Anda di halaman 1dari 12

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang sentiasa berasimilasi dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan negara.

Asslammualaikum w.t.w dan salam perjuangan di bumi Tuhan.

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di bibir saya. Namun, sebelum ledakan hujah menghujani sesisi dewan, mohon izin untuk melakukan dua bentuk pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara literal mahupun secara leksikal. Remaja, menurut kamus dewan edisi keempat yang merujuk kepada seseorang yang sudah akhil baligh. Sementara itu, berwawasan pula merupakan suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi merupakan suatu bentuk keinginan dan negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki suatu kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, secara generalisasinya, remaja masa kini yang bakal menerajui negara pada masa akan datang dengan cirri-ciri kepimpinan dan kewibawaan yang lengkap serta mantap demi mencapai misi dan visi negara untuk menjadi negara maju selaras dalam wawasan 2020.

Hadirin sekalian,

Kita semua sedar, pada masa kini remaja berintelek merupakan penjana wawasan negara. Ilmu merupakan salah satu aspek terpenting untuk mencapai matlamat negara. Kemajuan akan tercapai jika semua lapisan masyarakat berilmu khasnya bagi golongan remaja. Pelbagai bidang ilmu perlu dikuasai oleh para remaja seperti ilmu perubatan, teknologi maklumat, kejuruteraan, sains angkasa, dan lain-lain lagi sangat penting untuk menjana kemajuan negara. Hari ini, bersaksikan warga dewan sekalian, beberapa nama sudah berpuing-puing dalam pusaran negara . Lihat sahaja

kepintaran semula jadi adik Nik Nur Madhiah dan adik Azli Azali yang membentangkan hasilan usaha yang mereka cipta. Mereka inilah bakal menjadi asset terpenting negara dalam usaha mengejar impian. Keprihatianan pemimpinpemimpin negara dalam membantu memajukan pelbagai bidang ilmu amatlah dihargai. Sokongan dalam bentuk bantuan kewangan seperti biasiswa, peluang pembelajaran di IPTA atau IPTS sama ada di dalam mahupun luar negara telah membuka ruang yang luas untuk menimba ilmu demi menjadi tunjang kemajuan negara. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad jika ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang.

Sidang dewan yang dikasihi sekalian,

Remaja berkaliber, peneraju pemimpin Negara, menjadi kata kunci saya yang kedua. Tokoh-tokoh besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Uthaman bin Affan, Usamah bin Zaid, Umar bin Abd Aziz, Uqbah bin Nafi dan Qutaibah al-Baakhily adalah sebahagian generasi remaja islam yang memiliki semangat kepimpinan yang tinggi. Tidak hanya berhenti di situ, semangat kepimpinan dan kegagahan ruh perjuangan, terus meresap ke dalam diri Salahuddin Al-Ayubi dalam mempertahankan negara walaupun usia baru setampuk jagung. Kaliber dan karisma kepimpinan terus mencetuskan kegemilangan apabila konstantinopel berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh semasa usianya masih 20-an. Sedarilah, sekiranya remaja mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi, negara pun turut menjadi lebih bervisi. Pelbagai strategi telah disediakan untuk membina kepimpinan masa depan yang mempunyai jati diri yang utuh. Antara langkah yang telah diambil kerajaan untuk membina generasi pemimpin yang mempunyai jati diri dan cinta akan negara ialah dengan menyediakan program khidmat negara kepada golongan remaja lepasan SPM. Kesedaran kepada golongan remaja bahawa diri mereka merupakan komponen penting dalam menjayakan wawasan 2020 amatlah dituntut agar tidak leka atau hanyut di dalam arus kemajuan globalisasi.

Sidang dewan yang penuh santun,

Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci Kekuatan fizikal dan mental remaja, menjana Negara maju. Akademik yang cemerlang tidak akan berguna sekiranya

tidak disepadukan dengan kesihatan fizikal dan mental remaja. Pada era globalisasi yang penuh kompetitif ini, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan remaja di negara maju. Oleh itu, sememangnya remaja yang meyatupadukan kekuatan ini terus menaikkan nama negara di seantero dunia. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan Negara yang akhirnya dinobat sebagai juara nombor satu dunia. Kekuatan fizikal dan kekukuhan mental yang dimiliki oleh ratu syuasy dunia, Datuk Nicol Ann David, mampu menghambat pihak lawan yang dihadapinya. Datuk Lee Chong Wei mampu tersenyum dalam strategik dan kekuatan pergelangan tangannya, Azizul Awang Hasni yang melakukan kayuhan emas dalam acara pecut dan keirin, terjunan akrobatik penuh bergaya Pandalila Rinong yang membuka mata masyarakat dunia merupakan contoh nyata yang menunjukkan kekuatan fizikal dan mental adalah suatu perkara yang signifikan.

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian, Ketahanan rohaniah remaja, menjana pembangunan Negara, menjadi kata kunci saya yang keempat. Tidak dapat dinafikan, ramai remaja yang tersungkur kerana ilmu di dada masih tidak disepadukan dengan iman yang hakiki. Oleh itu, menyedari hakikat pentingnya iman dan ketahanan rohaniah, maka, kerajaan dengan sokongan pelbagai agensi yang lain telah mengadakan program dan kem penghayatan Islamiah untuk memantapkan iman golongan remaja. Tidak cukup dengan itu, maka, wujudlah rancangan imam muda yang menjadi fenomena yang menilai kefahaman ilmu dan iman dalam meniti kehidupan. Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda mempunyai formulanya sendiri dalam mempertahankan syiar islam iaitu menjadikan iman yang dipandu oleh Al-Quran dan Assunnah sebagai wadah pemerintahan negara. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa iman yang terdapat dalam diri remaja mampu menerbitkan seorang remaja yang berwawasan dan menjadi benteng yang kukuh dalam menghadapi perubahan globalisasi yang penuh pancaroba pada masa kini.

Hadirin yang penuh santun, Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat

terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan negara. Namun kita perlu sedar, gaya hidup remaja yang tidak sihat dan diliputi dengan cara hidup hidonisme boleh membantutkan pembangunan insaniah remaja. Oleh itu, pelbagai gelaran yang tercipta seperti Mat Rempit, Mat Gian, Samseng Jalanan, bohsiah, bohjan, kaki lepak perlu dihapuskan. Hal ini demikian, ianya akan memberi gambaran buruk serta meruntuhkan nilai moral dan kemajuan negara dan umat. Ayuh, remajaku, gegar dunia ini demi mengharumkan nama negara. Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w

Anda mungkin juga menyukai