Anda di halaman 1dari 4

Nama : ALIF IMRAN BIN KAMARUDDIN Kelas : 4 AZAM

1. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut. Contoh ayat : Salimawati itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat. 2. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya. Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. 3. Alah bisa, tegal biasa Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat. Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Chai kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya. 4. Alah membeli, menang memakai Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama. Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai. 5. Seperti kerbau dicucuk hidungnya Maksud: orang bodoh yang menurut perintah orang. Contoh ayat: Omar sering dibuli oleh rakan-rakan sekelasnya kerana dia menurut segala arahan rakan-rakannya seperti kerbau dicucuk hidungnya. 6. Hilang di mata,dekat di hati Maksud: walaupun berjauhan tempat tinggal tetapi selalu diingat di dalam hati. Contoh ayat: Walaupun para pelatih PLKN sudah pulang ke rumah masing-masing namun kenangan bersama rakan-rakan sewaktu di kem tidak akan dilupakan. Inilah yang dikatakan, hilang di mata,dekat di hati

7. Bagai dihiris dengan sembilu Maksud: sangat pedih rasa hati. Contoh ayat: Fatimah terasa bagai dihiris sembilu tatkala ayah menyatakan bahawa dia hanya anak angkat didalam keluarga 8. Bagai hujan jatuh ke pasir Maksud: pertolongan yang tidak berbalas Contoh ayat: Hamid menyesal meminjamkan wang kepada Jamal bulan lepas kerana sekarang dia amat memerlukan wang dan Jamal tidak mahu membantunya dan Hamid berasa bagai hujan jatuh ke pasir 9. Sudah jatuh ditimpa tangga Maksud: kesusahan yang datang berturut-turut Contoh ayat: Hidup Mak Limah sudah jatuh ditimpa tangga kerana setelah suaminya meninggal dunia,dua orang anaknya pula hilang tanpa khabar berita 10. Bagai kacang lupakan kulit Maksud: orang yang lupa asal usulnya Contoh ayat: Mira telah menghalau ibu bapanya dari rumah kerana malu berhadapan dengan keluarga mertuanya yang kaya-raya. Mira bagaikan kacang lupakan kulit. 11. Kerbau punya susu,sapi dapat nama Maksud: orang lain membuat kebaikan orang lain mendapat pujian Contoh ayat: Bersusah-payah Zizan bersengkang mata menyiapkan lukisan untuk pameran akhirnya Azral selaku pengurus besar yang mendapat pangkat 12. Malu bertanya sesat jalan Maksud: kalau tidak berusaha tidak akan mendapat kejayaan Contoh ayat: Raju sering mengemukakan soalan kepada guru yang sedang mengajarnya kerana beliau berpegang kepada prinsip malu bertanya sesat jalan 13. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. Contoh ayat: Masyarakat di kampung itu bersetuju untuk mengadakan aktiviti gotong royong pada minggu hadapan kerana mengamalkan sikap bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat 14. Darah daging Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. Contoh ayat: Biarpun Amin adalah darah daging kepada Pak Abu, namun beliau tetap melaporkan kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh Amin kepada pihak berkuasa.

15. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat Contoh ayat: Negara Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain kerana kebijaksanaan pemimpin memakmurkan negara ini. 16. Murah hati Maksud : Pemurah. Contoh ayat: Sifat murah hati yang diamalkan oleh pelajar itu telah membolehkannya memperoleh gelaran pelajar cemerlang sahsiah 17. Lintah darat Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. Contoh ayat: Penduduk kampung terus menderita akibat sikap lintah darat yang diamalkan oleh peniaga-peniaga yang menjual barangan keperluan harian. 18. Batu penghalang Maksud : Halangan Contoh ayat: Pemuda itu telah menjadi batu penghalang kepada Haziq untuk mengahwini Azida kerana beliau juga ada hati kepada wanita itu. 19. Bermuka dua Maksud : Tidak jujur. Contoh ayat: Pegawai bank yang bermuka dua itu telah dimasukkan ke dalam penjara selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen. 20. Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. Contoh ayat: Hati Razin bagai terhempas ke batu selepas mendapat khabar berita bahawa kekasihnya sudah berkahwin. 21. Memerah otak Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh. Contoh ayat: Fahmi memerah otak ketika menjawab soalan kuiz Hari Koperasi itu. 22. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. Contoh ayat: Setiap hari, Syazwan akan menyimpan RM1 ke dalam tabungnya untuk kegunaan masa tua kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. 23. Bagai menghitung bulu kambing Maksud: mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Contoh ayat: Pak Hamidi tetap juga mengusahakan ladang getahnya walaupun ladangnya itu sudah dijual kepada peneroka asing. Inilah yang dikatakan bagai menghitung bulu kambing.

24. Seperti kera kena belacan Maksud: sangat gelisah Contoh ayat: Amin seperti kera kena belacan setelah kereta yang dipandunya merempuh sebuah lori di seberang jalan

Bahasa Jiwa Bangsa Bangsa Membaca Bangsa Berjaya Budi Bahasa Budaya Kita Belia Benci Dadah Bersih Cekap Amanah Bersekutu Bertambah Mutu