Pengenalan Konsep Pengurusan Bilik Darjah Ciri-ciri Guru yang Efektif dalam Pengurusan Bilik Darjah
Kualiti Peribadi
Bilik darjah merupakan satu tempat yang kompleks dan mempunyai banyak tuntutan. Aktiviti di dalam bilik darjah melibatkan orang,tugasan,ruang,masa dan bahan pembelajaran. Doyle (1986) telah mengenalpasti beberapa ciri yang menjadikan bilik darjah suatu tempat yang unik dan mencabar antaranya adalah: 1 Pelbagai dimensi melibatkan aktiviti berbeza.Guru memberi arahan,menarik perhatian murid,melakukan demonstrasi,mengawal disiplin,menilai,memberikan maklum balas dan murid pula akan melaksanakan aktiviti,membaca,mencatat dan berinteraksi dengan rakan. 2 Serentak aktiviti berlaku dalam masa yang sama dikalangan muridnya. 3 - Segera Guru membuat keputusan dengan cepat seperti menegur mengenai peribadi dan tingkah laku pelajar. 4 Sukar diramal Perancangan kadangkala tidak diduga seperti sakit,alat media rosak semasa pengajaran dan pembelajaran. 5 Umum bilik darjah adalah tempat terbuka dimana guru dapat memerhati semua aktiviti murid dan setiap tindak tanduk mereka. Guru perlu berhati-hati kerana tingkah laku mereka ditiru oleh murid-muridnya.
2
Pengurusan bilik darjah adalah suatu proses yang akan memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan P n P. Pengurusan Bilik Darjah - PBD yang berkesan akan membantu mencapai matlamat seperti berikut: -- Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai. -- Membentuk suasana pembelajaran yang positif. -- Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru murid dan murid-murid. -- Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum. -- Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P n P. -- Mengurangkan masalah disiplin. -- Pengurusan rutin yang berkesan. -- Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri.(Sanford J.,Emmer E. & Clemments B.) Faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah perancangan yang rapi dan pendekatan yang lebih bersifat holistik.Guru perlu membuat refleksi untuk menentukankekuatan dan kelemahan P n P yang disampaikan.
3
Pengetahuan Tentang Keperluan Murid-Murid iaitu keperluan fisiologi dan dan psikologi mengikut Hieraki Abraham Maslow iaitu PRIMER FISIOLOGI- Keselamatan Kasih Sayang dan Penghargaan Diri. Keperluan sekunder Estetik Pengetahuan dan Penyempurnaan Kendiri. Selain itu murid juga mempunyai keperluan akademik dan latihan vokasional. Ini termasuk - Memahami objektif pengajaran -Melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran -Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya. - Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid. - Masa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi. - Pengalaman kejayaan. - Maklum balas yang tepat dan realistik
Pengurusan Bilik Darjah MERANCANG merujuk sukatan pelajaran untuk menentukan objektif dan hasil pembelajaran.Guru akan mengambil kira tempat P n P sama ada di bilik darjah, makmal, bengkel,pusat sumber atau luar kawasan sekolah seperti di taman,kebun atau dalam hutan. MENGELOLA Guru perlu beri arahan yang jelas,memaklumkan peraturan dan prosedur,menyelaras dan mengatur aktiviti serta bahan pembelajaran,agihan tugas,membahagikan murid kepada kumpulan,menentukan kedudukan dan susunan murid atau kumpulan. MENGAWAL Guru perlu memantau,memberi perhatian,menegur,menasihati atau menghantarkannya ke unit disiplin sekiranya perlu. MEMBUAT REFLEKSI Guru menganalisis dan menilai keberkesanan amalan beliau,pendekatan,strategi dan kaedah yang digunakan,aktiviti atau tugasan,bahan bantu mengajar serta bentuk penilaian yang digunakan semasa P n P. MENJALIN HUBUNGAN GURU MURID Guru ialah penggerak dan pemimpin di dalam bilik darjah.Guru boleh menunjukkan tahap dominan sama ada secara demokrasi, autokratik atau tak apa fleksibel.Selamat,hormat,yakin dan sayang kepada guru.
5
Ciri-ciri guru yang berkesan dalam Pengurusan Bilik Darjah Guru yang berkesan ialah guru yang dapat: Menguruskan bilik darjah dengan berkesan Membentuk suatu suasana agar murid aterangsang dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha melakukan yang terbaik. Menggunakan masa P n P dengan berkesan.We will see three aspect of Class Control and Personifikasi that is: 1 Kualiti Peribadi bersemangat dan proaktif ., sensitif dan peka terhadap perbezaan pelajar . See Howard Gardner for Multiple Intelligence ,peramah,mesra dan berusaha mengenali muridnya. Guru yang berkesan adalah mesra,peramah,penyayang,tenang,boleh berjenaka,tabah dan tidak mudah putus asa,analatikal,kreatif,inspirasi,motivasi,empati,simpati,spontan,fleksibel,yakin,si sistematik,adil,proaktif,bersemangat dan berani. Jangan jadi guru yang cepat marah, tidak yakin,pesimis,autokratik,tiada daya usaha,tegar,bantah,selalu bertengkar,memanipulasi keadaan dan malas mengajar tetapi gaji nak tinggi dan rasa selesa dengan gaji yang mahal tetapi tidak menyampaikan ilmu.
6
Cekap dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengetahuan dan kemahiran guru. Pengetahuan am,pengetahuan ikhtisas,kemahiran pedagogi dan penggunaan teknologi maklumat. Perlu memahami objektif pengajaran,pengetahuan,pengalaman pembelajaran dan kaedah penilaian. Memahami konsep,prinsip dan struktur subjek dengan mendalam. Berusaha mempelajari perkaran baharu dengan membaca,seminar,bengkel berkaitan subjek. Kemahiran menggunakan contoh,ilustrasi dan alat bantu mengajar. Mengambil kira gaya pembelajaran yang berbeza dalam kalangan muridnya. Cekap dalam teknik penyoalan.Soalan tepat,ringkas dan berfokus dan dapat mengcungkil idea serta memperkembangkan daya pemikiran murid. Berupaya menggunakan bentuk penilaian formal dan tidak formal selepas memberi pengajaran.
Penghayatan dan Amalan Nilai - Kod Etika Keguruan: Tanggungjawab terhadap murid Tanggungjawab terhadap ibubapa. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan Soalan : > Nyatakan lima kemahiran yang boleh membantu guru dalam pengurusan bilik darjah berkesan. Terangkan langkah-langkah yang diambil dalam perancangan pengurusan bilik darjah? Jelaskan kepentingan pengurusan bilik darjah kepada P n P. Huraikan langkah-langkah yang diambil dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar yang berbeza kecerdasan kognitif mengikut pandangan anda. Bincangkan cara menguruskan pengajaran dan pembelajaran disekolah pedalaman yang tidak mempunyai bangunan dan kemudahan sekolah yang lengkap ditengah hutan Sarawak atau di Batang Ai atau di Bario,Sarawak.
8
Persekitaran Fizikal
Persekitaran Psikososial
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20