Anda di halaman 1dari 13

5.

PENDIDIKAN BERTERUSAN KE ARAH PEMBANGUNAN NEGARA Pembangunan adalah satu proses yang melibatkan pendidikan secara berterusan

yang mana tujuan utama ialah untuk meningkatkan kesejahteraan diri, masyarakat dan kelompok paling besar iaitu sebuah Negara. Tanpa pendidikan yang sempurna Negara akan ketinggalan, kemajuan yang diinginkan tidak akan dapat dicapai. Kita memerlukan modal insan yang hebat dan unggul dari segenap sudut yang boleh mendukung cita-cita dan aspirasi Negara ke arah pembangunan sebuah Negara bangsa yang dihormati dan disegani dari segenap dimensi. Pembangunan Negara Malaysia bukan sesuatu yang mudah untuk direalisasikan, ini kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa, budaya yang berbeza, pegangan dan nilai yang berlainan. Status sosial yang berlainan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang bagi setiap bangsa yang berbeza. Pendidikan yang berterusan perlu bagi mewujudkan sebuah Negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. Apabila kita memperkatakan pembangunan, ia merupakan satu proses yang merangkumi ciri-ciri penting yang harus dicapai oleh setiap Negara seperti masyarakat yang hidup dalam kalangan etnik yang berbeza tetapi boleh mencapai kesejahteraan bersama. Sekumpulan individu yang berusaha untuk meningkatkan pencapaian kendiri, berusaha untuk mencapai persefahaman dan berupaya untuk hidup dalam kumpulan etnik yang berbeza. Selain itu, pembangunan juga merupakan proses untuk mendidik moral, menghasilkan kreativiti, boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik, bekerjasama dan berusaha untuk menyesuaikan diri dalam kalangan majoriti etnik yang lebih besar. Namun demikian, apa yang lebih utama ialah pembangunan merupakan satu proses untuk mencapai matlamat asas kehidupan yang diinginkan oleh setiap individu dalam kelompok yang berbeza. Pembangunan yang seimbang adalah perlu dalam membentuk peribadi seseorang agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Selain itu, pembangunan juga penting dalam membantu membangunkan belia Malaysia yang terpinggir dalam bidang akademik. Pembangunan Negara juga perlu bagi mewujudkan peluang pekerjaan tanpa mengira kaum. Bertepatan dengan konsep pendidikan berterusan, iaitu peluang untuk mendapatkan dan meneruskan pendidikan setiap penduduk tanpa mengira umur, kaum, kepercayaan, dan nilai sesebuah masyarakat maka wajarlah setiap daripada mereka berinteraksi dan bergaul bagi mencapai pembangunan Negara yang mapan dan setanding dengan Negara maju yang lain. Mutu sebenar pembangunan sesuatu bangsa bergantung kepada mutu pembangunan diri perseorangan dan masyarakat di sekelilingnya, dan kesannya ke atas pembangunan sesebuah Negara bangsa. Pembangunan Negara merupakan aspek yang

amat penting, dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya, ini kerana melalui pendidikan Negara akan mencapai wawasan yang direncanakan dengan melahirkan insan-insan yang berketrampilan, berwibawa, berkepimpinan, dan boleh membawa aspirasi Negara ke arah pembangunan yang mapan melalui sektor ekonomi, bidang politik yang mencabar, dan tanpa mengetepikan kepentingan sosio budaya yang menjadi tunjang utama dalam mencapai perpaduan, keamanan, dan kesejahteraan Negara.

5.1

Sosiobudaya Budaya merangkumi aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama. Apabila dikaitkan dengan sosio budaya, apalagi di Malaysia kita tidak dapat lari dari menyatakan bahawa Malaysia sebuah Negara majmuk yang aman damai yang mana rakyatnya hidup dalam kepelbagaian sosio budaya yang merujuk kepada perbezaan bangsa, kelas sosial yang berbeza, kepercayaan, bahasa pertuturan yang pelbagai, adat resam, dan jantina. Namun kita percaya bahawa melalui sistem pendidikan yang berterusan Malaysia mampu mencapai perpaduan kaum dan membina Negara bangsa 5.1.1 Mewujud dan mengukuhkan perpaduan kaum Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Keharmonian dan kemakmuran Negara adalah bergantung kepada amalan dan sikap toleransi, kerjasama dan hormat menghormati antara satu sama lain. Perpaduan akan tercapai jika pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan adalah mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Sistem pendidikan yang terbaik adalah sistem yang meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia, dan akan sentiasa berterusan walaupun telah keluar dari sekolah ataupun institusi pengajian tinggi. Ini penting bagi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke hari tua dan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan Negara. Fungsi pendidikan di peringkat sekolah adalah menyatupadukan

masyarakat yang berbilang bangsa untuk menjalinkan hubungan baik dan saling bertoleransi. Ini kerana, apabila berada di sekolah, kanak-kanak akan terdedah dengan persekitaran yang berbeza daripada di rumah, di sekolah mereka yang berbilang bangsa akan saling berkenalan,

berinteraksi dengan baik seterusnya mewujudkan hubungan antara masyarakat dan membina perpaduan kaum. Berbeza apabila mereka berada di rumah, mereka hanya bergaul antara ahli keluarga sendiri, bertutur dalam bahasa sendiri, dan hanya tahu adat resam sendiri. Guru memainkan peranan penting dalam menanam sikap saling hormat menghormati, toleransi, bekerjasama, bertanggungjawab, berdaya saing, dan mempunyai sifat patriotik yang mana ia sangat penting dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa. Namun demikian, peranan kerajaan dalam menyatupadukan kaum amat penting. Perancangan dasar, dan pelaksanaanya amat penting, bersesuaian dengan itu, perpaduan dapat dilihat melalui peranan pendidikan dalam pembinaan warga, pendidikan dalam pembinaan Negara bangsa dan pendidikan dalam Konsep 1Malaysia. a) Pendidikan dalam pembinaan warga Pendidikan memainkan peranan penting bagi menyediakan warga yang bermutu iaitu melahirkan generasi baru yang produktif, progresif, berdisiplin, berketrampilan serta cekap dan mahir. Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan rendah dan menengah. Perlaksanaan Kurikulum Sekolah Menengah bertujuan membentuk warganegara yang mampu membawa keharmonian dan kemakmuran Negara. Salah satu usaha kerajaan melalui pendidikan dan sistem sekolah ialah, dengan mewujudkan sekolah wawasan. Sekolah Wawasan ialah pengelompokan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam satu kawasan yang sama. Sekolah wawasan merupakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan bagi membawa perubahan dalam sistem pendidikan Negara. Sekolah wawasan adalah sekolah yang berkonsepkan belajar bersamasama dalam kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan anutan masing-masing. Di bawah konsep ini, tiga buah sekolah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama, dan setiap sekolah mempunyai bangunannya sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung antara bangunan (KPM,2010a). Menerusi sekolah ini, murid-murid dari berbagai bangsa dan latar belakang akan saling berinteraksi dan seterusnya memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. Selain itu, sekolah

wawasan juga akan melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu, dan menggalakkan interaksi maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah (KPM,2010a). Sekolah yang dahulunya berasingan kini disatukan dalam sistem pendidikan yang seragam dan melaksanakan secara bersama aktiviti sekolah seperti aktiviti kokurikulum, perhimpunan pagi, temasya sukan dan sebagainya. Melalui cara ini, masyarakat akan menyedari betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa yang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Rasionalnya Sekolah Wawasan mampu menjana integrasi nasional melalui sistem dan institusi pendidikan.

Selain daripada kewujudan Sekolah Wawasan, perpaduan juga dapat dibentuk melalui semangat kewarganegaraan. Ia boleh dibentuk melalui mata pelajaran tertentu. Mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik, Sejarah dan Kewarganegaraan boleh menjana masyarakat berbilang kaum dengan semangat kekitaan. Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam pula merupakan mata pelajaran teras dalam KBSM yang menerangkan aspek kerohanian, kemanusiaan dan kemasyarakatan di samping menerapkan nilai-nilai positif yang menekankan ke arah pendidikan bersepadu. b) Pendidikan dalam pembinaan Negara bangsa. Selaras dengan hasrat kerajaan dan wawasan 2020, pada tahun 2007, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menggariskan enam (6) teras strategik PIPP. Teras utama yang menjadi tunjang kepada perpaduan Negara ialah pembinaan Negara bangsa. Dalam usaha mencapai matlamat menjadi Negara maju pada era globalisasi ini, pembentukan Negara bangsa menjadi semakin mencabar terutama untuk memperkukuhkan minda, budaya dan nilai yang menjadi pegangan rakyat supaya sejajar dengan hasrat menjadikan Malaysia Negara maju mengikut acuan sendiri. Tanpa pendidikan, proses pembinaan Negara bangsa tidak akan tercapai. Malaysia perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Teras

Pertama

dalam

Pelan

Induk

Pembangunan

Pendidikan (PIPP) telah menggalurkan lima faktor yang menjadi pemangkin kepada pembentukan Negara bangsa iaitu Lingua Franca, Integrasi, Kewarganegaraan, Patriotisme, dan Demokrasi. Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada usaha membina Negara bangsa adalah Lingua Franca. Lingua franca merupakan bahasa yang menjadi penghubung rasmi dalam kehidupan bermasyarakat. Di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan merupakan bahasa rasmi yang menjadi alat perpaduan dan perhubungan rakyat Malaysia. Peranan pendidikan dapat dilihat melalui peranan guru yang dapat membantu dengan sering menggalakkan pelajar mereka dengan bangga menggunakan bahasa Melayu khususnya di sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan. Bahasa Melayu sepatutnya tidak dihadkan kepada tujuan komunikasi sahaja tetapi turut dikuasai dalam bidang penulisan dan akademik. Selain itu, faktor integrasi juga menjadi pemangkin kepada usaha mambina Negara bangsa. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional antara kumpulan-kumpulan daripada segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaaan,pendidikan dan politik. Dalam pendidikan, peranan guru adalah menggalakkan integrasi pelajar daripada latar belakang etnik dan budaya yang berbeza dalam segala aktiviti sekolah. Kementerian Pelajaran telah merancang program yang dapat menggalakkkan pergaulan antara kaum di peringkat sekolah rendah seperti melalui program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Melalui program RIMUP, murid-murid sekolah rendah kebangsaan dipadankan dengan sekolah-sekolah rendah kebangsaan berdekatan dalam aktiviti-aktiviti bercorak kokurikulum agar tahap pergaulan dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk dari bangku sekolah lagi. Manakala bagi sekolah menengah pula ada sesetengah sekolah tersebut menetapkan kuota keahlian dalam aktiviti sekolah bagi mengelakkan mana-mana kaum memonopoli sesuatu aktiviti sahaja. Faktor kewarganegaraan pula melibatkan pembentukan identiti rakyat dalam Negara. Di sekolah, semangat kewarganegaraan boleh dipupuk melalui pelbagai aktiviti seperti persembahan kebudayaaan, aktiviti kelab dan persatuan di samping aktiviti rutin semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. berasaskan

Selain

itu,

faktor

patriotisme juga terhadap

di titikberatkan. dan

Patriotisme merupakan perasaan cintakan tanah air yang mendalam kesedaran seseorang kewarganegaraan kesetiaan kepada Negara. Di sekolah, semangat patriotisme dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti seperti upacara menaikkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan dan membaca rukun Negara serta mengadakan persembahan bertemakan sejarah sempena sambutan Hari Kebangsaan pada setiap tahun dan sebagainya. c) Pendidikan dalam Konsep 1Malaysia. Konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang, Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi penggerak utama ke arah mencapai perpaduan dan integrasi kaum yang bertemakan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Konsep 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep ini, dengan jelas menyatakan bahawa, kita sebagai rakyat yang berpendidikan tidak harus memandang perbezaan kaum sebagai satu kelemahan tetapi satu kelebihan yang tidak terdapat di mana-mana Negara maju lain. Melalui sistem pendidikan yang diwujudkan untuk keperluan bersama, iaitu sistem sekolah yang berpandukan sukatan kurikulum yang sama rata tanpa mengira kaum, status, parti politik, dan taraf sosial, Negara akan mencapai pembangunan yang optimum, apabila setiap warganya bersatu padu, saling membantu, dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sistem pendidikan yang sama rata, akan memberikan persamaan hak, dan peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Apabila budaya setiap bangsa dipelajari, dan dikongsi bersama, mereka akan saling memahami untuk menghilangkan perbezaan identiti. Peluang mendapatkan pendidikan yang sama rata bagi setiap kaum tanpa mengira umur, jantina, dan bangsa terbuka luas di Negara kita. Matlamat utama pendidikan berterusan adalah untuk menghasilkan pertumbuhan individu yang sihat dan seimbang terutama dalam membentuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. Setiap warga mempunyai hak dan peluang yang sama semasa belajar di peringkat sekolah rendah dan

menengah, namun tidak semua daripada mereka mempunyai nasib yang sama. Ada yang berjaya menjadi golongan professional dan ada yang hanya menjadi pekerja biasa, malah ada juga yang masih menganggur. Apa yang lebih malang lagi, ada antara mereka yang tidak dapat meneruskan pembelajaran di peringkat sekolah kerana kekangan kewangan keluarga yang meruncing. Atas dasar tolong menolong, keprihatinan, dan tanggungjawab sosial yang tidak berbelah bahagi, kerajaan atau badan bukan kerajaan telah berusaha untuk menganjurkan kursus-kursus Kemahiran seperti menjahit, memasak, kraftangan, pertukangan, elektrik, dan sebagainya yang dirasakan perlu agar golongan ini tidak ketinggalan dan boleh melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, Negara, dan penciptanya. Kursus-kursus Kemahiran ini dianjurkan untuk semua golongan tidak mengira bangsa dan jantina, malah umur juga bukan faktor penghalang untuk mengikuti setiap kursus yang dianjurkan. Kursus dan Kemahiran yang dianjurkan adalah bertepatan dengan konsep pendidikan berterusan yang mana setiap rakyatnya berpeluang untuk menunjukkan potensi diri, menambah ilmu, mengubah sikap, dan menambah pengalaman agar kehidupan sosial mereka sama seperti individu lain yang mempunyai tahap pendidikan dan peluang yang lebih besar. Jika suatu masa dahulu, peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lebih mengutamakan golongan lelaki berbanding wanita. Hak golongan wanita untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna seolah-olah dinafikan. Namun kini tidak lagi, menerusi pendidikan berterusan, hak antara lelaki dan wanita adalah sama. Secara ringkasnya, dapatlah kita simpulkan bahawa sistem sekolah dan pendidikan berterusan mampu memacu aspirasi Negara dalam mewujudkan sebuah Negara bangsa yang bersatu padu, aman damai, saling menghormati, bekerjasama, toleransi, dan berkongsi satu budaya yang saling diterima mampu mewujudkan dan mengukuhkan perpaduan kaum walaupun hidup dalam kepelbagaian sosio budaya.

5.2

Sosioekonomi Kegiatan sosio-ekonomi dapat ditakrifkan sebagai kegiatan yang

melibatkan masyarakat dalam bidang ekonomi meliputi faktor-faktor ekonomi dan kemasyarakatan. kegiatan sosio-ekonomi tidak dapat dipisahkan dengan peradaban dan kebudayaan sesebuah masyarakat. 5.2.1 Menjana pembangunan modal manusia Pendidikan adalah tunjang utama dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan dan berilmu tidak kira sama ada secara formal mahupun tidak formal. Dasar pendidikan yang lebih menyeluruh dan memberi peluang yang sama kepada semua golongan tanpa mengira bangsa, agama, dan jantina adalah perlu bagi mencapai matlamat pembangunan modal manusia yang mapan, berwibawa, dan berketrampilan. Modal manusia yang baik dan mampu membawa aspirasi Negara ke arah Negara membangun adalah meliputi pengetahuan, Kemahiran, kepakaran, bakat, kualiti personal, potensi dan sebagainya. Pelaburan ke atas modal manusia merupakan satu pelaburan yang penting kepada sesebuah masyarakat atau Negara. Selain daripada pembangunan fizikal dan ekonomi, pembangunan modal manusia merupakan satu kepentingan strategi dalam manusia juga memberi kesan langsung era k-ekonomi iaitu terhadap pembasmian perubahan ekonomi disebabkan oleh ICT. Pelaburan ke atas modal kemiskinan, melahirkan tenaga mahir dan profesional dan membentuk golongan yang berilmu pengetahuan yang boleh menjadi penggerak kepada ekonomi. 5.2.2 Tenaga kerja yang mencukupi dan menyumbang kepada

pembangunan Negara Pekerja atau buruh merupakan satu faktor yang penting kepada pengeluaran dan kemajuan ekonomi. Buruh dalam konteks ini merangkumi tenaga kerja professional, mahir, separuh mahir, dan tidak mahir yang menjadi penggerak kepada kemajuan ekonomi. Tanpa tenaga buruh yang mencukupi, pengeluaran yang produktif di peringkat kilang, syarikat, dan industri pembuatan tidak akan terhasil. Pendidikan yang berterusan, sama ada formal ataupun tidak formal akan melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan, terlatih, kreatif, inovatif, berdaya saing, sifat

ketahanan diri, berdaya maju, produktif, berbakat, serta berpotensi menjana pelbagai peluang pekerjaan. Sifat- sifat inilah yang akan menjana pendapatan Negara dan juga dapat menjadi pekerja yang memberi sumbangan yang produktif kepada pembangunan Negara. Masalah pengangguran yang melanda Negara, ditambah lagi dengan sikap masyarakat yang hanya bergantung dengan ibu bapa tanppa berusaha mencari pekerjaan kerana berasakan mereka tidak layak atau tiada pendidikan yang setaraf menyebabkan pembangunan ekonomi Negara yang lembab. Justeru Peranan pendidikan yang berterusan dalam era ekonomi ialah berusaha melahirkan tenaga kerja yang mencukupi dengan Kemahiran yang pelbagai untuk seterusnya dapat meneroka membendung masalah pengangguran bidang keusahawanan berasaskan

pengetahuan yang mereka miliki. Tenaga kerja yang mencukupi dan berketrampilan penting dalam membangun dan menjana sektor ekonomi yang mapan untuk pembangunan Negara. 5.2.3 Melahirkan usahawan muda Pendidikan membentuk golongan usahawan muda yang boleh

menyumbang kepada pertumbuhan dan kemajuan ekonomi Negara. Usahawan muda bermaksud individu yang mencipta inovasi dan berusaha untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, dan jantina. Peranan utama bidang pendidikan di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi adalah berusaha untuk mendorong minat golongan muda supaya dapat melibatkan diri secara aktif dan progresif dalam menangani perubahan dan peningkatan ledakan ekonomi tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dan tanggungjawab sosial. Pendidikan menyediakan rangka tindakan yang telus dan menyeluruh tanpa mengira kaum bagi membentuk dan melahirkan golongan usahawan muda yang berpengetahuan, berani mengambil risiko, berminat memajukan diri dalam ekonomi, mempunyai semangat patriotik, sanggup berjuang, mengambil cabaran dalam ekonomi, komited untuk mengangkat maruah bangsa dan Negara melalui kemajuan ekonomi. Membentuk usahawan muda adalah satu strategi penting bagi membenteras kemiskinan, menangani masalah pengangguran dalam kalangan siswazah dan golongan muda, usaha ini juga dapat membangunkan semula masyarakat dalam kegiatan ekonomi dan memastikan pertumbuhan

ekonomi yang mapan, serta pengagihan kekayaan dan pendapatan yang sama melalui aktiviti ekonomi yang stabil. 5.2.4 Mendidik dan memberi kesedaran tentang kepentingan ekonomi Pendidikan yang berterusan berperanan dalam memberikan didikan dan kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan ekonomi yang mempengaruhi masa depan mereka, masyarakat dan juga Negara. Kemunduran dan kemiskinan yang dialami oleh kebanyakan Negara membangun, termasuk Malaysia adalah disebabkan produktiviti yang rendah, taraf pembangunan teknologi yang tidak cekap, tidak berpngetahuan, tahap pendidikan yang rendah, kadar buta huruf yang tinggi, kurang daya kreatif dan inovatif, kurang daya usaha dan ikhtiar, tahap modenisasi yang rendah, pengurusan dan perancangan sumber manusia serta sumber lain yang kurang cekap dan kurang menguntungkan, serta pembaziran masa dan tenaga dengan pulangan yang rendah. Dengan melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, corak penggunaan tenaga yang mapan dan modal manusia yang berkualiti akan menjadi peransang kepada pertumbuhan dan kemajuan ekonomi Negara. Pendidikan dan profesion perguruan juga perlu membentuk warganegara yang progresif dan dapat mempengaruhi perkembangan ekonomi yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan hidup mereka. Pengetahuan ekonomi merupakan satu daripada keperluan pendidikan kenegaraan. Oleh sebab itu generasi muda perlu didedahkan dan menguasai berbagai-bagai pengetahuan dan kemahiran tentang ekonomi supaya mereka dapat memainnkan peranan yang konsruktif dalam era ekonomi moden. 5.2.5 Merapatkan jurang pendapatan antara lelaki dan wanita Pendidikan yang berterusan tanpa mengira jantina telah banyak mengubah kehidupan dan meningkatkan status sosial dalam kalangan wanita khususnya. Ini terbukti apabila golongan wanita juga turut terlibat dalam membangunkan industri kecil dan sederhana seperti membuat kraftangan, terlibat aktif dalam menghasilkan kosmetik, industri penghasilan kain, industri masakan, dan sebaginya. Ini jelas menunjukkan bahawa, kursus-kursus Kemahiran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan adalah satu usaha murni yang perlu diberikan pujian. Walaupun pada dasarnya, golongan wanita pada suatu ketika dahulu

hanya dianggap sebagai insan yang lemah, tetapi kini tidak lagi, kedudukan wanita dan lelaki adalah sama dalam usaha untuk membangunkan Negara ke arah sebuah Negara maju yang disegani. 5.2.6 Mengurangkan ketaksamaan dan kemiskinan di luar Bandar Bagi memastikan kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan sepenuhnya, kerajaan telah mempelbagaikan program yang berteraskan kepada pembangunan luar Bandar. Atas kesedaran tersebut, piihak kerajaan telah menyediakan sejumlah peruntukan yang besar untuk membangunkan tahap pendidikan pelajar di kawasan luar Bandar. Sejajar dengan matlamat ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang bagi membantu pelajar yang tidak berkemampuan menerusi program Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), skim baucer tuisyen, dan sebagainya. Menerusi bantuan ini, pelajar yang bijak dan pandai tetapi tidak berkemampuan untuk pergi ke sekolah akan lebih bersemangat untuk melanjutkan pelajaran dan menghabiskan sesi persekolahan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Begitu juga pelajar yang kurang bijak dan tidak mampu tetapi berminat untuk menimba ilmu akan lebih bersemangat untuk pergi ke sekolah. Melalui cara ini, pelajarpelajar luar Bandar tadi yang hadir dari golongan yang tidak berkemampuan, boleh membantu menambah pendapatan keluarga dan mereka yang tidak berkemampuan apabila berjaya kelak dan menjawat jawatan yang sesuai dengan kelulusan masing-masing. Dengan demikian, jurang kemiskinan dan ketaksmaan peluang yang diperolehi oleh penduduk Bandar dan luar Bandar dapat diatasi menerusi skim bantuan dan pendidikan yang sama rata tanpa mengira status sosial, jantina, bangsa, dan keturunan. 5.3 Politik Politik adalah proses pembentukan dan pembahagian kekuasaan dalam masyarakat yang melibatkan proses membuat keputusan untuk kemakmuran dan pembangunan Negara. Malaysia merupakan sebuah Negara membangun yang mengamalkan sistem pemerintahan demokarsi berparlimen.

5.3.1

Mewujudkan kestabilan politik Negara Dunia sentiasa bergolak dan bersaing di antara satu Negara dengan Negara lain. Negara-negara maju sering mengenakan nilai mereka kepada Negara-negara sedang membangun. Jesteru itu pendidikan berterusan perlu dilakukan bagi mempersiapkan warganegara menghadapi perubahan global ini dan seterusnya memastikan Malaysia tidak menjadi Negara yang ketinggalan dari segala aspek. Contohnya perubahan dasar bahasa. Seluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi yang penting. Hampir seluruh warga dunia menggunakannya. Lantaran itu penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan sangat digalakkan. Selain itu, pendidikan berterusan juga perlu agar setiap warga Negara bersiap sedia dari segi keselamatan Negara. Hal ini adalah kerana didadapati bidang pertahanan Negara perlu mengalami perubahan. Negara-negara jiran telah mempersiapkan diri dengan teknologi senjata yang canggih di samping menjalinkan hubungan erat dengan kuasakuasa besar. Malaysia juga perlu ke arah itu untuk memastikan kestabilan politik dan keselamatan Negara sentiasa terjamin. Peranan pihak kerajaan dalam menangani isu-isu pendidikan dan membuat tindakan penambah baikan harus diberikan pujian. Melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pihak kerajaan telah melaksanakan berbagai usaha untuk merapatkan jurang pendidikan antara kaum melalui kurikulum yang disediakan. Bukan itu sahaja, pelaksanaan dasar-dasar kerajaan juga dilihat banyak membantu masyarakat luar Bandar agar menerima faedah pendidikan sama seperti yang diterima oleh masyarakat Bandar dari segi infrastruktur, guru berkualiti, biasiswa, dan kemudahan-kemudahan lain yang dirasakan perlu. Selain itu, teras utama dalam PIPP juga menegaskan bahawa untuk mencapai sebuah Negara maju dalam kalangan masyarakat majmuk memerlukan sebuah Negara bangsa yang berpegang kepada satu kepercayaan yang sama, hormat-menghormati, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan, dan budaya bangsa asal tanpa mengetepikan budaya dan pegangan sendiri. Sejajar dengan hasrat ini, kerajaan melalui KPM telah menggubal beberapa dasar yang mencerminkan Negara bangsa melalui kurikulum yang sama di semua jenis sekolah, menekankan nilai-nilai murni, saling berinteraksi, dan memahami pegangan masingmasing.

Antara lain, kerajaan juga berusaha menyediakan pendidikan yang berterusan menerusi kursus-kursus Kemahiran yang dianjurkan tanpa mengira umur, jantina, dan bangsa. Apa yang lebih utama adalah peningkatan kualiti hidup yang sama walaupun berbeza fahaman. Dasar dan pelaksanaannya yang tidak mengetepikan hak dan kaum lain ini, menjadikan Malaysia sebuah Negara majmuk yang aman dan damai kerana setiap kaum atau bangsa percaya bahawa hak mereka sebagai warganegara tidak akan diketepikan walaupun berlainan pegangan. Hal ini menjadikan Malaysia sebuah Negara yang mempunyai kestabilan politik walaupun wujud parti-parti pembangkang. Ini kerana kewujudan parti-parti lain selain parti pemerintah dalam politik Negara adalah perlu kerana mereka adalah cermin kepada pihak kerajaan agar mentadbir Negara dengan lebih baik.

SALAM DILA...TULISAN MERAH TU ZETY YANG TAMBAH...KLU ADA YG PERLU KO TAMBAH...TAMBAH LAH...DAH PENING DAH NI....

EJAAN JGN LUPA YER...TAKUT ADA YG TERMIS PANDANG..HEHEHE