Anda di halaman 1dari 7

MEMAHAMI KONSEP ISTISYHADIAH

Oleh:
HJ ANHAR OPIR
Darul Ulum
Fellow Kanan Manhal PMRAM

MUQADDIMAH

Allah berfirman dalam surah at Taubah ayat 111 bermaksud:

‫ن ِفي‬ َ ‫ة يُقَاتِلُو‬ َ َّ ‫جن‬ ُ ُ‫ن لَه‬


َ ْ ‫م ال‬ َّ َ ‫م بِأ‬ ْ ُ‫موَالَه‬
َ
ْ ‫م وَأ‬ ْ ُ‫سه‬
َ ‫شترى من ال ْمؤ ْمنِي‬
َ ُ‫ن أنْف‬ َ ِ ُ َ ِ ََ ْ ‫ها‬ َ ‫ن الل‬ َّ ِ ‫إ‬
ً
ِ ‫ل وَالْقُْرآ‬
‫ن‬ ِ ‫جي‬
ِ ْ ‫ة وَالِن‬ ِ ‫ح ّقا ِفي التَّوَْرا‬
َ
َ ِ‫ن وَعْدًا عَلَيْه‬ َ ‫ن وَيُقْتَلُو‬
َ ‫ل اللهِ فَيَقْتُلُو‬ ِ ‫سبِي‬
َ
‫و‬ ‫ه‬ َ
‫ك‬ ‫ل‬َ ‫ذ‬‫و‬ ‫ه‬ ‫ب‬ ‫م‬ ‫ت‬‫ع‬ ‫اي‬ ‫ب‬ ‫ي‬ ‫ذ‬ ّ ‫ال‬ ‫م‬ ُ ‫ك‬ ‫ع‬ ‫ي‬ ‫ب‬ ‫ب‬ ‫روا‬ ‫ش‬ ‫ب‬‫ست‬ ‫ا‬َ ‫ف‬ ‫ه‬ ‫الل‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ه‬‫د‬ ‫ه‬‫ع‬ ‫ب‬ ‫ى‬ َ ‫ف‬ ‫و‬َ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫و‬
َ ُ ِ َ ِ ِ ْ َُْ َ ِ ُ ِ َِْ ُ ِ َْ ْ ِ َ ِ ِ ِ ْ َِ ْ ْ َ َ
‫م‬ ‫ي‬ ‫ظ‬
ُ ِ َ ُْ ‫ع‬ْ ‫ال‬ ‫ز‬ ‫َو‬ ‫ف‬ْ ‫ال‬

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan
Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari
Allah di dalam Taurat, Injil dan al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya
(selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu
lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Allah telah menyebut dan menyatakan dalam al Quran perihal jihad sebagai satu jual
beli yang punyai pengertian yang sangat mendalam. Juga telah disebut di dalam kitab-
kitab sebelum daripada al Quran sama ada at Taurat yang diturunkan kepada nabi
Musa a.s ataupun al Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s. Semuanya menyeru
kepada satu bentuk jual beli yang dinamakan jihad menggunakan harta atau nyawa.
Allah akan membeli kedua-duanya dengan harga yang sangat mahal iaitu syurga.

SYAHID DAN ISTISYHADIAH

Sebab dinamakan syahid

Sebelum kita melihat pengertian syahid maka eloklah kita mengetahui punca
dinamakan syahid. Dalam hal ini Ibnu Hajar telah menyebut sebanyak empat belas
pendapat manakala Imam Nawawi menyatakan sebanyak tujuh pendapat.

Al Anbari mengatakan dinamakan syahid kerana Allah dan malaikatNya menjadi


saksi kemasukannya ke dalam syurga. Dikatakan juga kerana seseorang syahid itu
hidup dan seolah-olah ruhnya menyaksikan. Ada juga pendapat lain yang mengatakan
sebabnya ialah tiada yang menyaksikan saat kematiannya melainkan malaikat Rahmat
dan banyak lagi pendapat-pendapat lain.
Namun, yang dikehendaki dengan syahid di sini ialah yang terbunuh fi sabilillah,
kerana para syuhada’ itu pelbagai jenis sebagaimana yang dijelaskan dalam hadith
Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sohih Bukhari:

‫ والشهيد‬,‫الشهداء خمسة ؛ المطعون والمبطون والغرق وصاحب الهدم‬


‫فى سبيل الله‬

Pengertian Syahid

Syahid berasal daripada kalimah (‫ ) شهههد‬bermaksud orang yang terbunuh atau


dibunuh fi sabilillah (dijalan Allah). Dikatakan seseorang itu mati syahid. Kata
jama’nya ialah syuhada’. Mazhab yang empat juga telah menta’rifkan pengertian
syahid ini berdasarkan hujjah masing-masing, tetapi semuanya sepakat dalam
menyifatkan seseorang yang dibunuh atau mati fi sabilillah.

Manakala istisyhadiah pula ialah perihal meminta syahid dengan mendedahkan


dirinya untuk dibunuh atau terbunuh fi sabilillah. Kaedah Bahasa Arab menyatakan,
sesuatu kalimah yang ditambah dengan huruf sin membawa maksud permintaan dan
kehendak.

Oleh itu, timbul perdebatan yang hangat di kalangan para ulama’ dan ilmuan Islam
tentang perkara ini khususnya yang berlaku di kalangan rakyat Palestin yang telah
meletupkan tubuh badan mereka di tengah-tengah Yahudi. Sebahagian mereka
mengatakan ia adalah istisyhadiah dan sebahagian yang lain pula mengatakan ia
adalah intihariah (bunuh diri). Pendapat yang kedua diperkuatkan dengan firman
Allah yang berbunyi:
َ َ َ
ُّ ‫ح‬
‫ب‬ ِ ُ‫ه ي‬ َّ ِ ‫سنُوا إ‬
َ ‫ن الل‬ ْ ‫م إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأ‬
ِ ‫ح‬ ْ ُ ‫ل اللهِ وَل َ تُلْقُوا بِأيْدِيك‬
ِ ‫سبِي‬
َ ‫وَأنْفِقُوا فِي‬
‫ن‬
َ ‫سنِي‬ِ ‫ح‬ ْ ‫م‬ُ ْ ‫ال‬
Maksudnya: Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu
menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana
sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Oleh hal demikian, kita ingin melihat dengan ilmiah dalam menilai perkara ini
berdasarkan sumber Ilahi bukannya mengikut hawa nafsu dan kedangkalan hati.

HUKUM DAN SYARAT

Daripada perbincangan dan pengertian di atas dapatlah kita faham bahawa wujudnya
perbezaan di antara istisyhadiah dan intihariah (bunuh diri). Oleh itu kita akan
simpulkan kepada beberapa noktah penting untuk kita menghukum sesuatu perbuatan
itu termasuk dalam kategori intihariah atau pun jihad iaitu istisyhadiah sebagaimana
berikut:
Perkara pertama:

a) Islam menegah seseorang bercita-cita untuk mati dengan sebab keduniaan


daripada kesusahan dan kecelakaan, namun Islam menggesa umatnya
supaya berazam untuk mati syahid di jalan Allah sebagaimana hadith
Rasulullah s.a.w dalam Sohih Muslim yang berbunyi:
‫من سأل الله الشهادة بصدق بلغه الله منازل الشهداء وإن مات على‬
‫فراشه‬

b) Tidak boleh bagi seorang manusia mendedahkan dirinya kepada


kebinasaan dengan sebab-sebab keduniaan seperti membenarkan orang
lain membunuhnya, bahkan Imam al Qurtubi dalam tafsirnya
mengkategorikan ia sebagai bunuh diri, kecuali jihad melawan musuh-
musuh agama Islam. Walaupun ia juga mendedahkan diri kepada
kebinasaan tetapi ia merupakan suruhan Allah dan RasulNya.

Perkara kedua:

Perbuatan yang mendedahkan diri kepada kehancuran untuk menakutkan dan


menyerang musuh dengan niat untuk meninggikan kalimatullah tidak dianggap
sebagai bunuh diri mengikut kebanyakan ulama’ empat mazhab. Para ulama’ sebelum
ini hanya membincangkan tasabbub sahaja dan meninggalkan zat dalam perkara
pembunuhan serta meyerang musuh, namun pada hari ini zat diri manusia itu sendiri
sudah perlu untuk dijadikan senjata pula bagi mencapai maksud menakutkan dan
menyerang musuh.

ISTISYHADIAH SEPANJANG SEJARAH

Pertama: Kisah Ashab al Ukhdud

Firman Allah taala dalam surah al Buruj ayat keempat hingga kesembilan
menceritakan satu kisah yang berlaku sebelum kebangkitan nabi Muhammad s.a.w. Ia
juga telah tafsirkan berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang agak panjang dalam
kitab Riyadh as Solihin karangan Imam Nawawi riwayat Suhaib yang dikeluarkan
oleh Imam Muslim. Kisah ini masyhur dengan nama Ashab al Ukhdud (parit).

Seorang ghulam yang telah menyebabkan kemasukan masyarakat pada zaman itu ke
dalam agama Islam secara beramai-ramai setelah dihukum mati oleh raja. Hukuman
yang dijatuhkan gagal mematikan ghulam ini melainkan dengan menyebut nama
tuhan ghulam tersebut. Ia telah disaksikan oleh rakyat jelata dan mereka semua telah
memeluk Islam. Lalu digali parit dan dinyalakan api dengan maraknya bagi
dimasukkan sesiapa sahaja yang masih beriman dan enggan kembali kepada ajaran
lama mereka. Seorang demi seorang terjun dan masuk ke dalam parit api tersebut
sehinggalh giliran seorang ibu bersama anaknya yang masih kecil. Timbul ragu-ragu
dihati ibu ini dan dengan takdir Allah bayi itu berkata: wahai ibuku, ibu bersama
orang-orang yang benar. Lalu terjunlah ibu bersama bayinya ke dalam api.
Jadi persoalannya sekarang adakah yang berlaku kepada orang yang beriman bahkan
ibu bersama bayinya yang terjun ke dalam api tersebut dikira bunuh diri?

Kedua: Peristiwa peperangan Badar

Rasulullah s.a.w bersabda ketika perang Badar yang berlaku pada hari Jumaat, 17
Ramadhan tahun kedua hijrah :
‫والذى نفس محمد بيده فإنه ل يقاتل اليوم رجل مقبل غير مدبر إل أن‬
‫يدخله الله الجنة‬

Maksudnya : Dan demi diri Muhammad yang berada di tangannya, tiadalah seorang
lelaki yang berperang pada hari ini mara tanpa berundur melainkan Allah akan
memasukkannya ke dalam syurga.

Apabila seorang sahabat yang sedang makan buah kurma mendengar hadith ini, dia
pun berkata maksudnya : tak ada yang menghalang aku daripada masuk syurga
melainkan buah kurma yang masih ada ditanganku. Lantas dia mengambil senjata dan
masuk ke dalam kumpulan musuh seorang diri sahaja dan akhirnya dia telah dibunuh.

Peristiwa ini berlaku di hadapan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain tanpa
ada seorang pun yang mengingkarinya. Ini menunjukkan perbuatan sahabat tersebut
bukanlah perbuatan membunuh diri bahkan istisyhadiah yang Allah akan
mengganjarinya dengan syurga kelak.

Ketiga: Khalifah Abu Bakar memerangi murtad

Khalid al Walid (pedang Allah dan RasulNya) yang ditugaskan mengepalai tentera
Islam pada waktu itu untuk memerangi golongan murtad telah mengarahkan supaya
membuat kepungan dan sekatan makanan. Golongan ini dipimpin oleh Musailamah al
Kazzab dengan bantuan Sijah berada dalam sebuah kota.

Muncul seorang pemuda bernama Thabit bin Qis bin Syamas membuat tawaran
kepada Khalid bin al Walid untuk dipergunakan dirinya dalam peperangan tersebut.
Mengikut sejarah, pemuda ini pernah menderakan dirinya dengan mengurung diri
dalam rumah kerana telah meninggikan suaranya di hadapan Rasulullah s.a.w. Dia
menganggap dirinya akan masuk neraka selepas turunnya ayat dalam surah al Hujurat
ayat kedua. Lalu Rasulullah pun memanggil pemuda ini dan bersabda:

‫أ ما ترضى أن تعيش حميدا وتقتل شهيدا وتدخل الجنة وأنت من أهل‬


‫الجنة‬

Maksudnya: Apakah kamu tidak redha hidup dalam keadaan baik, dan mati dalam
keadaan syahid dan kamu akan masuk syurga dan kamu adalah ahli syurga.

Selepas itu dia sentiasa berulang-alik ke masjid menunaikan ibadah. Dan dalam
memerangi golongan murtad ini dia telah membuktikan kata-kata Rasulullah dengan
mengorbankan dirinya untuk Islam lalu berkata kepada Khalid membuat tawaran:
letakkan diri saya dalam minjanik (alat untuk membidas dan melontar), untuk saya
buka pintu kota dari dalam, lontarkan diri saya dan saya akan mengamuk di dalam
kota sehingga saya buka pintu kota. Dalam kejadian ini, Thabit mengalami cedera
parah dan telah dibunuh mati syahid. Dia juga sempat membuka pintu kota sehingga
tentera Islam berjaya masuk ke dalam kota dan Musailamah telah dapat ditawan dan
dibunuh. Jadi adakah boleh kita katakan perbuatan Thabit ini sebagai bunuh diri?

Keempat: Khalifah Umar berhadapan dengan Rom

Saidina Umar ketika menjadi khalifah telah melantik Abu Ubaidah ‘Amir bin Jarah
(aminul ummah) sebagai panglima perang yang baru menggantikan Khalid bin al
Walid. Tentera Islam akan berhadapan dengan tentera Rom yang ramai jumlahnya
iaitu di antara 400 hingga 500 ribu orang.

Apabila pasukan hadapan tentera Islam yang disusun oleh Khalid al Walid pecah dan
kucar kacir, Ikrimah Abu Jahal (telah masuk Islam) telah melemparkan perisai dan
sarung pedang yang ada di tangannya. Lalu ditegur oleh Khalid al Walid: bukan
begitu wahai Ikrimah!. Ikrimah pun berkata: jangan larang aku! Siapa yang sanggup
mati bersama aku? Lebih kurang 400 tentera Islam telah memegang tangan Ikrimah
untuk berbai’ah. Lalu mereka pun mara ke hadapan masuk ke tengah-tengah musuh.
Melihat keadaan ini, tentera Rom menjadi gerun dan takut lalu mereka berundur
dengan sebab 400 orang ini. Ikrimah dan 400 tentera Islam yang lain telah terkorban
dan mati syahid dalam peristiwa tersebut.

Persoalan juga timbul di sini, adakah perbuatan Ikrimah dan tentera Islam yang
berbai’ah dengannya dianggap bunuh diri?

Kelima: Pembukaan Kostantinopal

Setelah Bizantin jatuh ke tangan umat Islam pada zaman Khalifah Umar al Khattab,
Kostantinopal (sekarang Istanbul) telah dijadikan pusat Rom timur yang baru.
Khalifah Uthman telah menubuhkan tentera laut pada zamannya dan mengarahkan
tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ayyub al Ansari untuk membuka
Kostantinopal. Ini kerana percaya kepada sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

‫لتفتحن القسطنطينية فلنعم المير هو المير ولنعم الجيش ذلك الجيش‬

Maksudnya: akan dibuka Kostantinopal, sebaik-baik raja adalah raja pada waktu itu
dan sebaik-baik tentera ialah tentera tersebut.

Menurut riwayat daripada Tirmizi dalam peperangan ini ada seorang tentera yang
yang berada di tengah-tengah musuh seorang diri berlawan dengan mereka. Tentera
Islam yang lain pun mengatakan : maha suci Allah, dia telah mencampakkan dirinya
kepada kebinasaan!. Ini berdasarkan firman Allah yang berbunyi:

َ
ِ‫م إِلَى التَّهْلُكَة‬
ْ ُ ‫وَل َ تُلْقُوا بِأيْدِيك‬
Mendengar kata-kata ini Abu Ayyub al Ansari pun bangun dan berkata maksudnya:
wahai manusia, kamu telah menta’wilkan ayat ini sedangkan ayat ini diturunkan
kepada kami golongan ansar, apabila Allah telah memuliakan Islam dan ramai
pendokongnya maka berkata umat Islam sesama mereka: harta benda kita telah hilang
dan Allah sekarang telah memuliakan Islam serta ramai yang mendokongnya, jadi
kalau kita tidak menjaga dan menyimpan harta kita nescaya akan hilanglah sekali lagi.
Maka turunlah ayat ini kepada Rasulullah s.a.w sebagai menjawab perbualan sahabat
tadi. Jadi maksud kebinasaan yang sebenar di dalam ayat ini ialah sibuk menjaga harta
dan meninggalkan peperangan.

Abu Ayyub sendiri sentiasa berada dalam medan peperangan fi sabilillah sehingga dia
dikebumikan di Kostantinopal. Jadi dapatlah kita nyatakan perbuatan seorang sahabat
tadi yang masuk ke tengah-tengah musuh seorang diri bukanlah perbuatan membunuh
diri sebagaimana yang disalahtafsirkan.

PENDAPAT DAN FATWA ULAMA’

Dalam merujuk pandangan dan fatwa para ulama’ berkaitan perbincangan ini, kita
dapati terdapat pelabagai persepsi yang memerlukan huraian yang lebih panjang
terutamanya syarat-syarat yang diletakkan oleh mereka. Hal ini demikian berikutan
keanjalan hukum feqah itu sendiri yang berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang
lain dan dari seseorang dengan seseorang yan lain yang melambangkan kesesuaian
hukum Islam di semua tempat dan zaman.

Oleh itu, kita hanya mengambil beberapa tokoh ulama’ yang terkenal sahaja sebagai
asas dan bahan rujukan kita di sini. Menurut Dr Wahbah Zuhaili yang merupakan
Ketua Jabatan Feqah dan Usulnya di Fakulti Syariah Universiti Damsyiq bahawa ia
merupakan satu keharusan dengan izin Allah kerana perbuatan seumpama ini menjadi
satu keperluan syara’ pada hari ini.

Manakala Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al Buthi Ketua Jabatan Aqidah dan Adyan
Fakulti Syariah Universiti Damsyiq pula mengatakan bahawa kerja ini dibenarkan
dalam Islam seratus peratus dengan syarat berniat untuk mengahapuskan musuh.

Dr Yusof al Qorodhowi menyebut kerja ini dikira sebagai sebesar-besar jihad di jalan
Allah dan ia merupakan perbuatan menakutkan musuh yang dijelaskan dalam al
Quran. Manakala Syeikhul Azhar Dr Muhammad Said Tantawi pula (selepas merujuk
fatwa yang lama) mengatakan bahawa jangan kita kata kepada seseorang yang
meletupkan dirinya adalah bunuh diri tetapi dia adalah syahid kerana telah
meyerahkan jiwa raganya di jalan Allah.

PENUTUP

Kesimpulannya dapatlah kita nyatakan bahawa konsep istisyhadiah perlu kita fahami
dengan sedalamnya kerana ia bukan suatu perkara yang baru dalam Islam tetapi telah
berlaku dalam lipatan sejarah umat Islam terdahulu. Kekeliruan kita dalam memahami
perkara ini akan menyebabkan kesilapan dalam menilai dan kecelaruan dalam
memberikan kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai