Anda di halaman 1dari 1

Zakimi Bin Zakim Hasim Pengerusi Belia Lepar Utara 2 26400 Bandar Jengka Pahang.

Hamidon Pengurus Lepar Utara 2/4 26400 Bandar Jengka Pahang. Tuan, MEMOHON PERALATAN PERMAINAN BOLA SEPAK Merujuk seperti perkara di atas, saya sebagai Pengerusi Belia Lepar Utara 2, ingin memohon kerjasama pihak Tuan untuk memberi perhatian sewajarnya. 2. Tujuan permohonan ini adalah untuk kemudahan belia untuk melakukan aktiviti riadah di petang hari, dengan adanya peralatan peralatan permainan yang mencukupi akan memudahkan aktiviti permainan bola sepak dilaksanakan. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan para belia di lepar ini terlibat dalam aktiviti yang tidak berfaedah. 3. Peralatan yang dipohon adalah hanya melibatkan peralatan permainan bola sepak sahaja. Antara peralatan yang dipohon adalah seperti berikut: 1. 2. Bola Sepak = 2 biji Jaring Gol = 1 set 11 Oktober 2011

4. Saya berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini supaya para belia di Lepar Utara 2 dan 4 ini mempunyai aktiviti yang berfaedah dilakukan semasa waktu petang. Saya berharap setinggi-tinggi kerjasama daripada pihak tuan untuk meluluskan permohonan ini. Sekian terima kasih.

Yang Benar

(Zakimi B. Zakir Hasim) Pengerusi Belia Lepar Utara 2