Anda di halaman 1dari 9

PENULISAN ESEI 3000 PATAH PERKATAAN

PENDIDIKAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEUSAHAWANAN

PENSYARAH PROFESOR DR. LILIA BINTI HALIM PROFESOR MADYA DR. NOR AISYAH BINTI BUANG

PELAJAR NORA BINTI KHAMIS @ ESMON P54048

Tugasan esei (penulisan esei limiah -3000 patah perkataan)- Setiap pelajar diminta mengkaji sejauhmana konsep EST dapat membantu merealisasikan dasar Sains & Teknologi negara dan tuntutan perubahan kurikulum pendidikan sains negara sedia ada serta implikasi terhadap profesioanalisme guru sains. Pelajar dikehendaki membuat penghujahan secara ilmiah berdasarkan rujukan ilmiah dan pengalaman sendiri. Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya. Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Tahun 2020 tinggal hanya sedekad lebih dari kita. Kemajuan yang didambakan harus kita kejar dengan segera agar sasaran Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Kemajuan yang dimaksudkan ialah kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan. Apabila sembilan cabaran strategik tersebut berjaya diatasi, maka kemajuan Malaysia adalah hasil acuan kita sendiri. Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan beberapa panduan untuk kemajuan negara Malaysia dalam abad kedua puluh satu. Untuk mencapai objektif menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat perlu. Sains dan teknologi global yang telah lama berkembang maju, mendorong Malaysia untuk turut bersaing dalam arena antarabangsa. Justeru itu, Malaysia perlu melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan. Oleh itu, modal insan yang cuba dibentuk oleh negara diharapkan bukan sahaja dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang peka kepada keperluan negara malah mampu bersaing di peringkat global. Hal ini demikian kerana negara yang mempunyai rakyat yang progresif akan sentiasa berada di barisan hadapan dan terkedepan melangkaui zaman. Sama ada masyarakat sedar ataupun tidak, jelas dinyatakan dalam cabaran strategik Wawasan 2020, kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber Sains dan Teknologi yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif. Pengumuman cabaran keenam dalam Wawasan 2020 ini adalah selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan Sains dan Teknologi. Pada bulan April 1986, Dasar Sains dan Teknologi Negara telah diumumkan. Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Sains dan Teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi

fokus kepada usaha- usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik bagi menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan. Wawasan 2020 juga tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan. Untuk menggerakkan negara ke hadapan, kerajaan telah merumuskan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong perubahan. Model Ekonomi Baru (MEB) yang hendak dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan satu tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Program Transformasi Ekonomi akan dipandu oleh lapan Inisiatif Pembaruan Strategik (IPS) yang akan menjadi asas bagi langkah dasar yang relevan. Selain itu, dua tonggak lain telah dilancarkan. Tonggak ini ialah Konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Laungan Konsep 1 Malaysia yang sering kita dengar dan lihat di pelbagai ruang dan masa ini adalah bertujuan untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang. Tonggak seterusnya ialah Program Transformasi Kerajaan (PTK) untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA). Tonggak terakhir ialah Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Model pertumbuhan lepas yang telah kita laksanakan telah menjanakan tiga dekad pencapaian cemerlang. Model tersebut membolehkan Malaysia menyediakan kemudahan kesihatan dan pendidikan untuk rakyatnya, membasmi sebahagian besar kemiskinan, membina infrastruktur bertaraf dunia dan menjadi pengeksport utama di peringkat global. Hasilnya, rakyat Malaysia lebih kaya dan lebih berpelajaran. Berbanding dengan generasi terdahulu, rakyat kini hidup lebih lama dengan tahap kesihatan yang baik, bergerak lebih jauh, luas pengalaman serta pandangan dan mudah mendapat akses kepada teknologi moden. Malaysia merupakan ekonomi terbuka dan akan kekal demikian walau apa pun yang berlaku. Keterbukaan kepada ekonomi dunia membolehkan pembangunan ekonomi yang kukuh dan pendapatan per kapita yang bertambah. Walau bagaimanapun, sebagai ekonomi yang kecil dan terbuka, Malaysia mudah terkena kejutan luar sebagaimana yang disaksikan ketika berlakunya krisis yang lalu. Kenaikan harga komoditi antarabangsa, seperti bahan api atau makanan telah memberikan impak langsung terhadap harga domestik. Begitu juga, eksport mungkin akan ketinggalan dengan membawa kesan negatif terhadap guna tenaga dan pendapatan negara melainkan kos pengeluaran dan produktiviti di Malaysia dapat bersaing dengan negara luar. Pembangunan sektor perindustrian adalah unsur penting dalam hasrat negara ini mencapai taraf negara maju. Perindustrian membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan pekerjaaan kepada tenaga manusia negara ini lebih dari aktiviti-aktiviti pertanian, harga pasaran pengeluarannya juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang tinggi. Keupayaan untuk membangunkan satu sektor

perindustrian yang dinamik, yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding dari segi kos dan mutu dengan barangan negara-negara maju, bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan menggunakan atau menginovasikan teknologi-teknologi pengeluaran. Ekoran dengan itu, kerajaan mula memandang serius akan kepentingan Sains dan Teknologi negara ini supaya perindustrian kita mempu berdikari tanpa bantuan kepakaran dan tenaga mahir asing. Kita mempunyai modal insan yang mampu dibentuk untuk merealisasikan sasaran Wawasan 2020 serta harapan negara menjadi pesaing dalam bidang penyumbang ekonomi nombor satu global kini. Dasar Sains dan Teknologi yang semakin dititik beratkan oleh kerajaan menunjukkan minat dan responsif kepada usaha membangunkan keupayaan sumbersumber Sains dan Teknologi ke arah mempertingkatkan sumbangannya dalam proses melahirkan sektor perindustrian yang dinamik. Untuk mencapai matlamat dasar Sains dan Teknologi yang disebutkan di atas tindakan pertama adalah untuk mengintegrasikan rancangan pembangunan Sains dan Teknologi dengan rancangan pembangunan ekonomi dengan tujuan mengorientasikan sumber-sumber Sains dan Teknologi kepada aspek-aspek penggunaan secara praktis. Tindakan ini adalah bertujuan membangunkan sektor perindustrian supaya berupaya memilih, memperolehi, menyerap, menginovasi dan mengubahsuai pengetahuan Sains dan Teknologi untuk membangunkan satu sektor pengeluaran yang setanding dengan sektor perindustrian di negara-negara maju. Dengan tersenarainya semua cabaran dan rancangan yang begitu cantik dirangka, persoalannya bgaimanakah keadaan Malaysia pada tahun 2020 jika semua perkara ini berjaya direalisasikan? Jika perkara ini benar- benar dapat direalisasikan, pada masa depan Model Ekonomi Baru (MEB) akan melahirkan Malaysia yang terkenal dengan transformasi kukuh, hasil daripada kepintaran rakyatnya yang ditunjukkan oleh kepelbagaiannya yang harmoni dan tradisi budayanya yang kaya. Ekonominya kelak adalah berpandukan pasaran, ditadbir urus dengan rapi, berintegrasi serantau, berorientasikan keusahawanan dan inovatif. Sektor swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam pelaburan berpandukan pasaran dan pengeluaran semakin dikuasai oleh barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dalam persekitaran yang bersaingan. Kerajaan akan menjadi fasilitator yang cekap menerusi rangka kerja kawal selia yang rapi, seimbang, fokus pasaran dan membantu pasaran. Kerajaan akan terus berperanan untuk menangani gangguan daripada kegagalan pasaran yang tidak dapat dielakkan. Secara tidak langsung, Model Ekonomi Baru (MEB) yang negara rancangkan itu sangat berkait dengan Dasar Sains dan Teknologi Negara yang telah dirangkakan berdekad yang dulu. Untuk mencapai matlamat Model Ekonomi Baru (MEB), kita harus melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi Negara dengan baik. Matlamat Dasar Sains dan Teknologi Negara seperti yang telah disebutkan di atas adalah untuk mengintegrasikan rancangan pembangunan Sains dan Teknologi dengan rancangan

pembangunan ekonomi bertujuan untuk mengorientasikan sumber-sumber Sains dan Teknologi kepada aspek-aspek penggunaan secara praktis. Pembangunan sektor perindustrian adalah unsur penting dalam hasrat negara ini mencapai taraf negara maju. Perindustrian membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan pekerjaaan kepada tenaga manusia negara ini lebih dari aktiviti-aktiviti pertanian, harga pasaran pengeluarannya juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang tinggi. Keupayaan untuk membangunkan satu sektor perindustrian yang dinamik, yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding dari segi kos dan mutu dengan barangan negara-negara maju, bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan menggunakan atau menginovasikan teknologi-teknologi pengeluaran. Rancangan untuk membangunkan keupayaan Sains dan Teknologi adalah berasaskan kepada matlamat meningkatkan keupayaan Sains dan Teknologi negara sebagai sumbangan kepada pembangunan negara. Matlamat asas ini boleh dipecahkan kepada dua. Pertama, pembangunan keupayaan sumber-sumber Sains dan Teknologi negara ini seperti tenaga teknik dan saintifik, institusi-institusi penyelidikan, institusiinstitusi pengajian tinggi, dan lain-lain ke arah pembentukan keupayaan teknologi tempatan (develop indigenous technology capability). Pengiktirafan kepada universitiuniversiti di Malaysia ke tahap penyelidikan membuktikan para cendekiawan akademik negara boleh membantu dalam memberi sumbangan kepakaran industri yang amat berharga. Tambahan pula, usahawan tekno dan usahawan saintis pada masa kini semakin ramai dan masyarakat menyambut baik kewujudan produk- produk mereka kerana kepercayaan dan mentaliti masyarakat yang semakin percaya dan yakin dengan bidang kajian saintifik. Kedua, pembangunan keupayaan pengusahapengusaha tempatan dalam memilih, merunding, menyerap, menyesuaikan, membaih dan menginovasikan teknologi asing (keupayaan menerima pemindahan teknologi) yang mengalir masuk ke dalam negeri ini melalui perjanjian kerjasama, pembelian terus, kerjasama teknik, projek-projek usahasama, penggunaan lesen atau franchise dan lain-lain. Selain itu, pelabur- pelabur luar semakin mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang berpotensi tinggi untuk menjalinkan usahasama dan menanam modal dalam perniagaan mereka. Institusi kerajaan dengan tadbir urus yang rapi dan lebih cekap dipertanggungjawabkan terhadap hasil berasaskan pencapaian selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (PTK) dan memiliki kakitangan berkelayakan tinggi dengan keupayaan melaksanakan pelbagai tugas dan pada masa yang sama, mempamerkan fleksibiliti serta dinamisme. Firma swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil akan menaruh hasrat untuk mencapai standard tadbir urus yang diterima pakai di peringkat antarabangsa. Model Ekonomi Baru (MEB) akan menyediakan rangka kerja dan persekitaran untuk melahirkan semangat keusahawanan bagi memanfaatkan sebaik-baiknya peluang pertumbuhan daripada pembiayaan yang tersedia. Inovasi dan teknologi terkini akan menjanakan produk, perkhidmatan dan proses kreatif yang memiliki nilai tambah yang tinggi dalam arena

teknikal, sosial dan institusi. Kesemuanya ini akan menyumbang kepada perluasan pasaran melalui integrasi serantau dalam perdagangan dan perkhidmatan serta melalui pembentukan rantaian penawaran dan rangkaian pengeluaran rentas sempadan. Sistem pendidikan negara juga tidak terkecuali dalam usaha memajukan negara dalam sasaran Wawasan 2020. Hal ini demikian kerana, institusi pendidikan merupakan pembekal kepada pembentukan modal insan yang menjadi harapan negara dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 ini. Pendidikan sebagai institusi sosial memainkan peranan yang penting dalam penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan profesional. Pendidikan juga dapat membentuk sikap, nilai serta set minda seperti bersedia untuk menerima perubahan, inovasi serta penggunaan sains dan teknologi dalam bidang kerja dan kehidupan seharian terutamanya dalam kalangan generasi muda. Dari segi pembentukan sebuah negara, pendidikan menyediakan belia- belia untuk hidup sebagai warganegara yang baik. Menerusi pendidikan juga, asas- asas kemahiran nilai tambah dapat dibentuk seawal yang mungkin. Pembentukan modal insan dan tenaga mahir yang negara kehendaki dapat dihasilkan dengan adanya sistem pendidikan yang baik Konsep pembudayaan sains dan teknologi diertikan sebagai satu proses perolehan pengetahuan, perkembangan pemikiran kreatif dan kritis dan latihan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi supaya seseorang memperoleh sikap nilai yang progresif, responsif terhadap perkembangan dan kemajuan serta dapat menggunakan teknologi yang kompleks. Golongan belia tidak mempunyai kebuntuan mental (mental block) untuk menerima sains dan teknologi. Mereka menunjukkan respons yang positif terhadap wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Namun, untuk memastikan pembudayaan sains dan teknologi berjalan dengan lancar dan menembusi semua lapisan belia, maka beberapa tindakan perlu terutama sekali untuk memantapkan proses dan infrastruktur pengajar di institusi formal dan menghubungkaitkan dan mengintegrasikan apa yang dipelajari di sekolah dan pengalaman harian belia- belia (Robiah et.al, 2001). Dalam situasi tertentu, konsep sosialisasi atau pembudayaan digunakan merujuk kepada proses pendidikan. Secara umum, pembudayaan itu merujuk kepada proses seseorang individu menguasai ilmu pengetahuan, nilai- nilai, norma, sikap dan lain- lain. Dengan perkataan lain, ia merujuk kepada proses menghayati dan menerima budaya masyarakat di sekeliling. Menerusi pembudayaan, seseorang itu dididik menjadi manusia yang berperanan sebagai anggota masyarakat. Dari segi konsep, pembudayaan adalah lebih luas daripada konsep pendidikan formal. Ia merangkumi proses- proses didikan awal di rumah sehinggalah ia didedahkan kepada agensi- agensi lain semasa remaja dan dewasa (Norihan, 1985). Daripada pendapat kedua- dua pengkaji ini, dapat disimpulkan bahawa sains dan teknologi boleh dijadikan satu budaya dalam masyarakat. Pada pendapat saya, budaya itu ialah amalan. Sains dan teknologi akan menjadi budaya masyarakat apabila

masyarakat mula memperkatakan tentangnya dan hidup dengan caranya. Pembudayaan masyarakat bermula dengan pendidikan. Tidak kira pendidikan yang masyarakat terima secara formal ataupun tidak formal. Pendidikan Sains dan Teknologi di sekolah menjadi sangat penting untuk membudayakan masyarakat kerana sekolah dijadikan sebagai medium perantaraan yang utama dalam usaha membentuk modal insan yang seimbang. Institusi pendidikan yang bermula seawal permulaan perkembangan mental kanak- kanak boleh menjadi wadah utama dalam menerapkan budaya sains dan teknologi. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Mengimbas kembali perkaitan antara Dasar Sains dan Teknologi Negara, Model Ekonomi Baru (MEB) dan Wawasan 2020, kurikulum kebangsaan juga perlu mengorak langkah untuk melakukan perubahan bagi menyokong dan merealisasikan matlamat tiga gagasan ini. Dasar sains dan Teknologi dan Model Ekonomi Baru (MEB) penting untuk menjayakan Wawasan 2020 memerlukan sistem pendidikan yang baik untuk melahirkan modal insan yang seimbang. Seperti yang termaktub dalam teras PIPP yang kedua iaitu dasar membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Dasar ini bermatlamat untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai murni. Secara tidak langsung, modal insan yang berkualiti dan berkemahiran merupakan tonggak yang akan dapat melaksanakan kedua- dua gagasan tersebut sekaligus merealisasikan impian negara untuk mencapai Wawasan 2020. Teras pembangunan kurikulum negara adalah berdasarkan kepada perkaraperkara seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020, Rangka Rancangan Jangka Panjang, Cabaran Abad Ke-21, Model Ekonomi Baru (MEB), Teori Pembelajaran dan 4 Pillars of Education. National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2009 turut menyenaraikan bidang pendidikan sebagai salah satu daripada enam bidang sasarannya dalam pelan yang bertujuan memenuhi keperluan rakyat itu. Bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan akan meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti yang akhirnya berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya cemerlang dan seterusnya berupaya menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Oleh itu, bagi memastikan Kurikulum Kebangsaan yang dibentuk cukup mapan untuk membentuk modal insan yang seimbang, dasar pendidikan kebangsaan juga harusla dicorak dengan berkesan. Kurikulum Kebangsaan adalah berdasarkan Akta Pendidikan 1996 yang termaktub dalam Peraturan- peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997. Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir

daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi. Dasar sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan pada falsafah pendidikan yang jelas. Menurut statistik Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga Oktober 2010 dalam laman web rasminya (http://www.moe.gov.my), seramai 5,386,536 orang pelajar yang sedang mengikuti sistem pendidikan negara termasuk pelajar di sekolah rendah dan menengah. Kurikulum yang dibentuk haruslah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Kurikulum Kebangsaan ini digalas pelaksanaannya oleh 9,922 buah sekolah di seluruh Malaysia. Transformasi kurikulum ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Golongan pendidik harus sentiasa bersedia untuk menerima sebarang perubahan dan melaksanakan perubahan tersebut dengan sebaik mungkin kerana kita sebagai golongan pendidik merupakan pendukung dan pelaksana kepada dasar- dasar yang dibentuk dalam transformasi kurikulum agar negara melahirkan modal insan yang berkualiti, dinamik dan progresif. Hal ini demikian kerana guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain itu, kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Ini dapat disimpulkan bahawa pendidikan bukan hanya bergantung pada bahu golongan pendidik tetapi memerlukan juga sokongan pelbagai pihak untuk memastikan objektif dan falsafah pendidikan negara terlaksana. Sebagai contoh transformasi kurikulum yang sedang kita lakukan ialah penerapan elemen keusahawanan di dalam kurikulum standard sekolah rendah yang bertujuan untuk membentuk ciri- ciri, sikap, kaedah berfikir dan amalan keusahawanan melalui aktiviti- aktiviti pengajaran dan pembelajaran sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Sejajar dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) yang hendak melahirkan Malaysia yang terkenal dengan transformasi kukuh, hasil daripada kepintaran rakyatnya yang ditunjukkan oleh kepelbagaiannya yang harmoni dan tradisi budayanya yang kaya. Begitu juga dengan matlamat dasar Sains dan Teknologi Negara iaitu untuk mengintegrasikan rancangan pembangunan Sains dan Teknologi dengan rancangan pembangunan ekonomi bertujuan untuk mengorientasikan sumber-sumber Sains dan Teknologi kepada aspek-aspek penggunaan secara praktis. Penerapan elemen keusahawanan dalam pendidikan Sains dan Teknologi merupakan salah satu langkah yang terbaik boleh dilakukan dalam sistem pendidikan negara. Secara peribadinya, saya berpendapat transformasi ini perlu kita laksanakan sejak dahulu lagi, semasa terbentuknya dasar Sains dan Teknologi negara yang memfokuskan pembangunan dan perkembangan bidang perindustrian untuk kemajuan negara.

Sains ialah kegiatan memahami sesuatu keadaan, tabii atau fenomena benda oleh seseorang sarjana mengikut pandangan alamnya sendiri atau pandangan alam ikutannya yang membentuk paradigma atau pagar persekitaran pemikirannya dengan menerapkan kaedah- kaedah sains yang sudah mapan atau kaedah- kaedah sains yang kurang diketahui umum tabiinya (Shaharir, 2000). Daripada perspektif pendidikan sains pula, menurut Khalijah (1996), pendidikan sejak anak- anak kecil adalah penting kerana proses ini pembelajaran bermula sejak lahir. Anak- anak yang terus terdidik akan mengikuti kemajuan intelek yang unggul. Pada masa yang sama, unsur sains dan teknologi mestilah diserapkan ke dalam program pendidikan di peringkat tadika atau rendah. Kebolehan untuk meningkatkan minat kanak- kanak dalam pendidikan Sains adalah kunci kepada pembangunan dan penguasaan guru pendidian awal Sains (Yoo, 2010). Pendapat kedua- dua pengkaji ini, dapat saya rumuskan bahawa pendidikan Sains dan teknologi adalah sangat penting dan perlu dipupuk sejak pelajar memulakan persekolahan sama ada secara formal mahupun pendidikan tidak formal seperti taska dan tadika. Konklusinya, mata pelajaran sains yang diajar memberi penekanan terhadap pembinaan dan pemahaman sesuatu konsep yang berlaku dalam kehidupan dan hal ini selari dengan objektif yang ingin dicapai oleh KBSM. Mata pelajaran sains juga diajar bertujuan untuk memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan prinsip sains serta mampu mengaitkan konsep sains yang mereka pelajari dengan pengalaman yang pernah mereka lalui. Di samping itu, para pelajar juga diharapkan berupaya mengembangkan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif bagi menyelesaikan masalah yang mungkin timbul dalam kehidupan seharian. Untuk merealisasikan Wawasan 2020, semuanya boleh bermula dengan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penguasaan pendidikan Sains dan Teknologi. Hal ini demikian kerana dengan cara menguasai pendidikan Sains dan Teknologi, negara dapat melahirkan modal insan yang seimbang, dinamik, progresif dan berkemahiran tinggi untuk mendukung Dasar Sains dan Teknologi Negara sekaligus melaksanakan Model Ekonomi Baru (MEB) yang mapan.

Anda mungkin juga menyukai