Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN RESPON TERBUKA] Tajuk : Cara-cara Menghargai Jasa Ibu Bapa Soalan Jasa ibu bapa sangat besar

nilainya dan tidak terbalas oleh anak-anak. Jelaskan cara-cara menghargai jasa ibu bapa. Rangka Karangan 1.0 Pendahuluan -ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan setiap anak -tanpa ibu bapa tiadalah anak -ibu bapa telah banyak berkorban untuk memastikan anak-anak membesar dengan sempurna -ibu bapa terpaksa bekerja keras semata-mata untuk membolehkan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna -sebagai anak kita mestilah menghargai jasa ibu bapa 2.0Isi/Fakta Cara-cara Menghargai Jasa Ibu Bapa Isi 1 : Membantu ibu bapa membuat kerja rumah - Apakah cara-cara menghargai jasa ibu bapa? - Mengapakah anak-anak perlu membantu ibu bapa membuat kerja rumah? - Bagaimanakah cara anak-anak membantu ibu bapa membuat kerja rumah? - Contoh/Bukti: Menolong ibu memasak, menjaga adik-adik, membantu bapa mencuci kereta, membersihkan persekitaran rumah - Rumusan isi : Justeru ibu bapa akan berasa senang hati kerana beban tugas mereka di rumah bertambah ringan Isi 2 : Menjaga ibu bapa selepas mereka tua - Apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk menghargai jasa ibu bapa? - Mengapakah anak-anak perlu menjaga ibu bapa setelah mereka tua? - Bagaimanakah anak-anak menjaga ibu bapa setelah mereka tua? - Contoh/Bukti : Membawa ibu bapa tinggal bersama, melayan mereka dengan sabar, menjaga makan minum mereka dengan sempurna - Rumusan isi : Oleh hal yang demikian, anak-anak hendaklah menjaga ibu bapa baik dari segi jasmani mahupun rohani Isi 3 : Mengunjungi ibu bapa jika tinggal berasingan - Apakah cara lain menghargai jasa ibu bapa? - Mengapakah kita perlu mengunjungi ibu bapa? - Bagaimanakah caranya mengunjungi ibu bapa? - Contoh / bukti : pulang ke kampung sebulan sekali, bertanya khabar, membawa makanan dan barang kesukaan mereka - Rumusan isi : Dengan cara ini ibu bapa tidak akan berasa sunyi dan tersisih walaupun anak-anak tinggal berjauhan Isi 4 : Berjaya dalam pelajaran -Apakah cara lain menghargai jasa ibu bapa? -Mengapa kita perlu berjaya dalam pelajaran? -Bagaimanakah kejayaan anak-anak dapat membalas jasa ibu bapa? -Contoh/Bukti : anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan mendapat pekerjaan yang baik -Rumusan isi : Kejayaan anak-anak melambangkan kejayaan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. 3.0 Penutup/Kesimpulan Kesimpulannya, jasa ibu bapa terhadap anak-anak tidak ternilai. Ibu bapa tidak mengharapkan anak-anak membalas jasa dengan menghamburkan wang atau kemewahan tetapi cukuplah sekadar anak-anak mengambil berat terhadap diri mereka dan prihatin terhadap masalah mereka pada saat mereka menghadapi hari-hari tua. Jika kita menghargai jasa ibu bapa kita, setelah kita tua, anak-anak kita pasti akan menghargai jasa kita. Usahlah kita menjadi anak-anak yang tidak mengenang jasa seperti Si Tenggang yang melupakan ibunya setelah menjadi kaya