Anda di halaman 1dari 7

"‫"دعأ إيبو ممباوا كشرض‬

( 11 Mei 2007M / 23 Rabi'ulakhir 1428H )

: ِ‫حمْدُ ِلِ اْلقَاِئل‬


َ ْ‫َال‬

‫ُهه‬
ُ ‫حمّدًا َعبْد‬
َ ُ‫َهه وَأَ ْشهَدُ أَنّ م‬
ُ ‫ْكه ل‬
َ ‫َهه ل َشرِي‬
ُ ‫ِلهه إِلّ الُ وَحْد‬
َ ‫َنه ل إ‬
ْ ‫َأ ْشهَدُ أ‬
.َ‫حمّدٍ َوعَلَى آِلهِ وَأَصْحَاِبهِ َأ ْج َم ِعيْن‬
َ ُ‫صلّ عَلَى َسيّ ِدنَا م‬
َ ّ‫ اَل ّلهُم‬.ُ‫َورَ ُسوُْله‬

َ‫ َفقَدْ فَاز‬،‫هيْكُمْ وَِايّاىَ ِبَت ْقوَى الِه‬


ِ ‫ ُأوْص‬،‫ ِاّت ُقوْا ال‬،‫ فَيَها ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّاه َبعْد‬
.َ‫اْل ُمّت ُقوْن‬
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Marilah kita mengambil kesempatan pada hari ini untuk meningkatkan
ketaqwaan kepada Allah dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan larangannya. Semoga kita memperolehi kebahagiaan dan
keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian bersama ibu bapa
serta keluarga. Mudah-mudahan kita akan mendapat rahmat Allah di
dunia dan di akhirat kelak.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 36:

،‫أعوذ بال من الشيطان الرجيم‬


1
Maksudnya: "Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan
janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua dan hedaklah
kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak-
anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran
tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar, dan
juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang sombong, takbur dan membangga-banggakan diri."

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Dalam Islam, tuntutan agar berbuat baik kepada ibu bapa adalah
merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai
seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan
terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak
berlaku kasar dan selalu ingat dan menghargai jasa serta pengorbanan
yang telah diberikan kepada kita salam ini. Mereka telah bersusah
payah memelihara dan menjaga kita siang dan malam dengan
mengorbankan waktu, tenaga, perasaan, wang ringgit dan sebagainya
demi memberikan yang terbaik untuk kita. Atas dasar itulah maka Islam
menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibu
bapa amat besar sehingga ia digandingkan dengan perintah
mentauhidkan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23:

2
Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak
menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau
berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau
kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh" dan janganlah
engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,


Ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima
kasih kepada kedua ibu bapa kita. Firman Allah SWT dalam surah
Lukman ayat 14:

Maksudnya: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua


ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada
kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali
(untuk menerima balasan)."

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu


bapa, lebih-lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat
seorang ibu itu lebih dari seorang bapa. Berdasarkan Sabda Rasulullah
SAW:

3
: َ‫ مَ نْ َأَبرّ؟ قَال‬، ِ‫ قُلْ تُ يَا َر ُسوْلَ ال‬: َ‫ش ْيرِىّ قَال‬
َ ‫"عَ نْ ُمعَاوَِيةَ بْ نِ َح ْي َدةَ اْل ُق‬
. َ‫ ُأمّ ك‬: َ‫ ُثمّ مَ نْ؟ قَال‬: ُ‫ قَالَ ُقلْ ت‬. َ‫ ُأمّ ك‬: َ‫ ُثمّ مَ نْ؟ قَال‬: ُ‫ قَالَ قُ ْل ت‬. َ‫ُأمّك‬
".َ‫ أَبَاكَ؟ ثُمّ الَ ْق َربَ فَالَ ْقرَب‬: َ‫ ثُمّ مَنْ؟ قَال‬: ُ‫قَالَ ُقلْت‬
Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku
bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat
baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi
siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi
siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?
Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir
denganmu dan seterusnya".
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Menurut maksud hadis tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah


menggariskan satu dasar bahawa Islam amat mengutamakan kepada si
ibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik
dari setiap anak-anaknya ini kerana segala pergorbanan yang
ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses
melahirkan, kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah
satu tempoh yang amat sukar. Namun begitu, ia berjaya diatasi dengan
sebab rasa kasih sayang yang mendalam dalam diri si ibu berserta
sokongan dari si bapa.

Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka


selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat
sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

".ِ‫جّنةُ تَحْتَ َأقْدَامِ اْ ُل ّمهَات‬


َ ْ‫"اَل‬
Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."

4
Hal ini dapat dilihat dalam kisah Alqamah, di mana beliau begitu sukar
untuk melafakan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana
perasaan ibunya yang tergores di atas layanannya, walaupun Alqamah
kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris
perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya,
sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu
dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh
Alqamah tidak terjadi kepada kita.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bersempena hari ibu yang disambut pada bulan Mei setiap tahun
sebagai tanda penghormatan terhadap pengorbanan ibu serta
mengenang jasa mereka membesarkan kita. Maka, janganlah sesekali
kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengguris perasaan dan
menyakitkan hati mereka. Terutama kepada golongan remaja yang
sering terlibat dengan masalah sosial di mana perbuatan dan perilaku
tersebut boleh mengguris perasaan dan mengecewakan harapan ibu
yang impikan setiap anak mereka menjadi insan berguna dan sentiasa
menjaga nama baik keluarga bukan dengan menjatuhkan maruah
keluarga.

Sambutan hari ibu perlu dihayati dengan penuh bermakna oleh kita
semua. Kerana terdapat kes-kes yang mengecewakan kita telah berlaku
dan dipaparkan di dalam media seperti ibu bapa didera oleh anak
sendiri, malahan ada yang sanggup membunuh ibu bapa apabila
permintaan mereka tidak dipenuhi atau perbuatan mereka dihalang
oleh ibu bapa. Perbuatan derhaka seperti ini adalah disebabkan telah
hilangnya nilai keimanan dalam diri dan jiwa kerana telah dikuasai oleh
syaitan serta kewarasan akal fikiran hilang disebabkan pengaruh pil
khayal, dadah dan sebagainya. Mereka ini perlu bertaubat kepada Allah
SWT dan memohon ampun di atas segala dosa-dosa yang dilakukan,

5
mudah-mudahan hidup akan diberkati dan dijauhkan dari azab siksaan
api neraka Allah SWT.

MUSLIMIN SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,


Bagi menghargai segala jasa ibu, maka berbagai cara perlu kita lakukan
untuk menghiburkan hati mereka. Diantaranya kita memperuntukkan
masa untuk menziarahi ibu, bercuti bersama-sama ibu, membawa ibu
bersiar-siar ke tempat yang menarik, menghadiahkan sesuatu yang
menjadi kesukaannya, sentiasa mendoakan mereka, dan melakukan
apa sahaja yang menyenangkan hati mereka, sebagai tanda
penghargaan serta kasih sayang seorang anak kepada ibu.

Persoalannya? adakah kita telah melakukan hal-hal sedemikian kepada


ibu kita? adakah hanya sekadar bila tibanya hari raya, atau hari ibu,
barulah kita tertanya-tanya di mana dan bagaimana keadaan si ibu?.
Sedangkan ajaran Islam menegaskan bahawa ibu hendaklah diberikan
perhatian dan layanan pada setiap masa. Sebagai anak, kita perlulah
sentiasa mentaati dan mendoakan kesejahteraan serta keampunan bagi
kedua ibu bapa agar hidup kita diberkati Allah. Jika ibu bapa kita telah
meninggal dunia, hadiah yang paling bermakna untuk mereka yang
amat kita kasihi ini, ialah mendoakan kesejahteraan untuk mereka, agar
Allah Taala sentiasa merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosa
mereka.

،‫أعوذ بال من الشيطان الرجيم‬

Maksudnya: "Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya


kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk
6
‫‪mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada‬‬
‫‪mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang‬‬
‫"‪memelihara dan mendidikku semasa kecil.‬‬
‫)‪(Surah al-Isra’ ayat : 24‬‬

‫بَارَ كَ الُ ِلىْ وَلَ ُك ْم فِىْ القُرْءَا نِ اْل َع ِظيْ مِ‪ ،‬وََن َف َعنِىْ َوإِيّا ُك ْم بِمَا ِفيْ هِ مِ َن اْليَا تِ‬
‫السهِميْعُ اْل َعلِيمهُ‪َ .‬أ ُقوْلُ‬
‫ّهه ُهوَ ّ‬
‫ُمه تِلَ َوتَههُ‪ ،‬إِن ُ‬
‫وَال ّذكْرِ الْحَ ِكيْمهِ‪َ ،‬وَت َقبّلَ ِمنّىْ َو ِمنْك ْ‬
‫س ِلمَاتِ‪،‬‬
‫س ِلمِ ْينَ وَاْلمُ ْ‬
‫قَوِْلىْ هَذَا وَأَ ْسَت ْغفِرُ الَ اْل َع ِظيْ َم لِىْ وَلَ ُك مْ‪ ،‬وَلِ سَائِرِ اْلمُ ْ‬
‫وَاْلمُ ْؤ ِمِنيْن وَاْلمُ ْؤ ِمنَاتِ‪ ،‬فَا ْسَت ْغفِرُ ْو ُه إِّنهُ ُهوَ اْل َغفُوْرُ الرّ ِح ْيمُ‪.‬‬

‫‪7‬‬

Anda mungkin juga menyukai