Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA PELAKSANAAN DEMOSTRASI DAN PROSEDUR PERMAINAN KECIL PENDIDIKAN JASMANI

1.0

PENGENALAN Kesihatan dan kecergasan adalah di antara keperluan asas bagi pencapaian

kejayaan dan kesejahteraan dalam segala kegiatan hidup seseorang setiap hari untuk sepanjang hayat. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah berteraskan pemupukan kefahaman, nilai dan amalan tentang gaya hidup yang sihat dan cergas, terutama sekali keperluan dan masalah berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan remaja. Ini termasuk pengetahuan tentang proses pertumbuhan dan perkembangan pesat remaja, kefahaman tentang kesihatan jasmani, mental dan emosi mereka, serta kemahirankemahiran bagi memelihara dan meningkatkan lagi taraf kesihatan dan kecergasan diri. Perhatian akan diberi kepada pengaruh luar, khususnya pengaruh daripada keluarga rakan sebaya dan keadaan alam sekitar, serta isu-isu yang timbul hasil daripada interaksi dengan pengaruh-pengaruh ini. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan memberi pelajar peluang menyedari akan keadaan dirinya, membuat penyesuaian terhadap masalah-masalah lokomotor seperti koordinasi anggota badan, demi untuk memupuk keyakinan diri. Kegiatan-kegiatan jasmani yang dicadangkan akan membantu memudahkan proses sosiolisasi dengan memberi pelajar peluang berinteraksi di antara satu sama lain, dan berinteraksi dalam masyarakat di sekolah serta di komuniti. Permainan kanak-kanak terdiri daripada empat kategori iaitu pemukul & pemadang, sasaran, jaring & dinding dan serangan. Dalam permainan kanak-kanak, murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran dalam permainan asas seperti kriket, boling, badminton, skuasy, bola sepak dan sebagainya. Selain itu muridmurid juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam sesuatu permainan selain dapat menjadi lebih kreatif, meningkatkan kesihatan, dapat fokus terhadap sesuatu
1

perkara, meransang otak kiri untuk membuat keputusan dengan cepat dan banyak lagi faedah lain yang boleh kita perolehi melalui permainan kanak-kanak ini. Melalui permainan kanak-kanak juga kita dapat mengeluarkan idea yang bernas dan kreatif untuk mencipta sesuatu permainan yang baru dan dapat memanipulasi sesuatu alatan itu kepada suatu permainan yang baru yang lebih menarik. 2.0 TAJUK Kategori : Serangan Nama permainan : Soft Ring 3.0 MATLAMAT

Matlamat utama mempelajari permainan kanak-kanak ini ialah :1. Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih.
2. Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap individu

mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada masyarakat. 3. Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif. 4. Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar Pendidikan Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak. 5. Membantu guru pelatih untuk mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan dalam diri. 6. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dalam permainan. 7. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. 8. Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan diri. 9. Membentuk keputusan bijak mengikut keadaan persekitaran dalam kehidupan.

4.0

OBJEKTIF 1. Memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang cara melakukan aktiviti permainan kanak-kanak serta cara-cara mengaplikasikan dalam kurikulum PJK sekolah. 2. 3. Membantu para guru pelatih membezakan model dan kategori permainan Menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan bagi aktiviti permainan kanak-kanak. kanak-kanak untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kurikulum PJK sekolah. 4. 5. 6. 7. Membolehkan pelajar menghayati dan mengamalkan nilai murni semasa Memupuk etika kerjasama sesama pelajar bagi menghasilkan suasana Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan dan kecergasan serta Membantu dalam mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan menjalankan aktiviti permainan sesama murid. konduksif. membentuk sahsiah dan disiplin diri individu. keselamatan semasa menyertai palbagai kegiatan fizikal.

5.0

BUTIRAN PERTANDINGAN 5.1 Tarikh


12-15 Oktober 2009

5.2

Masa 7.45 pagi 1.15 petang

5.3

Tempat Padang bola jaring

6.0

KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahap dua (Darjah 4, 5 dan 6)

Aktiviti ini sesuai dilakukan untuk tahap dua kerana mereka lebih mahir dengan kemahiran-kemahiran asas permainan yang selaras dengan kemampuan fizikal dan bentuk badan mereka. Permainan ini dirancang untuk menguji kecergasan, kemahiran dan kecerdasan psikomotor pelajar dalam melakukan serangan untuk membuat jaringan atau mengumpul mata. 7.0 BILANGAN PESERTA Bilangan peserta seramai 21 orang dan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 7 orang pemain bagi setiap kumpulan. 8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI 8.1 Jawatan Kuasa Kerja Pembimbing Permainan AJK Peralatan AJK Kawalan Peserta AJK Pemarkahan/ Masa 8.2 : Nur Zawani bt Ahmad : Nurul Huda bt Umar : Siti Amalina Atika bt Muhamad Yusoff Nor Hafizah bt Ahmad : Nur Adilah bt Mat Nor

Senarai Semak Permainan 8.2.1 Sebelum permainan 1. Tempat perlaksanaan permainan tidak digunakan oleh pihak lain sebelum aktiviti permainan dijalankan. 2. Tempat permainan adalah bersih dan selamat digunakan. 3. Semua peserta permainan berada di gimnasium sebelum 7.45 pagi dan berpakaian sukan yang kemas.
4

4. Sebelum aktiviti permainan dimulakan, peserta melakukan aktiviti memanaskan badan. 8.2.2 Semasa permainan 1. Semua peserta permainan haruslah memahami peraturan. 2. Peserta permainan berada dalam kedudukan masing-masing dan sedia menerima arahan permainan. 3. Peserta permainan perlu peka terhadap persekitaran permainan. 4. Pastikan bilangan ahli pemain mencukupi dalam setiap kumpulan. 5. Semua peralatan dibahagikan secara sama.
6. Pencatat markah sentiasa peka terhadap markah dan masa

permainan. 8.2.3 Selepas permainan 1. Semua peralatan dikumpulkan di satu tempat. 2. Peserta permainan dikumpulkan di tengah kawasan mengikut kumpulan supaya keputusan senang disampaikan. 3. Pastikan tiada ahli kumpulan yang cedera semasa aktiviti permainan dijalankan. 8.3 Senarai Peralatan Alatan yang diperlukan untuk permainan Soft Ring ialah: 1. 2. 3.
4.

Sarung tangan bola lisut Pundi kacang Kapur Jersi/ beep Gelung rotan Wisel

5. 6.

9.0

CARA BERMAIN
1. Permainan ini menggunakan pundi kacang dan tangan di mana tangan kiri

akan memakai sarung tangan bola lisut.


2. Terdapat 7 orang pemain bagi setiap pasukan di mana seorang menjadi

penjaga gol manakala 6 orang yang lain menjadi pemain.


3. 6 orang pemain diletakkan di posisi masing-masing iaitu 2 orang pemain

pertahanan, 2 orang pemain tengah dan 2 orang lagi pemain penyerang.


4. Permainan akan dimulakan di kawasan tengah padang dengan membuat

lambungan duit syiling.


5. Pemain pertahanan hanya boleh berada di kawasan pertahanan sahaja,

begitu juga dengan pemain penyerang yang hanya boleh berada di kawasan serangan. Bagi pemain tengah pula, apabila pasukan mereka menyerang pemain tengah boleh memasuki kawasan serangan untuk membantu penyerang pasukan mereka menjaringkan gol.
6. Pundi kacang hanya boleh ditangkap dengan menggunakan tangan kiri

iaitu

tangan

yang

memakai

sarung

tangan

dan

menghantar

serta

menjaringkan pundi kacang tersebut dengan menggunakan tangan kanan.


7. Hantaran pundi kacang tersebut hanya boleh dibuat kepada pemain yang

berada di kawasan berhampiran sahaja.


8. Sekiranya salah satu pasukan menghantar pundi kacang keluar daripada

kawasan permainan, pihak lawan akan mendapat lontaran ke dalam.


9. Markah atau gol akan dikira sekiranya pundi kacang berjaya ditangkap

oleh penjaga gol masing-masing. 10. Sekiranya salah satu pasukan berjaya menjaringkan gol, permainan akan dimulakan semula di bahagian tengah padang oleh pihak lawan.

10.0

PERATURAN PERMAINAN 1. Masa permainan ialah selama 5 minit iaitu 2 minit untuk separuh masa pertama 1 minit untuk masa rehat dan 2 minit lagi untuk separuh masa kedua.
2. Hanya 7 orang pemain dibenarkan masuk ke dalam padang bagi setiap

pasukan. 3. Permainan hanya akan dimulakan selepas pengadil meniupkan wisel permulaan.
4. Permainan akan bermula di kawasan tengah padang. 5. Pemain perlulah berada di kawasan masing-masing. Jika ada pemain

yang masuk ke dalam kawasan yang tidak boleh dimasuki, balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
6. Pemain mesti menghantar pundi kacang kepada pemain yang berada di

kawasan berhampiran sahaja, jika pemain menghantar pundi kacang terlalu jauh iaitu over court balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
7. Pemain hanya dibenarkan menangkap pundi kacang menggunakan

tangan kiri sahaja. Jika pemain menangkap pundi kacang dengan menggunakan tangan kanan atau kedua-dua belah tangan, balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. 8. Jika pemain melakukan body contact atau kekasaran terhadap pihak lawan, pihak lawan akan mendapat balingan percuma. 9. Balingan ke dalam hanya boleh dilakukan daripada luar kawasan permainan dan pemain tidak boleh memijak garisan padang. Jika ada pemain memijak garisan padang sewaktu hendak melakukan balingan ke dalam, balingan ke dalam tersebut akan diberikan kepada pihak lawan.
10. Pemain hanya boleh menjaringkan gol daripada luar kawasan D sahaja.

Jika pemain menjaringkan gol daripada dalam kawasan D, gol tidak akan dikira dan balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan. 11. Permainan akan apabila pengadil meniupkan wisel penamat.

11.0

ASPEK KESELAMATAN 1. Pemain perlulah berada di kawasan masing-masing supaya tidak berlaku perebutan yang boleh mengakibatkan kecederaan.
2. Pemain perlulah memakai sarung tangan bola lisut untuk mengelakkan

kecederaan semasa menangkap pundi kacang.


3. Pemain perlulah menangkap pundi kacang dengan menggunakan tangan

kiri iaitu tangan yang memakai sarung tangan bagi mengelakkan kecederaan.
4. Pemain mestilah menghantar pundi kacang kepada rakan yang berada

berhampiran kawasan permainan supaya pundi kacang tidak terkena pemain lain jika pemain menghantar pundi kacang terlalu jauh. 5. Pemain tidak dibenarkan melakukan kekasaran atau body contact terhadap pemain lain.
6. Pemain perlulah menjaringkan gol daripada luar kawasan D bagi

mengelakkan kecederaan penjaga gol pihak lawan. 12.0 JADUAL PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Jadual pertandingan adalah seperti di bawah:

Petola

Timun

Terung

13.0

PEMARKAHAN

Markah akan diberikan kepada pasukan yang berjaya menjaringkan gol di gawang gol sendiri. Berikut merupakan boring skor markah.
Skor

Kumpulan Kumpulan Petola Kumpulan Timun Kumpulan Terung

Skor

Jumlah Skor

14.0

UKURAN PADANG PERMAINAN

10

15.0

RUMUSAN Pendidikan jasmani adalah satu bidang yang selalunya diabaikan oleh pihak

sekolah, terutamanya kepada murid darjah enam. Pihak sekolah tidak seharusnya mengukur pencapaian murid dalam bidang akademik sahaja. Sememangnya pendidikan jasmani juga adalah penting dan dapat memperkembangkan kemahiran motor murid-murid. Bukan itu sahaja, pendidikan jasmani juga dapat membina keyakinan diri murid-murid. Jika murid-murid berjaya membaling bola tepat ke sasaran atau menjaringkan gold an sebagainya, maka ia akan dapat menambahkan keyakinan diri mereka. Selain itu, pendidikan jasmani juga dapat meningkatkan kecergasan dan pembangunan mental dari segi kognitif dan afektif. Dalam tempoh melaksanakan kerja kursus ini, kami dapat mempelajari tentang apa itu permainan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, kami juga dapat menimba pengalaman dengan pelaksanaan demonstrasi permainan kanak-kanak tersebut. Kerja kursus ini juga telah memberi peluang kepada kami untuk meningkatkan kemahiran kami dalam mencuba beberapa permainan yang melibatkan keempat-empat kategori dalam Teaching Games For Understanding (TGFU). Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dengan mencuba beberapa permainan baru ini, sememangnya dapat menambahkan keyakinan diri kita. Pada mulanya kami telah melaksanakan pengelolaan permainan kanak-kanak atau TGFU yang kurang memuaskan tetapi setelah kerap kali kami mengulangi pengelolaan permainan yang telah kami rancang, kami menjadi lebih yakin dan berani untuk mengelolakan permainan tersebut dengan lebih baik. Ini juga telah mengajar kami bahawa kejayaan hanya akan datang jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya sebagai bakal seorang guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dan mahir dalam bidang ini supaya dapat mengajar murid-murid ilmu tentang permainan kanak-kanak atau TGFU yang betul. Akhir kata, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada En. Azemi bin Abdullah yang telah bersusah-payah
11

mengajar kami. Ribuan terima kasih juga kepada ibu bapa kami yang selalu memberi semangat dan nasihat kepada kami serta ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang telah banyak membantu kami sepanjang tempoh melaksanakan kerja kursus ini.

12

BIBLIOGRAFI Buku Rujukan Abdul Hafidz Hj. Omar, Hussian Ayon & Zalawati Sufian, (2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Helen Ten H.B. (1992). Pengajaran Pendidikan Jasmani Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wee E.H. (1994). Pengajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

13

Lampiran A Senarai peralatan permainan

Pundi kacang

Jersi/ Beep

Sarung tangan bola lisut

Gelung rotan

14

Wisel

Lampiran B Gambar Pelaksanaan Pengelolaan Permainan Glove Ball

Lambungan duit syiling berada

Penjaga gol dalam gelung rotan

15

Merebut bola dalam kawasan masing-masing

Pemain bersedia menyambut pundi kacang

Pemain memakai sarung tangan lisut dengan tangan kiri

Pemain tidak dibenarkan memasuki kawasan pemain lain

16

Pemain membuat balingan dengan tangan kanan

Pemain menyambut pundi kacang dengan menggunakan tangan kiri

17

Anda mungkin juga menyukai