Anda di halaman 1dari 1

Wahai Muaz, sesungguhnya aku mencintaimu, maka ucapkanlah :

Ya Allah, tolonglah hamba untuk berzikir pada-Mu, mensyukuri-Mu dan baik beribadat pada-Mu. (Riwayat Abu Daud)

Kemudian, antara wasiat-wasiat Rasulullah s.a.w. yang baginda wasiatkan kepada sahabat mulia Sayidina Abu Zar al-Ghiffari, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : Aku berwasiat kepadamu untuk bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya takwa itu perhiasan bagi semua pekerjaanmu. Hendaklah engkau membaca AlQuran, berzikir mengingati Allah. Jika kamu berzikir mengingati Allah, sesungguhnya itu adalah zikir (sebutan) namamu di langit dan cahaya untukmu di bumi. Dan hendaklah engkau, wahai Abu Zar, panjang diamnya, kecuali berkata yang baik. sesungguhnya diam itu mengahalu syaitan daripadamu dan diam itu menolong kamu untuk mengerjakan pekerjaan agamamu. Janganlah sekali-kali kamu, wahai Abu Zar, banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hatimu dan menghilangkan cahay di wajahmu. Dan hendaklah engkau mujahadah melawan nafsumu. Sesungguhnya mujahadah melawan nafsu itu adalah kewalian umatku. Hendaklah engkau mencintai orang-orang miskin, duduklah bersama mereka kerana mereka pada hari kiamat esok, mempunyai daulat yang besar. Wahai Abu Zar, pandanglah orang di bawahmu, jangan engkau pandang orang di atasmu, maka yang demikian itu lebih sayugia untukmu agar kamu tidak meremehkan nikmat yang Allah berikan kepadamu. Wahai Abu Zar, hendaklah kamu bersilaturrahim dengan kerabatmu, meskipun mereka memboikotmu, dan hendaklah kamu berkata yang hak, walaupun kebenaran itu pahit. Kebenaran itu ialah apa-apa yang datang kepadamu daripada Allah s.w.t. Dan janganlah kamu takut golongan yang mencerca dan mengkritikmu. Wahai Abu Zar, janganlah kamu mengata orang lain apa-apa yang ada pada dirimu sendiri. Cukuplah bagi seseorang itu menjadi pengecut bilamana dia ada tiga sifat ini ; Tahu apa yang ada pada orang lain, tetapi tidak tahu apa yang ada pada dirinya ; malu orang berbuat sesuatu sedangkan dia juga melakukannya ; dan menyakiti makhluk. Wahai Abu Zar, tiada akal yang terlebih baik daripada tadbir dan tiada warak yang lebih baik daripada menahan diri daripada menyakiti orang lain. Dan tiada kebaikan yang terlebih baik daripada akhlak yang mulia. Jadi , Marilah kita sibuk dengan diri kita sendiri, sebelum sibuk dengan

dipetik tanpa diubah suai dari SOLUSI isu 40 (m/s27)

Anda mungkin juga menyukai