Anda di halaman 1dari 8

Belajar untuk peperiksaan akhir, ujian atau kuiz membantu meningkatkan stress.

Stress juga sudah sedia terbina dalam situasi dimana anda harus mengingati sesuatu informasi yang penting dalam kelas beberapa bulan yang lalu, perkara terakhir pelajar akan lakukan adalah menambah lagi stress didalam peperiksaan, ujian atau kuiz. Berikut adalah tips berguna untuk anda elak daripada stress. Kurangkan Jadi Burung Hantu Kebanyakkan pelajar, terutamanya yang selalu ulangkaji pada saat akhir, mengulang kaji pada waktu malam. Ini mengakibatkan mereka berasa letih pada hari berikutnya, adakah dengan situasi mengantuk dan letih akan membantu anda pada hari berikutnya? Kajian terbaru mengatakan tidak. Kajian dalam edisi Januari 2011, Behavioral Sleep Medicine mendapati pelajar dimana selalu tidur lewat untuk belajar mendapat lebih kurang PNG (GPA) berbanding pelajar yang lain. Kajian juga menunjukkan mereka yang tidur lewat bukan kerana untuk belajar, tetapi sudah didapati ia sebagai rutin mereka untuk belajar lewat malam. Bagi mereka yang inginkan gred lebih tinggi, hentikan belajar lewat malam. Kurangkan Kafein Kafein dan pelajar adalah sahabat baik dalam bekerjasama untuk mengulangkaji pelajaran. Kafein boleh didapati dalam minuman seperti energy drink, kopi dan sebagainya. Kajian mengatakan kafein dapat membantu dalam meningkatkan pretasi tetapi dalam masa yang sama mempunyai kelemahan. Kajian menunjukkan pelajar yang meminum minuman kafein akan mengalami sakit kepala dan jantung berdebardebar. Kafein juga mengurangkan rasa mengantuk dan mengakibatkan tidak cukup tidur, ini mengakibatkan anda tidak berasa segar pada waktu pagi. Dapatkan tenaga extra secara natural seperti makan makanan sihat dan juga bersenam, termasuk kualiti tidur yang dijaga. Belajar Dengan Situasi Gembira, Bersama Rakan Yang Ceria? Idea untuk belajar bersama rakan adalah baik, tetapi ia boleh bertukar menjadi sebuah kumpulan gossip jika anda silap untuk cari tempat atau rakan yang baik. Cari tempat yang sesuai untuk belajar berkumpulan. Elakkan belajar ditempat-tempat

sibuk seperti restaurant atau lebih teruk lagi di bilik, kerana ia akan mengganggu pembelajaran anda. Cari tempat yang sunyi dan atmosfera yang sesuai seperti di perpustakaan. Cari rakan yang komited dan bertanggungjawab untuk mendapat input dan level yang sama tinggi daripada belajar berkumpulan. Tunggu Sehingga Saat Akhir dan Berdebar-debar? Banyak pelajar suka melakukan cara ini malah Bill Gates sendiri mencadangkannya, tetapi ia adalah cara paling berisiko dan anda harus fikirkan mengenainya. Perkara pertama adalah anda tidak sempat habis dalam masa yang sepatutnya dan masuk ke dewan dalam keadaan tidak bersedia. Kedua adalah anda akan mencari cara untuk menguasai masa dengan menggunakan kafein dan tidur lewat untuk belajar. Akhir sekali anda akan berdebar-debar akibat adrenaline dan masukkan informasi kedalam memori jangka pendek. Masa yang sesuai adalah mengulangkaji seminggu atau lebih awal daripada tarikh tamat tempoh. Sentiasa Mengingatkan Diri Sendiri Kepada Perkara Penting? Mengingati perkara penting mengenai peperiksaan akan menjadikan motivator yang baik untuk belajar, tetapi terlalu fokus akan memudaratkan. Jika anda adalah jenis pelajar yang berhati-hati, bimbang akan perkara buruk bakal berlaku dalam peperiksaan yang ketara, sudah tiba masanya untuk anda alihkan tumpuan. Ini kerana terlalu bimbang kepada ujian atau peperiksaan akan mengakibatkan anda melakukan kesilapan dan mendapat skor yang lebih rendah daripada sepatutnya. Elakkan terlalu obses, sentiasa berfikiran positif dan elakkan daripada kebimbangan yang melampau. SUMBER : Narloo.com

1)Fikirkan yang positif sahaja Sebagai contoh, jikalau ditimpa sedikit kerumitan atau masalah, tolong bertenang dan cari penyelesaian sebaiknya. Jangan menimbulkan kekalutan dalam diri anda kerana otak yang normal dapat berfikir secara waras pabila minda kita tenang. Kalau minda tu tengah memberontak macamana idea yang menarik mampu terhasil. Kecuali la anda memang suka buat benda kalut-kalut.. 2) Berkata- Kata Yang Positif Sahaja Ramai yang saya perhatikan suka sangat merendahkan kelebihan diri sendiri. Belum cuba lagi namun mulut sudah terkumat-kamit mengatakan aku tidak mampu buat itu dan ini. Padahal diri sendiri belum lagi mencuba. Tanamkan dalam diri yang anda mampu lakukan sesuatu. Perlakuan kita akan dituntun dengan minda yang kita telah setkan positif tadi. Jikalau ada katakan yang anda tidak mampu lakukan, mana mungkin anda mampu lakukannya. 3) Berada Dalam Kelompok Orang-Orang yang Positif Tak semua orang di dunia ini mempunyai minda serta pemikiran yang positif. Oleh sebab itu, carilah teman-teman atau kawan anda dari golongan orang yang positif serta memang mengetahui akan minat anda. Sebagia contoh jikalau anda seorang yang memang sukakan bidang perniagaan. Carilah orang-orang yang suka akan bidang yang sama. Secara tidak langsung ia akan turut menjadikan anda bermotivasi serta mempunyai mentor untuk mencapai impian anda itu. 4) Buangkan yang Negatif, Ambik Yang Positif Dalam hidup kita ni memang akan ada sesuatu yang negatif serta positif. Kita memang kena akui nya. Namun kitap erlulah snetiasa mengambil yang ppositif. Dalam kehidupan kita pun sentiasa dipenuhi dengan dua pemikiran yang berbeza ini. Sebagai contoh, ada berjalan-jalan dan tersepak batu lalu terjatuh. Minda yang negatif seraya berkata Cis! Celaka punya batu, ramai-ramai orang aku jugak yang kau jadikan mangsa ya. Begitulah minda negatif. Namun jika kita cuba mempositifkan apa yang berlaku mungkin lebih menyenangkan. Ya Allah, terjatuh plak aku. Nasib baik aku yang terjatuh ni. Buang batu ni jauh-jauh. nanti ada pula

orang lain yang turut jadi mangsa. Tengok macamana dua cara berfikir yang berbeza mampu dijana berdasarkan satu situasi yang sama. Kita boleh memilih untuk mengambil teknik fikiran yang mana. Pilihan yang tepat akan memastikan kita mendapat manfaatnya. 5) Fikirkan akan Kesudahan yang Baik Dalam membuat sesuatu perkara semestinya kita inginkan kesudahan yang baik bukan? Jadi permulaan yang baik adalah memikirkan tentang kesudahan yang baik. Contohnya bila kita hendak memandu pulang ke rumah. Bayangkan isteri serta anak anda menyambut kepulangan anda dengan gembira. Semestinya anda akan dibimbing oleh minda yang positif untuk sampai di rumah. Cuba anda bayangkan yang si isteri menunggu anda dengan muka yang bengis dan penyapu di tangan. Semestinya anda pulang dengan perasaan gundah gulana dan tidak gembira. By: Yaya

Lelaki Teruna Boleh Dikesan?


January 19th, 2012 01:00 AM | by Mastermindz | Informasi, Tips.

Selalunya, seorang lelaki mencari perempuan yang masih dara untuk dijadikan sebagai isteri memandangkan itu menunjukkan kesucian dan kehormatan diri buat perempuan itu. Bila si gadis atau wanita itu hilang dara, perkara itu menjadi satu perkara yang sangat besar dan jelas menunjukkan gadis itu tidak bermoral atau mempunyai masalah sosial. Ramai yang tidak mengetahui kalau golongan wanita memang sinonim dengan perkara dara ini, kaum lelaki juga mempunyai teruna! Beberapa kajian yang dibuat membolehkan kita mengenal pasti sama ada seseorang lelaki itu masih teruna atau pun tidak. Antara ciri-ciri lelaki teruna yang boleh dikenal pasti adalah; -Lelaki teruna suka mengintai atau curi-curi pandang perempuan yang cantik berbanding lelaki yang tiada teruna lebih gemar melihat susuk tubuh perempuan. -Lelaki teruna akan tunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi yang gembira seperti mengetap bibir ketika senyuma manakala lelaki tiada teruna hanya memberikan reaksi bersahaja.

-Lelaki teruna tertunduk malu apabila dipandang wanita, lelaki tiada teruna akan terus mengekalkan pandangan. -Lelaki teruna malu untuk berbicara dihadapan wanita ketika makan. -Jantung akan berdegup laju apabila mengetahui ada gadis yang menyukainya. -Lelaki teruna dikatakan agak membosankan atau nerd ketika bercinta. -Lelaki teruna sanggup menghabiskan wangnya demi menambat hati si gadis yang di sayangi. -Lelaki teruna terlalu sensitif dan berasa sedih sekira dirinya diabaikan. -Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan gadis lain tidak cantik. Pelik, tetapi itulah benar yang ditunjukkan dalam kajian tentang sikap dan diri seorang lelaki yang masih lagi teruna. Memang susah untuk percaya lebih-lebih lagi tiada sesiapa yang mengenali diri seseorang lelaki itu melainkan dirinya sendiri. Terpulang kepada pembaca sama ada untuk percaya atau tidak memandangkan ini hanyalah pendapat kajian. Lain orang, lain buah fikirannya dan pegangan amalan. Oleh: NAIMAH SHAARI

Makanan Khusus Untuk Lelaki Menjadi Kuat & Bertenaga isteri harus tau ni
November 28th, 2011 09:30 PM | by commeell | Tips.

1. nilah beberapa jenis makanan yang seharusnya terdapat dalam senarai menu harian bagi kaum lelaki. Jenis makanan yang tersenarai ini sudah dalam kajian para pakar pemakanan dan dipercayai dan terbukti memiliki khasiat yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki kerana makanan ini mampu meningkatkan potensi tenaga kelelakian :

Pisang Pisang adalah makanan terbaik untuk seks. Pisang mengandungi sumber yang kaya dengan vitamin B, mengubah karbohidrat menjadi energi, yang mampu membantu bertahan lebih lama di ranjang. Buah ini juga membantu tubuh untuk memproduksi hormon seks seperti testosteron. Sebelum aksi, lebih baik makan beberapa biji pisang.

Makanan pedas Jenis makanan pedas mampu bertindak untuk memanaskan suasana diranjang. Serbuk lada, cili merah, dan halia membantu menaikkan sirkulasi atau peredaran darah.

Makanan Laut [Seafood] Ikan dan tiram mengandungi ubat kuat untuk seks. Ikan kaya akan Omega 3 dimana asid lemak berfungsi mengaktifkan metabolisme tubuh. Ikan juga merangsang sistem hormon dopamin [terdapat dalam serum darah] yang memberi kesegaran sistem otak dan kaya akan vitamin B untuk kesuburan. Sedangkan tiram pula mengandungi zink yang menyihatkan kelenjar prostat serta merangsang produksi testosteron bagi lelaki.

Coklat hitam Coklat hitam mengandungi zat kimia yang disebut phenethylamine yang dapat melahirkan perasaan rileks, senang dan mabuk kepayang. Makanan manis ini juga mampu meningkatkan suasana hati, meredakan stres yang disebabkan serotonin dan merangsang keinginan untuk melakukan hubungan jasmani dan menurunkan perasaan menahan diri. Minyak zaitun Minyak zaitun membantu tubuh memproduksi hormon testosteron. Kurangnya hormon ini boleh menyebabkan kurangnya perasaan ghairah dan kenikmatan seksual, serta ketidakmampuan untuk mencapai orgasme. Selamat mencuba dan mengamalkannya. Sumber : www.orangmuo.com