Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Banyak ilmu pengetahuan baru yang saya perolehi antaranya ialah mengetahui bahawa matematik sebagai seni

yang dapat dikategorikan kepada empat iaitu seni bina, seni muzik, seni lukis dan seni budaya. Dalam seni bina aplikasi matematik dalam bidang seni bina telah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Pelbagai konsep serta rumus matematik yang telah digunakan untuk membangunkan sesebuah bangunan pada zaman dahulu. Contoh yang dapat kita lihat ialah terdapat banyak bangunan yang wujud sejak dahulu lagi sehinggalah sekarang. Oleh itu, jelaslah sekarang bahawa matematik wujud dalam seni bina hinggalah zaman sekarang. Setiap bangunan ada menggunakan aplikasi matematik sebagai asas bangunan sehinggalah menjadi bangunan yang sempurna. Tanpa matematik kita tidak dapat membina bangunan yang canggih dan bermutu ini. Manakala dari segi seni bina muzik juga mempunyai hubungan kesenian dalam matematik. Tidak dinafikan, semua ahli muzik atau pemuzik mempunyai kemahiran matematik yang tinggi berbanding mereka yang tidak berkecimpung dalam bidang tersebut. Ini adalah kerana penggunaan konsep matematik yang tersirat dalam muzik menyebabkan sesetengah daripada mereka hanya menghasilkan muzik tanpa mengetahui aplikasi matematik terhadapnya. Dalam seni lukis pula menjelaskan bahawa apliksikan teori Golden Section banyak digunakan dalam menghasilkan bangunan dan juga lukisan seperti lukisan mona Lisa. Seterusnya, bangunan sekukuh piramid dan seindah taj mahal yang dibina

tanpa menggunakan teknologi secanggih hari ini turut mengaplikasi golden section dalam pembinaannya. Bagi seni budaya pula dapat menekankan pelajar dengan masyarakat dalam interaksi sosial. Ia juga dapat menyemai rasa cinta dan memupuk penghargaan pelajar dan masyarakat agar lebih menjiwai dan mendalami kepentingan dan unsur kepenggunaan dalam subjek matematik itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai