Anda di halaman 1dari 2

Udang Black Pepper

Bahan-bahan Udang } gaul ngan garam dan serbuk kunyit Bwg putih } Bwg merah }tumbuk Lada hitam } Halia } Bwg besar } hiris Cili merah } Kacang panjang } Tomato } belah 4 Sos tomato Sos tiram Kicap Cara Membuatnya Goreng udang sekejap. Ketepikan. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan kicap, sos tomato dan sos tiram. Letak air sedikit jika terlalu pekat. Kacau sekata dan masukkan udang yang digoreng tadi. Akhir sekali masukkan kesemua bahan yang dihiris, biar pekat dan tutup api.

Sotong Sumbat Berempah


Bahan-bahan 600 gm sotong 500 ml air 4 biji telur 2 biji bawang besar, dicincang halus 1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus 1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus 1 biji bawang besar, dihiris bulat 4 sudu makan rempah kari daging/ayam 2 sudu makan cili kisar 1 sudu makan kicap pekat 1 sudu teh gula 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 100 ml minyak masak Lidi koktel secukupnya Garam secukup rasa satu sudu besar yogurt untuk rasa lemak2 sikit. Cara Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan. Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampir pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.