Anda di halaman 1dari 1

3 Peringkat Pemprosesan Maklumat

Peringkat 1 Kenal pasti rangsangan Rangsangan merujuk kepada semua jenis maklumat persekitaran yang diterima melalui reseptor sensori. Selepas reseptor sensori menerima rangsangan daripada persekitaran berbagai proses akan berlaku dalam sistem biologi. Dengan erti kata lain, peringkat pertama ini berperanan sebagai mentafsir maksud rangsangan yang wujud dalam persekitaran. Sebagai contoh, seorang pemain badminton yang menerima hantaran tinggi sebagai rangsangan dan akan mula bertindak untuk mematikan bola tersebut. Peringkat 2 Pemilihan respon peringkat kedua ialah pemilihan respon dan mempunyai pertalian yang bersepadu dengan peringkat pertama. Sekiranya peringkat pertama berperanan untuk mentafsirkan maksud sesuatu rangsangan maka peringkat kedua ini berperanan sebagai sistem yang menyediakan beberapa respon dan akan memilih respon yang terbaik dan releven dengan tafsiran rangsangan tersebut. Proses sistem biologi yang mempersiapkan keperluan untuk melakukan pergerakan yang dirancang. Sebagai contoh, sekiranya respon yang hendak dihasilkan ialah aksi menangkap, proses organisasi lakuan bertanggungjawab memastikan sistem-sistem yang bakal terlibat dengan aksi tersebut, contohnya otot tangan dan jari sudah bersedia untuk melakukan pergerakan tersebut Peringkat 3 Pemprosesan respon peringkat ini merupakan peringkat perlaksanaan pergerakan fizikal segala persiapan yang telah dilakukan diperingkat organisasi lakuan. Proses pelaksanaan lakuan adalah pergerakan yang dapat dilihat. Sebagai contoh, sekiranya seorang pemain badminton yang menerima hantaran bola tinggi sebagai rangsangan tadi maka lakuan yang tepat baginya akan membalas dengan pukulan smesy ke kawasan yang terbuka. Dalam peringkat ini juga, individu memperolehi pengalaman sensori daripada pengalaman yang telah dilakukan. Sebagai contoh, pengalaman sensori yang dimaksudkan ialah bentuk pergerakan yang dihasilkan dan perasaan yang dialami sama ada selesa atau tidak, sekiranya tidak selesa maka beberapa respon yang lain akan dilakukan sekiranya rangsangan yang sama diterima