Anda di halaman 1dari 8

Bangunan Bersejarah Di Malaysia Fort Cornwallis/Kota Cornwallis

Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung.

Pembinaan
Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi. Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.

Pelancongan
Kini matlamat utama kota ini adalah sebaliknya, ia kini merupakan tumpuan pelancong utama di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Pada masa kini ia memiliki galeri sejarah, dan kedai cendera hati. Di dalam kota itu juga terletak meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang masyhur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang. Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920-an. Kini, ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Pulau Pinang.

Kolej Melayu Kuala Kangsar/(MCKK)

Kolej Melayu Kuala Kangsar atau nama ringkasnya Kolej Melayu Kuala Kangsar, merupakan sebuah Kolej yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak. Pada 2009, Kolej Melayu Kuala Kangsar memiliki 543 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 543 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.
2009

Kolej Melayu Kuala Kangsar (lebih dikenali Malay College, MCKK, MC atau Koleq, dan kadangkala Eton of the East) atau (Inggeris:Malay College Kuala Kangsar), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier lelaki sahaja di Malaysia. Sekolah ini terletak diBandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Moto sekolah, Fiat Sapientia Virtus adalah dalam Bahasa Latin, yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia. [

Sejarah
Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (18861916). Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diRaja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini. Seorang graduan Universiti Oxford yang berasal dari Ireland, William Hargreaves mendapat penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini dan sekolah ini ditadbir oleh pengetua dari Britain sehingga tahun 1965, di mana Abdul Aziz Ismail, seorang rakyat berbangsa Melayu diambil sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60,an sehingga kini rakyat lelaki berbangsa Melayu memegang jawatan tersebut.

Infrastruktur

Bangunan di MCKK

Bangunan Overfloor (dibina pada 1909) adalah binaan yang menjadi identiti sekolah ini, bercirikan senibina GrecoRoman, berhadapan padang ragbi, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 (dan juga tingkatan 3 dan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibina pada 1912) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan senibina Greco-Roman, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza. Pada tahun 1955, bangunan West Wing dan East Wing ditambah kepada Overfloor untuk menempatkan lebih ramai pelajar. Tiga bangunan ini kini dikenali sebagai Asrama Besar (Big School). Pada tahun yang sama, Blok Pentadbiran dan Menara Jam juga ditambah untuk memenuhi keperluan semasa. Seterusnya pada tahun 1963 asrama tambahan , Pavilion dan pada tahun 1972,Asrama Baru (New Hostel) dibina.Pavilion dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 3 manakala Asrama Baru dibina untuk menempatkan pelajar tingkatan 2. Satu lagi mercu tanda utama sekolah ini ialah Big Tree, sebatang pokok hutan hijau yang terletak di sebelah timur Overfloor, yang berusia lebih tua daripada bangunan Overfloor sendiri.

Lagu Sekolah
Oh The Malay College Harapan Bangsaku Dengan Sejarah Yang Cemerlang Harumlah Namamu

Kolej Istimewa Didikan untuk semua Keluar membimbing negara Maju terus mara

Banggaku rasakan Khidmatku berikan Takku lupakan jasa-jasamu Oh The Malay College

Sukan
Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini; padang di hadapan Asrama Besar yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki berhadapan Asrama Baru dan padang serbaguna di Blok Pentadbiran. Di sekolah ini juga terdapat satu-satunya gelanggang Eton Fives di Malaysia, walaupun kini tiada pelajar yang masih meneruskan sukan ini. Semua pelajar sekolah ini menganggotai salah satu daripada 4 rumah sukan, dimana tiap rumah sukan berkenaan dinamakan atas penaung asal iaitu Rumah Sulaiman, Ahmad, Mohd Shah dan Idris, dan rumah-rumah sukan ini diwakili oleh warna merah, hitam, kuning dan putih mengikut turutan tersebut. Sepanjang tahun persekolahan, rumah-rumah ini bertanding dalam pelbagai aktiviti sukan, di mana pertandingan ini mencapai puncaknya pada Hari Sukan yang diadakan setiap tahun. Kolej Melayu memegang reputasi yang tinggi dalam bidang sukan sekolan negara. Sejak tahun 1960, sekolah ini mengadakan perlawanan ragbi tahunan menentang Kolej Vajiravudh, sebuah sekolah elit di Thailand. Perlawanan ini diadakan di Bangkok pada tahun genap dan di Kuala Kangsar pada tahun ganjil. Selain daripada ini, sekolah ini juga mengadakan kejohanan sukan tahunan bersama Maktab Tentera DiRaja, dimana kedua-dua sekolah ini bergilir menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

Alumni
Persatuan alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar dikenali sebagai Malay College Old Boys' Association (MCOBA) atau "Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar", ditubuhkan pada tahun 1929. Antara bekas pelajar yang ternama adalah seperti

                          

Sultan Hisamuddin Alam Shah Yang di-Pertuan Agong ke-2 & Sultan Selangor ke-5 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Agong ke-11 & Sultan Selangor ke-8 Sultan Haji Ahmad Shah Agong ke-7 & Sultan Pahang kini Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Agong ke-9 & Sultan Perak kini Yang di-Pertuan Besar Tuanku Jaafar Agong ke-10 & Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Dato' Onn Jaafar Menteri Besar Johor ke-7 & pengasas UMNO Tun Abdul Razak Dato' Hussein Perdana Menteri Malaysia kedua Dato Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz Menteri Besar Perak pertama Tun Abdul Aziz bin Abdul Majid Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-3 Tun Mohd Khalil Yaakob Menteri Besar Pahang ke-13 & Yang di-Pertua Negeri Melaka kini Dato Haji Raja Kamaruddin bin Idris - Menteri Besar Terengganu ke-5 Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad - Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pertama Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, Sultan Brunei ke-28 Tan Sri Azmi Kamaruddin - bekas Hakim Mahkamah Tinggi Tun Mohammed Hanif Omar - bekas Ketua Polis Negara Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim - Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7 & penasihat Parti Keadilan Rakyat Hishamuddin Rais - aktivis sosial Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Shahrir bin Abdul Samad - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato' Fauzi Abdul Rahman - bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Sanusi Bin Junid - Menteri Besar Kedah ke-7 & presiden UIAM ke-4 Datuk Abdullah Ahmad - Wakil Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Dr Hj Mohd Hatta Ramli - Bendahari Parti Islam SeMalaysia Hj Mohd Yahya Hj Mat Sahri - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Musa Mohamad - bekas Menteri Dalam Negeri Malaysia Dato Seri Hishammuddin Hussein - Menteri Dalam Negeri Malaysia Dato Seri Mohd Effendi Norwawi - bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri

           

Tan Sri Yahaya Ahmad - bekas pengerusi DRB-Hicom Tan Sri Razali bin Ismail - diplomat & ahli korporat Tan Sri Hassan Merican - bekas CEO Petronas Tan Sri Saleh Sulong - bekas pengerusi DRB-Hicom Tan Sri Halim Saad - penubuh Kolej Yayasan Saad Tan Sri Dato' Azman Mokhtar - pengarah urusan Khazanah Berhad Datuk Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah - perunding motivasi terkenal Dato' FD Iskandar Mansor - pengarah urusan GLOMAC Berhad Ishak Haji Muhammad - penulis & nasionalis Dr. Hj. Mohd Ramli Bin Hj Md.Kari - bekas ADUN Senggarang Datuk Mohd Zahir Khalid - Adun Kemunting & Exco Negeri Perak YB Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar - Adun Ayer Putih

Tradisi
Sebagai sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, pelbagai tradisi tersendiri masih dipelihara oleh pelajar semasa serta alumni. Pada perlawanan sukan utama, setiap pelajar akan turun ke padang dan bersorak serta menyanyikan lagu-lagu sorakan dengan unison. Murid tua Kolej Melayu mengekalkan tradisi memakai tali leher sekolah pada setiap hari Rabu. Perjumpaan muridmurid tua, Hujung Minggu Murid Tua (Old Boys Weekend) juga dilangsungkan setiap tahun di kampus selama tiga hari, dimana mereka akan bertanding dalam pelbagai acara sukan. Perlawanan ragbi antara murid tua dan pelajar semasa menjadi tarikan utama perjumpaan ini. Selain daripada ini, MCOBA juga mengadakan majlis makan tahunan untuk murid-murid tua yang biasanya dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Senarai Pengetua
                       
19051918: William Hargreaves 19181919: J.O. May 19191923: L.A.S. Jermyn 19231938: C. Bazell 19381949: H.R. Carey 19491953: K.D. Luke 19531958: J.D.R. Howell 19581959: P.G. Haig 19591965: N.J. Ryan 19651969: Abdul Aziz Ismail 19701971: Syed Abu Bakar Barakbah 19711972: Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah 19731975: Nordin Nasir 19751977: Abdul Rahman Mohd. Ali 19771982: Wan Abdul Aziz Wan Hamzah 19821983: Syed Alwi Syed Aljunid 19831987: Zainal Abidin Hj. Ahmad 19881992: Rashdi Ramlan 19921995: Hj. Hassan Hashim 19951999: Hj. Baharom Kamari 19992003: Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom 20042010: Dato' Mohd. Rauhi Mohd. Isa 2010kini: En. Anand bin Baharuddin

Alamat
Kolej Melayu Kuala Kangsar Jalan Tun Abdul Razak 33000, Kuala Kangsar Negeri Perak, Malaysia Telefon = 605-7761400 Fax = 605-7764500

Anda mungkin juga menyukai