Anda di halaman 1dari 4

BURUK SANGKA Buruk sangka dibahagikan kepada 3 jenis: 1- Buruk sangka yang bersifat baik untuk menyedar atau

memperbaiki seseorang yang dikatakan boleh melakukan kejahatan. Contoh nya ialah jika rumah sebelah kita di huni bujang lelaki. Tiba tiba kita ternampak kasut wanita di depan pagar rumah. Tidak salah jika berprasangka buruk dgn kehadiran seorang wanita dalam rumah yang di huni oleh lelaki. Tetapi dengan syarat kita wajib menanya kedudukan wanita itu dalam rumah tersebut agar tidak timbul fitnah dunia dan kemudaratan terhadap wanita tersebut. Seandainya kita tidak bertanya dan membiarkan pertanyaan itu berlegar terus dalam minda ia boleh jatuh dalam kategori buruk sangka yang tidak berfaedah 2- Buruk sangka yang bertujuan jahat untuk menjatuhkan maruah, martabat dan merendahkan kedudukan seseorang atau memutuskan silaratul-rahim. Contohnya: Dengar nada suara muka emak awak saya dah tahu.Tak setujulah la tu.bila saya cakap masa kecil saya pun di hantar kerumah pengasuh! Mesti jiran kita ingat kita tak pandai jaga anak. Tahulah kita nak jaga sendiri! anak

Kakak hantar sms? Tak setujulah tu dengan apa saya kata.! Kata Sofea kepada suaminya tanpa membaca sms dari kakaknya.

3- Buruk sangka yang tidak mendatangkan faedah yang boleh membawa si empunya diri menjadi penyampai atau penyebar fitnah mendatangkan fitnah dunia kepada orang lain. Contohnya: Saya ni bukan pegawai. Ayah awak pasti tak berkenan dengan saya! Muka ibu macam marah je. Pasti Ibu marah kata aku

Tadi aku nampak Ali buat baik dengan boss nak mengampulah tu

Allah berfirman maksudnya:

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu menggunjing atau memfitnah sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". (Al Hujarat : 12)

Islam sangat melarang manusia dari berprasangka Walau apapun tujuan manusia berburuk sangka namun ia mempunyai impak yang negatif. Jarang ada manusia yang terselamat dari terkena bahana prasangka. Berprasangka buruk itu satu dosa, lebih lagi buruk sangka terhadap ibu-bapa kandung, mertua dan terhadap suami-isteri. Teknik untuk menghindarinya ialah dengan cara mengingati kebaikan orang itu terhadap kita. Ingatlah kita marah atau membenci ayah dan ibu kandung kerana sikap degil mereka. Jika kita tidak suka dengan mertua kerana berbeza pandangan atau tidak setaraf dengan kita, kita masih tidak punya hak untuk terus berprasangka buruk terhadap mereka. Teknik mengikis prasangka terhadap ahli keluarga sendiri ialah: 1. Menerima setiap ahli keluarga seadanya. 2. Berusaha memenangi hati mereka. 3. Motivasi diri sendiri dengan mengatakan mungkin mereka bersikap demikian adalah keranan kita sendiri mengecewakan dan mengecilkan hati mereka. 4. Mengingati kebaikan mereka yang sabar dengan perangai dan kerenah kita 5. Mengingati mereka yng telah berjasa dalam kelahiran kita dan pasangan atau kawan kita kedunia. Yang paling penting kita jangan melampirkan marah dan buruk sangka kita terhadap ayah ibu, mertua adik beradik atau anak-anak dalam Facebook atau melalui sms.Ingatlah berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi. Lebih lagi jika apa yang kita luahkan dan sampaikan kepada orang lain sebenarnya tidak seperti yang kita sangka. Ia merupakan suatu dusta yang paling besar. Ingatlah kata-kata nabi. Sabda Rasulullah : "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" (HR. Muttafaqun alaihi) Buruk sangka terhadap pasangan samaada terhadap suami atau isteri kerana cemburu akan merenggangkan hubungan suami isteri dasn merosakkan kebahagian rumah tangga. Begitu juga prasangka terhadap kawan mampu membuat terputusnya silatrurrahim sedangkan kita di suruh berukhuwah sepanjang masa.

Ketahuilah, buruk sangka merupakan satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja merosakan diri malah boleh menyebabkan yang empunya diri menghidap sakit jiwa dan menggugat keimanan. Mereka yang suka berprasangka akan sentiasa mecari keaiban dan kelemahan orang lain dan kemudian menghasut orang lain untuk sekongkol berprasangka tidak punya masa untuk berzikir atau mengingati Allah s.w.t..

Buruk sangka terjadi di sebabkan yang empunya diri menanam dalam diri akan sifat-sifat mazmumah seperti riak, bangga, benci, cemburu, marah, bongkak, dendam, zalim, sempurna. Sifat mazmunah ini akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut hati yang suka berprasangka.

Apabila sifat tersebut menguasai kehidupan seseorang manusia, ia akan menjadi manusia yang sentiasa merasa diri atau keluarganya sahaja yang cukup sempurna orang di sekeliling ada sahaja kelemahannya. Mereka ini alpa dan terlupa bahawa yang sempurna hanya ALLAH swt dan manusia yang merasa diri sempurna itu adalah pengikut Firaun. Ia mula membenci kebaikan dan setiap keikhlasan orang lain baginya adalah kudis atau racun dalam hidupnya. Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadisnya menyatakan : "Ketahuilah bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati" Riwayat AlBukhari Muslim

Oleh itu hendaklah kita berhenti dari buruk sangka. Ingatlah tidak ada manusia yang sempurna. Kita pun banyak kelemahan diri hanya kita yang mengetahui! Contohnya jika ada kawan yang sudah insaf dan ingin menjadi baik, kita pun terus sms atau email kawan-kawan lain dengan kata-kata menghasut dan memperlekehkan kawan yang ingin menjadi baik tadi. Kita sebarkanpada orang lain yang orang berkenaan purapura lah, kejap aje lah, tiada siapa yang setujulah dan pelbagai fitnah lagi kita taburkan!! Biarlah orang tersebut menyuarakan keikhlasan hatinya dan kita hendaklah menjadi pendengar yang IKHLAS KERANA ALLAH dan agama. Janganlah kita pula sebarkan dekat orang lain yang orang tersebut hanya pura-pura baik aje. Tahukah anda kerja cucuk menyucuk ni kerja syaitan? Waktu itu diri hati akal mulut dan tangan kita bersahabat dengan syaitan laknatullah tu?. Huh. Nauzubillah. Minta dijauhkan dari perangai cucuk menyucuk ni. Yang lepas tinggalkan, yang bakal tiba kita perbaiki! Sempena raya haji ini kita berhijrahlah dari sifat mazmunah, berhijrah lah dari sifat sampai menyampai, berhijrah lah dari sifat cucuk-menyucuk kesifat yang agar kita tidak

terus

menjadi

kawan

syaitan

dan

dan

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan. Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzhzhan (berbaik sangka). Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku "Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah