Anda di halaman 1dari 5

Manfaat herba bagi perubatan tradisional DALAM rimbunan pepohon hutan hujan tropika Malaysia, tumbuh pelbagai jenis

pokok renek atau herba yang memberi manfaat kepada nenek-moyang kita sejak zaman-berzaman sebagai bahan perubatan tradisional. Bawang Bawang besar mempunyai daya tarikan serba guna dalam gastronomi. Bertindak sebagai perangsang dan tonik pemulihan, ia juga berupaya merendahkan tekanan darah tinggi. Jusnya boleh diguna untuk merawat luka bernanah, kena api, gigitan haiwan dan bisul. Bubuh perahan bawang besar atas kepala jika pening kepala. Bagi meredakan Kesakitan sendi disebabkan artritis, sapukan campuran jus bawang besar dan minyak biji sawi panas di sendi. Minum sesudu teh campuran jus bawang besar dan madu jika anda sakit perut, batuk dan serak suara. Mereka yang ingin memulihkan tenaga batin yang lemah boleh mencuba cara ini: Makan sesudu teh benih bawang yang dikering dan ditumbuk bersama madu tiga kali sehari. Bawang putih Bawang putih pula dianggap herba yang mampu mempermuda kulit. Baunya yang hancing mengandungi bahan perubatan yang aktif, allyl methyl trisulphide, yang boleh mengelak darah beku. Minyak bawang putih (berbentuk kapsul) di kedai ubat atau farmasi dipercayai memiliki sifat pembersih, menurunkan darah tinggi dan meningkatkan sistem kekebalan terhadap penyakit. Limau nipis Rasa masam limau nipis bukan saja merangsang, malah memudahkan penghadaman dan sumber kaya Vitamin C. Untuk menghilangkan kekuningan

gigi, gunakan ubat gigi daripada garam dan kulit limau nipis yang ditumbuk halus. Campuran jus limau nipis dan madu juga baik untuk memulihkan suara garau.Bagi menghilangkan tompok hitam dan jerawat, sebelum tidur sapukan di muka jus limau nipis dan kemudian basuh dengan air suam keesokan pagi. Jika kutu menggatal, gosok di kulit kepala campuran jus limau dan pes bawang putih. Lemon Lemon terkenal untuk mengubati gangguan sistem penghadaman seperti sedu, pedih hulu hati, loya dan gangguan usus, misalnya sembelit dan cacing. Kunyit Dengan merenjis serbuk kunyit dalam masakan, ia dikatakan dapat mengelak ancaman kuman tropika. Selesema dan sakit tekak boleh dikurangi dengan menyedut wap sesudu besar serbuk kunyit yang dicampur air baru masak. Madu Madu mampu melegakan batuk dan menyembuh ulser mulut. Sesiapa yang botak boleh cuba menyapukan di kulit kepala campuran jus bawang besar dan madu setiap pagi dan petang. Daun kari Daun kari yang digemari dan diperlukan dalam masakan dal, kari dan sambal rasam berkhasiat sebagai ubat. Memakan dua atau tiga kali sehari campuran sesudu teh daun kari kering yang ditumbuk dengan sesudu teh madu boleh melegakan sembelit. Untuk menghitamkan rambut dan mengelak daripada beruban, sesudu makan minyak kelapa dimasak dengan segenggam daun kari hingga hangus. Setelah sejuk, pakannya sebagai tonik rambut. wanita mengandung boleh menghilangkan loya dengan meminum setiap pagi campuran 15 hingga 20 jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula.

Lada hitam atau putih Kerana sifatnya yang panas dan pedas, lada putih atau hitam boleh menaikkan selera dan penghadaman. Jika sengal tulang, sapukan dua sudu teh serbuk lada yang digoreng dengan minyak bijan sampai hangus. Untuk meningkatkan keupayaan seksual, cuba minum satu cawan susu yang dimasak dengan setengah sudu teh serbuk lada hitam dan enam buah badam yang dihancurkan sebelum tidur. Urut bahagian gusi yang berdarah dengan campuran garam halus dan serbuk lada. Jika sakit gigi, bubuh campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi. Halia Selain membersih tekak dan lidah, halia juga boleh melegakan batuk serta menghilangkan loya. Untuk sakit kepala, bubuh di dahi halia kering yang diasah dengan sedikit air pada batu giling. Satu lagi resipi meningkatkan keupayaan seksual ialah dengan meminum campuran setengah sudu teh jus halia, madu dan telur separuh masak. Kelapa Kelapa amat disyorkan untuk ibu mengandung kerana ia membekalkan bahan seperti vitamin, galian dan enzim untuk faktor pertumbuhan. Dianggap sebagai ubat pencegah yang kuat, air kelapa biasanya diminum dan dimandikan selepas seseorang mendapat cacar dengan harapan ia tidak meninggalkan kesan. Untuk ulser mulut, urut gusi tiga atau empat kali sehari dengan campuran santan kelapa dan madu. Betik Pokok betik kaya dengan kalium dan karotena serta mengandungi sejenis enzim bertenaga, 'papain', yang boleh melawan pelbagai alahan. Betik kurang masak adalah julap dan diuretik. Bijinya mempunyai sifat antibiotik dan antikulat. Untuk

sakit otot, letakkan daun betik yang disalai atas api di bahagian yang sakit. Kerap memakan betik boleh menghindari penyakit anemia, sembelit, penyakit mata dan cacing dalam usus. Bagi menambah aliran susu ibu, selalulah memakan betik kurang masak yang dimasak. Pisang Buah pisang yang tidak masak dikatakan berkhasiat sebagai ubat, merawat gangguan dalam perut, kencing berlebihan, ulser dan kolitis. Sarat dengan kalsium, kalium, sodium, fosforus, sulfur, magnesium, zat besi dan vitamin, pisang adalah pembina badan untuk kanak-kanak. Jika perut meragam atau ciritbirit, makan dua kali sehari pisang masak yang dilecek dengan sedikit garam dan sesudu teh asam jawa yang dilenyek. Jika terkena api, bubuh pisang yang dilecek di bahagian yang terbakar dan balut dengan daun sirih.

1. PENYAKIT KEPIALU Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum. 2. Demam panas Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum. 3. Muntah Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.

4. Sakit Kepala Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu. 5. Kayap Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu. 6. Panau Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.