Anda di halaman 1dari 2

PELAN STRATEGIK UPSR 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA ENSIRING, JULAU (YBB 6221)

ANALISIS SWOT

KEKUATAN (STRENGTH S) S1 S2 Guru-guru 100% terlatih. Guru-guru berpengalaman (62% guru mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman serta terdapat 1 orang JU Lembaga Peperiksaan Malaysia Peringkat Kebangsaan dan 1 orang Ketua Pentaksir Kawasan (SBOA). Guru-guru menguasai kemahiran ICT. Guru memiliki modul pembelajaran dan pengajaran. Mempunyai kawasan yang tidak luas dan mudah diurus. Tiada masalah disiplin atau salahlaku yang berat. Sekolah menjalin hubungan baik dengan PIBG dan komuniti sekitar sekolah (cth: Klinik Kesihatan Nanga Ensiring).

S3 S4 S5 S6 S7

KELEMAHAN (WEAKNESS W) W1 W2 W3 W4 W5 W6 W7 W8 Tidak pernah mencapai keputusan 4A atau 5A dalam UPSR. Gred Purata Sekolah (GPS) dari tahun ke tahun adalah tidak konsisten. Tiada guru cemerlang/guru pakar bagi setiap subjek. Guru bukan opsyen mengajar subjek UPSR 2011 (kecuali Bahasa Inggeris). Infrastruktur tidak memuaskan (bilik darjah sempit, tiada makmal komputer dan kebanyakan perabot seperti meja murid telah usang). Sumber kewangan sekolah terhad. Majoriti murid terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan tidak berpendidikan (tidak dapat mengajar/membimbing anak di rumah). Segelintir murid masih tidak mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan.

PELUANG (OPPORTUNITIES O) O1 O2 O3 O4 Sebilangan kecil ibu bapa/penjaga terdiri daripada kakitangan kerajaan (%). Sebilangan murid layak menerima bantuan kewangan daripada kerajaan (KWAMP atau e-Kasih). PIBG membiayai aktiviti/acara penting sekolah. Para ibu bapa sedia memberi kerjasama untuk berbincang masalah pembelajaran anak-anak.

ANCAMAN (THREATS T) T1 T2 T3 Murid malas dan tidak berminat untuk belajar (tidak menyiapkan latihan dan kerja rumah). Salah guna bantuan kewangan daripada kerajaan (KWAMP atau e-Kasih). Segelintir ibu bapa tidak prihatin dengan program akademik sekolah atau pembelajaran anak-anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai