Anda di halaman 1dari 1

Kolam adalah sebuah kesenian masyarakat india.

Kolam dihasilkan dengan gabungan beras yang terdiri daripada pelbagai jenis warna. Kolam terdiri daripada beberapa jenis. Salah satunya ialah rangoli. Rangoli merupakan kolam yang amat terkenal terutamanya di india selatan. Ia terdiri dapripada gabungan beras pelbagai warna seperti hijau merah dan jingga. Mengikut tradisi masyarakat india, kolam dibuat pada setiap pagi di depan rumah sebagai simbol adat dan juga membawa maksud memberi makanan kepada semut-semut di tanah. Namun begitu, adat tersebut tidak begitu dipraktikkan pada masa sekarang. Walaupun demikian, kolam tetap menjadi perhiasan utama pada setiap perayaan masyarakat india seperti ponggal dan deepavali. Aspek utama yang penting dalam kolam adalah garisan geometri dimana garisan tersebut akan dilukis terlebih dahulu dan beras akan ditabur diatas garisan tesebut. Gabungan pelbagai warna dan perhiasan beras mengikut garisan secara tepat memberikan pandangan yang unik kepada perhiasan kolam. Dalam masyarakat india, kaum wanita yang akan membuat kolam. Wanita yang pandai membuat kolam akan dipandang tinggi oleh masyarakat setempat. Kolam merupakan tradisi yang amat terkenal dalam masyarakat india dan diteruskan secara turun temurun.

Anda mungkin juga menyukai