Anda di halaman 1dari 3

MENTERA PATRIOT BANGSA

Kita langir keris pusaka Dari cita semangat waja Biar membara dupa bangsa Dengan tangkas pencak Sang wira di medan laga Keramat loknya ditempa pandai besi Ditinta kursani digenggaman pejuang sejati Hei, tangkas langkahmu di tengah gelanggang Bagai kijang bermukin di hutan Kemas pencakmu berhadapan lawan Bagai sang harimau siaga menerkam Hei, jati diri kau pasakkan Musuh kau tumbangkan Rantai penjajah kau leburkan Tegak sendi maruah bangsa Pencak budi memaknakan merdeka

Oleh:Shukri Abdullah

Negaraku Bebas Merdeka

Kini.. tiada lagi tangisan insan terseksa terkapai-kapai lemas mencari daratan berkorban jiwa pertahan negara penjajah durjana merampas segala 50 tahun dahaulu.. stadium merdeka menjadi saksi negaraku merdeka rakyatku tidak lagi sengsara menangis gembira mendapat cahaya Merdeka.. tiada lagi penjajahan.. tiada lagi penderitaan.. tiada lagi jeritan penyiksaan.. tanah air ditadbir insan bijak bestari.. memimpin negara mengukir nama.. Kini.. 50 tahun sudah merdeka.. negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang burung berkicau bebas berterbangan menjadi tanda negaraku aman daman Maju berteknologi kearah mencapai wawasan 2020. kugenggam erat amanah pejuang tanah air pertahanlah kemerdekaan teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati semoga kekal selamanya merdeka tetap merdeka..

Nurkilan Md.Rz..July07

SAJAK DR. MAHATHIR

Keranamu Malaysia Tegakkan nusa gagahkan bangsa Kita susun seribu langkah, menuju ke hadapan Bersama mensesah pekat malam, menerjah gelombang Berlari mengejar cahaya, menepati janji di hujung jalan Walau berdepan sejuta rintangan Sekali pun jatuh di medan perjuangan Namun tetap meredah, mencapai wawasan Alangkah damainya negeri ku ini Dilimpahi rahmat, kemakmuran dikurniai Bangsa bersatu berjiwa waja Semangat patriotik kian membara Dunia sudah membuka mata Penghormatan kini menjadi nyata Tiada lagi penindasan Tiada lagi penghinaan Kemerdekaan terus terpelihara Damainya negeriku... Malaysia