Anda di halaman 1dari 21

PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN

DEFINISI
Pergerakan yang melibatkan kanak-kanak pergi ke satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya: berjalan, berlari, melompat dan sebagainya. Pergerakan yang dilakukan kanak- kanak itu akan menyebabkan dia akan berubah kedudukan. Perlakuan yang memerlukan penyokong atau titik pusat berubah mengikut pergerakan tertentu. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

KONSEP PERGERAKAN LOKOMOTOR


Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor yang melibatkan: Arah (tinggi, sederhana, rendah) Aliran (awangan, lurus, berliku-liku, dan zig-zag) Beban (halus-ringan, berat-kuat) Masa (cepat, lambat)

CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

BERJALAN
Berjalan ialah kemahiran yang paling asas. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Terdapat ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak yang baru terhasil bagi menahan anggota badan daripada rebah. Keduadua badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang lega.

BERLARI
ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memcecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju.

MELOMPAT
Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan.

SKIP
Skip adalah gabungan berjalan dan melompat ketinggian. Melangkah dengan sebelah kaki, kemudian ketingting dengan kaki yang sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yang sebelah lagi. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi polanya hendaklah serupa, iaitu bertukar-tukar kaki sambil mengimbangkan berat badan pada setiap pertukaran langkah.

GALOP (BERLARI SEPERTI KUDA)


Cara-cara - Satu kaki bergerak kehadapan dan berat badan dipindah padanya. Kaki belakang digerakkan kehadapan dibelakang tumit kaki hadapan. - Dengan pergerakan yang pantas, kedua-dua kaki diangkat kehadapan dan berat badan diletakkan pada kaki belakang (kaki hadapan sentiasa dihadapan) - Menolak dan mendarat-menolak dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan bebola kaki hadapan. - Lutut dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan

HOP (MELOMPAT DENGAN SEBELAH KAKI)

Cara-cara: - Mata melihat ke hadapan, berdiri dengan betul dan kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi badan. - Angkat sebelah kaki dan lutut kaki tersebut dibengkokkan kebelakang. - Selepas itu, lompat dengan kaki tersebut dan bergerak ke hadapan.

SLIDE (BERJALAN DI ARAH TEPI)


Selain berjalan lurus dengan badan ditegakkan kehadapan, kanak-kanak boleh berjalan dengan arah tepi (kiri atau kanan). Badan dibengkokkan samada mengikut bahu kanan atau kiri dan seterusnya berjalan kehadapan. Ia juga dapat melatih keseimbangan badan dan mengembangkan koordinasi mata dan kaki.

LEAP (BERLARI SAMBIL MELONJAK)


o Hampir serupa dengan berlari. o Cuma ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. o Semasa berlari, lutut diangkat kehadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memecah tempat berpijak. o Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. o Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas satu kaki yang lain. o Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.

DEFINISI
Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

KONSEP PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Gerakan dibuat dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan.

CONTOH-CONTOH PERGERAKKAN BUKAN LOKOMOTOR


Twist
Menarik

Imbangan Y Melambung bola Imbangan satu tapak Meregang dan mengendur Memutar gelung di tangan Menampar bola ke pasangan

Twist - Gerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri secara statik. (video) Imbangan Y - Kaki berdiri statik sambil kedua belah tangan membuat bentuk Y.(aksi) Menarik - Kanak-kanak menarik tangan pasangan sambil berdiri statik. (aksi) Meregang dan mengendur - mengecilkan atau merapatkan badan dalam keadaan mencangkung, kemudian meregang seperti melompat bintang.(aksi)

Imbangan satu tapak


-tegak sambil bola diangkat tegak diatas kepala.

berdiri setempat, tangan kanan memegang bola dan tangan kiri mencapai kaki kiri dan imbangan satu tapak sokongan dilakukan.

Memutar gelung di tangan - Putarkan gelung dengan menggunakan sebelah tangan dalam keadaan berdiri statik.

Melambung bola - Melambung bola sesuka hati sama ada pada arah belakang,depan,kiri atau kanan dalam keadaan berdiri statik.

Menampar belon ke pasangan - Menampar belon secara bergilir-gilir dengan pasangan