Anda di halaman 1dari 2

ANJAKAN PARADIGMA DALAM PELAKSANAAN PENILAIAN ALTERNATIF

Pelaksanaan penilaian alternatif memerlukan kepada anjakan paradigma di kalangan guruguru kerana mereka harus menukar corak pengajaran yang diamalkan selama ini. Masalah yang akan timbul ialah; i. ii. iii. iv. kekurangan pengalaman di kalangan guru kerana penilaian bentuk ini adalah suatu yang baru, kekurangan kepakaran untuk membantu guru merancang dan melaksanakan penilaian ini dalam masa yang terdekat, beban kerja di kalangan guru dan pelajar akan bertambah, kekurangan sokongan dari segi pentadbiran kerana tumpuan penilaian masih kepada hasil akhir pembelajaran.

Untuk merealisasikan anjakan paradigma sebegini bukan merupkan sesuatu perkara yang mudah (Gilman & McDermott, 1994). Kaedah penilaian ini juga memerlukan kemahiran baru yang perlu ada pada guru dan hanya boleh dijalankan jika ada kesungguhan dan kepakaran serta kepercayaan dari masyarakat. Isu-isu lain yang lebih penting ialah isu yang melibatkan soal kewangan dan sokongan dari pihak yang berkuasa. Pengalaman dari England menunjukkan bahawa pelaksanaan penilaian yang berasaskan rujukan kriteria sukar untuk dilakukan secara besar-besaran kerana ia melibatkan kos yang tinggi dari segi kewangan dan juga masa guru, memenatkan dan juga pandangan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa penilaian jenis ini membuatkan peperiksaan menjadi lebih mudah (Nuttall, 1992). Walau pun penilaian alternatif seperti yang dicadangkan di atas merupakan cara yang berpotensi untuk menilai kejayaan pelajar dengan lebih komprehensif dan mendalam, namun beberapa pertimbangan yang wajar harus dilakukan sebelum keputusan dibuat untuk memilih bentuk penilaian yang akan digunakan. Faktor-faktor seperti kewangan dan masa guru mungkin boleh di atasi sekiranya perancangan dibuat dengan teliti oleh semua pihak yang terlibat. Namun faktor-faktor lain juga harus dipertimbangkan seperti; sejauh mana berkesannya guru menggunakan penilaian, apakah had yang boleh dicapai oleh penilaian guru, dan bagaimana maklumat dari penilaian oleh guru disampaikan (Hiebert, 1989). Pelaksanaannya memerlukan komitmen dari pelajar, guru dan masyarakat. Dalam usaha mencari penilaian autentik, sering di katakan bahawa penilaian tradisional tidak dapat memberi pertunjuk yang sebenar tentang pencapaian pelajar secara individu. Namun harus diingat bahawa ujian yang berdasarkan penguasaan tahap pencapaian minimum dan berasaskan rujukan kriteria juga boleh distandardkan juga bila perbandingan antara pelajar perlu dilakukan. Penilaian tradisional dalam bentuk yang terstandard jika digunakan dengan betul memang mempunyai kebaikan, tetapi hanya dapat menyediakan gambaran sebahagian pencapaian seseorang individu dan mempunyai batasan yang perlu difahami (Worthen & Spandel, 1991; Shepard, 1989). Oleh itu kefahaman mendalam tentang apakah yang di katakan sebagai ujian dan penilaian yang sebenar (true test) adalah sangat penting. Ini kerana ujian terstandard yang ada

sekarang jika digunakan dengan betul; sedar terhadap batasan yang dipunyai olehnya, mengelakkan salah guna skor ujian dan berusaha untuk memperbaikinya, akan tetap merupakan sumber yang bernilai untuk membuat keputusan-keputusan dalam pendidikan. Maka dengan itu pencarian dan penggunaan ujian alternatif, yang berdasarkan pencapaian (performance based), harus dilihat sebagai usaha untuk melengkapkan lagi proses penilaian yang sedia ada supaya sebarang keputusan dari skor ujian yang akan dibuat adalah lebih tepat dan lebih bermakna.

Anda mungkin juga menyukai