Anda di halaman 1dari 4

SEMBILAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

Sebagai seorang guru secara amnya dan sebagai seorang ibu atau bapa secara khususnya kita hendaklah membantu kanak-kanak dalam memperkembangkan kebolehan kreatif dan imaginatif kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, kita perlu memahami naluri semulajadi kanak-kanak dan keinginan asas mereka bersesuaian dengan kecenderungan dan peringkat umur. Dauer dan Pangrazi (1983: 11-12) telah mengenalpasti 9 keinginan asas kanak-kanak antaranya: 1. Keinginan untuk bergerak. Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain & melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. 2. Keinginan untuk berjaya & diiktiraf. Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai. 3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain. 4. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dengan masyarakat. 5. Keinginan untuk bersaing. Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya. 6. Keinginan untuk meneroka. Mereka gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan. 7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. 8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. 9. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan & ingin mengembangkan kefahaman & ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG PERLU DIMILIKI OLEH IBUBAPA


Dalam sesebuah keluarga, kehidupan anak-anak sentiasa dibawah kepimpinan bapa dengan bantuan ibu. Oleh itu, pembangunan keluarga banyak bergantung pada pemimpin yang bijaksana, kuat dan berani. Sebaliknya, keruntuhan keluarga disebabkan kejahilan, kelalaian dan kelemahan pemimpin.Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua apakah ciri-ciri kepimpina yang perlu dimiliki oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Menurut Jean Piaget peringkat pembelajaran anak-anak melalui 4 peringkat iaitu:1. Peringkat Deria Motor (0-2 tahun) 2. Peringkat Praoperasi (2- 7 tahun) 3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) 4. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas)

Pada peringkat bayi, perkembangan kognitif terbatas. Walaubagaimanapun, seorang bayi biasanya sudah ada persepsi tertentu pada suatu perkara iaitu melalui penglihatan dan pendengarannya. Begitu juga dengan bantuan ibu bapa, mungkin bayi dapat mengenal & menyebut suatu benda. Pada peringkat awal, kanak-kanak kebanyakannya bertambah keupayaan berfikir seperti dapat memahami konsep nombor, saiz objek, betul ataupun salah dan baik ataupun buruk. Perbendaharaan kata bertambah kerana mereka selalu bertanya pada keluarga sekiranya tidak memahami apa yang dilihat. Tanggapan kanak-kanak pada suatu perkara selalunya dipengaruhi oleh perasaan egosentrik.

Kanak-kanak berusia 10 tahun biasanya dapat menunjukkan penguasaan dalam aspek pengiraan termasuk yang berbentuk masalah. Mereka juga dapat mengingat mengikut urutanurutan masa & peristiwa tertentu. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini dapat membezakan saiz objek yang dilihat, mengelaskan cerita ataupun karangan. Kanak-kanak yang pandai biasanya menghabiskan masa membaca & membuat kerja-kerja yang disuruh oleh guru. Mereka menunjukkan kemajuan dalam pelajaran sekiranya mendapat galakan & sokongan daripada ibu bapa.

Golongan remaja pula sedang berlumba-lumba mendapatkan kecemerlangan akademik seterusnya bercita-cita mendapatkan pekerjaan yang paling sesuai bagi diri mereka. Bagi mencapai matlamat itu, remaja sanggup berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan orang dewasa. Bagaimanapun, tidak semua yang berjaya dalam mencapai kecemerlangan dalam peluang itu. Ada antara mereka mempunyai keupayaan mentaliti yang terbatas kerana mengalami berbagai-bagai masalah seperti kecewa dalam cinta, kekurangan dan selalu memikirkan perkara remeh. Dalam masa yang sama, remaja juga terpaksa berhadapan dengan pendirian hidup yang sebenar dan persoalan mencari identiti yang tersendiri.

Oleh itu, bagi membimbing dan mendidik anak-anak adalah penting bagi ibu dan bapa menyesuaikan cara didikan mengikut peringkat umur. Setiap ibubapa memiliki kepimpinan dalam mendidik anak-anak bagi proses perkembangan kognitif. Menurut Hassan Mohd Ali (1996) dalam buku berjudul Mendidik Anak Pintar & Cerdas, ciri-ciri kepimpinan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

1. Memberikan kasih sayang Memberikan kasih sayang kepada anak-anak adalah elemen penting yang mempengaruhi perkembangan fizikal & kognitif anak-anak. Ketenteraman emosi kedua-dua pihak ibubapa dan anak diperlukan bagi meransang daya fikir dan intelek anak. Ketenangan dan kestabilan emosi ini membolehkan anak-anak menyerap seberapa banyak pembelajaran & pengalaman yang diterima daripada ibubapa & persekitarannya. 2. Mendidik anak menggunakan disiplin positif Perkembangan anak-anak dapat ditunjukkan oleh ciri-ciri suka bertanya dan gemar mendesak supaya perasaan ingin tahu dipenuhi dengan segera. Sekiranya ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas seharian sehingga tidak bersedia melayan karenah anakanak, ini menyebabkan anak berasa tidak dipedulikan. Keadaan ini juga menyebabkan naluri penerokaan anak terbantut dan meninggalkan kesan negatif pada perkembangan kognitifnya. Bagi mengatasi masalah ini, ia memerlukan bantuan disiplin supaya anak berupaya mengawal diri. 3. Bersikap empati Empati ialah berusaha memahami dan menunjukkan rasa pemahaman yang sebenar berkenaan apa yang difikirkan, dirasakan dan dialami oleh orang lain dalam diri sendiri. Perasaan empati pada keadaan anak dapat membantu anak mengembangkan kebolehannya sebaik mungkin. 4. Komunikasi berkesan Perhubungan yang sihat bagi perkembangan kognitif anak-anak adalah dengan menggunakan perbincangan dan teknik komunikasi yang berkesan. Semasa berkomunikasi, ibu bapa perlu menyampaikan mesej secara berterus terang kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu membina asas kemahiran interaksi di kalangan anakanak. 5. Menanamkan keyakinan diri anak-anak. Dalam meningkatkan potensi diri anak-anak, dorongan dan sokongan daripada ibubapa diperlukan. Keyakinan diri yang terbina menjadi suatu kekuatan dan motivasi bagi anak supaya belajar, memajukan diri, mempertajamkan daya intelek dan mengatasi cabaran yang dihadapi oleh mindanya.

6. Pendidikan melalui teladan. Ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Setiap tingkah laku & gaya ibubapa menjadi model yang akan dirakam dan dilakonkan semula oleh anak-anak. Ibubapa mengharapkan anak yang pintar dan cerdas. Maka ibubapa sewajarnya mengambil inisiatif bagi membentuk kesempurnaan diri sendiri dan mengambil peluang memaparkan segala contoh yang terbaik supaya diikuti oleh anak-anak. 7. Meransang otak melalui bahan mainan. Sudah menjadi kelaziman bagi anak-anak kecil meminati segala jenis bentuk permainan. Kita sering melihat anak-anak kecil leka bermain sehingga tidak mempedulikan aktiviti-aktiviti lain yang berlaku di sekeliling mereka.Bagi anak-anak kecil bermain adalah seperti belajar. Semasa bermain semua sensori pancainderanya digunakan selain daripada gerak laku fizikal yang berlaku berikutan dengan itu. 8. Meransang otak melalui pemakanan. Makanan adalah satu tuntutan asasi. Menurut Birch dan Gussow (1970) dalam bukunya berjudul Disadvantage Children mengatakan, kanak-kanak yang mendapat nutrisi yang cukup, ukuran kecerdasannya adalah tinggi. Ibu bapa perlu peka apabila merancang, membeli, memasak dan menyajikan makanan supaya makanan itu secara langsung dapat membantu meningkatkan keupayaan dan kecerdasan otak anak-anak. * Sumber diperolehi daripada buku Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan, tulisan Azizi Yahay, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya.