Anda di halaman 1dari 5

PENGISIAN WAKTU DI MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN

(23 November 2007M / 13 Zulkaedah 1428H)

.‫لمَ دِْينًا‬
َ ْ‫حمْدُ لِ الّذِى أَ ْك َملَ َلنَا الدّيْ نَ وَأَتَمّ َع َل ْينَا الّن ْع َمةَ َورَضِى لَناَ الِ س‬
َ ْ‫ال‬
‫ُهه‬
ُ ‫حمّدًا َعبْد‬
َ ُ‫ وَأَ ْشهَدُ أَنّ م‬،ُ‫ْكه لَهه‬
َ ‫َهه لَ َشرِي‬
ُ ‫َهه إِلّ الُ وَحْد‬
َ ‫َنه لَ اِل‬
ْ ‫َأ ْشهَدُ أ‬
.َ‫حمّدٍ َوعَلَى آِلهِ وَأَصْحَاِبهِ َأ ْج َم ِعيْن‬
َ ُ‫صلّ وَسَلّمْ عَلَى َسيِّ ِدنَا م‬
َ ّ‫ اَل ّلهُم‬،ُ‫َورَ ُسوُْله‬
َ‫ َف َقدْ فَاز‬،ِ‫صيْكُمْ وَإِيّايَ ِبَت ْقوَى ال‬
ِ ْ‫ وَُأو‬،َ‫ اِّت ُقوْا ال‬،َ‫ َفيَا َأّيهَا اْل ُم ْؤ ِمُنوْن‬،ُ‫َأمّا َبعْد‬
.َ‫اْل ُمّت ُقوْن‬

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,


Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita
bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T, dengan
mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Sesungguh-
nya kebahagiaan dunia dan kesejahteraan akhirat hanyalah ditentukan
oleh iman dan takwa. Mimbar hari ini akan membicarakan satu tajuk
iaitu: ”Pengisian Waktu Di Musim Cuti Persekolahan.”

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,


Sudah menjadi lumrah alam, setiap yang datang akan pergi, setiap yang
hidup akan mati, dan setiap yang bermula akan berakhir. Begitulah
juga, peredaran masa yang berlaku kepada alam persekolahan di mana,
musim cuti persekolahan akhir tahun 2007 sudah pun bermula satu
minggu yang lalu sehinggalah di buka semula pada awal 3 Januari 2008.
Tempoh yang begitu lama ini sewajarnya kita manafaatkan sebaik
mungkin terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak yang masih
di bangku persekolahan.
1
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Sebagai ibubapa atau penjaga kepada anak-anak seharusnya sudah
mempunyai beberapa perancangan dan aktiviti untuk memenuhi masa
lapang anak-anak pada musim cuti persekolahan ini. Antaranya ialah
seperti menziarahi keluarga, sahabat handai, membeli-belah, pergi
berkelah, dan sebagainya.

Perlu di ingatkan bahawa, sempena musim cuti persekolahan ini juga,


marilah kita manafaatkan masa dan peluang ini, dengan melakukan
perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada kita dan anak-anak
kita. Janganlah kita mendorong dan mengajak mereka untuk memenuhi
musim cuti ini dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfeadah
dan mendatangkan kebaikan kepada mereka. Pengawalan dan tumpuan
dari ibubapa adalah amat penting lebih-lebih lagi pada musim cuti
persekolahan ini. Yang mana mereka selalu rapat dan berada bersama
kita.

MUSLIMIN YANG BERBAHAGIA,


Perlu di ingatkan juga bahawa, aset yang paling penting dan berharga
kepada kedua-dua ibu bapa ialah anak-anak. Mereka merupakan
penyeri atau perhiasan dalam sesebuah rumahtangga. Apatah lagi jika
anak-anak berkenaan menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada
keluarga, masyarakat dan negara. Sudah tentu kedua ibubapanya akan
mendapat nikmat di dunia dan di akhirat nanti. Sebaliknya, jika anak-
anak yang tidak mendengar kata nasihat ibubapa, degil, engkar, liar dan
melakukan maksiat kepada Allah s.w.t sudah pasti ianya akan menjadi
beban kepada keluarga, masyarakat dan negara. Didikan agama yang
sempurna yang diterapkan bermula dari waktu kecil hinggalah mereka
dewasa akan dapat menyelamatkan mereka dari terus lalai dan alpa
dengan kehidupan di dunia ini. Firman Allah s.w.t. :

2
Maksudnya: ”Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu
dan keluarga kamu dari api neraka yang mana bahan bakarnya adalah
manusia dan batu berhala. Neraka itu di jaga dan di kawal oleh
malaikat-malaikat yang keras dan kasar layanannya. Mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang di perintahkan nya kepada
mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang di perintahkan.

(Surah Al-Tahrim ayat : 6)

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,


Tidak dapat dinafikan bahawa tiada seorang ibu bapa pun yang sanggup
dan ingin melihat anaknya susah, menderita dan hidup melarat,
sebaliknya semua mahukan anak-anak mereka menjadi insan yang baik,
berakhlak, berbudi bahasa, berwawasan, bersopan santun, berfikiran
positif serta mengamalkan sifat-sifat terpuji dalam kehidupan seharian
mereka.

Ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka menjadi orang yang berilmu,
serta berjaya dalam hidupnya. Apabila mereka dewasa pula, ibubapa
menginginkan agar anak-anak mereka mempunyai pekerjaan yang baik
dan berjawatan. Kerana itulah terdapat di kalangan ibu bapa yang
sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga menghantar anak-
anak mereka menghadiri kelas-kelas tambahan demi mengharapkan
kejayaan dalam pelajaran anak-anak mereka.

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,


Dalam pada itu, perlu diingatkan bahawa untuk menjadikan anak-anak
itu insan yang sempurna serta bertakwa kepada Allah, beberapa perkara

3
yang perlu dilatih dan diasuh sejak dari kecil lagi, terutamanya semasa
mereka berada di alam persekolahan bersama kawan-kawan. Di alam
persekolahan mereka banyak terdedah dengan dunia luar kerana
terdapat pelbagai latarbelakang yang mereka temui semasa berada di
sekolah. Pengaruh inilah sedikit sebanyak akan mempengaruhi
tingkahlaku anak-anak kita. Tumpuan dan didikan yang sempurna oleh
ibubapa semasa mereka berada bersama kita di rumah akan dapat
membentuk keperibadian mereka.

Di antara persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh ibubapa dan


perlu diambil perhatian khususnya pada musim cuti persekolahan ini
ialah:
1. Ibu bapa perlu membuat pemantauan dan menyusun jadual
harian anak-anak supaya mereka tidak lalai dengan
tanggungjawab sebagai pelajar. Tidak bererti apabila sekolah
bercuti anak-anak turut bercuti daripada mengulangjkaji buku-
buku pelajaran.
2. Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita seharusnya berusaha
memanfaatkan percutian ini bersama anak-anak dengan aktiviti
berfaedah seperti membawa anak-anak ke perpustakaan, kem-
kem motivasi atau balik ke kampung untuk menziarahi datuk
nenek dan juga ahli keluarga.
3. Mengalakkan mereka supaya rajin dan berusaha dalam menuntut
ilmu, samada Ilmu duniawi dan ukhrawi. Dengan adanya ilmu
mereka dapat membezakan mana yang halal dan mana yang
haram, mana yang hak dan mana yang batil, mana yang disuruh
dan mana yang dilarang oleh Allah.
4. Ajarlah anak-anak supaya selalu bersyukur dengan nikmat yang
Allah kurniakan. Peringatkan mereka dengan suasana negara-

4
negara lain yang rakyatnya hidup menderita kerana berlakunya
peperangan dan tidak dapat belajar dengan sempurna.

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,


Akhirnya, marilah kita bersama-sama menjaga dan mendidik anak-anak
yang diamanahkan oleh Allah kepada kita. Didiklah mereka dengan
kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga,
masyarakat, negara dan bakal penerus kepada perjuangan Islam yang
di dokongi oleh ibu bapa.

،‫اعوذ بالله من الشيطان الرجيم‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab


amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk
memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak
dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan
untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan
yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya
tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka
pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”

(Surah Al-Ahzab ayat : 72)

ِ‫ وََن َف َعنِى وَِإيّا ُك مْ ِبمَا ِفيْ هِ ِم نَ اْليَا ت‬،ِ‫بَارَ كَ الُ لِىْ وََلكُ مْ فِىْ اْل ُق ْرءَا نِ اْلعَ ِظيْ م‬
ُ‫ أَقُول‬،ُ‫لوَتَ هُ إِنّ هُ ُهوَ ال سّ ِميْعُ اْلعَ ِليْ م‬
َ ِ‫ وََت َقّبلَ ِمنّىْ َو ِمنْكُ مْ ت‬،ِ‫وَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْ م‬
،ِ‫ وَلِ سَاِئرِ اْلمُ سْ ِل ِميْنَ وَاْلمُ سْ ِلمَات‬،ْ‫َقوْلِى هَذَا وَأَ ْسَت ْغ ِفرُ الَ اْل َع ِظيْ مَ لِىْ وَلَكُ م‬
.َ‫سَت ْغ ِفرِيْنَ وَيَها نَجَاةَ التّاِئِبيْن‬
ْ ُ‫ فَا ْسَت ْغ ِفرُوهُ َفيَا َف ْوزَ اْلم‬،ِ‫وَاْل ُم ْؤ ِمِنيْنَ وَاْل ُم ْؤ ِمنَات‬