Anda di halaman 1dari 40

ETIKA KAUNSELING BAB 3 : KERAHSIAAN (BAHAGIAN 2)

Disediakan oleh : Khairuz Bt. Ahmad Wadzir Faezah Bt. Jamaluddin

KLIEN YANG MERANCANG MELAKUKAN JENAYAH




Menurut Glosoff (2000), apabila klien mendedahkan tentang rancangan untuk melakukan jenayah pada masa depan, kaunselor perlu mendedahkan mengenai rancangan tersebut untuk tujuan penyiasatan dan penguatkuasaan undang2 apabila diminta sahaja. Ia berkuatkuasa di 17 buah negeri di USA di mana hak keistimewaan dikecualikan drp kes ini.

Contoh aktiviti jenayah di mana sekatan boleh digunakan ialah :


Menjual barang curi Menjual barang-barang kawalan barangPenglibatan dalam skim penipuan wang

Keistimewaan tetap ada. Cuma tidak boleh pecah rahsia apabila klien kata nak melakukan jenayah. Kaunselor boleh pecah rahsia apabila kes tersebut dalam penyiasatan dan dibongkar. Itu pun apabila diminta sahaja.

Alaska, Arizona, Columbia, Idaho, Illinios, Indiana, Kansas, Louisiana, Massachusetts, Montana, New Mexico, Oklahoma, Oregon, Selatan Carolina, Selatan Dakota, Tennessee dan Washington Oleh itu, kaunselor harus teliti undang2 negeri sama ada harus beritahu atau tidak apabila diminta untuk membantu siasatan. Cara yang paling baik ialah dengan merujuk kepada peguam sebelum membuat sesuatu tindakan.

KAUNSELING KLIEN YANG MENGHIDAP HIV +VE




Melibatkan beberapa isu etika. Kaunselor perlu memberi perhatian terhadap perkara2 berikut :
Hak2 kerahsiaan terhadap pendedahan klien. Risiko yang dihadapi oleh klien HIV jika maklumat mengenai taraf kesihatannya tidak dilindungi. Kebajikan pihak ke 3 terhadap risiko dijangkiti pembawa keranan perhubungan rapat dgn klien.

Dilema yang dihadapi oleh kaunselor ialah untuk mengimbangi antara tangjwb menjaga kerahsiaan dan tgjwab terhadap pihak ke 3 yang berisiko dijangkiti. Apabila klien mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat penyakit tersebut, isu2 kerahsiaan ini dibataskan sehingga satu tahap tertentu untuk kaunselor memilih mengambil tangjwb beretika atau tidak.

ACA Code Of Ethics, Section B.2.b : Rawatan terhadap wabak penyakit berjangkit


Apabila klien mendedahkan dirinya menghidapi penyakit yang berbahaya, kaunselor perlu mencari bukti terhadap maklumat tersebut untuk mengenalpasti dan melindungi pihak ke 3, sekiranya mereka terdedah kepada risiko jangkitan.

19911991- APA menerbitkan 1 resolusi mengenai penggunaan duty-to-warn duty-to(peranan untuk memberi amaran) terhadap isu yang berkaitan dengan penghidap HIV +ve. Kebajikan klien tidak harus diabaikan w/pun kaunselor membuat keputusan untuk pecah kerahsiaan bg melindungi pihak ke 3. Ia perlu disertai dengan tindakan yang berhemah agar hati klien tidak terluka dan kecewa.

Dokumen ini juga menegaskan tindakan untuk pecah kerahsiaan tidak boleh dilakukan hanya mengikut gerak hati dan terburu-buru sebaliknya perlu terburudibuat setelah meneliti segenap aspek dari segi ujian yang dijalankan terhadap risiko jangkitan yang melibatkan pihak ke 3. Drp kajian, dicadangkan agar kaunselor menentukan objektif yang jelas untuk pecah kerahsiaan ini.

Menurut Mc Guire, Nieri, Abbott, Sheridan & Fisher, 1995, tindakan pecah kerahsiaan ini berkait rapat dengan TL homoseksualiti. Didapati ahli psikoterapi yang mempunyai skor yang tinggi terhadap homofobia (takut kpd hubungan homoseksual) dikatakan cenderung untuk pecah rahsia berbanding orang yang mendapat skor rendah.

Palma & Iannelli (2002) pula melaporkan bhw pengamal kaunseling menggunakan tahap berbeza untuk mengambil tindakan pecah kerahsiaan. Pasangan lelaki gay kurang diberi amaran risiko jangkitan oleh pasangan berbanding dengan pasangan heteroseksual wanita. Kozlowski (2000) melaporkan 25% drp sampel (ahli psikologi) mempunyai keinginan untuk pech rahsia walaupun klien HIV mengambil langkah berjaga2 untuk melindungi pihak ke3 drp dijangkiti. Ini adalah stigma masyarakat terhadap golongan ini.

Para profesional juga tidak mempunyai jawapan yang pasti berkaitan isu ini sama ada untuk pecah rahsia atau tidak di mana mereka sering membincangkannya bersama2 pelajar2 di dlm kelas sahaja mengenai tindakan yang mungkin diambil. 1 lagi faktor yang mengundang kpd persetujuan untuk tindakan pecah kerahsiaan ini adalah kerana kekeliruan yang wujud akibat penegasan undang2 yang pelbagai bagi setiap negeri mengenai isu ini.

CARA UNTUK MENINGKATKAN PROFESIONALISME KAUNSELOR DLM ISU INI Wujudkan Program Identifikasi untuk memaklumkan pihak ke3 agar membuat pendedahan kpd penghidap HIV yang tidak menghiraukan keselamatan orang2 disamping mereka betapa bahaya risiko jangkitan yang dihadapi.

Di 26 buah negeri di USA kini meminta pengamal perubatan untuk memberitahu secara rahsia kepada semua yang telah diuji HIV +ve sebagai langkah memantapkan profesionalisme Jabatan Kesihatan Awam. Jelasnya tiada peruntukan undang2 yang membenarkan pecah kerahsiaan wpun untuk melindungi pihak ke3. Semua keputusan bergantung kepada budi bicara kaunselor.

KAUNSELING INDIVIDU YANG BERADA DI AMBANG MAUT




ACA Code Of Ethics Section A.9: End Of Life Care For Teminally III Clients.
Menekankan beberapa faktor: Penjagaan Berkualiti kaunselor perlu mengambil langkah utk membenarkan klien mendapat keperluan yang sepatutnya bagi sisa hayat yang tinggal dari segi fizikal, emosi, sosial dan spiritual

Melatih diri klien agar menetapkan azam yang tinggi untuk meneruskan kehidupan. Memberi kemudahan yang diperlukan oleh klien dalam memberi maklumat & pengetahuan terhadap segala keputusan yg diambil oleh klien berkenaan kesihatannya. Klien berhak menerima ujian yg secukupnya berkaitan dgn kemampuannya membuat keputusan yg rasional drp kaunselor yg berpengalaman dlm kes sebegini.

Kecekapan, Pilihan & Rujukan Kaunselor


Kaunselor perlu memberi informasi yang berguna untuk memastikan klien mendapat pertolongan dan sokongan yang sewajarnya untuk meneruskan hidup.

Kerahsiaan
Kaunselor yg berhadapn dengan klien yang tergesa2 ingin menamatkan riwayat hidupnya mempunyai pilihan untuk pecah kerahsiaan bergantung kepada undang2 & situasi yg dialami. Tindakan ini perlu mendapat nasihat dari pakar dalam bidang undang2 untuk mengelakkan tindakan mahkamah.

Oleh itu, jelas juga dinyatakan tiada kaunselor diberi mandat untuk pecah kerahsiaan wpun klien berhajat untuk menamatkan riwayat hiudpnya kerana tekanan penyakit yg dihidapi. APA Code menggalakkan kaunselor mengambil tindakan pecah rahsia bergantung kepada situasi & kes yang timbul atas budi bicara kaunselor.

APA Working Group Assisted Suicide & End Of Life Faktor-faktor Faktoryg perlu dipertimbangkan oleh kaunselor untuk pecah kerahsiaan bagi isu ini.

Kecekapan & kemampuan klien untuk diberi kebenaran termaklum dalam memahami makna & implikasi yg dihadapi akibat dr tindakannya nanti. Keperluan sistem sokongan sosial kpd klien.

Sumber yg mempengaruhi keperluan psikologi, kesakitan, penderitaan, kualiti hidup, faktor budaya, kewangan & ketakutan hilang upaya yang dihadapi oleh klien Pengaruh yang memaksa klien terburu2 menamatkan riwayat hidupnya sama ada tekanan secara langsung atau tidak langsung.

PILIHAN KAUNSELOR


Dalam situasi di atas, di mana klien memberi keizinan kpd dirinya untuk menamatkan riwayatnya akibat tekanan yang dihadapi, kaunselor boleh mengambil tindakan pecah kerahsiaan.

Kaunselor juga boleh menunggu sehingga keputusan ujian terhadap klien dikeluarkan dan menimbang segala faktor yang ada yang akhirnya berdasarkan pengalaman kaunselor, klien ini akan mengambil tindakan tersebut, maka dia juga boleh boleh mempertimbangkan untuk pecah kerahsiaan Kaunselor juga boleh memegang kerahsiaan itu sekiranya dia merasakan klien berpotensi untuk berfikiran rasional, tiada unsur luar yg memaksa, tiada kerumitan yg berlaku dalam jiwanya dan klien berazam untuk memperbaiki kualiti sisa hidupnya yg masih ada.

KERAHSIAAN DLM POPULASI TERPILIH


KANAKKANAK-KANAK & REMAJA  ACA Code Of Ethics, Section B.5 : Klien mempunyai kemampuan untuk mendapat kebenaran termaklum.
TANGGUNGJAWAB TERHDP KLIEN Apabila sesi kaunseling dijalankan, terhadap klien yg berkemampuan untuk memberi & memahami kebenaran termaklum, kaunselor perlu melindungi hak2 kerahsiaan terhdp maklumat yg diterima drp Undang2 persekutuan, negeri, polisi dan standard etika yang dipegang.

TANGGUNGJWB TERHADAP IBUBAPA & PENJAGA YG SAH


Kaunselor perlu memaklumkan ibubapa/penjaga mengenai isu2 kerahsiaan dlm perkhidmatan kaunseling. Kaunselor juga perlu sensitif terhadap budaya keluarga & tgjwb ibubapa terhadap anak2nya mengikut undang2 yg termaktub. Kaunselor perlu berusaha untuk memantapkan profesionalismenya disamping memberi perkhidmatan yg berkualiti dan membina hubungan yg baik dgn ibubapa.

1.

2.

3.

4.

Menurut Fundudis (2003) terdapat 4 faktor yg perlu dipertimbangkan kaunselor utk pecah kerahsiaan terhadap kes ini : Kronologi umur (termasuk sejarah lampau, perkembangan kematangan) Tahap kognitif (termasuk bahasa, ingatan, logik, kemampuan klien) Kematangan emosi (kawal kemarahan, kestabilan mood, pendidikan, corak TL) Faktor sosio budaya terhadap nilai yg dipegang keluarga & kepercayaan agama.

Undang2 mengenalpasti 4 pengecualian umum dlm pecah kerahsiaan kpd ibubapa:




Kematangan klien
Klien mampu memahami rawatan yg diterima & faham rawatan itu berterusan. Rozovky (2000): mahkmah juga mengambil risiko jika ingin mengambil keputusan untuk mengukur kematangan kanak2 & remaja dalam menerima kebenaran termaklum kerana ia sesuatu yg kompleks.

Kebebasan yg sah drp ibubapa/pjaga


Remaja yg berdikari dlm menjalani kehidupan tanpa pengawasan ibubapa. Faktor status remaja itu sekiranya dia menjadi ketua keluarga, bekerja, berkhidmat dlm tentera dan berkahwin maka terlepas dari ibubapa.

Kecemasan
Jika berlaku kecemasan, klien boleh dirawat serta-merta tanpa kebenaran sertaibubapa. Namun ibubapa perlu diberitahu sebaik saja keadaan cemas itu berakhir.

Perintah mahkamah

ISU2 KERAHSIAAN DLM KAUNSELING KELUARGA/KELOMPOK




ACA Code Of Ethics, Section B.4.a ; Group Work :menegaskan dalam kaunseling kelompok kaunselor perlu menjelaskan secara terperinci kepentingan kerahsiaan kepada ahli

ACA Code Of Ethics, Section B.4.b : Couple & Family




Kaunselor perlu menjelaskan siapa klien & membincangkan ekspektasi yang diharapkan dan limitasi kerahsiaan apabila membuat kaunseling keluarga. Kaunselor juga perlu membuat persetujuan bertulis terhadap semua yg terlibat mengenai hak kerahsiaan dan ahli mempunyai kewajipan untuk menjaga kerahsiaan drp segala maklumat yg diterima dr sesi itu.

APA ETHICAL PRINCIPLES, SECTION 10.02: THERAPY INVOLVING COUPLES & FAMILIES


Kaunselor perlu mengambil langkah berjaga2 terhadap kemungkinan pecah kerahsiaan apabila membuat sesi kaunseling dgn golongan ini. Oleh itu kaunselor perlu menjelaskan peranan ahli dalam memegang etika kerahsiaan ini dlm memberi perkhidmatan terbaik kpd klien.

Apabila ahli psikologi terlibat dalam konflik peranan di mana dia perlu menjadi saksi dalam kes perceraian, dia perlu mengambil langkah yg sewajarnya untuk menjelaskan kpd pasangan terbabit dan memperbaiki keadaan itu. Dia juga boleh mengambil langkah untuk keluar dr kelompok itu bagi membolehkannya memainkan peranan yg sewajarnya terhadap situasi yg dihadapi.

KAUNSELING SILANG BUDAYA




Ada budaya yg menerima etika kerahsiaan ini. Namun begitu terdapat budaya di mana segala keputusan perlu dirujuk kepada ahli keluarga yg tua& dihormati. Bagi kaunselor yg menghadapi masalah ini, perlu membuat pertimbangan untuk memberitahu keluarga klien atau tidak berkenaan kes klien.

Walapun ditegaskan untuk menceritakan semua yg terjadi dalam sesi kaunseling, kaunselor tidak perlu menceritakan secara terperinci maklumat yg didapati. Hanya sekadar yg penting sahaja. Kaunselor juga perlu membuat persetujuan bertulis mengenai pecah kerahsiaan sekiranya perlu untuk berbuat demikian agar tidak menghadapi tindakan mahkamah.

CABARAN DLM KERAHSIAAN : PERKEMBANGAN TEKNOLOGI




100 tahun dahalu sesi kaunseling hanya melibatkan 2 individu dan perjumpaan 4 mata, rekod bertulis dan disimpan oleh kaunselor. Kaunseling juga telah mengalami revolusi seiring dengan kepesatan pembangunan sains & teknologi.

Rekod disimpan dlm komputer, mendapatkan terapi melalui internet, media, telefon yang akhirnya mengakibatkan dilema dalam isu kerahsiaan kaunselor. Heinlen & Welfel (2001) mencadangkan beberapa langkah berjaga2 untuk rekod2 klien yg disimpan dalam komputer:
Menghalang drp org lain mengakses komputer terbabit.

Menggunakan hard drive, floppy disk, CD atau hardware yg berasingan khas untuk penyimpanan rekod kaunseling. Mengekalkan fail kertas & rekod bertulis untuk setiap klien yg mengandungi kod2 yg digunakan dlm membezakan klien. Sentiasa memperbaharui perlindungan terhadap serangan virus komputer dan membuat salinan fail2 yg disimpan berasingan drp CD asal. Berhati2 terhadap komputer yg mempunyai networking dan mengambil semua langkah yg perlu untuk melindungi data2 klien daripada diakses & terpapar di skrin komputer lain.

ETIKA DALAM TERAPI DAN KAUNSELING MELALUI INTERNET




ACA Code Ethics, Section A.12 : Aplikasi Teknologi:


Menetapkan isu2 yg berkaitan saja untuk menjaga kerahsiaan klien agar tidak berlaku perpindahan @ muat turun maklumat sulit. Menggunakan laman web yg tersembunyi/rahsia dan berhubung melalui email untuk menjaga kerahsiaan apabila perlu

Maklumkan klien mengenai undang2 yg sah & limitasi kerahsiaan yg dipegang mengatasi segalanya walau di peringkat antarabangsa. Meminta klien berhati2 dlm kebenaran penggunaan komputer peribadi walaupun ahli keluarga sendiri yg mungkin boleh mengakses terhadap maklumat kaunseling klien itu.

KESIMPULAN


Tiada undang2 yg jelas yang membenarkan kaunselor membuka kerahsiaan klien walau apa keadaan sekalipun kecuali untuk klien yg merancang melakukan jenayah. Itu pun hanya untuk beberapa negeri sahaja. Oleh itu kaunselor perlu mengetahui undang2 yang berkaitan apabila berhadapan dengan setiap isu untuk mengelakkan tindakan mahkamah. Kebanyakan isu yg timbul, pihak berkuasa meminta kaunselor menggunakan budi bicara samada untuk pecah kerahsiaan atau tidak. Jalan yg lebih selamat ialah dengan menjadi kaunselor berdaftar yg akan dilindungi dan diiktiraf profesionalismenya bagi mengelakkan sebarang isu berkaitan dgn etika ini dan sering merujuk kepada peguam sebelum melakukan sesuatu tindakan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai