Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN

TAJUK ARTIKEL :

KRITIK

Dapatan Perbandingan : Konsep Pengurusan Bilik Darjah Boleh Mempengaruhi Peningkatan Amalan Guru.

PENGKAJI

Susan D. Martin ( Department of Literacy, Boise State Universiti, USA )

Pernyataan Masalah Konsep pengurusan bilik darjah merupakan satu aspek penting yang perlu dimiliki oleh setiap guru. Perkembangan isi pelajaran yang baik akan menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengkaji membuat kajian ke atas 3 orang guru baru ( novis ) untuk melihat kemahiran pengurusan bilik darjah yang diamalkan dalam proses pengajaran mereka.. Masalah yang ingin dikaji oleh pengkaji adalah amat tepat dan jelas sekali. Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian kualitatif yang dijalankan oleh pengkaji terhadap 3 orang guru novis sekolah rendah tersebut melibatkan sesi temuduga, proses pemerhatian dan juga berdasarkan portfolio pengajaran guru. Daripada ketiga-tiga kaedah tersebut pemerhatian merupakan kaedah yang amat sesuai kerana pengkaji dapat memerhati dengan teliti segala aktiviti dan tindak-tanduk para pelajar dan guru novis berkenaan terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Persampelan Pengkaji telah memilih 3 orang guru novis yang mengikuti program pendidikan di sebuah universiti yang menjadi lokasi kajian. Mereka ini terdiri daripada 2 orang guru perempuan dan seorang guru lelaki. Guru-guru ini mengajar di sekolah rendah dalam bandar dan mempunyai bilangan pelajar antara 16 hingga 28 orang bagi setiap bilik darjah.

Instrumen Yang Digunakan Semasa sesi temuduga dijalankan, pengkaji telah membuat catatan dan juga proses merakamkan suara. Begitu juga semasa proses pemerhatian dilakukan, catatan dan juga perakaman aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dibuat. Walau bagaimanapun bagi tujuan untuk mendapatkan dapatan kajian, pengkaji telah menukarkan segala bahan-bahan perakaman ke dalam bentuk penulisan / catatan. Instrumen ini digunakan untuk memudahkan proses membuat kesimpulan keputusan kajian, malahan boleh dijadikan sebagai satu bukti kajian. Secara keseluruhannya, instrumen yang digunakan oleh pengkaji adalah amat sesuai dan tepat bagi kajian kualitatif sebegini. Kaedah Pelaksanaan Memandangkan temuduga dan pemerhatian adalah kaedah utama yang digunakan oleh pengkaji, maka sesi ini telah diadakan sebelum dan selepas aktiviti kelas sebanyak 11 kali ke atas ketiga-tiga guru novis tersebut. Manakala pemerhatian pula dilakukan dengan membuat catatan ke atas segala aktiviti kelas yang dijalankan. Di samping itu juga, perakaman video turut dibuat sepanjang sesi pembelajaran berjalan. Pemerhatian aktiviti kelas dijalankan dengan cara pengkaji duduk di belakang bilik darjah untuk melihat dan membuat tafsiran terhadap suasana pembelajaran dan pengajaran guru serta aspek pengurusan bilik darjah.

Penganalisisan Data Data-data yang diperolehi oleh pengkaji adalah hasil daripada sesi temuduga, proses pemerhatian dan juga perakaman yang telah dilakukan. Penganalisisan data dibuat dengan cara merumuskan hujah-hujah daripada sesi temuduga dan juga hasil dari pemerhatian yang dibuat terutamanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Manakala bagi data perakaman pula, data ditukarkan terlebih dahulu ke dalam bentuk catatan sebelum dirumuskan sebagai satu keputusan kajian. 2

Keputusan Kajian Dapatan yang diperolehi oleh pengkaji dalam kajian ini disampaikan dengan begitu baik sekali. Pengkaji telah membuat rumusan dengan mengatakan bahawa guru-guru novis memang menghadapi masalah dengan kemahiran konsep pengurusan bilik darjah; dan ini boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dan juga amalan harian perguruan mereka.

Kesimpulan Pengkaji artikel ini telah berjaya menghasilkan satu kajian yang amat baik dan relevan dalam bidang pendidikan. Pengkaji juga telah membuat saranan kepada pihak yang berkenaan untuk merancang kursus pengurusan bilik darjah khususnya kepada guru-guru novis dalam program pendidikan mereka. Mereka juga perlu diberi pendedahan kepada pengurusan pentadbiran sebagai satu kemahiran tambahan.

Anda mungkin juga menyukai