Anda di halaman 1dari 16

LAPORAN BENGKEL APLIKASI WEB 2.

0 2011

TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER 1 TARIKH: 30 DISEMBER 2011 PESERTA: GURU-GURU TADIKA TUNAS PERMATA UKM PENGANJUR: PELAJAR-PELAJAR KURSUS GGGE6543: TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

KANDUNGAN

BIL 1 2 3 Pengenalan

PERKARA

MUKA SURAT 3 4 6

Sepintas Lalu Mengenai Aplikasi Web 2.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Bengkel Aplikasi Web 2.0

4 5 6

Laporan Aktiviti/Program Sekitar Pelaksaan Bengkel Aplikasi Web 2.0 Lampiran

7 14 16

2 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

1.0 PENGENALAN

Laporan ini disediakan untuk melaporkan perjalanan Bengkel Aplikasi Web 2.0 yang telah dilaksanakan pada 30 Disember 2011. Bengkel separuh hari ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan sebagai salah satu tugasan yang perlu disiapkan oleh para pelajar. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan tentang aplikasi Web 2.0 yang dapat membantu proses pelajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kumpulan sasaran untuk bengkel ini adalah guru-guru Tadika Tunas Permata UKM.

Terdapat dua aplikasi Web 2.0 yang akan dijadikan bahan utama dalam latihan bengkel ini iaitu aplikasi Storybird dan aplikasi ISSUU. Kedua-dua aplikasi ini dipilih kerana amat bersesuaian dengan peringkat pelajar iaitu pelajar-pelajar tadika dan sesuai untuk diaplikasikan oleh para guru tadika memandangkan antaramuka dan konsep penggunaan kedua-dua aplikasi ini sangat mudah dan mesra pengguna.

Bagi menjayakan bengkel ini, Ahli Jawatankuasa pelaksana bengkel telah dipilih di kalangan pelajar-pelajar dan setiap pelajar telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan tertentu untuk melancarkan lagi program yang dilaksanakan. Berikut adalah laporan sepanjang program tersebut dilaksanakan.

3 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

2.0 SEPINTAS LALU MENGENAI APLIKASI WEB 2.0

Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era globalisasi kini. Dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Menurut Tim Berners Lee iaitu seorang pencipta web, web 2.0 merupakan pengganti atau satu inovasi kepada web 1.0. Hal ini adalah kerana ia merupakan satu jaringan piawaian yang dihasilkan daripada web 1.0. Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung, malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut. Di samping itu, web 2.0 juga bersifat mesra pengguna kerana ia memudahkan sesiapa sahaja menggunakannya ekoran ia mengandungi ciri-ciri apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat (WYSIWYG What You See Is What You Get). Sebenarnya nama web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu OReilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan 4 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana (generating), menggunakan semula kandungan dan sebagainya. Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web 2.0 adalah didorong oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Pihak pemaju atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Lebih-lebih lagi web 2.0 kini digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Selaras dengan sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian sosial yang lain. Secara amnya, web 2.0 mengandungi beberapa aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri tertentu serta dapat dijalankan secara terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang (install) sebarang perisian. Antaranya ialah Podcast, Blog, Wiki serta rangkaian sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter dan sebagainya. Selain dapat menjalinkan hubungan persahabatan, pengguna juga boleh mengubahsuai antaramuka laman mengikut idea dan kreativiti mereka sendiri. Di antaranya mereka boleh mengubahsuai latar belakang, memasukkan elemen-elemen seperti audio, video, grafik, animasi dan teks. Mereka boleh memilih sama ada ingin memasukkan latar belakang daripada template yang telah disediakan atau ingin memasukkannya melalui kod-kod yang disediakan dalam laman-laman web tertentu. Bagi menambahkan lagi laman mereka, pengguna boleh menambah elemen audio yang akan dimainkan secara automatik. Secara keseluruhannya, web 2.0 ini mempunyai kebaikan yang menyumbang kepada peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian, diharap agar pengguna akan menggunakan sumber maklumat dengan sebaiknya demi berkongsi ilmu dan pengetahuan.

5 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

3.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA BENGKEL APLIKASI WEB 2.0

Penasihat

: P.M. Dr. Norazah bt. Mohd. Nordin P.M. Dr. Rosseni bt. Din

Pengarah Program Timb. Pengarah Program & Pembaca Doa Setiausaha Bendahari Juruacara Pembentang

: Muhammad Amirul bin Abdullah : Mohammad Faizal bin Ibrahim

: Punia bt. Turiman : Rian Vebrianto : Azwin Arif bin Hj. Abdul Rahim : Tan Shir Ley Nadiah bt. Khalid Jamailia bt. Jumahari

Fasilitator Dokumentasi

: Semua pelajar : Nur Ainshah bt. Abdul Mutalib Chik Maslinda bt. Omar Noorul Faedzah bt. Rosli

Pendaftaran & penyambut tetamu Fail peserta & tag

: Marhaini bt. A.Rahman Faizah Othman : Khalid Mat Pardi Nadiah bt. Hassan

Buku program

: Saravanan a/l Loganathan Vasanthi a/p Velu

Jurugambar Sijil & cenderamata

: Raeinyah bt. Bujang : Jizah bt. Omar Adzliana bt. Mohd Daud

Jamuan

: Habibah bt. Haji Abdullah Rokiah bt. Othman

T-shirt fasilitator

: Azwin Arif bin Hj. Abdul Rahim Mohd. Bekri bin Rahim

6 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

4.0 LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM

PERKARA a) Nama Program Bengkel Web 2.0

BUTIRAN

b) Tarikh Program c) Tempat Program

30 Disember 2011 Makmal Komputer 1 Pelajar-Pelajar Sarjana Subjek Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

d) Penganjur

(GGGE 6543)

e) Kumpulan Sasaran/Peserta

Guru-guru Tadika Tunas Permata UKM

24 November 2011: Rancangan untuk menganjurkan bengkel ini telah dibincangkan dan dipersetujui oleh pensyarah.

y f) Perbincangan dan Persiapan Perjalanan Program y y

15 Disember 2011: Pembahagian Ahli Jawatankuasa dan penyataan tugas. 24 Disember 2011: Penukaran masa dan tarikh oleh pihak Tunas Permata UKM 30 Disember 2011: Perbincangan akhir untuk persiapan Bengkel Web 2.0. Perbincangan diadakan di Bilik Mesyuarat, Bilik Siswazah, Fakulti Pendidikan, UKM.

7 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

Bengkel Web 2.0 dimulakan dengan sesi pendaftaran untuk para peserta iaitu pada pukul 2.00 petang. Para peserta dibekalkan dengan satu fail yang mengandungi buku program, tag, nota penggunaan aplikasi Storybird dan ISSUU, dan borang penilaian kursus. Bacaan doa dimulakan pada pukul 2.20 petang sebagai pembuka majlis sebelum sesi pembentangan dijalankan.

Berikutnya, Profesor Madya Dr. Norazah Mohd. Nordin selaku Penasihat Program menyampaikan ucapan perasmian pada jam 2.25 petang. Seterusnya, pada 2.35 petang, Pengarah Program iaitu Encik Muhamad Amirul Abdullah menyampaikan sepatah dua kata sebagai kata aluan kepada para peserta. Program diteruskan sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 2.45 petang. Sesi g) Ringkasan Perjalanan Program (Rumusan mengikut tentatif keseluruhan program) pembentangan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama dimulakan dengan pembentang membentangkan tentang aplikasi Storybird kepada para peserta. Sebagai permulaan, peserta didedahkan kepada kepentingan e-mail sebagai asas kepada pembukaan akaun Storybird dan ISSUU. Para peserta yang belum mempunyai e-mail dinasihatkan untuk membuka akuan G-mail sebagai syarat untuk menyertai bengkel tersebut. Setelah selesai membina akuan e-mail, tepat pada 3.00 petang, pembentangan mengenai Storybird disampaikan oleh Cik Shirley Tan. Slaid Powerpoint telah disediakan untuk membantu memudahkan para peserta memahami konsep dan fungsi aplikasi Storybird. Sesi ini telah berlangsung hampir dua jam suku dan para peserta memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi ini berlangsung. Fasilitatorfasilitator yang menyertai program ini bertanggungjawab dalam membantu para peserta menggunakan aplikasi Storybird di atas skrin komputer.

Memandangkan ramai di kalangan peserta-peserta bengkel sudah biasa menggunakan komputer, para fasilitator tidak berhadapan dengan masalah besar dalam membimbing para peserta berpandukan manual penggunaan Storybird yang telah disediakan. Hanya segelintir bilangan peserta yang masih 8 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

rasa takut untuk menggunakan komputer berhadapan dengan masalah untuk mengaplikasikan Storybird tetapi dengan bantuan para fasilitator, kekangan ini telah berjaya diatasi. Para peserta diberi masa untuk membiasakan diri dengan aplikasi ini, khasnya butiran (features) yang terdapat di Storybird dan kaedah menggunakan aplikasi ini. Sesi pembentangan dan pengenalan kepada aplikasi Storybird dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada sesi minum petang yang telah diatur untuk para peserta. Jamuan ringan ini diadakan pada jam 4.05 petang hingga 4.25 petang. Bengkel Storybird diteruskan dan tamat pada pukul 5.15 petang.

Sesi kedua iaitu bengkel ISSUU diteruskan pada 5.20 petang. Para peserta didedahkan tentang aplikasi ISSUU, sebuah aplikasi di atas talian yang membenarkan pengguna untuk menguruskan dokumen yang telah mereka baca dan ingin disimpan di Internet disusun dalam bentuk yang mudah dicapai. Aplikasi ISSUU yang mudah dan ringkas membolehkan para peserta menguasai perisian ini dengan cepat. Pembentangan aplikasi ISSUU tidak memakan masa yang lama dan berlangsung lebih kurang dalam 20 minit memandangkan masa yang semakin suntuk untuk sesi penutupan. Antara perkara penting yang disampaikan kepada para peserta dalam sesi ini adalah pengenalan kepada ISSUU, proses pendaftaran sebelum memulakan Issuu dan kebaikan serta kelebihan ISSUU berbanding aplikasi-aplikasi lain yang ada di atas talian. Para peserta diminta untuk mencuba aplikasi ini dirumah dengan berpandukan kepada manual penggunaan ISSUU yang telah dibekalkan di awal sesi pendaftaran.

Sesi penutup pada pukul 5.40 petang dimulakan dengan ucapan oleh pengarah program, kemudian diikuti oleh ucapan ringkas oleh penasihat

program. Seterusnya, pada jam 5.45 petang, majlis penyampaian sijil telah diberikan kepada wakil para peserta. Program selesai pada pukul 6.00 petang. 9 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

Sebelum program bersurai, para peserta diminta untuk mengisi borang penilaian kursus untuk mengenal pasti keberkesanan bengkel yang telah disampaikan. Sebagai penutup kepada kursus Bengkel Web 2.0, para peserta bersama-sama pensyarah, pembentang dan fasilitator mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan untuk bengkel ini.

Selepas sesi penutupan berlangsung, para fasilitator sekali lagi bersama pensyarah berkumpul untuk membuat sedikit refleksi untuk bengkel ini. Ucapan oleh pensyarah dan pengarah program telah disampaikan sebelum bengkel ini ditutup secara rasminya.

Antara masalah utama yang dihadapi adalah: Kekangan masa iaitu :

1. Ketika persediaan bengkel - Rancangan untuk menganjurkan bengkel ini telah dibincangkan pada 24 November 2011(minggu ke sembilan perkuliahan berlangsung). Oleh itu, bengkel ini dicadangkan untuk dilaksanakan dalam mana-mana minggu yang masih berbaki 5 minggu. h) Masalah/ kekangan yang dihadapi Para pelajar telah giat membincangkan tarikh, aktiviti, dan aplikasi web 2.0 yang sesuai untuk dijadikan bahan utama untuk bengkel tersebut. Setelah berbincang dan mengambil kira pelbagai faktor seperti tarikh, persediaan para pembentang dan kehadiran semua pelajar, akhirnya satu kata putus berkenaan tarikh dan aplikasi Web 2.0 yang sesuai untuk bengkel serta ahli jawatankuasa juga telah dilantik untuk menjayakan bengkel ini telah ditentukan.

2. Ketika pelaksanaan bengkel - Bengkel ini telah dilaksanakan pada 30 Disember 2011 dan telah berlangsung selama 4 jam. Kami mendapat

10 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

maklum balas yang positif dari para peserta supaya pada masa akan datang, bengkel seperti ini akan dilaksanakan selalu. Ramai di kalangan para peserta berharap bengkel seperti ini dilaksanakan selama sehari bagi membolehkan para peserta betul-betul menguaasai aplikasi yang didedahkan kepada mereka. Bengkel ini telah memberi manfaat yang banyak. Antaranya: 1. Kerjasama dan persefahaman di kalangan pelajar. Para pelajar memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan Bengkel Web 2.0 ini. Setiap pelajar memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap setiap aktiviti perbincangan dan pertemuan yang dijalankan sekalipun masing-masing terikat dengan kerja dan pelbagai aktiviti lain.

2. Perkongsian ilmu meliputi pelbagai lapisan masyarakat. i) Kelebihan / Manfaat programkepada peserta Bengkel yang berlangsung ini memberi peluang perkongsian ilmu berlangsung bukan sahaja di kalangan pensyarah dan pelajar subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, malah perkongsian ilmu ini diperluaskan lagi antara para pelajar dan guru-guru sekolah tadika. Budaya perkongsian ilmu ini mencipta budaya positif lain seperti penyebaran ilmu yang tidak tertumpu kepada satu kelompok masyarakat semata-mata.

3. Pengalaman dan pendedahan program ilmiah. Program yang dilaksanakan ini memberikan pengalaman yang pelbagai kepada para pelajar. Bukan sahaja para pelajar berpeluang untuk turut serta sebagai penganjur bagi program ini, malah para pelajar juga diberi peluang sebagai fasilitator untuk membantu peserta program sepanjang program berlangsung. Pengalaman ini 11 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

berguna pada masa akan datang sebagai panduan sekiranya program ini atau program-program lain yang akan dianjurkan kelak.

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada masa-masa akan datang adalah: 1. Perancangan lebih awal dan teratur. Walaupun masa persediaan untuk melaksanakan bengkel menjadi kekangan utama, namun bengkel ini telah dilaksanakan dengan sangat berjaya. Namun, pada masa-masa akan datang, persediaan yang lebih rapi perlu dilaksanakan terutama dari segi persediaan dan rancangan pelaksanaan program. Perancangan yang lebih awal mampu meningkatkan kualiti pelaksanaan program pada masa-masa j) Cadangan penambahbaikan program 2. Peruntukan masa yang seimbang. Daripada maklum balas para peserta, mereka sangat berharap pada masa-masa akan datang lebih banyak masa diperuntukkan untuk pelaksanaan program seperti ini. Oleh kerana para peserta terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang, kedua-dua faktor ini akan diambilkira sekiranya program seperti ini dilaksanakan lagi kelak. akan datang kelak.

3. Penglibatan semua pihak. Walaupun program yang dilaksanakan ini telah membentuk

12 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

kerjasama dan persefahaman yang baik di kalangan para pelajar, namun pada masa yang akan datang diharap penglibatan semua pihak dapat ditingkatkan demi menjayakan lagi program yang dianjur. Hal ini amat penting untuk memastikan program yang dianjurkan berjaya sehingga ke akhir program.

Disediakan oleh

: 1) Chik Maslinda Binti Omar (P59027) 2) Noorul Faedzah Binti Rosli (P56562) 3) Nur Ainshah Binti Abdul Mutalib(P56535) : 10 Januari 2012

Tarikh

13 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

5.0 SEKITAR PELAKSANAAN BENGKEL APLIKASI WEB 2.0

Fasilitator membantu para peserta untuk menggunakan aplikasi Storybird.

Sekali lagi para fasilitator membantu peserta menggunakan aplikasi ISSUU.

14 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

Para fasilitator melepas lelah semasa sesi minum petang.

Ucapan penutup oleh Dr.Norazah sebelum majlis bersurai.

Para peserta dan penganjur mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan.

15 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan

Laporan Bengkel Aplikasi Web 2.0

2012

LAMPIRAN

16 GGGE6543: Teknologi Maklumat dalam Pendidikan