Anda di halaman 1dari 1

1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Rujukan : IPGKBM/KOKO/13/704/010 Jld.

14( Tarikh : 07 Mac 2011 Ketua Pentadbir, Parlimen Malaysia, Pejabat Ketua Pentadbir, Tingkat 16, Bangunan Menara, 50680 Kuala Lumpur, KUALA LUMPUR. UCAPAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA PIHAK PARLIMEN Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki. 2. Kami pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur , mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Parlimen Malaysia atas kerjasama yang diberikan semasa lawatan kami pada 5 April yang lalu. 3. Di sini juga kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau salah silap yang telah kami lakukan semasa lawatan tersebut. Kami harap hubungan yang telah terjalin ini tidak terhenti di sini sahaja. Kami sedia mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Parlimen Malaysia mengikut kesesuaian jadual kami sebagai guru pelatih di sini. 4. Akhir kata, di atas kerjasama yang telah pihak tuan berikan, kami ucapkan ribuan terima kasih. Semoga ilmu dan pengalaman yang telah kami peroleh, dapat dimanfaatkan untuk agama, bangsa dan negara. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA CINTAILAH BAHASA KITA .. (DATIN DR FOWZIA BINTI OSMAN) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, 59990 Lembah Pantai, KUALA LUMPUR. )

Anda mungkin juga menyukai