Anda di halaman 1dari 1

2.

2 Tinjauan Am

Trend memiliki laman web sosial kini seakan menjadi kewajipan bagi setiap individu. Laman web sosial yang menjadi ketagihan orang ramai iaitu Facebook menerima rating tertinggi dalam laman web yang sering dilawati mengikut sumber Berita Harian yang melaporkan perkara tersebut. Terdapat pelbagai pro dan kontra mengenai penggunaan laman sosial. Surat khabar Utusan melaporkan bahawa laman web sosial banyak membawa kepada perkara-perkara yang negatif.Berdasarkan kajian yang dibuat olah laman web Yahoo, pengguna bersetuju bahawa laman web sosial banyak membawa kesan yang negatif kepada pengguna. Walau bagaimanapun, majoriti pengguna laman web sosial menolak bahawa laman web sosial membawa keburukan kepada mereka. Majoritinya adalah dari golongan remaja yang mengakui bahawa laman web sosial seperti Facebook dan Twitter membawa banyak kebaikan dalam hidup seharian mereka. Laman web sosial tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita terutama sekali golongan belia yang celik IT. Tetapi kebaikan dan keburukan penggunaan laman web sosial haruslah dipantau dan dikaji supaya penggunaan laman web sosial berguna untuk membangunkan infrastruktur negara. Pengguna harus bijak mengimbangi kehidupan di alam realiti dan alam maya.