muslimat lain dianiayai, dihamilkan dan dimurtadkan oleh penyembahpenyembah berhala, mempersilakan diri dihumban ke neraka Tuhan.

68:47 Adakah di sisi mereka (perkara) ghaib, lalu mereka, mereka menulis? Adakah mereka mengetahui perkara yang ghaib, antara perkara-perkara yang akan berlaku pada masa mendatang, sehingga masa akan datang, menyebelahi mereka. Lantaran itu mereka memekakkan telinga daripada mendengar sebarang pengajaranpengajaran yang lain. Sekiranya Jabatan Meteorologi menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mengetahui anggaran turunnya hujan serta perubahan cuaca untuk beberapa jam lagi, esok hari dan juga hari seterusnya, apakah kaedah yang diguna pakai untuk menyatakan seseorang dapat mengetahui kejadian ghaib yang akan berlaku? Adakah di sisi mereka kitab-kitab silam yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat tertentu sehingga mereka dapat membaca peristiwa akan datang? Lalu mereka menempatkan diri mereka sebagai orang yang diramalkan, supaya mereka melaksanakan agenda tertentu dan pasti berjaya! Umat-umat seperti Yahudi dan Nasrani, banyak didapati dalam kalangan mereka, cuba memberitahu peristiwa yang akan berlaku pada masa mendatang. Itupun tidak dapat dinyatakan pengetahuan berkenaan menyebabkan mereka berada di jalan yang benar kerana ternyata kebenaran yang mereka tunggu-tunggu tidak datang daripada kalangan kaum mereka, tetapi daripada kaum yang lain yang mendiami padang pasir. Keperluan Mereka Yang Mengetahui Untuk Menulis Perkara Yang Ghaib Tiga perkara yang dinyatakan dalam Al-Quran tentang perkara ghaib, pertama, perbuatan yang akan dilakukan

oleh seseorang esok hari secara pasti iaitu mengetahui perkara akan datang, keduanya, masa akan berlaku kejadian hujan secara pasti dan ketiga, perkara yang terkandung dalam rahim wanita secara pasti. Seseorang hanya boleh merancang untuk esok. Membayangkan pekerjaan oleh seseorang, tentang perbuatan yang akan dilakukan esok hari, sebenarnya dapat meningkatkan motivasi bekerja. Selalunya, seorang yang berjaya adalah seorang yang merancang untuk berjaya sehingga dinyatakan kegagalan untuk merancang sama ertinya merancang untuk gagal. Tentang kejadian hujan, manusia sentiasa semakin canggih dalam melakukan kerja-kerja peramalan. Pada permulaannya, mereka melakukan kutipan data hidrologi xxxiv secara bulanan dan tahunan, kemudian diikuti cerapan keadaan awan semasa dan yang terkini adalah melalui pengesanan satelit, yang dapat memerhati keadaan semasa. Peristiwa D-Day dalam Perang Dunia Kedua dinyatakan sebagai kemenangan dengan bantuan ramalan keadaan cuaca, yang meramalkan kabus akan terbentuk dalam masa yang singkat untuk memberi peluang tentera Bersekutu berlabuh di kawasan jajahan Jerman. Begitu juga terhadap perkara ghaib yang terkandung dalam rahim wanita, sebenarnya memberi pengajaran yang baik supaya seseorang tidak mudah membuat kesimpulan tentang peribadi seseorang saudara muslimahnya. Mengetahui perkara mendatang adalah melalui beberapa kaedah. Pertama adalah dengan jalan menerima perkhabaran melalui Al-Hadith, malangnya kebanyakan pemberitahuan perkara akan datang disampaikan melalui perkhabaran hadith marfu', hadith yang disandarkan kepada RasullulLah S.A.W., melalui sahabat tertentu secara peribadi, yang hanya diperolehi melalui

lembaran-lembaran yang disorokkan. Banyak perkhabaran daripada Abu Hurairah R.A. dan Saidina Ali R.A. disorokkan oleh pihak tertentu lantaran dikhuatiri akan jatuh ke tangan pihak yang tidak menjagainya secara teliti. Hadith ini tidak dapat dinyatakan mutawatir atau sahih atau hasan atau dhaif xli atau maudu' atau palsu. Penulis sendiri banyak menerima perkhabaran sedemikian dan penulis mengambil pendirian tidak mengiakan dan tidak menafikan. Kedua, adalah dengan ilmu pengiraan yang dinyatakan daripada ayat-ayat AlQuran berdasarkan pengajaran 73:25/26/27/28. Pengetahuan sedemikian memerlukan kerasihan seseorang dalam ilmu. Ketiga adalah melalui perkhabaran ghaib secara terus dan penulis enggan memberi sebarang ulasan. Adakah Golongan Sesat Menyediakan Diri Untuk Kejadian Mendatang? Antara perkara yang menjadi perancangan golongan yang ingkar adalah melakukan pekerjaan untuk menetapkan diri mereka menelurusi perkara akan datang. Kajian-kajian mereka yang menyentuh teknologi sedia ada adalah merupakan persiapan mereka untuk menghadapi kemungkinan peristiwa yang akan berlaku pada masa mendatang. Oleh itu mereka suka untuk mereka dikagumi dengan pencapaian mereka hasil daripada penemuan mereka. Sebagai contoh, dengan melakukan serangan peristiwa 11 September oleh pentadbiran Amerika Syarikat, mereka sudah menjangkakan pentadbiran mereka akan memperolehi mandat rakyat untuk menyerang negara lain. Penguasaan Afghanistan dan Iraq dijangka dapat dijadikan dua tapak perlindungan (dua lapisan) terhadap sebarang

kemungkinan kebangkitan pejuang-pejuang Islam yang berusaha menguasai negara beraja Arab Saudi, yang dikatakan sebagai punca umat Islam bersatu padu memerangi dunia. Namun mereka melupai suatu perkara bahawa perkara akan datang bukanlah suatu perkara yang dapat ditentukan dengan tepat masa kejadiannya. Tuhan yang lebih mengetahui serta mengatur rancanganNya. Selepas serangan mula pada tahun 2001 dan serangan terhadap Iraq pada tahun 2003, sehingga kini (2011) peristiwa yang dijangkakan berlaku, masih juga belum berlaku dan belanja peperangan mereka telah melebihi 1 trillion dollar U.S. dan wang mereka menjadi sangat mengecil. Mereka akan terus mengekalkan ratusan ribu tentera mereka di negara-negara berkenaan sehingga mereka menghadapi apa yang mereka percayai sebagai peristiwa yang akan berlaku. Lantaran belanja peperangan yang sangat besar, dengan segenap tenaga, mereka terpaksa cuba memperolehi sumber komoditi dari negara lain seperti Sudan secara percuma. Akhirnya mereka berjaya melakukan porak peranda dengan memecahkan negara berkenaan demi untuk menyedut hasil petroleum negara terbabit. Kini mereka memperolehi dua kekuatan iaitu petroleum dan punca air bersih yang dapat menekan negara Sudan dan Mesir. Penggunaan bahan bakar petroleum yang banyak oleh warga dunia akhirnya mengakibatkan lebih banyak pencemaran haba yang mempengaruhi cuaca. Meskipun bekalan bahan asas ini mencukupi, perbekalan yang berterusan dapat memberi kesempatan kepada negaranegara baru yang rancak ekonominya seperti India dan China menyediakan keupayaan lebih besar kepada rakyat mereka untuk berbelanja. Perkara ini tentunya akan terus meningkatkan harga minyak di persada dunia.

Kedua-dua negara ini yang kini tidak lagi memperkenalkan subsidi bekalan petroleum terhadap rakyat mereka, akan menjadi penentu terhadap permintaan minyak yang tinggi. Pembangunan angkutangkut turut berlaku di kedua-dua negara ini. Berkat daripada sistem ekonomi riba yang diamalkan oleh kedua-dua negara ini juga, harga minyak dunia dijangka akan terus meningkat sedikit demi sedikit, tanpa menunjukkan penurunan ketara dalam jangka panjang. Permintaan terhadap produk berasaskan petroleum seperti kenderaan dan jentera, terus menjadi keutamaan sehingga memudharatkan cuaca dunia. Sekiranya, kedua-duanya dapat bertahan, dalam membentuk ekonomi domestik dalam negara mereka sendiri, pastinya syarikat-syarikat besar di Amerika Syarikat dan Eropah akan gulung tikar lantaran kos pengeluaran yang sangat tinggi disebabkan oleh harga bahan bakar petroleum yang terus meningkat. Akhirnya Amerika Syarikat dan Eropah akan mengalami kemurungan ekonomi dan turut sama menghadapi masalah bencana cuaca yang membinasakan. Mampukah negara ini menghadapi cabaran ini? Peningkatan harga bahan bakar mengakibatkan daya saing produk-produk pembuatan untuk tujuan eksport akan merosot dan ini menjurus kepada kejatuhan ekonomi berasaskan sumber manusia. Sekalipun pulangan jangka panjang akan diperolehi daripada komoditi asas seperti petroleum, getah, kelapa sawit serta galian-galian berharga, namun ketidak seimbangan ekonomi amat mempengaruhi kehidupan rakyat di bandar-bandar. Sabar Dalam Menghadapi Golongan Yang Sesat 68:48

Maka bersabarlah olehmu terhadap hukum Tuhanmu dan janganlah kamu jadi seperti teman ikan tatkala telah meraung ia sedang dia (dalam) kedukaan. Keengganan golongan yang sesat, yang terkial-kial dalam berkehidupan, akhirnya mereka akan menempuh kehidupan yang memerangkap mereka kembali. Akibat hidup bergelumang dengan riba tanpa batasan menjadikan mereka seperti angkut-angkut melakukan kerja membina, memasang, menyiap dan meninggalkan. Pagi dan petang dipenuhi dengan masa bekerja sehingga kedua-dua suami isteri tiada peruntukan masa untuk mengasuh anak-anak mereka sendiri. Sebenarnya mereka membancuh resipixxix untuk menempuh masa depan generasi mendatang dengan keadaan lebih huruhara. Atas kesibukan mereka menghimpun dan terus menghimpun, mereka memandang remeh ayat-ayat Tuhan sehingga akhirnya mereka tersepit sebagaimana telah dikhabarkan awal-awal lagi daripada penerangan ayat. Tindakan mereka meremeh pendakwah-pendakwah kepada ayat-ayat Tuhan, sudah tentunya menyangat hati pendakwah-pendakwah itu sendiri. Sehingga akhirnya pendakwah perlu bersabar atas kejahilan umat serta kemabukan mereka dalam mengejar kehidupan dunia ini. Golongan yang beriman diseru untuk tidak mencontohi tindakan Nabi Yunus A.S. yang bertindak meninggalkan kaumnya atas kekecewaannya diingkari oleh kaumnya sendiri. Sehingga suatu ketika, kaumnya itu menyedari kesalahan tindakan mereka, seperti mana ahli-ahli kebun kehilangan hasil tuaian. Ketika itulah mereka akan kembali kepada pengajaran-pengajaran Tuhan.

Teladan Daripada Kisah Nabi Yunus A.S. Yang Menghadapi Kesesatan Kaumnya 68:49 Sekiranya tidak bahawa ia sampai akannya oleh nikmat daripada Tuhannya, pasti telah dibuang ia dengan (berkeadaan) terdedah sedang dia (berkeadaan) tercela. Kisah Nabi Yunus A.S. dinyatakan dalam surah AsSaffat (37:138-147) dan Al-Anbia (21-87/88) ketika baginda melarikan diri daripada kaum baginda ke kapal yang penuh muatan. Baginda termasuk dalam kumpulan yang diundi untuk disingkir ke laut sehingga ditelan ikan yang besar. Perkataan adalah kata kerja pasif yang bermakna dibuang oleh sesuatu yang tidak dikenal pasti. Ayat dengan kata dasar yang serupa disebut pada (37:145) dan dapat difahami baginda dibuang oleh ikan! Iaitu baginda diluah keluar dari perut ikan. Perkataan seterusnya adalah merujuk kepada keadaan baginda yang terdedah iaitu bukan sahaja tidak berpakaian bahkan tidak berkulit, ini diikuti oleh ayat selanjutnya yang bermakna (berkeadaan) tercela dan (37:145) berkeadaan sakit. Namun dalam terjemahan lain dinyatakan baginda dibuang ke tanah yang tandus! dan terdapat juga terjemahan yang menyatakan tanah lapang. Kerja dakwah adalah kerja yang menempah rasa yang menyangat di hati sama ada rasa sedih, kecewa dan marah disebabkan oleh tindakan penolakan oleh ahli masyarakat yang didekati. Oleh itu rasul-rasul terpilih sahaja dapat mengharungi dengan penuh kesabaran. Atas pengajaran yang dapat diperolehi daripada surah ini, seorang pendakwah harus bersedia dengan tindakan cemuhan, tuduhan sesat serta dianggap

sebagai gila. Perkara yang sedemikian dialami sendiri oleh RasululLah S.A.W. dalam kerja-kerja dakwah baginda. Demikian itu adalah hukum Tuhan yang harus ditempuhi dengan rasa kesabaran. Sesungguhnya Tuhan bersifat Maha Memelihara hambaNya yang menyungguhkan diri, melaksanakan perintahNya, seperti mana Dia menyembuhkan Nabi Yunus A.S. daripada derita yang ditanggung baginda. 68:50 Maka telah memilih Ia akannya oleh Tuhannya, maka telah menjadikan akannya daripada golongan perbaikan. Tugas kerasulan adalah tugas pemulihan, iaitu setelah berlaku kerosakan demi kerosakan yang dilakukan oleh umat. Itu pada zaman itu. Pada zaman ini telah nyata kerosakan yang dilakukan oleh umat manusia. Perubahan cuaca yang mengakibatkan bencana alam berlaku hampir setiap hari, kesan daripada pengamalan riba. Keporakan nasablxxiii keturunan manusia berlaku kesan daripada 'kemajuan' teknologi komunikasi. Sehinggalah kepada kepelbagaian penyakit yang memudharatkan seperti AIDSl, selsema H1N1li atau permasalahan sosialxxv yang mudah menular tanpa kawalan. Masih adakah lagi rasul? Sedangkan keutuhan kitab Al-Quran masih kekal sedemikian sejak 1400 tahun yang lalu. Apa yang perlu adalah pengamalan terhadap isi kandungan Al-Quran yang memerlukan kesungguhan ulama-ulama yang ikhlas, yang sanggup memperjuangkannya, tanpa mengharapkan imbuhan sama ada dalam bentuk gaji atau sumbangansumbangan, bahkan mereka sendiri perlu mengorbankan sebahagian besar harta mereka untuk tujuan sedemikian. RasullulLah S.A.W. sendiri berhabis-habisan dalam

usaha dakwah sehingga isteri baginda Khadijah R.A.H., telah wafat dalam keadaan miskin, tidak memiliki apaapapun. Dakwah baginda yang sedemikian rupa juga dituruti oleh sahabat-sahabat baginda seperti Abu Bakar R.A. yang turut mengorbankan seluruh hartanya, Umar R.A. yang mengorbankan separuh daripada hartanya, demi untuk keperluan dakwah agama. Mereka telah berkorban berhabis-habisan sehingga dapat mengumpulkan seberapa ramai golongan miskin daripada ahli sufah, yang tenaga mereka diperlukan untuk menyebarkan agama Islam. Dengan berkumpulnya golongan miskin di sisi baginda, kekuatan golongan yang ingkar, dalam memanipulasixi tenaga golongan miskin telah direnggut dan perniagaan mereka turut terjejas. Demikian itu telah menambah-nambah kebencian oleh golongan ingkar yang asalnya berada pada kedudukan mewah, terhadap dakwah RasullulLah S.A.W. sehingga mereka sanggup mengumpul kekuatan memerangi umat Islam. Setelah kekuatan umat Islam meningkat sehingga dapat menguasai semula pusat-pusat strategi penting seperti Makkah, pengajaran-pengajaran suci Al-Quran mula dipraktikkanxvi oleh umat manusia untuk memperbaiki keadaan umat. Bangsa Arab yang terkenal dengan sifat jahiliyah, telah berubah menjadi sebuah masyarakat bertamadun, membentuk tamadun besar dunia sebelum ini. Kekuatan daulah Islam telah bermula sejak tahun 632 Masehi dan tamat pada 1923 Masehi. Daulah Islam telah melalui tempoh bermula daripada penubuhan, pengembangan, keagungan, kemerosotan dan akhirnya lenyap, melalui tempoh masa selama 1292 tahun. Ilmuwan-ilmuwan Barat yang ingkar, telah bersungguh-sungguh menafikan tamadun Islam dalam tempoh sekian lama. Setelah melalui

tempoh penjajahan ke atas negara umat Islam serta merompak hasil mahsulnya, mereka membentuk teknologi bermula dari zaman Reinessance sekitar tahun 1500 Masehi sehingga kini, sehingga terhasilnya kerosakan demi kerosakan serta kecelaruan nasab lxxiii keturunan manusia. Mereka melakukan pembangunan tanpa kawalan di atas permukaan bumi sehingga lapisan langit mulai lemah kerananya. Akibatnya, terjadi pelbagai bentuk bencana yang mengakibatkan penyakitpenyakit yang memudharatkan seperti kanser, penularan penyakit dan kecelaruan identiti. Manusia melakukan sebebas-bebasnya dengan apajua yang mereka suka sehingga mengakibatkan hubungan sesama manusia berada pada tahap yang kritikal. Peperangan sentiasa terjadi atas perebutan kawasan-kawasan strategik yang memberi pulangan besar. Sekarang ini adalah masa yang manusia amat-amat memerlukan keadaan untuk berpetunjuk dengan petunjuk Tuhan, setelah mereka menderita akibat kedurjanaan pihak-pihak berpengaruh daripada golongan yang ingkar. Semoga rahmat dan kasih sayang Tuhan meliputi seluruh muka bumi ini. 68:51 Dan sesungguhnya ia hampir orang-orang yang telah ingkar mereka, agar dapat mereka mengelincirkan engkau dengan pendapat mereka, tatkala telah mendengar mereka akan peringatan dan mereka (sentiasa) berkata sesungguhnya ia benar-benar gila. Mereka benar-benar mesyuarat sesama mereka, bertukar-tukar pandangan dan hujjah, memandang

rendah RasullulLah S.A.W. serta memperlecah orangorang yang beriman (2:212), agar orang-orang yang beriman terpedaya dan tergelincir dari jalan keimanan mereka melalui pernyataan mereka. Tatkala mereka mendengar peringatan, mereka memberi pandangan serius mereka, bahawa sesungguhnya peringatan sedemikian benar-benar suatu peringatan gila. Pada mereka peringatan Tuhan bukan sesuatu yang dapat dinilai secara nyata, semuanya adalah abstrak lxiv, sukar dibuat pertimbangan. Mereka mahukan pertimbangan yang ada nilai saintifik atau bertepatan dengan logik akal serta keuntungan ekonomi atas aktiviti manusia. Pertimbangan gila adalah pada tahap dangkal ukuran fikiran mereka, yang mahukan sesuatu yang waras, adalah suatu yang menguntungkan mereka, sekalipun dengan jalan menindas golongan yang susah. Pertimbangan golongan yang ingkar adalah seperti perpatah bahasa Inggeris the end justifies the mean iaitu hasil sesuatu kesudahan menghakimi cara usaha. Sebagai contoh untuk memenangi peperangan adalah dengan cara membunuh orang awam negara musuh, sekalipun dengan senjata pemusnah besar. Apabila kemenangan telah diperolehi dan terlalu ramai orang awam negara musuh terkorban, lalu mereka menyimpulkan bahawa tindakan sedemikian adalah benar dan langkah memerangi negara musuh yang lain adalah dengan terlebih dahulu membunuh seberapa ramai orang awam. Mereka tidak mempertimbangkan langsung bahawa saling pembunuhan orang awam akhirnya menjadi perangkap kepada mereka untuk terus kekal di negara jajahan, sehingga berterusan mengeluarkan belanja untuk mengamankannya supaya hasil bumi negara berkenaan dapat mereka bolot dan

negara jajahan tidak jatuh ke pemberontak. Teknik pembunuhan orang awam seperti ini telah diaplikasi xxxv oleh Saddam Husayn dan pemberontak Algeria, sehingga penjajah terpaksa berbelanja besar dalam peperangan dan akhirnya berundur dari negara jajahannya dalam keadaan rugi. Amalan Bersadaqah Yang Dianggap Gila Agama ini terus tersebar dan mendapat sambutan daripada golongan dhaifxli. Kebajikan mereka adalah merupakan kewajiban golongan yang mampu dalam kalangan golongan beriman dan melalui peruntukan zakat. Golongan yang ingkar menyatakan bahawa tindakan sedemikian adalah merupakan suatu kerugian kerana membantu golongan dhaifxli tidak dapat diukur pada nilai ekonomi. Bukankah mereka tidak memahami bahawa mereka memperolehi pulangan yang tinggi melalui penindasan terhadap golongan yang dhaif xli? Apabila kehidupan golongan dhaif dibela oleh golongan beriman, golongan ingkar terpaksa meningkatkan perbelanjaan upah yang lebih baik kepada pekerjapekerja upahan, yang secara tidak langsung, pengagihan ekonomi akan lebih merata dalam kalangan rakyat dan seterusnya pertumbuhan ekonomi negara akan dapat meningkat. Pada mereka, matlamat menghalalkan cara, dengan membayar gaji upah rendah kepada pekerjapekerja asing, mereka memperolehi laba xxxvi yang lebih tinggi. Akibatnya, pengaliran wang ke negara asing akan memperkecilkan nilai wang tempatan dan dalam jangka masa tertentu akan mengakibatkan defisit dagangan negara. Inilah yang berlaku sekarang ini apabila setiap unit wang yang digunakan pada awal tahun tidak sama nilainya pada hujung tahun, jatuh hingga 5%.

68:52 Dan tidaklah ia melainkan peringatan bagi seluruh alam. Peringatan Al-Quran bukanlah perkara khusus kepada RasullulLah S.A.W. sahaja. Baginda menyampaikannya kepada para sahabat dan dalam kalangan para sahabat, penerimaan setiap mereka adalah pelbagai. Bukanlah layak baginda mengajari mereka, lantaran baginda merupakan pesuruh Tuhan yang menyampaikan pengajaranNya dan dengan contoh sunnah, itu sahaja. Sahabat-sahabat RasululLah S.A.W. daripada golongan Muhajirinliv atau golongan Ansarlv atau kaum Badwilvi, mereka mendapatkan ayat-ayat suci daripada RasullulLah S.A.W. untuk mendapatkan pengajaran. Kadang-kadang berlaku perbalahan sesama mereka dalam memahami satu-satu ayat. Tujuan mereka adalah mendapatkan pengajaran benar dan bukan untuk menegakkan pendirian kefahaman masing-masing. Hampir setiap sahabat adalah para huffaz xxvii, sehingga mereka mengetahui selok belok ayat-ayat Al-Quran hanya mereka tidak berani mencatatkannya secara pembukuan. Pembukuan dilakukan pada zaman Khalifah Umar R.A, dilakukan oleh sahabat Usman R.A. sehingga kini dikenali sebagai Rasm Usmani, rahmat Allah ke atas mereka berdua. Dalam kalangan para sahabat, mereka memahami Al-Quran pada sudut pandangan masing-masing. Masakan tidak, dalam usaha mereka menafsir Al-Quran, mereka bertempur sesama mereka sehingga mengorbankan banyak nyawa. Sebahagian usaha sahabat, menjadi sia-sia amalan mereka dalam usaha menafsir Al-Quran (2:253). Yang demikian itu lantaran sebahagian mereka tidak menyembah sebahagian yang lain (68:41). Adapun tentang

perselisihan mereka adalah disebabkan mereka berusaha mentakwillxxviii Al-Quran dalam diri masing-masing dan tidak timbul perkara dendam mendendam. Buktinya, apabila peperangan sesama mereka tamat dan kemenangan dicapai oleh satu pihak, mereka bersamasama menguruskan jenazah mereka yang terkorban dan menyembahyangkan jenazah bersama-sama. Kemudian mereka saling menangisi atas perbezaan mereka. Bagaimanakah sikap kita pada masa ini? Kita harus berdoa kepada Tuhan untuk mengampuni diri-diri kita dan mereka semua yang telah mendahului kita dalam urusan iman dan bukan membezakan mereka dalam kumpulan yang berbeza seperti kaum Khawarij dan Rafidhah yang menolak perdamaian antara para sahabat RasullulLah S.A.W. Kepatuhan kita sekarang ini kepada fatwa-fatwa ulama baik daripada pihak mana sekalipun tidak menyelamatkan kita daripada unsur kesyirikan. Sekiranya para sahabat dahulu, bersungguh-sungguh memahami ayat-ayat Tuhan selepas RasullulLah S.A.W. wafat, sehingga mengakibatkan kejadian yang amat serius iaitu pertempuran sesama mereka, mengapa pula kita umat Islam kini, dengan secara murahan, menyerahkan ketaatan buta kepada ulama-ulama yang berfatwa, yang dengan fatwanya itu sekiranya ditaati tidak langsung dapat memberi jaminan seseorang terlepas daripada siksaan Tuhan? Tanyalah kepada ulama-ulama sedemikian, kiranya kita mematuhi fatwa mereka dan fatwa mereka didapati benar, dapatkah benarnya fatwa sedemikian sekiranya dipatuhi, menjamin pengamalnya terlepas daripada siksaan Tuhan (68:40)? Mereka sendiri tidak dapat menjamin diri mereka dan seperti itu RasullulLah S.A.W. tidak dapat menjamin diri baginda terlepas daripada siksaan Tuhan

(67:28). Oleh yang demikian mengapakah kita perlu menerima fatwa ulama, bahawa seseorang itu perlu dilengkapi dengan ilmu mantiqlxi, balaghah, nahu, sorof, bayan, asbabun nuzul, bahasa Arab (69:26), usuluddin, tasawuf, feqah, tajwid, sirahlx, falsafah, syarah-syarah daripada ulama-ulama tertentu dan sebagainya untuk bermatian-matian diiktiraflxxiv sebagai seseorang yang layak berbicara tentang usaha memahami ayat-ayat Tuhan? Seolah-olah ayat-ayat Tuhan hanya khusus kepada ulama-ulama atau hujjatul Islam atau tok-tok guru sahaja yang mampu memahaminya. Sebahagiannya ber-pendapat yang diberatkan lagi sekiranya 4 tahun diperlukan untuk menjadi graduan setiap kepakaran yang disebutkan, tentunya seseorang memerlukan lebih 50 tahun, bermula dari usianya 7 tahun, sekitar usianya 60 tahun baru layak berbicara tentang kefahaman!.

Daftar Kata i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. xix. xx. xxi. piksel (pixel) binari cakera keras pemacu pena mualaf rutin duplikasi amali demokrasi komunis manipulasi sistematik silibus takrif lunak praktik provokasi manifesto aktiviti definisi profail sasaran tandaan pada skrin pemapar sistem nombor perduaan penyimpan maklumat dalam komputer penyimpan maklumat dari komputer yang dilembutkan hati terhadap Islam kebiasaan harian salin perbuatan agama bertunjangkan perundangan majoriti agama bertunjangkan ideologi tanpa tuhan suatu pembolehubah tersusun dan terkawal modul atau persembahan ilmu kenal, erti mengiktiraf kedudukan boleh usaha, usaha mengacah-acah ungkapan kempen kegiatan huraian maklumat lengkap

xxii. xxiii. xxiv. xxv. xxvi. xxvii.

defisit infak kematu sosial VVIP motivasi

xxviii. survival xxix. resipi xxx. tadarus xxxi. fakta xxxii. implikasi xxxiii. iktibar xxxiv. hidrologi xxxv. aplikasi xxxvi. laba xxxviii. huffaz xxxix. asnaf xl. xli. xlii. xliii. xliv. xlv. xlvi. xlvii. xlviii. xlix. khalifah dhaif inflasi nafsi-nafsi simbol takrif ceritera iktibar syahadah Archemidis

imbangan berkurangan belanja keras, memejal perkongsian insan sangat-sangat penting rangsangan, semangat yang tinggi talian hayat rumus, adunan sering kali rujuk nyata kesan berpanjangan pengajaran kajian air guna pakai keuntungan pemelihara Al-Quran pihak yang layak menerima peruntukan sadaqah (zakat) pengganti Tuhan lemah kejatuhan nilai wang sendiri-sendiri lambang kenal bukan catatan rasmi pengajaran perakuan kukuh ahli fikir Greek silam

l. li. lii. liii. liv. lv. lvi. lvii. lviii. lix. lx. lxi. lxii. lxiii. lxiv. lxv. lxvi. lxvii. lxviii. lxix. lxx. lxxi. lxxii. lxxiii. lxxiv. lxxv. lxxvi. lxxvii. lxxviii.

AIDS H1N1 hajarul aswad hafaz muhajirin ansar badwi meningitis Dan riddah sirah mantiq Al-Amin muflis abstrak monopoli fizikal silaturahim wahyu individu prestasi kontrak lumrah nasab iktiraf ampuh polisi gembleng takwil

sindrom kurang daya tahan penyakit selsema babi rukun pelihara pihak yang berhijrah pihak penolong kaum asli Arab radang otak melalui kesempatan ini murtad sejarah logik yang dipercayai bangkrap kabur menguasai, membolot nyata, boleh sentuh hubungan baik perutusan Tuhan yang dimuat turunkan seseorang kecapaian persetujuan yang diperoleh melalui pembidaan kebiasaan jaringan akui kuat percaturan, cagaran kerah menyatakan

Anda mungkin juga menyukai