Anda di halaman 1dari 12

Disediakan Oleh : Prabhu A/L Ragawan Mohd Afiq Syazwan Bin Jame an 7 PISMP PJ/PK/PSK

Albert Ellis
Lahir Meninggal Bidang Buku :Pittsburgh , 27 September 1913 :24 Julai 2007 pada umur 93 tahun :Seorang psikologi Amerika :How to Live with a Neurotic. Juga telah menerbitkan 54 buku dan lebih dari 600 artikel tentang REBT (Rational Emotive Behavioral Therapy), seks, dan perkawinan. :Presiden dari [The Institute for Rational Emotive Therapy]] di New York

Jawatan

Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif.

Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan output .

George dan Cristiani (1995)

Mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. RET juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari.

Gerald Corey (1996)

Menjelaskan bahawa terapi RET berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.

Hackey dan Cormier (1995)

Membuat andaian tentang gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri.

Ee Ah Meng (1991)

Berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka.

KESIMPULAN Terapis dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut dan tidak lojik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik.

Semasa kecil, individu telah belajar banyak perkara yang salah dan tidak masuk akal melalui proses saranan kendiri dan ulangan kendiri. Di antara kepercayaan yang tidak rasional adalah :

Seseorang itu mesti dikasihi dan diterima oleh masyarakat.

Contoh: Jika saya tidak disayangi maka hidup saya tidak seperti orang lain.

Seseorang itu mesti betul, cekap, mahir dan berjaya.

Contoh: Saya tidak cekap, sebab itulah hidup saya teruk

Orang yang jahat dan kejam mesti disalahkan dan dihukum.

Contoh: Jika orang jahat tidak dihukum maka dunia ini adalah tempat tinggal yang kejam. Contoh: Saya mesti bebas dari masalah barulah hidup saya tenang dan orang lain boleh terima saya.

Kesulitan hidup mesti dielakkan dari berlaku.

Sejarah masa lampau yang menghasilkan corak insan hari ini.

Contoh: Masa kecil dulu ibubapa saya tidak pernah mengambil tahu mengenai saya, sebab itulah saya jadi begini.

IKUTI SAMBUNGAN MENGENAI MATLAMAT TERAPI, KONSEP - KONSEP UTAMA DAN TEKNIK TEKNIK TERAPI PADA PEMBENTANGAN BERIKUTNYA SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai