Anda di halaman 1dari 12

Hak cipta terpelihara 2009

ustazjeff@MaktabTenteraDiraja

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4 BIDANG: TILAWAH AL-QURAN DISEDIAKAN OLEH: ustazjeff MTD

Prinsip Islam Hadari : Kehidupan Berkualiti Keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt
ustazjeff@MaktabTenteraDiraja

AYAT BACAAN

Ayat 59-65 surah Al-An`am


(Rujuk Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4

ustazjeff@MaktabTenteraDiraja

AYAT KEFAHAMAN

ustazjeff@MaktabTenteraDiraja

MAKSUD AYAT

Maksudnya Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).

ustazjeff@MaktabTenteraDiraja

INTISARI AYAT
Mempersendakan agama Islam sama ada secara lisan atau perbuatan adalah diilarang seperti: Memperkecilkan tuntutan agama Melanggar hukum syariat seperti seperti tidak menunaikan solat fardu dan tidak mengeluarkan zakat Berasa angkuh apabila mengingkari perintah Allah Menyanjung perbuatan maksiat Menghina golongan yang bertakwa Menganggap al-Quran sama seperti buku-buku lain.

Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk memberi amaran kepada golongan musyrik dan munafik yang benci kepada ajaran Islam. Mereka juga sering mempersendakan Rasulullah SAW dan agama Islam.
Maksud mempersendakan agama: memepermainkan dan mempersendakan ajaran Islam yg meliputi semua tindakan sama ada lisan atau perbuatan yang boleh merendahkan mertabat agama Islam.

ustazjeff@MaktabTenteraDiraja

GOLONGAN YANG MEMPERSENDAKAN AGAMA

GOLONGAN

HURAIAN

Musyrikin
Munafik Murtad A`si

Mensyirikkan Allah Penentang agama Tauhid Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati mereka kufur pada Allah Orang yang berpaling tadah atau keluar daripada agama Islam Orang Islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkarinya.

ustazjeff@MaktabTenteraDiraja

CARA MENGHINDARI PERBUATAN MEMPERSENDAKAN AGAMA

Mendampingi ulama serta mendalami ilmu agama

Menjauhkan diri daripada bercampur dengan golongan yang suka mempersendakan agama
Menjauhkan perbuatan maksiat dan sia-sia

Mendekatkan diri kepada Allah

ustazjeff@MaktabTenteraDiraja

TUNTUTAN MEMELIHARA AGAMA


Setiap umat Islam dituntut agar memelihara agama dengan cara:

Menjaga maruah diri dari segi tutur kata, cara berpakaian dan menjaga kehormatan diri Membasmi kemiskinan yang boleh menjatuhkan imej sesebuah komuniti Menguasai kepakaran dalam semua bidang Menentang golongan yang mempermainkan ajaran Islam
TAHUKAH ANDA Melakukan amal soleh dan menjaga hubungan baik sesama manusia merupakan salah satu cara memelihara tuntutan agama
ustazjeff@MaktabTenteraDiraja

HARTA KEKAYAAN DAN PANGKAT ADALAH UJIAN ALLAH


1. Harta kekayaan adalah ujian Allah ke atas hambanya 2. Harta boleh menjadikan hidup seseorang bertambah baik atau buruk

Harta akan meningkatkan taraf keperibadian seseorang sekiranya: Membantu membasmi kemiskinan Digunakan untuk berjihad ke jalan Allah Memberi sumbangan kepada yang memerlukan Harta boleh memusnahkan hidup seseorang sekiranya: Digunakan untuk menindas orang lain Diperoleh dengan cara yang haram menyebabkan hidupnya tidak diberkati Allah Digunakan ke jalan maksiat
ustazjeff@MaktabTenteraDiraja

AKIBAT MEMPERSENDAKAN AGAMA

Mendapat azab yang pedih diakhirat

Tidak memperolehi rahmat Allah

Jiwa tidak tenang dan tenteram

Kehidupan tidak diredai oleh Allah SWT

Dimurkai Allah
ustazjeff@MaktabTenteraDiraja

PENGAJARAN AYAT

1. Menjaga kesucian agama adalh kewajipan semua umat manusia 2. Orang yang mempersendakan agama akan diseksa diakhirat nanti 3. Setiap manusia bertanggungjawab di atas segala perbuatannya di dunia 4. Sikap mempersendakan agama merupakan tindakan meruntuhkan agama

ustazjeff@MaktabTenteraDiraja

Anda mungkin juga menyukai